Pagi aku tiba di sekolah, meletak kereta berdekatan dengan Linda yang memang menunggu aku. Anak kami satu kelas yang sama, jadi ada teman pada pagi ini. Kita tidak dibenarkan naik ke kelas selagi belum sampai jam 10.30pagi. Makguard seorang ini memanglah tersangat skemanya, tidak boleh berlebih kurang langsung. Pagi ini hanya ambil kad laporan Auni seorang sahaja, duduk menunggu giliran sebelah Linda. Bestiekan!
Ramai pula teman-teman yang dikenali sewaktu aku duduk menunggu, masing-masing ramah menegur, gitulah mak-makkan? hari kad laporan begini boleh jadi jejak kasih dengan teman-teman yang lama tidak berjumpa. Sehingga sampai giliran Auni, macam biasa si Auni kena menjawab soalan "ini emak ke, kakak?" terlebih dahulu. Lepas tu bicara hati ke hati guna mata sahaja, habis semua huruf si Auni ni konker, dari A sampai ke G, aku hanya gelakkan sahaja. Okeyla tu, salam perkenalan kepada subjek sains tulen, apa hendak dikata lagi exam telah pun berlalu. Untuk selesaikan masalah ini, aku memang kena pantau dan usaha dari Auni sendiri. Method aku dengan dia belajar tidak sama, aku sejenis suka belajar dan buat nota tapi result atas pagar sahaja, so-so. Sebab aku lebih suka memilih berada di padang berbanding kelas. Auni sejenis baca sahaja, dia suka menghafal dan last minit. Aku bagi tips, nak mudah ingat masa menghafal buat nota peta minda, buat cantik-cantik, warna-warni sebab Auni suka melukis. Setel biacara tiga penjuru antara Puan Beh- aku- Auni kita pulang terus ke rumah.
[babak di rumah berperang dengan Adli yang lambat bersiap, maleh aku]
Aku rasa dah sampai awal untuk ambil kad laporan si Adli-Arrizqi petang ini, rupanya Linda juga yang lebih dahulu sampai menunggu aku. Dia ni, macam the flash betul. Seperti pagi tadi, kami tidak dibenarkan naik ke kelas sebelum jam 2.30petang. Makguard ni kaaan! Kita bersidai di pagar sekolah, datang seorang ibu menyapa di pagar, terkocoh-kocoh dia menghampiri kita dengan ramahnya. Bila mula berkenalan rupanya emak kepada kawan Adli, Afikah dikenal sebagai kakSyikin, kira kita akan ke kelas yang sama nanti.
Aku memang sudah tahu kelas Adli-Arrizqi jadi memang hendak bertenang sahaja, lagipun tiada apa yang hendak dikejarkan petang begini, tuan asben pun tidak jadi pulang maka just keep calm. Kita lihat sahaja kakSyikin yang seperi cacing kepanasan, banyak betul tenaga dia. Wajahnya ceria, dia bertanya kepada pengawas untuk menunjukkan kelas anaknya, ikut aku kan mudah? dia tidak mahu, hendak lekas juga. Bila waktu dibenarkan naik tiba aku hanya berlenggang dengan Linda. KakSyikin sudah hilang dengan pengawas, aku lihat sahaja dia menjauh entah ke mana, mungkin tangga hujung sebelah sana, aku dengan Linda naik di tangga yang paling berdekatan dengan kita, entah macam mana alih-alih dia meluru ke arah kita berdua,
"aaa sudah, kenapa dia patah balik?" sebab kelas tu memang betullah lebih dekat dengan tangga yang pengawas suruh naik. Linda dengan aku dah berdekah melihat keletah dia, comel betul.
"cepat-cepat-cepat!" katanya apabila nampak aku dengan Linda sambil kita sama-sama naik tangga.
"kenapa akak tak ikut sana je?" aku tanya dia sambil kakiku ikut langkah dia yang laju.
"dak pengawas kata blok tiga tingkat di tingkat tiga, tangga tu ada tingkat dua ja." jawabnya sambil dia dah laju naik sampai aras tiga kelas anak Linda aras tiga, tak lama dia turun semula mendapatkan aku yang sendang menarik nafas, asyik ketawakan dia. Aku sudah di aras yang betul, sebab aku ingat Arrizqi kata kelasnya bertentangan dengan kelas Adli. KakSyikin mengheret aku sekali, berlari ye di koridor tu, dia punya nak awal. Hilang kisah aku nak keep calm datang penatnya, berpeluh dibuat dek kakSyikin. Dengan baju kurung aku, dia berkemeja sahaja.
"patutla pengawas tu kata naik tangga tu, bersambung rupanya" aku dah gelak sambil memperelok herot tudung dek berlari.
"iya, itu kelas anak bongsu saya. Saya memang tahu, akak tu yang huruhara ajak saya marathon, cair make-up kita." dia gelak besar. Dia hendak balik awal, aku diheret sama bagi ada kawan katanya. Penat betul.
Berurusan dengan guru kelas Adli tidak ada masalah sangat, kerana aku memang dah jadi kawan dia sejak Adli tingkatan satu lagi, hahaaa. Cikgu Ayu sangat soft spoken, lebih muda dari aku setahun, dia pun terkejut macam mana aku boleh tahu, walhal dia sendiri yang bagitahu masa hari kad laporan tahun lepas. Adli tiada A, juga tiada yang gagal, bagi aku dia meningkat banyak. Markahnya pun lebih baik daripada tahun sebelumnya, cikgu Ayu teruja juga tengok keputusan dia sebab dia dah janji dengan cikgu Ayu, hendak lulus semua subjek. Boleh usaha lagi, dak lelaki kan anak kedua, gaya belajar si Adli ni memang sorok-sorok. Adli tidak suka expose diri, dia memang seorang yang tenang-tenang sahaja. Iras aku perangai tuan asben.
Selesai Adli, Adli menghantar aku ke kelas Arrizqi pula. Mamat skema seorang itu, sikit tidak teruja dengan kehadiran emak, geram pula aku jadinya. Adli menyuruh aku duduk dan dia menunggu di luar dengan teman-temannya. Aku berjumpa dengan Nurul, senior aku masa study dengan adik niaga Ayam Muiz. Terkejut dia, kenapa hari tu tidak berjumpa, sebab masa daftar Arrizqi bukan di kelas B. Setelah menunggu sambil main game mati 3 kali, setelah satu episod drama Reborn aku tonton, akhirnya tibalah giliran aku. Lama betol!
"kali ketiga menulis details ni" sambil aku mengisi form setiap kali mengambil daktiga.
"Ersyad, abangnya Erfan, ada lagi ke puan?" tanya MissHue dengan pelat cinanya.
"Erdina form 4" jawab aku.
"ooo Erdina, ingat-ingat" udah cikgunya sama ulang-ulang, nama daktiga pun macam rare je.
"Ersyad ni diam je dalam kelas, Erfan pun diam, eh saya rasa Erdina pun diam dalam kelas." ujar MissHue. Si Arrizqi dok menyengih jeling-jeling.
"hahaaa, emaknya je yang bising." ha~ha~ha~
Keputusan Arrizqi, habis dikonker nya semua B, tiada A, tiada gagal. Okeylah tu, salam perkenalan kepada subjek yang tiada di sekolah rendah. Semuanya siap sebelum Asar, terus balik rumah. Aku hendak setelkan rumah kerana aku masih ada agenda selepas maghrib nanti.
![]() |
Minta permisson MissHue, nak take photo. Hari tu masa siap tak sempat photo. |
Sekian cerita seharian di Hari Kad Laporan Prestasi Norerdina, Norerfan dan Norersyad. Nama-nama formal disekolah. Be the best among the best, bestie-bestieku.
8 Muharram 1446 | 4.7.2025 - JUMAAT
No comments:
Post a Comment