Friday, 25 July 2025

Merci dan Isteri.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku ditempatkan disalah satu rumah yang diperbuat daripada kayu yang berdindingkan cermin, setiap hari kena muhasabah dek seringkali melihat diri sendiri, bersama beberapa jenis yang sama tetapi berlainan bentuk. Kerja ku hanya memerhatikan tuan kedai dengan kesibukkannya, terkadang dia pun duduk kebosanan kerana tiada pelanggan. Tiada pelanggan bermakna tiadalah harapan aku untuk ke rumah tuan yang baru.

Satu hari datang satu pasangan suami dan isteri barangkali, suami bertshirt hijau pekat dan berseluar panjang, bukakan pintu untuk isteri yang berblouse warna coklat dan berseluar hitam dipadankan dengan tudung warna susu, oh shoshuwit! Tuan aku bergegas menyambutnya dengan soalan rasmi, apa tujuan datang kedai dan mencatat sedikit info peribadi tetamu yang datang, aku tidak dengar secara jelas kerana mereka berada jauh dari tempatku.

Sambil diperhatikan suami, aku melihat isteri membelek satu persatu cermin mata dari rumah baris tengah berhadapan cermin kedai, tuan aku pula memberikan satu persatu cermin mata untuk dicuba, sehinggalah dia bangun menghampiri rumahku. Apakah?

Rumah aku ini terpaling high level, rumah orang have-have, kerana aku diperbuat daripada besi berkualiti jadi tidak banyak kawan sejenisku yang bertukar tuan, apakah kali ini giliran aku? Tubuhku terasa di awangan, aku diserahkan kepada isteri tadi, isteri senyum.
"eee yang ni cantik!" sebaik sahaja dia mencuba diriku pada wajahnya. Ensem juga aku rupanya bila sudah bertuan, eh belum sah lagi.
"boleh tak yang ni ayang? tapiii mahal sangat!" isteri bertanya kepada suami, betul dan confirm mereka suami isteri. Suami angguk sahaja tanpa berkata. Tuan aku masih tidak berputus asa, menghulurkan lagi beberapa kawan sejenisku dari rumah yang sama untuk isteri cuba, namun isteri masih dengan pendirian, hendakkan aku. Cinta pandang pertama, yeah! harapan untuk berteman masih ada. Keputusan sebulat suara, pilihannya tetap aku.

Tuan aku membawa isteri ditemani suami membuat ujian penglihatan selepas mereka memilih jenis kanta baru sesuai dengan selera isteri. Setelah beberapa minit, mereka keluar dari bilik ujian sambil mencuba cermin mata ujian, aku tergelak melihat isteri seperti kartun sahaja. Takpe isteri, setelah mendapat the real me later, kamu tidak akan kelakar lagi.

Mereka menyambung perbincangan selepas membuat ujian mata, berbincang, membuat pembayaran serta perjanjian. Aku disahkan berharga RM1k, lengkap dengan kanta untuk rabun jauh dan perlindungan cahaya matahari. Isteri meminta maaf kepada suami, kerana cermin matanya begitu mahal sekali berbanding cermin mata suami sendiri, hehe... so lomantik la ini suami isteri.

Beberapa hari kemudian, aku sudah selamat bersama dengan isteri secara rasmi, dia datang seorang, wajahnya seperti sebelum ini, ceria sahaja melangkah masuk kedai.
"hai, haaa cepat tak kita sampai?" tuan aku ketawa sambil membawaku kepadanya.
"sorry tau banyak problemnya kena betulkan itu ini" sambung isteri lagi.
"tidak mengapa, u customer. Nah u cuba nanti jangan buka ya, pakai terus" ujar tuan kedai.
"wah, bestnya. Rasa terang pemandangan, terima kasih!" ucap isteri. Tuan kedai memberi beberapa nasihat kepada isteri dengan aku sekali ikut mendengarnya.

Selepas itu aku sudah berada bersama dengan isteri selamanya, bersama setiap kali dia keluar menghantar mengambil anak-anaknya pergi dan pulang sekolah, yeay seronoknya aku dapat melihat alam sekeliling yang luas terbentang rupanya. Terima kasih isteri, kita akan bersama selamanya, aku akan memberi perkhidmatan terbaik untuk kamu. Love, aku Merci Couture.

Yeah, it's me. 

Me with isteri. Isteri happy, me is happy too.
Alhamdulillah.

GUNALAH DUA CERMIN, SATU CERMIN UNTUK MELIHAT KEKURANGANMU SATU CERMIN UNTUK MELIHAT & BELAJAR KELEBIHAN ORANG LAIN.

Baca juga : Aku Sepasang Kasut

7 comments:

MOHAMAD TAUFIK said...

nampak smart bila berkaca mata

adnil linda said...

bila baca betul2.. dah macam karangan sek dulu2... aku sebentuk cermin mata... hihihi...
dah 2 tahun tak buat cermin mata baru...gaji bulan depan lah...gaji bulan nie peruntukan dah habis.. hahaha

Suria Amanda said...

Dia punya jalan cerita kan....hehehehe....bagus ni..talented..

Kakmim said...

Lama x baca karangan aku sebatang pen.. yg ni mmg KLMJ.. related sangat.. teringat masa darjah 5-6 dulu... ahahaha..

Roziah @ Cie said...

Aku sepasang cermin mata. Eh ke sebuah. Hahah. Karangan sekolah dulu2. Sama la kita geng speki. Cie pulak pakai spec sejak 2009.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Aiiih baguuuuuus memang kak 👍👍👍😄. Worth it lah dengan harga yaaa . Kacamata nih memang harus cari benar2 yg terasa nyaman. Mahal sikit tak apa, yg penting sesuai, dengan bentuk wajah kita.

Mama Zharfan said...

i like the quote!