Friday, 23 March 2012

Supermom ibu Aqil.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih blogspot yang menjadi perantaraan persahabatan utara selatan ini. Pertama kali aku mengomen di blog ibu Aqil [EmIenAqil ~Reality & Fantasy~], dia membalasnya dengan sepantas kilat sesuai dengan nota si jari runcing pada ketika itu. 

Berbalas komen, berbalas entry, berbalas msgbox akhirnya bertentang mata juga. Alhamdulillah, pertemuan yang dirancang berjalan dengan suasana yang sangat baik dan keharuan.

Aku rasa mahu buat frame besar. 

Tengok sahajalah gambar, aku lebih besar daripadanya. Hahaa. Biarlah aku luahkan kesimpulan pertemuan empat mata ini. Ibu Aqil, seorang yang sangat banyak cakap. Siapa yang pemalu tu, tak perlulah terus duduk tersipu malu bila berhadapan dengan ibu berhati kental ini.

Rasanya, tidak banyak yang dibualkan melainkan isu kawan-kawan blogger lain [eh bukan mengumpat tau] cerita-cerita mahu berjumpa juga, kan ibu kan? selain baaanyak membebel akan anak masing-masing. Bila adik bertemu abang, huru-hara.

Rumah aku menjadi riuh dengan jerit pekik abang Aqil dengan Auni. Berebut mainan, bertolak sakan, berlari-lari, mujurlah rumah aku ni luas dan tidak bertangga. Lantakkan ajalah.

 Anak-anak umi, Auni dengan abangnya. Abang sedang layan adik main, ke terbalik? hahaaa sebelum adik merajuk.
 
2nd son ibu, Adli love ibu so much.

Eh? lagi tentang ibu Aqil? haaa, selain banyak cakap dia juga seorang yang tidak kisah. Suka ketawa, suka mengambil tahu, suka interframe. Semua suka tu ada pada aku juga. Hihiii. Lain-lain, tunggu je la blog dia berupdate. Sebab, dia ada baaaaaaanyaaaak gambar.

The best moment ever. 
Abang Aqil elok, Auni spoiled. Auni elok, abang Aqil pulak. Mujur ayah ambil banyak kali.

Terima kasih ayah Em, gambar-gambar yang di snap tu, mempunyai berjuta-juta kenangannya. Oh ye, ayah Em sporting tau. Aku suka betul tengok gaya dia menembak tu. Macam-macam gaya.

Ole-ole daripada ibu.

Nota hijau: Terima kasih kak Ina kerana sudi menjengah adikmu ini, terima kasih abang Aqil sudi mendramakan diri dihadapan umimu ini, terima kasih Allah kerana menemukan kami di sini.

Jom terbang ke KL episode THREE # member BLOGGER!! Pertemuan yang dirancang untuk melihat Auni yang cargas. Haih! anak dara akuuu tu.

17 comments:

Masya said...

seronokkan bile dapat jumpe kawan² blogger yg peramah.... kak ina nampak sebaya dengan cha hahahaha... cha jgn mara...

Nisah Idham said...

alahai so sweetttttttt..
make me a lots of jeleshhhhhhhh
muahahhahhaha :P
semoga pertemuan korang tidak akan berakhir di sini..

rasp said...

best bila dpt berjumpa dgn blogger yg ramah...
mcm akak nie pemalu skit...
tak pandai nak sembang2...
smoga persahabatan ini berkekalan...

sal ya said...

alahai... comel je semuanya termasuk ibu dan ummi. tapi up lagi pada anak2. itu la dunia tanpa sempadan yang menemukan kita semua kan?

nad said...

moga persahabatan trus berkekalan hendakNya

nnt kite jumpe2 jugak ek ;)

Salina@IbuAqil said...

Alhamdulillah!!!
Syukur kehadrat Allah swt..
Dia yg menemukan kita..
Dia yg mengizinkan segalanya..
Terima kasih dik sudi berkawan dgn akak seadanya..
Terima kasih atas entry ikhlas dr cha..
Anak2 cha akak anggap mcm anak akak..
Anggaplah Aqil Naim anak cha..
Bila berpeluang kita jumpa lg ye dik..
Insya'allah!!!
Alahai!!! Ada jgk enterfrem adiah2 tuh..
Ayarkkkkkk!!
Malu ai!!! ;p
TQ dik 4 everything..

Jue said...

pertemuan yang best....bila kita boleh jumpa jugak...

+ e.z + said...

tau x kami nih jeles?
huwaaaaaaaaaaaaa

Salina@IbuAqil said...

@eB ezrin eB!! Cak! Cak! Cak! Nanti ai terjah umah u plak erk.. Pstttt!! Ai nak laksa.. ;p

Rohani Hashim said...

angry bird ijau ;)

ch@ said...
This comment has been removed by the author.
ch@ said...

yana:
sebaya tu, means muda la kan. muahahaa. aku taknak tua ni. huhu.

kak nisah:
aminnn, insyaALLAH kami bertemu lagi. talian bersahabat ni kan ke panjang kak.

rasp:
tehehehe, pemalu ke kak. ye ke? hihiii, jom jumpa jom.

kak anis:
betulll. dunia tanpa sempadan. rasa mcm dah jadi blogger tegar sgt dah.

kak nad:
insyaALLAH, boleh kak nad boleh. na sgt jmpa mama ZN yg asyik senyum besar je ni.

ibu aqil:
sama2 akak. haih! dah cukuplah entry akak tu. karang terapung-apung kita tak sedar diri.

kak jue:
tu la, kita asyik terbayang kak jue putrajaya, putrajaya kak jue. tggu adik farisya keluarlah. insyaALLAH.

eB:
tehehehe, alamak caner ni ibu aqil?
i malulah nak jmpa u eB. hihiiii. ibu aqil rodger2 ek mana tau boleh rombongan ke rumah eB.

hany:
hany hijau, bloghijau, hijau-hijau-hijau. kita serupaaaa.

mamaarifakeemaisy said...

waaa dh jumpa eh...gelaran yg sesuai dgn orgnya.. ^_^

peramah eh ibuaqil..mmg gayanya dah tau ..kontra tul dgn k.eina yg pemalu ni, ihiks.. =P

moga persahabatan terus kekal erat..insyaallah~

ch@ said...

kak ieyna:
insyaALLAH. sgt peramahnya dia. dia seorang yg sgt ceria. suka sgt ngn dia.

eija_sweetmama said...

Wah srnok jumpe kawan blogger..
anak2 pun happy dapat kawan baru..

ada gak baca n3 IbuAqil ttg pertemuannya dgn cha..
mmg cargas betol Auni..

Rasa nak jumpe cha lagi..nak geget2 Adli yg dh semakin encem tu..hehehe

eima said...

byk dah blogger ko jumpa kan kan cha.... hebat la .....

ch@ said...

eija:
mmg pun cargas dak auni tu. jomlah eija kita jmpa, kita gi makan2 ke. ajak mama mikhail. saje lepak2. nnt ek, ada masa kita gi.

eima:
nnt aku ajak laki aku pusing putrajaya, jmpa ko, jmpa kak jue then ramai kawan aku kat putrajaya tu, biasanya laki aku raya je la dia rajin cari kawan2.