Aku tengok je teambadminton ni update tT memasing, baik Juju atau pun kakSue. Asalnya aku yang mengajak kakSue join teambadminton, yang terdiri daripada teamzumba sebelum ini. Kitanya sudah semakin kayu hendak berjomba, jadi mainlah badminton. KakSue masih setia bermain setiap malam Rabu, aku pula yang menghilang dek menguruskan sekolah daktiga sebelah siang, malam untuk aku berdamai dengan bantal & tilam. KakSue memang tidak pernah gagal memujuk aku join semula kerana mereka telah tukar hari bermain kepada Jumaat, esok cuti. Memandangkan, tuan asben tidak balik, daktiga pun tiada yang bersekolah pada hari Sabtu, aaajomlah.
Setel solat Maghrib, aku bersiap dan memandu ke gelanggang yang terletak di Pusat Komersial TSB. Gelanggang telah diupgrade berkongsi dengan gelanggang Pikleball. Aku bersendirian sahaja, part paling fobia bagi aku ialah naik lift sampai ke tingkat tujuh tempat bermain badminton. Tidak putus doaku baca, aku memang gigil bila berada di tempat tertutup seperti lift, dalam bilik yang ditutup pintunya pun aku dah menjerit, rasa macam tak cukup oksigen.
Sampai tingkat tujuh, kakSue jemput di pintu lift.
"sampai pun." kata kakSue sambil warm-up.
"Sasa!!!, yeay datang pun." sambut Juju dari tengah gelanggang. Aku bukan pro badminton sangat pun, saja keluarkan peluh all-out. Aku warm-up lebih dahulu, buat betul-betul, berguna juga marathon siang tadi, turun-naik tangga ambil kad laporan, hahaa.
Setelah bermain selama sejam, kita berpecah. KakSue mengajak aku minum tetapi aku mahu terus balik ke rumah sahaja, makan dengan daktiga. Juju dan Hana juga terus ke destinasi masing-masing. Akhirnya dapat juga aku mengeluarkan peluh sehingga basah tshirt yang dipakai, hahaaa. Aku lega kerana tidak pitam seperti kali terakhir aku bermain. Siaplah dua hari mendatang, akan lenguh semua sendi seluruh badan, rajin sangat workout kan?
#teambadminton
Catatan: 4.7.2025 | Jumaat - 8.00pm
14 comments:
Firat, follow dulu blog ya..
seronoknya ad geng main badminton...
MZ dh bertahun tak buat apa2 aktiviti sukan niii
wah...seronok tu.
Uncle dah tak mampu main batminton ni.... lutut trouble
Semoga kekal sihat. Main badminton pun bagus jugak untuk badan walaupun sekali-sekala.
Etuza:
terima kasih.
adnil linda:
da jadi surirumah ni, kena menten berkawan, kita tak rajin mahu cari kawan baru.
Mama Zharfan, uncle gedek:
uols rajin berjalan masa berkerja, boleh dikira excercise juga tu.
Mummy Ayu:
puas hati dapat keluarkan peluh sampai basah tshirt.
Bola Katok:
main badminton ni buat semua anggota badan bergerak, cuma nak kena istiqomah pergi main tu yg berchenta sikit.
Badminton masih lagi pilihan utama walaupun sekarang tengah hype pickleball kan. Bagus ni, permulaan untuk lebih bersemangat bersukan lepas ni. Puas keluar peluh walaupun kita bukan pro. Main saja-saja pun seronok dah kan.
dasyat shasha.....😍😍😍
Lama tak main badminton ni.
Fuhh mantapp! Saya paling failed main apa2 sukan yg kena tangkap bola/bulu tangkis ni 🤣 selalu jugak tgok kawan saya hampir tiap2 hari main badminton walaupun esoknya kerja haha
sisAphizha:
setuju sangat.
kakMieja. kakEzna Khalili:
kita dah lama sangat tak berpeluh mereciks ni, inipun masih beringat juga, takut collaps.
Mznimnwr
itula, member lain ni pun semua berkerja, byk betul tenaga dorang.
Waah seruuuu nya. Dah lama saya tak main badminton 😄. Ntah masih ingat tekniknya atau tidak. Baguuus nih kak 👍. At least badan jadi gerak kan. Naik turun tangga di ofis pun baguuus. Anggab saja gerak badan. 👍. Dulu saat masih kerja kantor, saya pun memilih naik tangga drpd lift . Kecuali kalo harus ke lantai 40, baru pakai lift 🤣🤣. Pingsan tengah jalan nanti 🤭
fanny Nila:
benar, main badminton ni bergerak daripada atas sampai ke bawah, kena main selalu baru badan jadi biasa. eh sama, kita pun suka tangga banding lift. opis tingkat enam memang jarang naik tangga even preggy.
Post a Comment