Monday, 25 August 2025

HOBI: Notebook DIY.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari ini kita belajar menjilid notebook style ch@hijaucantik. Tidak berapa sempurna namun kita cuba okey.

Ada tiga cara kita menjilid buku:
1- jahitan
2- gam tepi sahaja
3- guna penebuk lubang dan reben/ring.

Jahitan.
Kali pertama buat notebook apabila cubaan membuat planner sendiri. Guna kertas A4 kosong dibahagi dua jadi saiz A5, Planner aku mestilah bercirikan:
1- Kitar semula
2- Warna hijau
3- Setahun dalam satu buku
4- insert design sendiri
5- ada kalender
6- ada tarikh ingatan ulangtahun kawan-kawan
7- ada tarikh, ada tarikh dlm hijriah, ada hari, ada ruang kosong tanpa garis.

Kali pertama buat notebook, janji tidak terabur.

Bila hendak sumbat setahun, ia akan jadi tebal. Bila tebal, kena pandai binding tepi buku. Aku belajar menjahit buku melalui youtube, jahitan sama? tidak, aku jahit dengan niat janji tidak berterabur. Jahitlah ikut style apapun, janji semua ikut berganding bersama tidak berterabur.

Jarum cross stitch. Benang dah habis Adli kerjakan.

Kali kedua jahit planner sendiri.

Guna benang cross stitch, benang kait pun boleh.

Gam Tepi sahaja.
Ini terpaling malas, biasanya kertas dalam tu daripada lebihan kertas atau terlalu banyak sangat kertas tidak mahu terabur boleh gunakan style ni, cuma kena bersabar sikit untuk ia mengering. Masih gunakan klip untuk samakan sususan kertas dan gam sahaja. Mudah untuk dikoyak. 



Alhasil mengoyak kawasan buku sekolah yang tidak disentuh. 
Planner teknik gam tepi, iya ada sehelai dua koyak tengah, cover dengan stiker ja.

Guna gam rupa ini.

Penebuk lubang dan reben.
Biasanya aku guna style ni untuk guestbook sebab saiznya besar dan kita akan gunakan hanya sebelah muka surat sahaja. Susun kertas A4 cantik-cantik dan klip tepi, guna hanya satu jenis penebuk lubang sahaja untuk semua.

Guna mounting board untuk buat cover, guna penebuk lubang sama jadi, susunan kertas akan jadi seragam dan elok. Masukkan reben di lubang-lubang yang ditebuk dan ikat rapi pada hujungnya. Jadi je buat dengan keyakinan penuh.

Kali pertama buat guesbook. Kena cabar. Tiga hari pula tu.

Baru belajar menjilid, sifu kata buat longkang nanti mudah nak buka.

Antara koleksi notebook @sya2chwimi pernah hasilkan.

Jilid guna ring. Buku skrap ni, sudah bertukar cover, sebab Arrizqi lahir.
Simpan memori preggykan daktiga.

Jahitan. Dalam ni banyak buat quotes.

Dua yang bawah tu, kawan-kawan punya. Sudah berkali menolak, namun mereka hendak juga.

Untuk bestfren, Sha. Dia teringin notebook tema tembikai. Terlalu putih bersih!

Sebenarnya buat notebook ni, kita try and error sahaja, tujuannya malas pergi kedai, lepas tu hendak buat cover fancy ikut suka hati. Orang lain boleh, masakan kita tidak? Lagipun, beli tapi kertas dalam kosong, rasa macam ermmm... DIY je la, kertas recycle banyak. Kita minta maaf sekiranya entri ni tidak memenuhi kriteria, cuma dapatlah bayang-bayang sikitkan? kita pasti, uols boleh buat lebih baik dari ini.

“There is no wrong way to make pretty things.”

- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ All praises are for Allah in every condition.


1 comment:

Azian Elias said...

rajinnya. tapi akak mmg suka notebook. pegi ke DIY i akan beli satu. pasti.