Monday, 11 August 2025

Auni: Lawatan Kerjaya di ADTECSA.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Masuk sahaja kereta sewaktu pulang dari sekolah, Auni tunjuk surat kebenaran. 
"kakak ada lawatan kerjaya Khamis nanti, kakak pergi dengan Iman" suaranya.
"pergi mana? bacalah saya nak drive ni" pintaku dan Auni baca butiran tertera di surat. Di tempat duduk belakang ada Kirah, Aishah dan Aina yang balik sekali hanya memasang telinga.
"Pusat Latihan Teknologi Tinggi, ADTEC Shah Alam" 
"weih, tu tempat belajar saya tu dengan bapa hang tu" aku teruja sama, mulalah buka cerita apa yang ada di ADTEC, SA. Adtec tu nama antarabangsa sikit, Advance Technology Training Centre.

Aku buka cerita macam mana aku boleh sambung belajar di ADTEC, aku mendaftar sendiri sehingga menjadi salah seorang ahli jawatankuasa MPP (jawatan kecil-kecilan saja). Sesekali terdengar Aishah dan Kirah ketawa. Bila auntySyasya dah membebel, lori kontena Scania pun boleh digosipkan.

Khamis 7 Ogos yang lepas, Auni pergi dengan bas dalam waktu persekolahan, jadi rutin harian aku berjalan seperti biasa sahaja.

Aku memaksa Auni mengambil beberapa keping gambar untuk di hantar ke group kelas Diploma Teknologi Komputer, mereka turut sama teruja mengembalikan nostalgia masing-masing. Aku dan tuan asben bertemu semasa membuat sijil di Institut Latihan Perindustrian, KL sebelum itu lagi. Kita from anemy to lover kekdahnya, just one year contract relations. Tapi, jodoh tu ALLAH swt dah susun elok-elok.


Dulu, kursus DTKKomputer berhadapan dengan tangga ini.
Perkarangan tengah adalah tempat berhimpun 4 kursus melakukan senaman pagi sebelum kelas bermula.

Suasana dalam bengkel.

Kursus baru ada.

Kursus digemari penuntut lelaki bersidai depan pintu, laluan ke lobi utama ADTECSA.

Kolam depan DTKimpalan selalu ada mangsa menyambut hari lahir. Sama ada dicampakkan atau masuk sendiri dalam kolam.

Sebalik pintu masuk bengkel.

Orang kata kami duduk dalam akuarium. Tingkat atas merupakan kelas seperti bilik darjah.

Boleh pula jumpa Syafiqah, bestie Auni dan Iman Alisya.
Dewan utama tempat perhimpunan setiap hari Isnin dan tempat peperiksaan.
Aku selalu usha tuan asben di sini, walaupun dia jarang ada di perhimpunan, muahaha...

Di ADTECSA, kita ada kursus sepenuh masa, kursus jangamasa pendek dan kreativiti & inovasi. Boleh layari laman utama ADTECSA. Aku hendak terangkan lebih lanjut pun tidak berapa pandai sangat kerana kursus yang aku ambil sudah tiada lagi. Ada lapan kursus pada waktu itu, antaranya:
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimpalan
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Jaminan Kualiti
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (kuasa)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyejukbekuan & Penyaman Udara
Kursus terkini selepas penambahbaikan dan pengstrukturan semula ialah:
  • Diploma Teknologi Pemesinan
  • Diploma Teknologi Pengeluaran Automotif
  • Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang
  • Diploma Teknologi Mekatronik
  • Diploma Teknologi Jaminan Kualiti
  • Diploma Teknologi Elektrik (kuasa)
  • Diploma Teknologi Kimpalan
  • Diploma Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara
  • Sijil Teknologi Pembaikan Struktur Pesawat - kepingan logam
Seronok sambung belajar lepas SPM kerana kita belajar menguruskan masa dengan baik, pengalaman 5 tahun tinggal di asrama sekolah harian sangat membantu masuk asrama tempat belajar. Di ADTEC ada disediakan asrama, sama seperti asrama bawah kementerian. Kita pakai uniform industri semasa masuk bengkel dan uniform formal semasa masuk dewan kuliah atau pun kelas. Setiap tempat belajar ada peraturannya. Aku di ADTEC pada tahun 2004 dan 2005 dan menyambung praktikal di MIMOS Smart Computing Sdn. Bhd selama enam bulan dan diminta sambung untuk tempoh enam bulan lagi.

Tudung sekolah instead tudung bawal. Baju kurung asrama form 5, pakai sampai habis diploma.

Dalam bengkel, baju bengkel. Izma yang ajak aku kerja dengan dia di Next Nation Sdn. Bhd.
sampai sekarang kita semua masih keep in touch.

ADTECSA, saksi cinta aku dan tuan asben, ahahahaa. Kita jadi belangkas sampai orang ingat kita adik beradik, hingga pensyarah sering bertanya tuan asben kepada aku jika dia tidak ke kelas seperti aku pula sebilik dengan tuan asben, hahaa... 
TIDAK ADA KATA TERLAMBAT UNTUK BELAJAR. PERUBAHAN TERJADI KERANA KITA MAHU BELAJAR.

 

No comments: