#2025sya2note untuk setengah tahun pertama, struggle sedikit kesukaran hendak susun kedudukan untuk ambil video kerana notebook ni lebar memanjang ke sisi. Bila buka kedua belah muka akan jadi lebih panjang.
Bagaimana aku boleh pandai menulis kaligrafi? pergi kelas? tidak, aku tidak pernah menghadiri mana-mana kelas pun, asalnya aku memang suka menconteng buku, asalkan ada sebatang pen dan kertas/ tisu tangan auto jadi tak reti diam. Daripada sekolah rendah, aku suka dengan benda rare contoh menggunakan pen selain warna biru, merah dan hitam. Tahun 1996 benda tu semua adalah baru bagi aku. Papa aku sejenis suka dengan lukisan dan lakaran, dia mengajar aku melukis tulisan block menggunakan buku tulis kekotak biasa guna untuk matematik.
Daripada situ, aku rasa seperti leceh sahaja jika hendak buat tulisan block, mesti nak ada kertas kekotak, mesti kena gegaris dulu, aku pemalas. Jadi aku imagine lukis ikut hati janji semua huruf itu seimbang bentuknya. Setiap tahun, dia akan beri aku satu planner untuk aku buat nota sekolah, bagi aku planner adalah untuk diari bermakna aku punya diari sejak sekolah rendah lagi. Zaman belajar, aku suka menconteng dan melukis pada kertas nota, lengkap dengan muka pensyarah yang sedang bersyarah. Tidak cukup, aku conteng muka surat paling belakang buku nota kekawan, hehe!
Bila sudah menua, bila ada iG, bila ada talian internet menjadikan kita mendapat maklumat dengan lebih banyak, kita eksplore mereka-mereka yang rajin berplanner. Aku suka yang simple sahaja, semua recycle, semua handmade, semua lukis sendiri. Daripada planner berwarna-warni, membawa kepada dua tiga tona warna sahaja, berubah mengikut meningkatnya umur. Daripada gila bershopping stiker membawa aku buat stiker sendiri, cari kertas pelekat.
Daripada planner, aku kenal dengan handlettering, join handlettering challenge setiap bulan, buku nota daripada lebihan buku sekolah daktiga aku klip dan jilid jadikan buku nota baru untuk join handlettering. Orang lain guna pen kaligrafi, aku pun tak mahu kalah. Kali pertama aku cuba tulisan kaligrafi, daripada satu kalender meja. Tulisan untuk setiap nama bulan dalam kalender tu sangat cantik, jadi aku meniru sahaja menggunakan pen berdakwat hitam, kita panggil fauxhandlettering.
Rasa macam leceh dan lambat membuatkan aku mencari juga pen untuk kaligrafi, dan bermulalah episod berlatih melembutkan jemari, maklumlah jemari kita tidak semulus zaman muda-mudi. Latihan tu masih belum berhenti sehingga ke hari ini. Bila timbul rasa kosong, mulalah emosi hendak berjiwang, aku akan lattering. Begitulah seiring dengan kehidupan seorang house manager yang jarang bercuti mahupun vacation handlettering is my theraphy. Alhamdulillah.
![]() |
fauxhandlettering. |
![]() |
dah terrer sikit, gabungkan guna pen kaligrafi dan fauxhandlettring. |
![]() |
stiker ala-ala mrDIY punya, ahaha! |
![]() |
kertas kulit buku sekolah daktiga. |
![]() |
Advance sikit, ada washi tape dan stiker. Nota yang dah penuh, jadikan gift bagi pada kekawan. |
![]() |
fauxlettering using chalk and board ~ kena cabar. |
2013: Beli buku nota garis satu lawa sikit, kulit plastik lutsinar dan ada butang di kedai depan rumah. Harga tak sampai RM3
2014: Beli sketchbook tanpa garis, tak best sangat sebab kertas tebal dan berkilat, pensil warna susah nak lekat jadi tak berguna banyak taip di bloghijau.
2015: Dah resign buat notebook sendiri sebab terjebak dengan quilingguestbook. Guna colour paper, cover daripada kelendar meja saja.
2016: Makin rancak buat guestbook pengantin, akhirnya buat planner kekonon comel. Guna kertas A4 dibahagi dua mula terpengaruh dengan stamp dan stiker.
2017: DIY lagi, tapi bentuk lain, paper colour cover daripada kotak secret resipi. Kekawan minta buatkan planner untuk dorang.
2018: Terpaling mahal terpaling sengsara nak habiskan setahun, kitanya suka melukis jadi lekat banyak stiker. Yang tak best tak boleh muat setahun, tambah clear cover untuk setahun.
2019: Best tapi ruang kecik nau, mula buat bullet journal. Ringkas ja. Planner daripada Prudential.
2020: Sha bagi ring planner besar cover warna mint (tatau mana pergi tu). Jenuh la nak habiskan setahun.
2021: Sha juga bagi notebook kosong dan baru banyak sangat, jadi guna je apa yang ada. Terpaling best sebab dapat lukis template sendiri.
2022: Pun daripada Sha, aku sayang kertas insert dia bagi, banyak amat. Kertas planner reject, tak dapat jual pada customer dia diberinya kepada aku.
2023: Back to DIY, kertas buku sekolah daktiga. Tak best sebab licin sangat, memang elok tulis dengan pensil, but I like pen more.
2024: Recycle photobook Nuest, sebab dah gila dengan warna black-white. Cover buat sendiri, konon taknak comot, heh! jika sudah setahun guna, macam belacanlah kejadiannya.
![]() |
Pentel Fudetouch atas kiri. |
![]() |
Favourite kaligrafi pen: Tombow Fudenosuke Brush & Pentel Fudetouch Brush pen serta Fabercastelltruegel0.5 |
Sekian bebelan, salah satu terapi di rumah. Sebenarnya hobi pertama sejak berhenti kerja ialah paperquilling, lepas tu melarat buat notebook dan melarat dan melarat, hahaaa! Sorry sekiranya terasa entri ni seperti show-off pula, terima kasih sudi singgah di sini. Lepas ni ada yang mahu kisah quilling ke? hiii...... bila kehidupan sudah mula rasa biasa-biasa ja.
19 comments:
bestnya ada bakat kreatif gini!
Sangat2 kagum dengan bakat Ch@ ni. Memang seronok tengok kalau ada yang minat dan kreatif macam Ch@. Teruskan, teruskan tau.
Tapi, quilling kita tak nampak...mana? Hihihi...lawa tulisan..bab menulis tu,Linda memang tak reti lah...
Cantiknya handlettering. Suka tengok. Anugerah yang Allah bagi digunakan sebaiknya. Alhamdulillah dari hobi boleh jana pendapatan kan.
Saya pun suka menulis diary. Biasanya beli je, saya malas nak DIY. hihi...Banyaknya dia punya peralatan seni kreatif ni. Kagum dengan bakat orang-orang berseni ni. Keep it up!
masyallah...berseni sungguh shasha....berbakat. anak-anak ikut jejak sha tak? kagum....akak kenal pen mcm shasha pakai tu sebab aqish selalu beli dan pakai.
Kalau dah minat kan....wow set pen berwarna tu....cantik2 tulisannya tu.
waahhhhh cantikknyaaaaa berseni sungguh cha!
Wahh geng2 planner la ni. Dulu suka tengok kat pinterest dgn ig orang hias planner lawa2, tapi tula kita ni tk berapa rajin sangat berplanner ni
Lawalah tulisannn! Ni takde masalah kalau nak buat kad birthday utk kawan2, lagi special!
Orang kreatif ni....
Boleh buat konten tiktok ni....
Mama Zharfan, sisAphizha, kakEzna Khalili :
Alhamdulillah, haza min fadhli robbi! terima kasih tau support kita, ini kira semangat juga ni.
sisMulan:
Inilah terapi kita di rumah, tidak memenatkan dan hanya lingkungan dlm rumah saja.
adnil linda:
quilling next chapter sis. ihiks. terima kasih support kita.
kakMieja:
Auni je suka draw thru digital. Planner like me, tidak ada yg follow.
anamizu:
thank you so much sis.
Mznimnwr:
iya, ada kita buat tempahan kad hari lahir, hari guru, frame dan macam-macam lagila. nanti kita kongsi.
uncle gedek:
sabar uncle, kita tgh study juga ni. ahaaah!
Saya punya teman yg sukaaa juga hand lettering macam kakak. Dan dia jadikan usaha. Jadi dia buat usaha dekorasi dengan memajang tulisan hand lettering as per request. Terkadang pun di tempah di atas bag.
Cantiiiiik semua hasil tulisan kakak. 👍👍👍👍. Yg begini memang ada bakat juga. Walaupun 90% nya tetap hasil usaha dan latihan 😉👍
Wow! berbakat besar.harus hargai kurniaan Allah
Kalau dekat nak je panggil cha jd tenaga pengajar kursus pendek kami, sy suka benda ni tp x kreatif... jelessss tgk org berbakat mcm cha ni
Kreatif betul ni. Banyak koleksi planner tu.
fanny Nila:
faaannn, long time no see you. ihiks!
thank you so much fanny, hobi ni boleh dijadikan sumber pendapatan meskipun buat saja-saja.
Etuza:
Alhamdulillah, haza min fadhli robbi! terima kasih.
Kakmim:
awww, terharunya. kita ada keinginan mahu buka kelas, cuma belum berkesempatan lagi. kena kumpul material dulu, kena uruskan masanya juga. terima kasih kakMim, support kita tau.
Bola Katok:
ahah, actually belum segila orang yang memang suka planner. otai-otai tu seorang je ada sampai 4planner, kita tgk pun pening. meanwhile me, just setahun satu saja. kita sumbat semua dalam satu planner.
ammi suka tengok content kat TT yang menulis gini. apa nama orang tu ntah
Ammi: terapi tu. best tengok.
creative nya..suka tgk
mummy_ayu:
sebenarnya semua orang kreatif pada mata orang yang kreatif, believe me!
Post a Comment