Selepas balik berjimba dengan teman Sabtu lepas, tuan asben mengajak mencari tilam single untuk daktiga. Peluang yang aku tidak akanku lepaskan sama sekali, count me in asben! - jerit dengan kuat.
Sebaik solat Zohor berjemaah,
"jomlah cari tilam budak-budak tu" ajak tuan asben.
"sekarang?" saja berbasa-basi menanya sambil lipat telekung.
"sekaranglah, nanti balik terus kemas" let's go, aku tukar pakai baju lain yang lebih ringkas dan santai.
Kita keluar naik gajah, pada daktiga aku hanya ajak-ajak ayam, aku tahu dorang malas hendak ikut sama, ini sahaja masa aku berdating dengan tuan asben, keke...
Bila keluar dengan tuan asben ni, dia memang terus sahaja dengan tujuan, kita terus ke Verona Living Sdn. Bhd. untuk membeli tilam single daktiga. Besar gila gudang, ke store, ke kedai? ahahahaa. Di sini kita pernah membeli set sofa, katil dan empat rak buku. Sepertinya sudah regular customer sahaja.
Selesai beli tilam, balik rumah dan mula mengemas di tingkas atas. Aku uruskan buang katil queen master bedroom yang telah rebah papannya lebih dahulu, kerana katil queen daripada bilik Adli akan naik ke master bedroom dan digantikan dengan dua katil single.
Selesai my duty, aku uruskan tilam queen yang perlu dibawa keluar, berat amat. Aku bergabung dengan Adli pabila melihat tuan asben masih dengan kerjanya, tilam dan katil masih elok walaupun sudah berusia 12 tahun. Tuan asben datang membantu mengangkat katil buatan kayu solid keluar bilik. Aku hendak leraikan, dia kata tak perlu sudahnya sangkut di tangga terpaksa juga leraikan. Dia bertanya dengan aku macam mana bawa turun hari tu? dia lupa katil ni memang tidak pernah sampai atas kerana pindah masuk sini dulu ia terus berada di bilik bawah tambahan aku lepas pantang Arrizqi tidak kuasa hendak manjat tangga.
Sampai di master-bedroom tuan asben dan Arrizqi bergabung memasang semula. Aku pasangkan semula cadar dan Auni turut menukar tilamnya kepada yang baru. Dia pun tidak mahu tidur atas katil queen, tuan asben belikan katil single beberapa tahun lepas.
Di bawah sesi memasang katil single pula, kerjaan hero-hero. Aku sudah meregang badan namun kepala masih lagi berfikir itu dan ini. Selesai semuanya aku masuk buat sportcheck, macam asrama, hihiii... bolehlah. Dorang pun guna untuk tidur sahaja.
Selesai maghrib, tuan asben mengajak makan diluar, ada yang aku rengekkan siang tadi menyebabkan dia menurutkan permintaan. Kita makan di Citra Loca Cafe, memang sudah lama diusha kewujudannya. Menyediakan menu ala western dan minuman viral dengan harga mampu dinikmati. Alhamdulillah semuanya sedap. Memang gantung periuk sepanjang hari jadinya. Thank you so much tuan asben!
![]() |
tilam-tilam, tilam lama tukar baru ~~ |
![]() |
anta, mau jadi saudagar tilamkah? |
![]() |
da macam asrama pun ada. |
![]() |
kemain berkepit. |
![]() |
memang daripada kecik sedondon, sampai sekarang. |
![]() |
chaotic duo, adik jaga abang. |
![]() |
asyik lalu je, kali ni kita singgah makan. boleh repeat! |
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.
2 comments:
Bestlah dorang dapat tilam baru. Tilam tebal empuk tu. Lena di ulit mimpi, jangan susah bangun tidur sudah. hihi...
Regular customer ada diskaun tak tu? Cepat membesar betul semua kan. Tahu-tahu besar dah. Sedap menu-menu yang dipesan.
Alhamdulillah ..murah rezeki encikHusben
Post a Comment