Wednesday, 16 July 2025

Bukan Salah Saya!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rutin bermula seperti biasa, 5.30pagi. 
"Ersyad, betul kena pergi pagi hari ni?" celik mata aku bertanya pada Arrizqi yang tidur atas sofa. Dia mengangguk sahaja. Aku bersiap, mengejut Auni, bersiap, mengejut Arrizqi sekali lagi dan hantar Auni ke sekolah serta Watie sekali, balik rumah. 

Sempat menyapa sekalian dakkutip dalam sangkar, pintu rumah ku buka dan Arrizqi masih dengan tidurnya.
"Ersyad, kata kena pergi sekolah pagi ni? latihan kawad kan?" dia bergerak berkalih posisi dan tidur lagi. Aku mengemas dapur, buat air untuk sarapan dan kembali keluar rumah membersih sangkar dakkutip, bagi dorang minum dan makan. Aaaa comel-comel, ada Vico dgn Creamer sekali dalam sangkar, yang terpaling mengiau Vico dan Latte. Super bising sekali. Aku mencari Tommy, Mocha dan Tiger. Dorang dah besar tapi belum lepas keluar sangkar lagi, kena training panjat-panjat dulu.

Setelah selesai dengan dakkutip, aku kembali ke dalam rumah.
"Ersyad, bangunlah! dah nak pukul 8pagi, kata kena pergi awal. Baju semua dah cari ke?" aku gegar badan si Arrizqi sampai matanya terbuka separuh, dia menjeling jam. Gegas bangun dan bersiap.

Sedang aku mengatur jadual harian di planner, Arrizqi turun berpakaian tshirt pengakap dan memegang uniform pengakap Adli, dia ingat perlu bawa uniform tu untuk kawannya, Pa'an (sebenarnya ini kawan Adli). Tahun ini Adli tidak mahu masuk kawad kerana kakinya sakit selepas bermain bola sepak sampai koyak lutut seluar.
"umie, cepatla. kan saya kata sebelum pukul lapan!" nada suara Arrizqi yang sedikit kuat membuat aku menjelingnya dengan rasa mahu marah.
"eh hello, saya kejut awak daripada sebelum Subuh tau, haaa salah siapa?" aku yang memang sedang menunggunya bergegas bangun apabila jam telah pun menunjukkan tepat 8pagi.

Ini saja meminta aku bebel sampai ke sekolah, aku hulur wang belanja masih menyusun ayat untuk dilepaskan sekali nafas.
"tengah hari nak balik tak?" aku bertanya berbasa-basi, tahu dia takkan balik punya sampai tamat waktu persekolahan. Aku nampak air mukanya reda sedikit.
"hari ni kan ada koko" jawabnya perlahan, rasa bersalah meninggi suara dengan aku sekejap tadi.
"saya kejut daripada pagi lagi, lepas hantar kakak saya kejut, saya siap kemas dapur, kemas sangkar kucing, adik yang tak bangun-bangun, bukan salah saya kan? takpe awal lagi ni, tu haaa dak pengakap belum sampai sekolah." apabila aku ternampak sekumpulan dak perempuan pegang uniform pengakap sedang bersembang di bus stop sekolah rendah. Jauh lagi tu perlu berjalan memanjat jejantas untuk ke sekolah menengah. Jangan dia minta aku patah balik rumah sudahlah.

Bukan boleh dengan mamat seorang ni, kuat emo macam aku gak. Dia memang muka abi perangai umie, hahaaa. Aku turunkan sahaja dia di pagar sekolah, pandai-pandai la auta ye. Balik rumah mengadap Adli pula, muka aku perangai abi, awal-awal dah bagitau tidak mahu pergi koko. Dengar aku berdiskusi dengan dia malam tadi, si Auni ikut tidak mahu pergi koko, halaaaihaiii sepatutnya hari ini semua orang pergi pagi dan tidak balik waktu tengah hari, akan tetapi jadi terbalik pula, busy mengalahkan hari Jumaat.

Sekian bebelan, hehe! masuk-masuk sini sudah kena bebelkan? begitulah, jika tidak aku yang menghadapnya, siapa lagi? tuan asben? biar dia menghadap emosi aku seorang saja. Dapat pun menaip entry setelah melalui 5 hari tanpa wifi. Alhamdulillah, semoga semuanya baik-baik sahaja.

weols suka mengurat kakak JnT, umie sila shopping lagi.

4 comments:

Aphizha said...

Mak-mak ni kalau pagi-pagi tak bebel tak sah. Rasa tak lengkap pulak kan. hihi... Begitulah menghadapi ragam anak-anak. Nanti dah besar rindu pulak moment ni.

Mama Zharfan said...

my boys pun setiap hari ler i kena kejut utk bangun gi sek

AMIIZAA@Mieja said...

tergelak baca kisah adli, Bukan adli jer begitu, abang ali pun sama. hari-hari kena bising,,,hari ni kelas apa, ada apa.....comelnya anak bulus sha......bela elok, gebu gebaslah semua tu nanti.....untong dapat mama shaaa 💖💖

MOHAMAD TAUFIK said...

Huhuhu... Nasib laaaa kalau lambat bangun ke, x belajar ke, x siap keje sekolah ke, keputusan tak baik ke..bebel tu biasa hihihi...