Monday, 21 July 2025

Random Aktiviti.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ada ni ada, saja hendak beri uols cuci mata tengok my art before. Sebenarnya, sedang sibuk mengatur kehidupan, hendak menyesuaikan dengan hari yang lekas benar berlalu. 

Serasanya baru sahaja Sha datang menghantar barang dagangan yang dia letgo kepada aku, dapatlah aku padankan gelang crystal dengan baju kurung tT setiap kali live aku beli, geram betul. Aku jadi ketagih, entah siapa yang mengajarnya, habis-habis aku baling sahaja hp menjauhi aku, kadang sengaja aku tinggalkan hp di merata tempat dengan hasrat tidak mahu menonton live tT shop namun hrmmm.....

boleh leka membeleknya.

baju yang ke lima daripada kedai yang sama, ergh!

Okey tu je la nak update, dasar saja hendak menayang betul, ahahaha. Nanti aku blogwalk okey. Cuti dua hari aku berhibernasi dengan quilling, hampir ke penghujung, tinggal sedikit awan dan sedikit bumbung rumah, wiii. Aku tidak sabar! 

show-off lagi, sila jangan jemu.

YOUR BEST LIFE BEGINS EACH MORNING - Joel Osteen

18 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

mata tak berkelip tengok aksesori sha...gelang yg menawan itu...baju baru pun menawan.....mak aih terpegun tgk sha buat quilling ....ini memang super rajin..... 💖💖💖

Sueann said...

Tu bukan show off..part of marketing..

Mama Zharfan said...

creative sgt!

Roziah @ Cie said...

Banyaknya gelang. Cantik2 pulak tu.

Ana Jingga said...

baju kalau dah selesa di pakai mesti akan repeat kan Cha, wahhh kreatif Cha nih, comel-comel kak ana tengok ")

ch@ said...

KakMieja: Quilling ni ditempah orang kak, jadi kena siapkan sampai penamatnya. doakan tau.

ch@ said...

Sueann: Iya ea? kita segan sebenarnya, tapi rasa seronok nak berkongsi.

ch@ said...

Mama Zharfan: thank you MZ, selalu hadir.

ch@ said...

Cie: Kita suka daripada dulu lagi. Simpan ikut warna outfit.

ch@ said...

kakAna: setuju. lepas tu harganya pun cocok utk dibeli. terima kasih kakAna.

adnil linda said...

Buat jualan juga ke quilling nya? Syg bakat ada tak digunakan...hihi...Linda takat gulung bulat² je...kikiki

Ammi said...

Ammi ada 8 helai baju dari kedai yg sama. Beli di Tiktok. Mujur harga cuma RM29.90 je satu set. Itulah baju ammi buat gi keja sekarang ni sebab takyah iron

ch@ said...

adnil linda: semua itu kawan-kawan order, dorang bayar. semua ada caj tu. dorang cabar buat, dorang bayar.

ch@ said...

Ammi: curlaaasss Ammi. kita punya baju RM19.90 ja, but nice, aaaaaargh tanak tgk live lagiii!

mummy_ayu said...

pic last tu...cantiksss...

ch@ said...

MA: sikit lagi nak penuhkan. sikit tu renyah gakla. ihiks!

Aphizha said...

Banyaknya accesories. Bolehlah pakai matchy² dengan baju kan. Tak sabar nak tengok hasil quilling tu.

ch@ said...

Aphizha: pandai teka, kita mmg beli ikut warna baju. tinggal lagi suku je nak quilling, pastu nak frame pastu nak adjust mana yg tak cantik.