Monday, 11 August 2025

Auni: Lawatan Kerjaya di ADTECSA.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Masuk sahaja kereta sewaktu pulang dari sekolah, Auni tunjuk surat kebenaran. 
"kakak ada lawatan kerjaya Khamis nanti, kakak pergi dengan Iman" suaranya.
"pergi mana? bacalah saya nak drive ni" pintaku dan Auni baca butiran tertera di surat. Di tempat duduk belakang ada Kirah, Aishah dan Aina yang balik sekali hanya memasang telinga.
"Pusat Latihan Teknologi Tinggi, ADTEC Shah Alam" 
"weih, tu tempat belajar saya tu dengan bapa hang tu" aku teruja sama, mulalah buka cerita apa yang ada di ADTEC, SA. Adtec tu nama antarabangsa sikit, Advance Technology Training Centre.

Aku buka cerita macam mana aku boleh sambung belajar di ADTEC, aku mendaftar sendiri sehingga menjadi salah seorang ahli jawatankuasa MPP (jawatan kecil-kecilan saja). Sesekali terdengar Aishah dan Kirah ketawa. Bila auntySyasya dah membebel, lori kontena Scania pun boleh digosipkan.

Khamis 7 Ogos yang lepas, Auni pergi dengan bas dalam waktu persekolahan, jadi rutin harian aku berjalan seperti biasa sahaja.

Aku memaksa Auni mengambil beberapa keping gambar untuk di hantar ke group kelas Diploma Teknologi Komputer, mereka turut sama teruja mengembalikan nostalgia masing-masing. Aku dan tuan asben bertemu semasa membuat sijil di Institut Latihan Perindustrian, KL sebelum itu lagi. Kita from anemy to lover kekdahnya, just one year contract relations. Tapi, jodoh tu ALLAH swt dah susun elok-elok.


Dulu, kursus DTKKomputer berhadapan dengan tangga ini.
Perkarangan tengah adalah tempat berhimpun 4 kursus melakukan senaman pagi sebelum kelas bermula.

Suasana dalam bengkel.

Kursus baru ada.

Kursus digemari penuntut lelaki bersidai depan pintu, laluan ke lobi utama ADTECSA.

Kolam depan DTKimpalan selalu ada mangsa menyambut hari lahir. Sama ada dicampakkan atau masuk sendiri dalam kolam.

Sebalik pintu masuk bengkel.

Orang kata kami duduk dalam akuarium. Tingkat atas merupakan kelas seperti bilik darjah.

Boleh pula jumpa Syafiqah, bestie Auni dan Iman Alisya.
Dewan utama tempat perhimpunan setiap hari Isnin dan tempat peperiksaan.
Aku selalu usha tuan asben di sini, walaupun dia jarang ada di perhimpunan, muahaha...

Di ADTECSA, kita ada kursus sepenuh masa, kursus jangamasa pendek dan kreativiti & inovasi. Boleh layari laman utama ADTECSA. Aku hendak terangkan lebih lanjut pun tidak berapa pandai sangat kerana kursus yang aku ambil sudah tiada lagi. Ada lapan kursus pada waktu itu, antaranya:
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimpalan
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Jaminan Kualiti
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (kuasa)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyejukbekuan & Penyaman Udara
Kursus terkini selepas penambahbaikan dan pengstrukturan semula ialah:
  • Diploma Teknologi Pemesinan
  • Diploma Teknologi Pengeluaran Automotif
  • Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang
  • Diploma Teknologi Mekatronik
  • Diploma Teknologi Jaminan Kualiti
  • Diploma Teknologi Elektrik (kuasa)
  • Diploma Teknologi Kimpalan
  • Diploma Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara
  • Sijil Teknologi Pembaikan Struktur Pesawat - kepingan logam
Seronok sambung belajar lepas SPM kerana kita belajar menguruskan masa dengan baik, pengalaman 5 tahun tinggal di asrama sekolah harian sangat membantu masuk asrama tempat belajar. Di ADTEC ada disediakan asrama, sama seperti asrama bawah kementerian. Kita pakai uniform industri semasa masuk bengkel dan uniform formal semasa masuk dewan kuliah atau pun kelas. Setiap tempat belajar ada peraturannya. Aku di ADTEC pada tahun 2004 dan 2005 dan menyambung praktikal di MIMOS Smart Computing Sdn. Bhd selama enam bulan dan diminta sambung untuk tempoh enam bulan lagi.

Tudung sekolah instead tudung bawal. Baju kurung asrama form 5, pakai sampai habis diploma.

Dalam bengkel, baju bengkel. Izma yang ajak aku kerja dengan dia di Next Nation Sdn. Bhd.
sampai sekarang kita semua masih keep in touch.

ADTECSA, saksi cinta aku dan tuan asben, ahahahaa. Kita jadi belangkas sampai orang ingat kita adik beradik, hingga pensyarah sering bertanya tuan asben kepada aku jika dia tidak ke kelas seperti aku pula sebilik dengan tuan asben, hahaa... 
TIDAK ADA KATA TERLAMBAT UNTUK BELAJAR. PERUBAHAN TERJADI KERANA KITA MAHU BELAJAR.

 

17 comments:

uncle gedek said...

Menggamit memori gituuuuuu... Auuummmmm!

Bola Katok said...

Wah. Campak balik. Mesti rindu zaman belajar tu.

Roziah @ Cie said...

Mengimbau kenangan sangat tu ye.

Suria Amanda said...

oooo..ada cerita disebalik cerita ni....oooo usha en asben dia erk...notty erk...nasib baik berjodoh ye...nostalgia betul...nanti fasilitator tanya anak kenapa berminat nak belajar kat sini, anak pun jawab sebab kat sinilah berputiknya cinta dan jodoh mama dan ayah saya...hehehehee...

Mulan said...

Waahhh kenangan manis yang abadi.

shaizhar said...

Saya suka sebab ada gambar. Kembali mengimbau kenangan lama ye....

Aphizha said...

Wawh mengimbau kenangan bercinta zaman study dulu ek. Mestilah suruh anak ambil gambar tempat-tempat kenangan tu. Tak banyak beza dulu dan sekarang. Maintain budak sekolah. hihi...

Kakmim said...

Fuh, muda remaja sungguh.. dah mcm tengok Auni dan Adli je. Hahaha. Hari ni tak membatik ke cha? Jawab di komen sy tau.. ahaha

Dulu sy pernah berbengkel di ADTEC melaka... masa tu kami stay di famosa resort.. mlm² hotel blackout... hihi.. kenangan sungguh

ch@ said...

uncle gedek. cie. sisMulan : auuummm tahun yg lama menyimpan rahsia. kantoi gambar family dia di loker kita, barulah kawan2 lain tahu, kita kapel. hehe...

Bola Katok: rindu, zaman paling best.

kakakSA: boleh buat novel lain ni, syahida-erwandi volumn 2.0

abangShai: syekali-syekala. terima kasih singgah.

sisAphizha: kawan sekolah kata, syasya takpayah buat gambar dulu dan sekarang, sebab dia sama je.

kakMim: Arrizqi yg ikut betul muka asben, Adli ni banyak muka adik kita yg di Johor. Kebanyakan bengkel ADTEC ni sama je mana-mana pun.


adnil linda said...

betul2 romantik nie..linda takde bab2 bercinta masa belajar..sebab memang dari dulu prinsip dia "takmo kapel dengan orang yang dikenali, bosan nanti".. jadi memang la incikSuami tu bukan orang yang dikenali, sama sekali orang asing..sampai kawan sek masing2 tanya...mana kenal..linda yang memang senget nie jawapan dia "kenal tepi jalan je".. hahaha

Mama Zharfan said...

wahhh nice sgt! ;) best jugak buat entry versi sweet2 gini hahhh

ch@ said...

adnil linda: prinsip daku lepas SPM, okey mari cari calon suami. sila beratur calon-calonnya... bestgak buat entri ni. ahaks!

ch@ said...

MZ: entri kapel secara contract tu dah ada kisahnya. boleh tgk label GEGULA KAPAS.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Waah anak dapat kesempatan lawatan kerja di sana ya kak. Tak sangka pula tempat kakak dan suami study dulu 😄👍. So sweet sangat, dari zaman sekolah bisa menikah 😄👍👍👍. Saya dulu study di Penang. Tapi Krn campus internasional, students nya ramai foreigners . 😄. Jadi tak tertarik. Lagipun dah ada pasangan saat itu 😅

ch@ said...

fanny nila: awalnya ada pasangan, berapa umur kamu saat itu fanny? kita kapel sebelum belajar di sini lagi. gaduh dulu satu semester baru berkawan.

Ezna Khalili said...

Memori lama2 tetap memori yang manis.

ch@ said...

kakEzna: mestilah! hiii...