Monday, 11 March 2013
Pengganti diri.
Wednesday, 23 January 2013
Memori susah nak lupa.



Wednesday, 21 March 2012
Dalam koleksi.
Thursday, 2 February 2012
Cinta hati.
Wednesday, 22 June 2011
Kenangan baju kurung.
Rupa-rupanya, bila aku berbalas SMS, aku berFB agak ramai juga yang membaca bloghijau ini. Masing-masing berkata 'aku baca blog kau. 'aku suka baca blog kau. 'hari-hari aku masuk blog kau. Rata-ratanya kawan sekolah.
Bukan aku tak suka berFB, tapi tak puas rasanya nak cerita kat status FB tu dengan ayat panjang-panjang.
Mengimbau kenangan aku sekolah, 5 tahun aku duduk asrama. Tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Ye daripada berstatus junior sehingga senior.
Nakal? takla, aku budak baik. Aku memang malu-malu je bila nak buat salah. Aku meninggalkan sekolah bersama rekod yang bersih. Walaupun keputusan aku ok-ok aja.
Pagi tadi, bila aku buka almari baju aku tiba-tiba aku teringat, baju kurung seragam masa asrama. Tak ingat mana letaknya, tapi ada sepasang kurung biru memang aku pakai sampai aku belajar di ADTEC Shah Alam.
Selain baju seragam asrama dan seragam sekolah, kitorang ada juga baju seragam tingkatan. Pelik tapi benar, setiap tingkatan ada baju kurung tersendiri, yang dipakai setiap Jumaat. Baju ini pun aku dah lupa mana aku letak.
Lima tahun, daripada duduk celah ketiak mak sampaila boleh berdikari sendiri, semua aktiviti dibuat bersama kawan-kawan, entah macam mana setelah 3 tahun bersama dengan kawan-kawan setingkatan maka wujudla Ribena Junior Study Room (RJSR).
Mula-mula masuk asrama, pergi study boleh pakai baju bebas, then tak lama kemudian diperketatkan, pergi study perlu memakai baju kurung. Nampak lebih bersopankan.
Bila dah senantiasa berbaju kurung, maka stok pun harusla banyak. Paling syoknya, RJSR suka buat kerja sama-sama. Oneday, kita merancang untuk pakai baju kurung warna merah, makanya sesi pinjam meminjam baju akan berlaku. Bila terkena hari berbaju hijau, almari aku kosong, baju aku habis kena pinjam. Pergi makan, duduk sebaris. Geng RJSR.
RJSR ni, kadang-kadang boleh buat gila. Satu hari lain, kita pernah memakai baju lain bersama kain lain. Hahaha tukar suka sama suka, yang penting mesti kena kontra. Katala pakai hijau, kain harusla merah, atau selain hijau. Kena kontra habis dengan warna baju lepas tu pergi makan.
Gambar fail: Ex-SMKTH Facebook upload by Norfadzilah Shafiee aka Snowhite
Orang tengok pelik je. Buat selamba, itu la trademark RJSR. Buat hal ehwal sendiri.
Oh, bila aku kenangkan, memang sungguh best. Kalau sekarang disuruh pakai macam tu, mau aku tak nak. Malu.
Sunday, 8 May 2011
Dia memang lupa.
mikhail dan mama
Ting tong! 12 6th May. Happy bitrhday to you. Happy birthday to you, happy birthday to you Syasya. Happy birthday to you.
May Allah bless you and your family dear! [12:21am]
LiaHappy birthday sya..semoga panjang umur, murah rezeki, sihat ceria selalu, dan jangan lupa Lia. Smile always. [7:01am]
Ummi/ mertuaHappy birthday to you. Semoga tabah bersyukur dengan apa yang dikecapi, suami polis, anak yang comel dan pintar dan kehadiran orang baru, bertambah rezeki. Amin [7:22am]bondaWiyaHappy birthday dear, moga diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Jaga diri ya. [7:48am]
cikZilaSalam awak, happy birthday tau. Moga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki ya. [8:04am]
bonda/ mamaSelamat hari lahir yang ke 27, semoga panjang umur. Murah rezeki. Sihat. Ceria. Diredhai Allah selalu. Mum love you so much and always. [8:23am]
tuanMuda/ adikSalam, happy birthday my sis, hope you always enjoy your life now and future. [1:59pm]
Min SMKTHSalam sya, happy birthday. Semoga bahagia selalu disamping ABi dan putri tersayang. [4:22pm]
Thursday, 28 April 2011
Dulu dan sekarang.
Daripada kecil lenturlah anak-anak dengan makanan yang sihat, seimbang, dan kena rajin masak. Huaaa. Kena batang hidung sendiri ni, malas masak. Adus. Berusaha.
Monday, 25 April 2011
My name is...
Semalam balik KL daripada Langat, kampung mrABi la. Singgah sebentar di rumah mak sedara dia, aku yang ajak sebab lama sangat dah tak berjumpa. Tengah feeling potpetpotpet tunjukkan kakakOni 2 ekor hamster, tergedik-gedik natang tu.
KakakOni memang sayang dengan binatang, dia suka benar duduk atas pangku mrABi sambil belai anak arnab selain hamster.
Bila aku tengok hamster tu semalam teringat kenangan masa berkenalan dengan mrABi. mrABi panggil aku 'hamster', setiap kali dia masuk kelas dia akan kata.
'Di (nama seorang kawan), kau dah bagi hamster kau kuaci ke belum' mana la aku tak melancarkan perang. Suka-suki panggil aku hamster.
Itu daripada mulut dia, lagi seorang suka panggil aku 'mak memerang,' haih! budak kelas sebelah, pantang masuk kelas aku dia akan say hai.
'mak memerang, cantiknyaaa gigi' aku nak marah, dia ada motor vespa. Dengan motor vespa dia la aku selalu alert meng'dut'kan mrABi dan kawan-kawan aku. Dulu kan selalu main benda tu. 'kunci-kunci' zaman keriangan katakan.
Ada juga panggil aku 'kucing', siap buat gaya kaki kucing sapu muka lagi. Kalau dalam hostel consider lagi, ini kat bus-stop, semua orang tengok. Ngeng betul. Nak aku marah, ramai orang. Saham tinggi, aku pemalu. Tersipu-sipu la aku tahan geram.
Sudahnya nama terakhir aku dapat ialah 'kecik', kalau dah kecik sah-sahla aku paling kurus dan pendek dalam kelas. Huuu, kesian sungguh. Sampai sekarang gelaran itu kekal.
Hanya ada dua orang sahaja panggil aku dengan panggilan ch@, lebih ringkas katanya. Malas nak sebut Syasya, panjang dan perasan glamour katanya. Ceh! Sebelum aku gunakan ch@ secara komersial dalam bloghijau.
Kenapa aku lebih suka guna nama Syasya, kerana ada maksud 'berseri-seri', nama sebenar aku memang tak sampai maksudnya, kecuali dalam sebutan Arabiah Al-Ittissoliah, baru sedap maknanya.
Lagipun panggilan tu daripada aku kecil lagi, memang kat rumah my mom akan say, 'Syaaa, Syasyaaa tolong mama ni' hehehe. Nama tu komersial daripada sekolah menengah sehingga la sekarang. Kalau dah daripada kecilkan?
Well, ada juga yang tak boleh terima nama aku Syasya. Arwah bestfren aku, tergeliat lidah nak sebut katanya. Dah la dia seorang kekal memanggil aku Nurul, asal daripada sekolah rendah.
Memang masa sekolah rendah, aku dikenali dengan Nurul. Nurul ada ramai di sekolah tu, pandai-pandai la banding bezakan, sebab tu la naik sekolah menengah, tinggal di asrama tukar jadi Syasya. Ada satu nama je.
Tidak kisahla nama apapun, masing-masing ada memorinya sendiri. Betulkan?
Monday, 31 January 2011
Kasih Teman 2.
Aku balik Johor, hujan mengiringi akan tetapi demi memenuhi parent yang menanti cucu, haruslah ditunaikan, lagi pun ini pertama kali pulang dalam tahun 2011.
Macam biasa, tujuan kali ini adalah shopping, habis terbang melayang RM-RM-RM aku kerana memborong baju si Oni sampai 8 pasang, muahahaaa. Itu pun ada hati lagi nak cukupkan 10. Akan tetapi aku telah berniat untuk belanja mama sekali, dapatla kasut dan handbag untuk dia. Ngeee.
Nanti aku interframe, ni nak kisahkan hari Ahad, aktiviti sebelum aku balik KL. Rancangan untuk melawat babyAkif bersama dakAQiL Ryan. Garang betul dakAQiL ni, mata dia bulat. Tapiii still malu-malu, suka ajak mama ngan papa dia teman.
Anak dara aku? huiii tak payah ceritala, naik segan aku dengan tuan rumah. Habis dipusingnya rumah kawan aku tu, belum lagi bila tokMan ayah eBiQ keluarkan jajan, kiri kanan dalam mulut, semua ada. Oni-Oni-Oni.
Kasih Teman klik untuk baca =) semasa Oni dan aQiL dalam perut. Baru 3 bulan kalau tak silap.
mrABi tengah layan anak daranya.
mrABi mengadap 2 hero babyAkif dan dakAQiL, ambil aura.Auni, akif dan aQiL.
Kronologi mrABi dan AQiM - daripada ILJTM - pernah tinggal di Keramat.
Kronologi Oni dan aQiL. Lahir pada 2 dan 25 Julai 2009.
See? tidak hairanla kami masih bersama sehingga hari ini.
~)@ Eh kenapa citer pasal Bakyah? hahaaa. ebiQ dan Bakyah kawan sekolah Agama, aku hanya jumpa setiap hari Sabtu jika pulang ke kampung.
Tuesday, 18 January 2011
Latihan kebakaran.
Hrmmm, siapa pernah terlibat dengan latihan kebakaran ni? aku pasti semua orang pernah terlibat, kalau tidak di tempat kerja sudah pasti masa zaman sekolah dulu. Betul tak?
Aku masih ingat lagi, kali pertama aku menjalani latihan kebakaran masa sekolah rendah. Dalam kelas sedang asyik belajar, aku budak rajin tau. Tiba-tiba loceng panjang kedengaran. Loceng besi yang menggunakan tangan untuk dibunyikan. Betul-betul nampak asap berkepul-kepul dalam sebuah bilik.
Keluar dari kelas, beratur dua baris menuju ke tempat untuk berhimpun. Seronok. Sebab tak belajar. Hihiii. Rupanya, tong sampah besi berisi arang yang sengaja dibakar untuk nampak lebih real.
Pernah sekali, loceng panjang kedengaran sudah hampir habis, tapiii kami masih kusyuk belajar dalam kelas. Kenapa tak dengar? mana nak dengar kalau satu kelas sedang meniup recoder. Belajar muzik. Haaa rentung dengan seorang guru. Serta merta blok bangunan dapat loceng baru.
Naik sekolah menengah, latihan kebakaran lebih extreme. Kenapa? tinggal di asrama, bergantung harap kepada kawan-kawan, buatnya kawan tak mengejut atau yang dikejut tak bangun, haaa sama-sama kena denda.
Biasanya akan diadakan pada minggu orientasi (ini tips). Selama 5 tahun aku tinggal di asrama, aku masih memegang rekod tak pernah rentung. Hiii. Sebab, aku memang senang bangun tidur.
Pernah terjadi, aku siap boleh ambil sweater yang tersangkut di kepala katil lagi dalam orang dok sibuk berlari menyelamatkan diri. Paling seronok tengok gelagat kawan-kawan simpan selipar bawah katil. Ada juga main lari berkaki ayam tak hirau dah luka atau tak, yang penting tak rentung. Silap2 ternampak, mereka-mereka yang mebawa selimut.
Paling suka masa ni dah tentula berlari tanpa tudung di kepala. Hahaaa. Free hair gittu, mau taknya jam 3-4 pagi, gelap. Adalaaa aku buat beberapa kali. Ngeee.
Selama lima tahun ini juga, pernah sekali aku jatuh sakit teruk. Member dah nangis-nangis risau aku pengsan dari lepas makan petang dan sedar semula lepas Maghrib. Then, malam yang sama ada latihan kebakaran, sedap wei aku tidur lena. Aku dikecualikan daripada denda. Selamat. Ketua Seksi Kesihatan melaporkan. Kesian kawan-kawan yang rentung, bayangkanla kena mandi dengan air sejuk pada itu jam. Tak ke demam?
Tahun akhir, aku sendiri yang handle latihan kebakaran untuk penghuni asrama. Syok owh. Zaman tu juga zaman paling aku tak duduk diam. SPM dan aku memegang jawatan Ketua Biro Sukan. Huru-hara hidup aku, aku rasa. Bila habis study je, warden aku cikgu Norjidah, akan ajak siapa-siapa aja yang berkenan di hati untuk round satu aspuri memastikan lampu dorm ditutup tepat pada masa dan semua orang tidur.
Bila aku memegang jawatan itu, makanya aku terlibat dalam segala mala aktiviti asrama termasukla menjayakan misi latihan kebakaran. Kerja aku? ketuk tiang dengan besi, hahaaa. Bingit jangan dikata. Dengan bunyi loceng dan ketukan besi ditiang, membuatkan semua orang tergesa-gesa terjun dari tangga.
Seronok rupanya tengok orang berlari kencang niii. Tugas lepas tu serah pada yang lebih seniorla kan. Pengalaman memang indah untuk dikenang.
Dan baru-baru ni, aku terbaca notis latihan kebakaran di tempat aku tinggal. Eh? agak-agak aku bangun tak kalau betul-betul diadakan. Huhuuu. Aku rasa yang peduli hanya ahli jawatankuasa yang menjayakannya sahaja. Orang lain ambil mudah sahaja sedangkan ini sangat penting.
Bukan apa, bomba dah biasa sangat datang rumah aku ni, kan lift selalu rosak. Then butang kecemasan akan terus ke bomba, tak lama lepas tu datang la bomba menyelamat mangsa.
~)@ Zaman sekolah, nampak bomba excited kan? belajar cara-cara memadamkan api.
Thursday, 21 October 2010
Kawan
Aku berkenalan dengan kau pada tahun 2000 masa tingkatan 4, tapi aku dah kenal perangai nakal kau ni dari kau tingkatan 1 lagi, hahaha.
Bila dah dalam satu kelas, kau suka sangat selongkar beg aku, selongkar pensel box aku, suka duduk menempel dekat aku, suka buat harta sendiri akan harta-harta aku.
Alaaa aku tau la kau dapat pinjaman buku teks, nak berlagak ngan aku pulak. Sudahnya, kau paksa aku tulis nama kau pada semua buku latihan, pada semua buku teks. Kau fikir aku assistant manager kau?
Tak cukup lagi, kau dera aku bawakkan buku teks kau tu sampai asrama, berat ngeng! serius berat, dah la kau pinjam paper aku yang masih baru, bila kau pulangkan balik dah macam sarung belacan, hampes sungguh.
Lagi... kau pinjam nota IT aku, sudahnya buku nota tu jadi hak milik kau kan? silaka betulla kau ni... belum lagi kau tiru segala latihan fizik, kimia, bio. Belum lagi kau paksa aku turun ke dewan makan hanya kerana nak menghantar nota yang kau sendiri nak pinjam. Hish! dasar suka susahkan orang.
Dah la satu rumah sukan ngan aku, rumah Tuah (merah) konon nak masuk acara olahraga, kau dah la lari kengkang, takde bakat betul. Sakit perut aku ketawakan kau berlari, baru pusing satu padang kau dah macam nak pengsan. Hahaha...
1st time jumpa kau lepas sekolah, aku belanja kau makan KFC, aku tak sure kau ingat atau tak lagi, then kita pergi Sek. Men. Keb. Tun Habab yang cantik tu untuk ambik sijil SPM aku. Masa tu la kau kata aku bodoh lepas telek sijil aku gara-gara matematik tambahan aku dapat cangkul.
Okla tu, dari test biasa, exam sekolah aku mana pernah lulus subjek tu. Dapat cangkul kira terrer apa. Aku tau la kau pandai. Sebab tu aku tak pernah joint reunion, aku tak masuk U macam korang semua. Malu.
Then kau betul-betul bagi aku semangat masa mak boyfren aku meninggal dunia, mula-mula kau ejek aku sebab aku baru nak masuk driving school, lepas tu bila aku tak dapat ambil test, kau bagi semangat, kau pujuk aku, kau telefon aku, kau teman aku sepanjang perjalanan aku pulang ke KL bertemu dengan boyfren aku.
Sehingga ke hari ini, kau masih lagi setia menjadi kawan aku kerana baru-baru ini aku meminta kau membantu aku membuat 50 soalan bertemakan Malaysia.
Kau memang suka membantu walaupun mulut kau boleh tahan celuparnya. Walaupun kau sendiri bergelumang dengan masalah dalaman kau sendiri. Antara kita masih ada rahsia. Hahaha…
Terima kasih kerana masih lagi ingat pada aku, masih lagi menghadirkan diri pada majlis perkahwinan aku, masih lagi melawat ketika aku melahirkan cikOni. Oh my!!! You are very trusted fren ok.
Kau juga manusia paling rajin aku pernah jumpa bila majlis kawin kawan-kawan kau, tapiii tak tau la lepas kau kawin nanti. Padanla berat badan kau naik mendadak lepas sekolah. Makan free.
Selamat Melangkah ke Dunia Baru:
Farhan & Atie
10-10-10 & 17-10-10
Semoga korang bertabah dalam menangani isu rumah tangga =)
~)@ Kawan baik aku ni lelaki… kawan baik aku dulu pun lelaki juga… apakah? Aku tiada kawan perempuan? Ada, ada.
Wednesday, 15 September 2010
Berbuka pada 8 Sept 2010, FB & Reunion
Orang dah beraya aku masih citer pasal buka puasa, haha... bukan apa kali ni berbuka special kat Hotel Mayres, nama pun tak glamour apatah lagi tempatnya. Menakutkan. Bila masuk tempat parkingnya huiii... rasa macam berpenunggu, seram. Tapi semangat nak berjumpa kawan-kawan sekolah setelah sembilan, ada juga cecah sebelas tahun tak berjumpa. Siap ada tak kenal lagi. Ngeee... gagah juga, mrAbi yang drive pun.
Makan kat sini lebih best, tapi aku macam tak berselera sangat sebab lebih teruja jumpa kawan-kawan. Lepas majlis habis terus balik ke KL.
- Aku salah seorang organizer berjumpaan ini, tujuan pertamanya aku nak jumpa mrFarhan (besfren aku sampai skarang, dulu aku suka dia, dia tak layan weih), dia yang menyuarakan untuk ajak yang lain-lain.
- Asal tempat nak berbuka kat gerai tepi jalan je melarat sampai ke hotel.
- Melayan cikOni makan, semua kata dia comel. Aku? haha...
- Ada yang kata aku Yuna, ada yang kata aku Yugioh, pergh... kesengalan yang memang tak boleh belah.
- Kawan-kawan perempuan aku, bestfren aku yang paling setia Iffa dan Haliza, satu kelas dan masih lagi setia. Hehe, aku je memecah kebujangan tak sabar nak nikah.
- pnMaslina, salah sorang organizer juga.
- 4 orang dari gambar satu kelas dengan aku.
- cikOni yang tercengang-cengang, ajak bergambar tapi malu-malu, bersama kakakNurul.
- Semuanya control handsome, nyampah aku. Duduk semeja dok citer pasal hotel. Yela nanti kita buat reunion kat hotel grand.
- Semua gambar ni aku amek dari mrAQypt. Perasan maintain dari zaman sekolah, gemuk yang tak mengaku.
- mrPa'an, kawan baik aku siap bagi surat saman pada hari tersebut. Dulu kurus kering, sekarang gumuks dengan sihat.
- 5 orang dari gambar satu kelas dengan aku.
- Korang punya lawak memang kekal, korang punya kelancaran teguran memang havoc, korang punya gurauan memang mengundang orang libas dengan parang, korang punya idea masih bengong walau dah tukar status.
- Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Terima kasih sebab tak ambil hati atas kelancangan kata-kata. Terima kasih kerana masih lagi menjadi diri sendiri. Korang best.
- Dibulan yang baik, saling kita bermaafan. Insya-Allah ada rezeki kita jumpa lagi. Mesti ramai yang bawa handbag tambahan.
- Mostly yang datang dari kelas aku... 5 Sains 2 terbaekkk...
- Inila untungnya bila Facebook digunakan secara baik. Mengumpul kawan-kawan sekolah.











