Manisnya memori itu.

Thursday, 5 January 2012


AWAS!!! Entry ini sangat panjang macam novel.

Hati aku gundah gulana, ok ke penampilan aku ni? t-shirt putih lengan panjang dikenakan dengan jeans warna krim serta tudung putih. Sempat meminjam kasut sukan kak Siti Soleha aka roommate. 

“nampak comel sangat” kata kak Jaja sambil cubit pipi aku. Comel? Dah 19 tahun ni, comel apa kebendanya.

Aku masih lagi menunggu kedatangan dia, nak telefon kehabisan syiling. Tambah-tambah, aku tak ada handphone pun. Ini kali pertama kami akan keluar bersama. Selagi tidak keluar, selagi itula aku berulang alik ke tandas. Sakit perut, hati berdebar-debar. 

Hampir kesemua penghuni asrama telah pun pulang ke kampung. Tiket bas ekspress aku ke Johor adalah jam 8.30 malam nanti. Jadi, dia menawar diri untuk menghantar aku ke Puduraya dan kami berhasrat pergi menonton wayang terlebih dahulu. Kali ketiga masuk panggung wayang. Jakun.

Penantian berakhir apabila sebuah kereta kancil warna maroon tiba, aku memang sudah pun menunggu dia di pintu hadapan asrama. Senyum. Aduh! Debaran di hati semakin kencang. Selesai masukkan segala beg, dia membuka pintu tempat aku duduk. Sweetnyaaa.
“nak pergi mana?” tanyanya sebaik sahaja di dalam kereta. Aku mengerah otak. Berfikir.
“The Mines boleh?” tanya aku semula.
“The Mines eh? Ok” Kuchai Lama ke The Mines tidakla jauh mana. Sempat dia menelefon seorang lagi kawan kitorang, sama-sama offer diri nak menghantar aku ke Puduraya. Demi aku katanya. Filem seram The Ring, aku tengok terkejut-terkejut. Duduk di tengah-tengah antara dia dan Sham.
“ko kalau takut peluk orang sebelah sana eh!” kata Sham. Ceh! Hampeh punya kawan. Dan malam itu dia membelanja aku Mash Potato KFC besar untuk aku makan dalam bas. Rasa berat hati pula nak meninggalkan dia dan kenangan pertama malam ini. Hiii.

Pada satu hari di KFC bersebelahan tempat belajar. Aku dan Kesumawati.
“wei, ko dengan mamat tu, apa kes? Lain macam je aku tengok” katanya lurus dan telus.
“lain macam apa? Biasa je” malu aku dibuatnya.
“sudahla ko, aku tengok sekarang ni perang pun dah takde, berdamai ke apa?” – Kesumawati lagi.
“mana ada apa-apa, ok je” aku.
“belahla, sekilas ikan di air aku tau jantan betina, aku tipon soh dia datang sini eh?” acah Kesumawati.
“isk, ko kata nak makan dengan aku je kan?” aku.
“memangla, aku nak korek cerita, baik ko cerita dengan aku, cepat!!!” dia memaksa.
“contract je, habis praktikal habisla. Kita semua pun dah bawa haluan masing-masing kan” tiba-tiba Kesumawati meletak pisau dan garfu. Diam sambil memerhati aku atas bawah. Pehal lak minah ni, tercekik tulang ke? Dia tunduk mengeluarkan tisu daripada kocek seluar.
“aphal ko ni?” tanya aku. Tiba-tiba dia emo.
“aku sedih bila orang bercinta contract ni. Tak payahla, bercinta je betul-betul” katanya sambil kesat air mata. Hiii, orang lain pula yang sedih.

Di satu hari, aku dan dia. Kami keluar lagi. Bersama dan kali ini hanya berdua. Macam biasala aku, berdebar-debar nak melalui hari bersamanya. Acceh! Hanphone berdering, tahun ke-dua aku dah ada hand-phone.
“tunggu kat petrol pam seberang jalan eh, ada Shila kat bus stop” gilala kan, aku nak berdating dengan dia, dia dah ada buah hati. Merajuk kejap.
Kali ini datangnya dia bersama Kelisa pula. Berapa banyak kereta mamat ni ada? Hanya dalam hati, malas nak tanya.
“eh-eh? Macam berjanji pula” ye kami pakai baju yang sama warna merah. Ehehehe!
“naper ko tak ajak Shila gi dating, sian dia naik bas” aku bertanya.
“dia kan dah ada pakwe” eh-eh? Konpius kejap aku. Aku pun, dah tau dia ada makwe masih lagi mahu keluar berdua dengan dia. Ahahaha, gila.
Time tu kami ke SOGO, ada air terjun tu kannn. Duduk menikmati panorama dan aku memecah kesunyian.
“ermmm. Aku nak beritau ko sesuatu ni” – aku
“cakapla, apa dia” sambil memerhati aku yang dah tak tenang tingkah.
“pasal kita” – aku lagi.
“oh ya, kenapa tiba-tiba ko nak teruskan ni? Kata contract je” dia tanya aku pula. Errr…
“inila aku nak beritau, mamat tu dah tinggalkan aku, dia cakap pada Fitri” aku tunduk. Nak rasa sedih, dia ada kat sebelah. Malu nak nangis.
“dah kata, dia tu playboy” kata dia. Sambil tengok aku atas bawah.
“tah, sebelum ni ada juga dia call tapi aku ada meeting, call balik dia engage” aku lagi bercerita.
“so ko ok ke, kalau aku minta kita teruskan ni? Shila?” tanya aku lagi.
“ko yang cakap macam tu, yang minta contract tu pun ko, terpulangla” erk, aku rasa nak tercekik, rupa-rupanya memang selama ini dia serius. Aku je yang anggap cinta contract.

Tidak lama kemudian kita pergi main boling sama-sama. 1st time. Jakun.
“kenapa ko suka aku?” aku tanya dia masa duduk melihat kawan main boling.
“sebab ko comel, ko tak cantik pun, ko comel je” dia cubit pipi aku sambil bangun meneruskan permainan.
“Shila pun comel juga” dia pandang, matanya buat aku cair dow. Tajam walaupun bentuk mata Jawa. Sepet.
“jangan cakap fasal diala. Kita tak ada apa-apa” bbbbuuuek, cam nak muntah dengar masa tu. Hahahaha.
“macam mana ko boleh suka aku?” soalan menduga. Ambil masa nak bercerita.
“kali pertama nampak, kali pertama aku bukakan pintu lobi nak masuk kelas, ko dengan Liza” aku sengih.

Aku tak ingat pun, sebab he is not my taste. Bad boy. Muka macam gangster. Kitorang suka perang masa dalam kelas. Aku suka cari lelaki lain bila aku kalah atau tak sependapat dengan dia. Nanti tangan kaki semua naik.
“cinta pandang pertama la ni? Ye ye je” usik aku.
“penat aku tackle ko, ikut ko, sakat ko, pening kepala aku nak jaga ko ni, asyik kena siul je dengan budak lelaki, bila dah clash dengan boyfren, dapat lak kat mamat kos bawah ni, tension” hahahaha. Baru aku tau.
“cuba je, mana tahu dapat kan, lagipun aku tengok ko masa gi The Mines hari tu comel sangat” ye aku ingat bila dia suarakan aku jadi makwe dia. Kat Sungei Wang.
“tengok-tengok ko kata contract, ok je la tapi masa tu memang serius” ehehehe, tah apa-apa je kan?
“boleh tak kita tukar panggilan ko aku ni” erk, rasa nak tercekik lagi. Nak panggil apa? Nama? Hahaha. Tengok-tengok dia panggil aku darling. Yaks.

Daripada Darling Asha dan Ayang Ewan bertukar jadi umi Syasya dan Abi Erwandi. Ahahaha, geli. Antara kisah dan kejadian di balik tabir pertemuan antara aku dan abi. Banyak dah kisah yang diharungi menjadikan aku tidak percaya aku masih lagi berada di sisinya.

Dan aku masih lagi menyimpan segala kenangan-kenangan kali pertama kita bertemu dengan baik sekali. Bunga, coklat, gula-gula, aiskrim, kad, cd, malah kad Hari Raya pertama pun masih ada. :D

Akhir kata, terima kasih kerana setia membaca. Dannn hari ini hari ulangtahun aku declare dengan abi yang ke-9. [05 Jan. 2003-05 Jan. 2012]. My love forever. Kami dah mempunyai keluarga serta sepasang cahaya mata. Indahnya kehidupan. Terima kasih ALLAH.

19 pasang kaki:

Lifesaver Hamzah said...

wow!!!sweeeeeeeeeeeeeettttttttnyaaaaaa! rajin giler cha tulis entry pjg gini hehe

Nad @ MamaZakwan said...

hepi anibeseri ;)
moga bahgia hingga ke syurga ;)

Masya said...

wahh.. mmg panjang macam novel baca.. romantik jgk abi seblm kawinkan bg kad, coklat dll... pttlah cha terasa masa sambut bestday ari tu.. harap moga korang berkekalan hingga keakhirnya amin....

Lelord said...

pheeweeeet happy anniversary ummi & abi

eB ezrin said...

epi anniversari :)

Salina@IbuAqil said...

mcm baca novel plak.. cha!! cuba2 le berjinak tulis novel dik.. cha bleh tau.. pandai susun ayat.. ;D

mummy_ayu said...

sweet sangat....memang kenangan tu...
pasal link yg Ayu beli novel kaki novel tu..Sya gie kat link nie key...

http://www.kakinovel.com/

jimat sgt tau...try la..!kalu apa2 tanya key.. :-)

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

sweet sgt..dah macam baca novel ..
happy loving forever yaa..
lebih2 lagi dengan kehadiran 2 pasang cahaya mata

mmg kalau kenang kenangan pertama declare saat mula bercinta rasa indah sumenya..rasa mcm nak ulang balik saat2 tu..ehhehhe..

hari ni 5/1/2012 - genanp 8 thn eija mula bekerja/bergelar penjawat awam..^_^..

mamalieyna said...

weee comelnye kisah cinta ch@ ni..mcm novel...sweet sangat~ suka............. ^_^

indah bila dikenang2 ye..

harap kekal bahagia selamanya..Amin..

mzhany said...

hihihihi, sweet...;)

ch@ said...

pnCapa:
hahaha, saje sesekali menulis entry panjang.

kak nad, kak lela, eB:
t/kasih semua. insyaALLAH.

yana:
haaa tu la pasal. masa nak tackle, kemainnn. bila dh dpt, dia buat derk aja. t/kasih yana doakan kita.

ibu aqil:
kita mmg minat tulis novel, tapi sekadar baca sendiri je la, hahaaa. malula beginner kan. tkt tak ada org nak baca. keke.

kak ayu [eh kakak ke? ke sebaya? hiii]:
t/kasih kak, kita dah tengok link tu, nnt kita daftar. kita ada juga beberapa biji novel drpd kaki novel ni, tapi beli kat kedai la. taktau ada online.

eija:
thanks fren. memory tu berlaku rasa mcm baru tahun lepas. hahaa.
*tahniah utk eija, wow 8thn. pencapaian yg bagus.

kak ieyna:
ahahaha, ceritanya biasa je sebenarnya, saje buat gaya ala-ala novel. kuikuikui. thanks akak.

hany:
gula-gula. ;)

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

woooo..cayalah...cerita yang penuh romantik...moga terus kekal sampai bila2.....

notti netti said...

eheheheheheh............comel jer.....

anisalya said...

comel je ceritanya. hahaha...

Salina@IbuAqil said...

@ch@ Cha! Photostat novel cha tulis tu pos kat akak please... serius ni.. nak baca.. {akak x memain ni.. akak email alamat ye?! ;)}

Noli@Ibu Wafa said...

alahaiii sweet sgt ch@....moga kalian kekal sampai ke syurga..aminnnn...

ch@ said...

kak jue:
lama tak menulis mcm ni, hahaaa.
romantik eh? kuikuikui. thanks akak.

kak net:
entry tak bergambar ni pun comel? kak net lagiii sweet.

anisalya:
ini kisah betul kak. betul2 berlaku.

ibu aqil:
erkkk. hiii malulaaa. nnt kita buatkan cecantik, hadiah bagi akak.

noli:
;) thanks noli. aminnn.

Aini Azman said...

every each word i read kak walaupun pnjang,. suwiit sgt... akhirnya dah jadi satu family bahagia skunk,.=)

Hope aini pun dpt ikot jejak akak,.hehe =)

ch@ said...

aini:
berangan nak jadi penulis novel. hahaaaa. thanks dear.
akak doakan aini dan mat deli.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in