Monday, 1 June 2026

Hiking: Pertama Kali di Bukit Gasing.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Pengaruh rakan serumah punya pasal, mentanglah Nurul Fatehah suka dengan aktiviti hiking ni, eh dia ngajak-ngajak pula. Meh la kita try tengok sejauh mana boleh pergi, seawal 7am tayar Alza bergolek meninggalkan rumah, semua penghuni rumah perlu membabitkan diri, daktiga mengikut tanpa bantahan.

Singgah sebentar di stesen minyak cari sarapan pagi, sunyi je dalam kereta memasing berzikir dalam hati. Kita masuk ikut Bukit Gasing, parking bebas di sepanjang bahu jalan dan hanya berjalan kaki menuju pintu masuk Bukit Gasing, warm-up. Entah jam berapa dorang ni bertolak dari rumah, pasti lepas Subuh.

kemain lebar dia senyum.

Dengan tidak warm-up nya, dengan tidak study struktur bukitnya, dengan main aci redah ikut orang hadapan sahaja, buat muka keyakinan penuh. Udah namanya mendaki, maka ada jalannya rata, ada jalannya bertangga, kejap tangganya rendah, kejap tangganya tinggi, kita kena prank ke cemana ni? tuan asben kata Bukit Gasing ni rendah ja~ lagi sekali rendah ja~ APA RENDAH??? untuk beginner macam hakak ni ini kategori tinggi, ini bukan sekadar briskwalk bagai dikata. 




Part panjat tangga yang agak tinggi, aduh memang mengeluh di buatnya, habis semua batang pokok jadi tempat berpaut, lepas 3 batang pokok, bersandar tarik nafas. Terasa menuanyalah diriku ini. Dengan semangat daktiga dan dorongan tuan asben, akhirnyaaa sampai juga ke puncak selepas melalui jambatan gantung. Ikut je manusia yang berjemaah di hadapan, papan tanda pun ada.

Namun, kita ni pertama kali kebetulan malam sebelum tu tidak tidur sepanjang malam, stamina entah ke mana-mana, bekalan air pun sudah habis setengah tumbler. Capek. Selepas berehat beberapa ketika, ambil nafas dan bergerak turun apabila umat semakin ramai, matahari pun sudah naik atas kepala, angin tiada langsung di tengah hutan ni. Nama sahaja perjalanan turun namun tetaplah berbukit dan bertangga demi keselamatan sejagat. Badan mula beri isyarat tak mampu, muntah tiga kali end-up pitam juga, ahah~ 

Last moment in memory kaki jadi jelly, seru nama tuan asben 3 kali pastu hilang~ teeeeeeeeeeeettttt---------------------------. Sedar masa tuan asben angkat baringkan atas batu, walhal tinggal sikit je lagi hendak sampai pintu masuk Bukit Gasing, entahla. Ada orang bagi bauan peppermint, ada aunty bagi gegula saltpeppermint, ada orang suakan kipas, so sweet they are. Buka mata nampak Arrizqi dengan Adli di tepi, Auni di kepala belah kanan, tuan asben sebelah kiri tak bagi bangun dulu. Eh awat? bila masa aku pitam? aduh kena tahan dibahan la gamaknya, hahaaa~ benda tak dirancang, mana ku tahu.


nampak batu belakang tu? tu la tempat dapat perhatian lebih, ahahaha~ ngekla.

jambatan gantung.

Mujurlah daktiga ni bukan jenis suka berfoto video, jika tidak maunya viral situasi di situ, ahahahaaaa YA ALLAH segannya. Bila dah steady balik, sambung berjalan lagi. Tuan asben pun sudah diam je berjalan di belakang sambil mendorong kaki ini melangkah.
"lama sangat tak briskwalk, langkah je abi tolak dari belakang" tenaga tuan asben sangat banyak.
"umie depan ni tangga lagi, saya tunggu" Arrizqi bertanya khabar setiap kali jumpa tangga yang agak tinggi. Adli sudah pun berkaki ayam kerana kasutnya tidak sesuai untuk hiking. Kita semua memang tidak ready dengan situasi, tuan asben pun tidak briefing kan. Jadikan pengajaran dan pelajaran.


happy la, usaha tangga kejayaan kan?

hakikatnyaaa~ baraiiiii. why me mak? why me?

comrade.

dah-dah jom balik. nak tido niii~

Akhirnya sampai juga di pintu masuk tadi, berpeluh satu badan, memang tidaklah hendak berperang dengan dapur makanya drive thru mekdi saja. Di rumah, Arrizqi menolong mengemas rumah dan basuh baju kotor, selesai mandi dan berehat kita cerita dengan Nurul Fatehah, 
"akak, maaf saya tergelak. nak dengar akak cerita depan-depan" eee dia niiii~
"tapi memang kelakar pun, rasa eiiii maluuu~" Teha kata takpe je, nanti kita daki bukit yang rendah-rendah dulu. Dia nak panjat Gunung Dato, pun masih lagi berfikir. Gunung Dato tu lagi mencanak tingginya. Apapun alhamdulillah dapat pengalaman pertama. Grounding dengan alam. Kena banyak belajar lagi dengan mereka-mereka yang biasa mendaki, nanti nak join Mazni tapi dia dah pro. Help~

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

24 comments:

Etuza said...

Alhamdulillah, aktiviti yang menyihatkan..pasti juga dapat melihat alam keindahan alam semulajadi..menarik sekali..

Mama Zharfan said...

sekrg ni memang hot dan viral la psl hiking ni kat medsos sbb hiker yg hilang tu masih lom jumpa..

Eyma Balkish said...

Tak pernah seumur hidup hiking, dengan umur begini memang rasa tak mampu :)

Roziah @ Cie said...

Drama sangat ni Cha. Cie tak pernah rasanya hiking bukit2 gitu walaupun rendah. Tak kuat stamina 😅

Ako Retna said...

kalau cha pun bole pitam, kak ret lagi la hahaha ntah sampai ke idok kat atas tu ...

Fanny Nila (dcatqueen.com) said...

ya allah, sayapun menyerah lah kak kalau join dengan mazni... dia dah pro tuuh... sampai rinjani pun dah ke puncak hahahahahahaha.... saya baru pos 1 rasanya dah bendera putih laah ;p

tapi kalau hiking yg beginner, saya bolehlaah... cuma hrs diksh tahu dulu, so bisa prepare kan... kalau tau2 diajak, trus macam tak ada persiapan, memang lah pitam hihihihi

btw, apapun, congratssss.... dah sampai puncak juga ^o^

Mulan said...

Kita hiking sama2 lah Cha. Hiking dalam mall 😍😍 suami dengan anak2 ni kadang mengajak memujuk sambil menipu fakta.

ch@ said...

Alhamdulillah, semoga tidak serik lah hendaknya.

ch@ said...

mama zharfan: kan kan kan, baiklah hilang dalam mall, safety sikit.

ch@ said...

eyma balkish: memang sangat menguji kemampuan.

ch@ said...

cie: takyah la cie, utk yg rajin briskwalk dan mental kuat je leh hiking, penat aih.

ch@ said...

kak retna: kak gi holiday je la, takyah hiking.

ch@ said...

fanny: iya, study sungguh-sungguh bukit tu, minat, semangat dan stamina.

ch@ said...

kak mulan: ahaa yg ni i like. yg penting poket kepuk kan kak? yiiih~

Suria Amanda said...

Klise sungguh ayat orang lelaki bila ajak hiking ni kan, 'Bukit ni rendah ja, sat ja' padahal bagi kita yang jarang briskwalk ni rasa macam nak tercabut nyawa, siap pakej bertangga-tangga lagi! Haha. Tapi alhamdulillah, walaupun sampai pitam dan kaki jadi jelly, Ch@ lepas juga sampai puncak. Untung tuan asben dengan anak-anak semua pakat tolong jaga. Pengalaman manis untuk dikenang ni Ch@, rindu plak akak nak hiking..tapi dah tua ha..x larattt

Ezna Khalili said...

Akak bukan kaki hiking ni tapi pernah hiking bukit kluang kat terengganu masa Diploma. Itu pun sebab BTN (Biro Tatanegara). Eiiii gayat tapi naik atas tu tengok laut memang cantik la.

adnil linda said...

alhamdulillah...rezeki tu.. kita ni teringin, selalu mengajak suami..dari dalam servis sampai habis servis.. tak pernah dilayan. cuma dia cakap "nak hiking, pegi la"... dan sesungguhnya kita faham ayat itu.. bermakna bukan dengan dia.. hahaha.. mungkin dia dah jemu barangkali masuk hutan..

SN Faaezahh said...

Cukup sekali je Faa hiking dalam hidup. Takmo dah, 😁 btw, selamat menawan Gunung Gasing.

ch@ said...

kakak sa: maniiis? hahahaaa trauma kita kak. don't you ever say hiking to me. kikiii~

ch@ said...

kak ezna: kita naik kereta kabel je la kak. hiking2 ni sungguh menguji stamina.

ch@ said...

linda: inshaaAllah ada satu hari nanti youncan go sis.

ch@ said...

faa: haaa kan kan kan sep sikit faa.

Mznimnwr said...

husband akakla ni bersalah, tak briefing betul2! sian sampai pitam haa. aduh nak kesian, tapi luculah pulak baca pengalaman akak ni hihi.
semoga tak serik pergi hiking tau :p next time kena buat warm up dulu

ch@ said...

mazni: da terlambat, serik nak hiking. fobia tgk stage stairs yg jarak jauh2 tu.