Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ini bukan kisah ambil kesempatan, cuma aku yang suka hendak membantu, lagipun tanda terima kasih kerana cikgu Basha, cikgu Aynn, cikgu Shazrina dan cikgu Khaida menjadi pendidik paling awal daktiga. Daktiga masuk Tabika Perpaduan seawal lima tahun. Alhamdulillah ketiganya merasa memegang gelaran pelajar terbaik sekolah menjelang hari anugerah tamat sekolah.
Selaku emak terpaling lama dalam group tabika, aku rasa tidak ada salahnya meringankan tangan membantu tenaga pengajar walaupun cikgu Basha pernah menganggap aku adalah kakak kepada Auni sehingga diterangkan letak duduk sebenar oleh cikgu Khaida, itu pun setelah Adli masuk sekolah dua tahun selepas Auni meninggalkan sekolah. Setahun Adli di tabika, masuk pula Arrizqi untuk terakhir kalinya, cikgu Khaida paling banyak meladeni keletah daktiga. Yang menjadikan aku dan Khaida is bestie forever apabila, Khaida merupakan alumni Institut Latihan Perindustrian (ILP), KL sama dengan aku dan tuan asben.
Dia cam tuan asben dahulu, barulah dia berani bertanya tempat belajar aku, rupanya kita satu batch sama cuma berlainan kursus. Dahulu, aku memanggilnya kakIda kerana dia berkawan dengan kakLaili yang akhirnya satu dorm dengan aku pada semester dua. Seiring dengan perubahan masa dan waktu, aku dan tabika menjadi rapat sehingga Khaida meminta bantuan itu dan ini.
 |
Terkejut cikgu Aynn sewaktu aku serahkan carta ni kepadanya. Dia hanya beri kertas warna dan mounting board sahaja. |
 |
Diminta buatkan buku tetamu sempena hari guru. |
 |
Carta Organisasi again. Rasa teringin sangat hendak buat pokok masatu. |
 |
Aku rasa tak puas hati dengan bentuk huruf yang ku potong sendiri tu, tapi sudah di pasangnya depan pintu, adeih! |
.jpg) |
Kad untuk diserahkan pada balai polis berdekatan. |
 |
Khaida kata, dorang (pentadbir) letak buku ni dalam kabinet kaca. |
 |
Tidak memasal menjahit uncang batu seremban. Ahahaaa! |
 |
Khaida dengan Shazrina tanya aku, "kenapa cantik sangat?" |
 |
Piramid makanan, awal-awal macam bentuk ikan paus. Tah la. |
 |
Tengah tunggu anak balik tengah hari, dapat call minta buatkan rumpai laut. Hendak guna pagi esoknya, akulaaa... memotong dalam kereta kekdahnya. |
 |
Tu la kejadiannya. |
 |
Dia menguji skill lagi, minta buatkan huruf untuk backdrop hari anugerah. |
 |
Gitulah kejadian, sepatutnya hanya huruf atas backgroud hitam tu, tapi entah. Kertas tu banyak sangat, jadi gitu. Banyak yang aku gunting on the spot, gunting terus tampal. |
 |
Biasalah, melarat. |
 |
Carta organisasi lagi. |
 |
Jenuh bawa masuk kereta. Untuk backdrop stage hari anugerah. |
 |
Diminta bantuan buat cover depan buku kerja kursus. |
Alhamdulillah, mereka semua sangat berbudi bila kita berkerja, sentiasa ada pengerasnya walaupun aku kata tak perlu, sebab bahan-bahan semua dorang sudah sediakan. Kadang mereka hanya tanya apa yang aku perlukan, aku hanya minta apa yang mereka ada. Aku kan suka recycle. Khaida sampai tanya banyak kali mengajak pergi beli barang-barang namun aku hanya sekadar menemannya saja.
Tempat kerja aku memang sudah seperti kedai stationary, tambahan tuan asben sendiri sediakan mesin pencetak yang sekali ada mesin fotostat dan juga mesin pengimbas sebagai kemudahan aku berkerja sebagai tanda sokongan. Sehingga hari ini, biarpun daktiga sudah bertahun meninggalkan tabika, perhubungan aku dengan semua pengajar masih baik. Bila terjumpa di luar sekolah, lekas-lekas sahaja menegur, aku mudah cam mereka, InShaaALLAH.
SETIAP SUDUT SEKOLAH MEMPUNYAI CERITA MASING-MASING.
No comments:
Post a Comment