Sebenarnya hari ini hari ulangtahun kelahiran mama, aku sudah pun hantarkan beberapa ucapan dan video pendek khas untuk dia, dia memang suka tengok video dirinya sendiri. Ulang-ulang-ulang dan ulanglagi, malam nanti dia reply la tu, dia sedang meraikan ulangtahunnya bersama kawan-kawannya. Biar sahaja dia menikmati ulangtahun ke - 63nya. Happy Birthday Pn Saloma.
Kisahnya, dua hari lepas aku update status wA kejutan untuk ulangtahun kakakZiela, kawan teamzumba aku dulu, sahaja hendak buat kejutan aku berpakat dengan Jueliana@Juju, manager Secret Recipe yang juga kawan baik kitorang. When, kejutan menjadi dan beday girl pun happy dan okeylah, that's all. Tetapi...
Dalam banyak-banyak respon status ulangtahun kakZiela dan status hari chaoticnya situasi yang membuat amarah aku meningkat, ada satu respon yang buat aku gelihati. Respon daripada Mazlina. Entah macam mana dengan otak bestie aku seorang ini, aku harap dia baik-baik sahaja. Mazlina dengan aku sebaya, cuma aku lebih tua 5 bulan daripada dia. Dulu, kita best partner briskwalk setiap pagi, aku yang stop briskwalk sebab terkadang waktu pagiku tidak sama dengan waktu pagi Mazlina.
Kononnya pagi tadi, aku mengajak dia briskwalk berdekatan taman kawasan rumah sahaja namun tidak boleh kerana dia perlu menguruskan report-card anaknya yang bersekolah rendah. Aku pun okey sahajalah ganti dengan core housekeeping. Selesai aku masak tengah hari, Mazlina wA kata hendak hantar barang.
Tengok? setiap tahun memang dia akan belanja aku kopi, tidak kisahlah mana-mana brand sekalipun, mesti hendak belanja juga walaupun terjadi apapun "aku dah niat, nak memok kena sama-sama, aku taknak aku sesorang ja memok" ayat klise dia.
Tergelak-gelak aku menyambutnya di pagar, berkali-kali dia minta maaf sebab tidak ingat tarikh sebenar ulangtahun kelahiran aku, ini betul-betul lambat 2 bulan. Walhal dia sudah wish, pun dia tidak ingat. Mujurlah ada seorang je perangai Mazlina, jika ramai jenuh aku hendak meraikan ulangtahun setiap bulan. Hanya aku memanggilnya dengan nama penuh, entah mengapa sebutan Mazlina tu rasa lengkap bila disebut. Terima kasih Mazlina, sentiasa suka berkongsi walaupun dengan perkara-perkara mudah dan remeh. Thank you so much!
![]() |
Lihat, dia sudah wish pun. |
![]() |
Kena memori kejadian gelihati hari ini. |
![]() |
Kita simpan dalam planner. |
![]() |
Mazlina, minah huruhara. Beruntung dia, punya seorang anak syurga. |
Friends are the ones who make us laugh, even on our worst days.
No comments:
Post a Comment