Aku berkenalan dengan kau pada tahun 2000 masa tingkatan 4, tapi aku dah kenal perangai nakal kau ni dari kau tingkatan 1 lagi, hahaha.
Bila dah dalam satu kelas, kau suka sangat selongkar beg aku, selongkar pensel box aku, suka duduk menempel dekat aku, suka buat harta sendiri akan harta-harta aku.
Alaaa aku tau la kau dapat pinjaman buku teks, nak berlagak ngan aku pulak. Sudahnya, kau paksa aku tulis nama kau pada semua buku latihan, pada semua buku teks. Kau fikir aku assistant manager kau?
Tak cukup lagi, kau dera aku bawakkan buku teks kau tu sampai asrama, berat ngeng! serius berat, dah la kau pinjam paper aku yang masih baru, bila kau pulangkan balik dah macam sarung belacan, hampes sungguh.
Lagi... kau pinjam nota IT aku, sudahnya buku nota tu jadi hak milik kau kan? silaka betulla kau ni... belum lagi kau tiru segala latihan fizik, kimia, bio. Belum lagi kau paksa aku turun ke dewan makan hanya kerana nak menghantar nota yang kau sendiri nak pinjam. Hish! dasar suka susahkan orang.
Dah la satu rumah sukan ngan aku, rumah Tuah (merah) konon nak masuk acara olahraga, kau dah la lari kengkang, takde bakat betul. Sakit perut aku ketawakan kau berlari, baru pusing satu padang kau dah macam nak pengsan. Hahaha...
1st time jumpa kau lepas sekolah, aku belanja kau makan KFC, aku tak sure kau ingat atau tak lagi, then kita pergi Sek. Men. Keb. Tun Habab yang cantik tu untuk ambik sijil SPM aku. Masa tu la kau kata aku bodoh lepas telek sijil aku gara-gara matematik tambahan aku dapat cangkul.
Okla tu, dari test biasa, exam sekolah aku mana pernah lulus subjek tu. Dapat cangkul kira terrer apa. Aku tau la kau pandai. Sebab tu aku tak pernah joint reunion, aku tak masuk U macam korang semua. Malu.
Then kau betul-betul bagi aku semangat masa mak boyfren aku meninggal dunia, mula-mula kau ejek aku sebab aku baru nak masuk driving school, lepas tu bila aku tak dapat ambil test, kau bagi semangat, kau pujuk aku, kau telefon aku, kau teman aku sepanjang perjalanan aku pulang ke KL bertemu dengan boyfren aku.
Sehingga ke hari ini, kau masih lagi setia menjadi kawan aku kerana baru-baru ini aku meminta kau membantu aku membuat 50 soalan bertemakan Malaysia.
Kau memang suka membantu walaupun mulut kau boleh tahan celuparnya. Walaupun kau sendiri bergelumang dengan masalah dalaman kau sendiri. Antara kita masih ada rahsia. Hahaha…
Terima kasih kerana masih lagi ingat pada aku, masih lagi menghadirkan diri pada majlis perkahwinan aku, masih lagi melawat ketika aku melahirkan cikOni. Oh my!!! You are very trusted fren ok.
Kau juga manusia paling rajin aku pernah jumpa bila majlis kawin kawan-kawan kau, tapiii tak tau la lepas kau kawin nanti. Padanla berat badan kau naik mendadak lepas sekolah. Makan free.
Selamat Melangkah ke Dunia Baru:
Farhan & Atie
10-10-10 & 17-10-10
Semoga korang bertabah dalam menangani isu rumah tangga =)
~)@ Kawan baik aku ni lelaki… kawan baik aku dulu pun lelaki juga… apakah? Aku tiada kawan perempuan? Ada, ada.
11 comments:
kkdg tu memang kita selesa berkawan dgn lelaki kan...
kawen jugak akhirnya
shabat sjati ummi cik oni tu kan =)
sperti mau d'ulang kmbali
saat dahulu kala kan
tp tak boleyy..hehe
slmat pngantin baru utk frennzz akak
memang kawan yang baik. :)
Seronoknya andai dapat bersahabat dengan sahabat sejati.. susah dan senang bersama
rasp:
rasanya... macam tu la kak.
ain:
dia pernah kata dia suka akak, tapiii dah terlambat. haha. lepas tu dia menyesal.
rara:
insya-Allah baik selamanya.
kakNida:
best kan kak? sentiasa ada setia menemani apa jua situasi.
oohhhhh alkisahnya..
tp kan kak
bila kita dah bkawan rapat
n dia kata suka kat kita
msti rasa cam lainnn je ;P
mnangis tak blagu lah die yea
takpe dah jmpa pun pasangan hidup die..
habis dah cerita..hehehe
Bila..ternampak gambaq ataih tu..rasa teringin lah pulak...hee
hiks..mcm cha slalu kena buli ngn dia..tp org cenggini..nmpk kasar diluaran tp dlm hati ade taman..nakal2 manja org ckp..ekekek:p
ain:
itu dah takdirnya, akak admirer kat dia, tapiii zaman skolah kan, dah habis skola jumpa smula, laaa dia pun suka kat akak rupanya, habis... takkan nak pusing balik pulak?
pakLan:
haippp!!! satu je, jgn lupa jemput ye *wink-wink.
[-suziey-]:
itu baru sikit, nak cerita prangai dia selama 2thn, mmg gila. mangsa utama mmg ai la. haha betul² dlm hati ada taman. kelakar ayat niii.
Blog yang cantik. tahniah.jom singgah blog saya pulak.
Bang Ai:
rasanya mcm dah pernah lalu blog bang ai niii =)
Post a Comment