Friday, 18 July 2025

Hobi: Quilling Paper Art.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Satu hari ditempat kerja (aku berhenti kerja tahun 2012) aku blogwalking, satu blog ke satu blog ke satu blog sehingga bertemu dengan blog AZLINA ABDUL, eh? menarik- Korang rahsiakan, aku tuang kerja. Serius daripada kertas shredder boleh jadi macam-macam bentuk? disebabkan pada masa tersebut kedudukan meja aku diluar pengawasan CCTV berhampiran pula dengan meja terletaknya mesin pengisar kertas jadi aku pandang mesin, mesin pandang aku. Pembantu Admin (PA) aku masa tu, Mazerah pun ikut sama memandang sambil angkat-angkat kening.

Ahah! tapi macam mana hendak gulung? aku cari pencungkil gigi di pantry. Awal percubaan, aku guna gam biasa, pencungkil gigi dan paper strip tu aku hanya potong guna pisau dan pembaris sahaja. Leceh! hendak buat kelopak bunga sahaja perlukan 5 paper strip, nak menggulung lagi, nak menggam lagi, eh malas. Nama pun PA, aku suruh dia shredderkan paper, haaa terus dapat banyak. Satu masalah lagi, gam yang digunakan tidak boleh guna gam jernih biasa, kertas jadi basah dan lembik. Ambil masa untuk kering, bila sudah kering jadi keras kejung.

quilling pertama.

Aku email kakLin, bertanya tentang gam dan tools untuk menggulung, dengan baik hatinya kakLin membalas email aku dan terangkan dengan jelas. Kita hanya interaksi melalui email dan blogspot sahaja. Kita sejenis tidak berputus asa, belajar-belajar dan belajar. Sehingga, PA datang kepada aku bertanya apa yang hendak buat sebenarnya. Terus dia minta aku ajar macam mana hendak buat, alih-alih disuruhnya aku buat 1000pcs rama-rama untuk dia lekatkan atas goodies bag sempena majlis perkahwinannya. Ayuh kita sahut cabaran.


kad birthday, ahahaha!

kad raya untuk PA


Dan bermulalah episod aku terjebak dengan quilling paper art secara part time. Aku buatkan kad birhday dan penanda buku juga kad raya untuk kawan-kawan blogger, sampailah aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Bila berhenti kerja, kerja quilling jadi tergendala kerana aku berpantang si Arrizqi dan berpindah masuk rumah sendiri, aku berpisah dengan mesin shredder. Aku tantrum sehingga hampir kemurungan pada dua tahun awal berhenti kerja. Kawan-kawan sudah tidak ada dan tidak sama. Aku tidak terikat dengan waktu berkerja ruang kerjaku hanya rumah-rumah dan rumah. Pada masatu hanya aku vs daktiga vs rumah baru. Aku mula aktif semula sebaik sahaja Auni masuk sekolah.

Bila semakin ada masa terluang, daktiga pun sudah buat hal masing-masing selagi mereka tidak buat onar, aku kembali ke arena. Tuan asben hadiahkan laptop baru, hadiah kerusi dan meja kerja, aku pun mula mendapat pesanan dikalangan kawan-kawan blogger. Rajinnyalah seorang Syasya pada masa tersebut, ahahaha!

tempahan pertama selepas berhenti kerja. teruja kemain.

dah pandai sikiiit buat beday card.

maju sikit buat fridge magnet.

fridge magnet.

fridgemagnet untuk kawan-kawan sekolah.

fridge magnet untuk beday bash.

fridge magnet saja-saja gedik, nama family.

fridge magnet lagi.

bithday card member sekolah, picture pop tu lukis sebab belum ada printer.

kad ucapan tahniah kelahiran baby.

quilling hanging untuk kawan sekolah, aku dak baru belajar betul ler.

Quilling card Aidilfitri, dapat kad terbaik masa ni. Pesanan daripada kawan sekolah.

Fridge magnet again untuk hari guru.

Quilling card untuk pengantin baru.

Quilling birthday card lagi.

Cukup dululah, karang boring pula asyik hendak show-off ja, ini karya awal-awal penglibatan aku dalam seni quilling paper art. Hingga sekarang aku masih belajar lagi, apa tidaknya setiap pelanggan yang menempah citarasanya semakin rare dan pelik. Daripada kad ucapan daripada kertas kitar semula membawa kepada kad ucapan yang berevolusi tinggi, wow beria kau Syasya!

Aku hanya gunakan apa yang ada disekitarku sahaja, nanti aku cerita bagaimana terjebak dengan quilling guestbook dan kumpulan kawan-kawan art. Ada je aku cerita di bloghijau ini, tapi biasalah aku pun sudah tidak ingat entri mana satu, aku tulis isi dulu baru fikir tajuk, lepas tu tajuk tidak seiring isi, nasib la situ. See ya semua, salam Al-Kahfi. 

4 comments:

Mama Zharfan said...

dulu2 saya memang folo blog azlina tu...sempat jugak beli her craft (frame gmbr)..memang nice sgt! tp tu many2 years ago laaa

Aphizha said...

Wow! Serious saya kagum. Usaha tak mengkhiati hasil. Tahu-tahu dah banyak hasil yang di show-off. hihi..Kerja yang renyah tapi dah siap puas hati wooo. Lagi seronok dapat feedback customer kan. Siapa sangka dari suka-suka terus dapat buat bisnes. Details betul setiap objek tu dibuat. Thumbs up!

MOHAMAD TAUFIK said...

wahhh ini baru betul betul kreatif ni....macam macam perhiasan boleh di buat...kalau kreatif ni macam macam datang idea hahahaha

AMIIZAA@Mieja said...

masyallah kreatifnya....orang berseni ni macam-macam cabang fikiran kreatifnya.... salute 💖💖💖