Showing posts with label Bomba. Show all posts
Showing posts with label Bomba. Show all posts

Tuesday, 18 January 2011

Latihan kebakaran.

Salam satu Malaysia.

Hrmmm, siapa pernah terlibat dengan latihan kebakaran ni? aku pasti semua orang pernah terlibat, kalau tidak di tempat kerja sudah pasti masa zaman sekolah dulu. Betul tak?

Aku masih ingat lagi, kali pertama aku menjalani latihan kebakaran masa sekolah rendah. Dalam kelas sedang asyik belajar, aku budak rajin tau. Tiba-tiba loceng panjang kedengaran. Loceng besi yang menggunakan tangan untuk dibunyikan. Betul-betul nampak asap berkepul-kepul dalam sebuah bilik.

Keluar dari kelas, beratur dua baris menuju ke tempat untuk berhimpun. Seronok. Sebab tak belajar. Hihiii. Rupanya, tong sampah besi berisi arang yang sengaja dibakar untuk nampak lebih real.

Pernah sekali, loceng panjang kedengaran sudah hampir habis, tapiii kami masih kusyuk belajar dalam kelas. Kenapa tak dengar? mana nak dengar kalau satu kelas sedang meniup recoder. Belajar muzik. Haaa rentung dengan seorang guru. Serta merta blok bangunan dapat loceng baru.

Naik sekolah menengah, latihan kebakaran lebih extreme. Kenapa? tinggal di asrama, bergantung harap kepada kawan-kawan, buatnya kawan tak mengejut atau yang dikejut tak bangun, haaa sama-sama kena denda.

Biasanya akan diadakan pada minggu orientasi (ini tips). Selama 5 tahun aku tinggal di asrama, aku masih memegang rekod tak pernah rentung. Hiii. Sebab, aku memang senang bangun tidur.

Pernah terjadi, aku siap boleh ambil sweater yang tersangkut di kepala katil lagi dalam orang dok sibuk berlari menyelamatkan diri. Paling seronok tengok gelagat kawan-kawan simpan selipar bawah katil. Ada juga main lari berkaki ayam tak hirau dah luka atau tak, yang penting tak rentung. Silap2 ternampak, mereka-mereka yang mebawa selimut.

Paling suka masa ni dah tentula berlari tanpa tudung di kepala. Hahaaa. Free hair gittu, mau taknya jam 3-4 pagi, gelap. Adalaaa aku buat beberapa kali. Ngeee.

Selama lima tahun ini juga, pernah sekali aku jatuh sakit teruk. Member dah nangis-nangis risau aku pengsan dari lepas makan petang dan sedar semula lepas Maghrib. Then, malam yang sama ada latihan kebakaran, sedap wei aku tidur lena. Aku dikecualikan daripada denda. Selamat. Ketua Seksi Kesihatan melaporkan. Kesian kawan-kawan yang rentung, bayangkanla kena mandi dengan air sejuk pada itu jam. Tak ke demam?

Tahun akhir, aku sendiri yang handle latihan kebakaran untuk penghuni asrama. Syok owh. Zaman tu juga zaman paling aku tak duduk diam. SPM dan aku memegang jawatan Ketua Biro Sukan. Huru-hara hidup aku, aku rasa. Bila habis study je, warden aku cikgu Norjidah, akan ajak siapa-siapa aja yang berkenan di hati untuk round satu aspuri memastikan lampu dorm ditutup tepat pada masa dan semua orang tidur.

Bila aku memegang jawatan itu, makanya aku terlibat dalam segala mala aktiviti asrama termasukla menjayakan misi latihan kebakaran. Kerja aku? ketuk tiang dengan besi, hahaaa. Bingit jangan dikata. Dengan bunyi loceng dan ketukan besi ditiang, membuatkan semua orang tergesa-gesa terjun dari tangga.

Seronok rupanya tengok orang berlari kencang niii. Tugas lepas tu serah pada yang lebih seniorla kan. Pengalaman memang indah untuk dikenang.

Dan baru-baru ni, aku terbaca notis latihan kebakaran di tempat aku tinggal. Eh? agak-agak aku bangun tak kalau betul-betul diadakan. Huhuuu. Aku rasa yang peduli hanya ahli jawatankuasa yang menjayakannya sahaja. Orang lain ambil mudah sahaja sedangkan ini sangat penting.

Bukan apa, bomba dah biasa sangat datang rumah aku ni, kan lift selalu rosak. Then butang kecemasan akan terus ke bomba, tak lama lepas tu datang la bomba menyelamat mangsa.

~)@ Zaman sekolah, nampak bomba excited kan? belajar cara-cara memadamkan api.