Pagi aku tiba di sekolah, meletak kereta berdekatan dengan Linda yang memang menunggu aku. Anak kami satu kelas yang sama, jadi ada teman pada pagi ini. Kita tidak dibenarkan naik ke kelas selagi belum sampai jam 10.30pagi. Makguard seorang ini memanglah tersangat skemanya, tidak boleh berlebih kurang langsung. Pagi ini hanya ambil kad laporan Auni seorang sahaja, duduk menunggu giliran sebelah Linda. Bestiekan!
Ramai pula teman-teman yang dikenali sewaktu aku duduk menunggu, masing-masing ramah menegur, gitulah mak-makkan? hari kad laporan begini boleh jadi jejak kasih dengan teman-teman yang lama tidak berjumpa. Sehingga sampai giliran Auni, macam biasa si Auni kena menjawab soalan "ini emak ke, kakak?" terlebih dahulu. Lepas tu bicara hati ke hati guna mata sahaja, habis semua huruf si Auni ni konker, dari A sampai ke G, aku hanya gelakkan sahaja. Okeyla tu, salam perkenalan kepada subjek sains tulen, apa hendak dikata lagi exam telah pun berlalu. Untuk selesaikan masalah ini, aku memang kena pantau dan usaha dari Auni sendiri. Method aku dengan dia belajar tidak sama, aku sejenis suka belajar dan buat nota tapi result atas pagar sahaja, so-so. Sebab aku lebih suka memilih berada di padang berbanding kelas. Auni sejenis baca sahaja, dia suka menghafal dan last minit. Aku bagi tips, nak mudah ingat masa menghafal buat nota peta minda, buat cantik-cantik, warna-warni sebab Auni suka melukis. Setel biacara tiga penjuru antara Puan Beh- aku- Auni kita pulang terus ke rumah.
[babak di rumah berperang dengan Adli yang lambat bersiap, maleh aku]
Aku rasa dah sampai awal untuk ambil kad laporan si Adli-Arrizqi petang ini, rupanya Linda juga yang lebih dahulu sampai menunggu aku. Dia ni, macam the flash betul. Seperti pagi tadi, kami tidak dibenarkan naik ke kelas sebelum jam 2.30petang. Makguard ni kaaan! Kita bersidai di pagar sekolah, datang seorang ibu menyapa di pagar, terkocoh-kocoh dia menghampiri kita dengan ramahnya. Bila mula berkenalan rupanya emak kepada kawan Adli, Afikah dikenal sebagai kakSyikin, kira kita akan ke kelas yang sama nanti.
Aku memang sudah tahu kelas Adli-Arrizqi jadi memang hendak bertenang sahaja, lagipun tiada apa yang hendak dikejarkan petang begini, tuan asben pun tidak jadi pulang maka just keep calm. Kita lihat sahaja kakSyikin yang seperi cacing kepanasan, banyak betul tenaga dia. Wajahnya ceria, dia bertanya kepada pengawas untuk menunjukkan kelas anaknya, ikut aku kan mudah? dia tidak mahu, hendak lekas juga. Bila waktu dibenarkan naik tiba aku hanya berlenggang dengan Linda. KakSyikin sudah hilang dengan pengawas, aku lihat sahaja dia menjauh entah ke mana, mungkin tangga hujung sebelah sana, aku dengan Linda naik di tangga yang paling berdekatan dengan kita, entah macam mana alih-alih dia meluru ke arah kita berdua,
"aaa sudah, kenapa dia patah balik?" sebab kelas tu memang betullah lebih dekat dengan tangga yang pengawas suruh naik. Linda dengan aku dah berdekah melihat keletah dia, comel betul.
"cepat-cepat-cepat!" katanya apabila nampak aku dengan Linda sambil kita sama-sama naik tangga.
"kenapa akak tak ikut sana je?" aku tanya dia sambil kakiku ikut langkah dia yang laju.
"dak pengawas kata blok tiga tingkat di tingkat tiga, tangga tu ada tingkat dua ja." jawabnya sambil dia dah laju naik sampai aras tiga kelas anak Linda aras tiga, tak lama dia turun semula mendapatkan aku yang sendang menarik nafas, asyik ketawakan dia. Aku sudah di aras yang betul, sebab aku ingat Arrizqi kata kelasnya bertentangan dengan kelas Adli. KakSyikin mengheret aku sekali, berlari ye di koridor tu, dia punya nak awal. Hilang kisah aku nak keep calm datang penatnya, berpeluh dibuat dek kakSyikin. Dengan baju kurung aku, dia berkemeja sahaja.
"patutla pengawas tu kata naik tangga tu, bersambung rupanya" aku dah gelak sambil memperelok herot tudung dek berlari.
"iya, itu kelas anak bongsu saya. Saya memang tahu, akak tu yang huruhara ajak saya marathon, cair make-up kita." dia gelak besar. Dia hendak balik awal, aku diheret sama bagi ada kawan katanya. Penat betul.
Berurusan dengan guru kelas Adli tidak ada masalah sangat, kerana aku memang dah jadi kawan dia sejak Adli tingkatan satu lagi, hahaaa. Cikgu Ayu sangat soft spoken, lebih muda dari aku setahun, dia pun terkejut macam mana aku boleh tahu, walhal dia sendiri yang bagitahu masa hari kad laporan tahun lepas. Adli tiada A, juga tiada yang gagal, bagi aku dia meningkat banyak. Markahnya pun lebih baik daripada tahun sebelumnya, cikgu Ayu teruja juga tengok keputusan dia sebab dia dah janji dengan cikgu Ayu, hendak lulus semua subjek. Boleh usaha lagi, dak lelaki kan anak kedua, gaya belajar si Adli ni memang sorok-sorok. Adli tidak suka expose diri, dia memang seorang yang tenang-tenang sahaja. Iras aku perangai tuan asben.
Selesai Adli, Adli menghantar aku ke kelas Arrizqi pula. Mamat skema seorang itu, sikit tidak teruja dengan kehadiran emak, geram pula aku jadinya. Adli menyuruh aku duduk dan dia menunggu di luar dengan teman-temannya. Aku berjumpa dengan Nurul, senior aku masa study dengan adik niaga Ayam Muiz. Terkejut dia, kenapa hari tu tidak berjumpa, sebab masa daftar Arrizqi bukan di kelas B. Setelah menunggu sambil main game mati 3 kali, setelah satu episod drama Reborn aku tonton, akhirnya tibalah giliran aku. Lama betol!
"kali ketiga menulis details ni" sambil aku mengisi form setiap kali mengambil daktiga.
"Ersyad, abangnya Erfan, ada lagi ke puan?" tanya MissHue dengan pelat cinanya.
"Erdina form 4" jawab aku.
"ooo Erdina, ingat-ingat" udah cikgunya sama ulang-ulang, nama daktiga pun macam rare je.
"Ersyad ni diam je dalam kelas, Erfan pun diam, eh saya rasa Erdina pun diam dalam kelas." ujar MissHue. Si Arrizqi dok menyengih jeling-jeling.
"hahaaa, emaknya je yang bising." ha~ha~ha~
Keputusan Arrizqi, habis dikonker nya semua B, tiada A, tiada gagal. Okeylah tu, salam perkenalan kepada subjek yang tiada di sekolah rendah. Semuanya siap sebelum Asar, terus balik rumah. Aku hendak setelkan rumah kerana aku masih ada agenda selepas maghrib nanti.
![]() |
Minta permisson MissHue, nak take photo. Hari tu masa siap tak sempat photo. |
Sekian cerita seharian di Hari Kad Laporan Prestasi Norerdina, Norerfan dan Norersyad. Nama-nama formal disekolah. Be the best among the best, bestie-bestieku.
8 Muharram 1446 | 4.7.2025 - JUMAAT
20 comments:
bestnya dah ambik report kad anak-anak. untung ada bestie tunggu :)
Linda pula seram nak pergi ngadap cikgu untuk report kad..yang tahu,matematik dapat 26 je...sakit betul jantung kita...nak jumpa cikgu, malu..kalau tak jumpa,nanti anak igt ibu tak heran dekat dia...hahaha...
Mak guard tengah buat kerja, kita turutkan saja kata beliau. Nak buat macamana kan. Kenalah menunggu dengan sabar. hihi...
Jenuh lah nak menjawab soalan tu adik ke kakak, bukan hanya di sekolah je. Di mana-mana pun kan. Untunglah awet muda.
Lega urusan daktiga dah selesai, sampai sesat mencari kelas tu ha. Dapat jugalah berjumpa kawan-kawan lama sekali dan bestie sekali.
cute nama anak2 cie. rhyming gitu
typo : Ch@
Selalunya bab ambik report kad ni Cie serah kat babahnya. Cie ni sejenis tak reti nak beramah mesra. Hihi. Lagipun malas nak menunggu giliran tu kalau terlambat sikit je dah ramai beratur panjang. Lagi awal sampai dari waktu yang sepatutnya.
kakMieja:
bestie ni mmg tahu kita sejenis nak berteman, yg menyampah tu siap badan shaking, that's why dia akan tggu kita.
adnil linda:
ikut hati dan perasaan mmg takmau pun masuk sekolah, tapi what to do mmg emak ni je la harapannya. bapa? mmg idokler.
sis Aphizha:
alhamdulillah, mmg daripada subuh minta padaNYA supaya urusan2ku dipermudahkan. alhamdulillah!
Mama Zharfan:
sebenarnya ikut rime nama bapanya Norerwandi.
Cahaya Kehormatan Ketenangan. - Auni
Cahaya Kesyukuran Keadilan. - Adli
Cahaya Petunjuk Rezeki. - Arrizqi
Cie:
kitanya PJJ Cie, jadi memang semua duty school tu, omak ni ha yg kena hadapnya. daripada dorang darjah satu, hanya sekali sahaja bapa tu pergi ambil report card, sekali sahaja pergi beli buku, sekali sahaja join hari sukan. PIBG mmg tak pernah join. hehe!
Nasib tak jadi singa je tengok keputusan huhuhu .....
Lepas ni dia konker semua A la pulak
Selesai jugak eh hari pemuafakatan dak tiga tu... kalau sy br setel 2, yg 2 lg di sekolah rendah belum lg... rupanya nama rasmi diorang di sekolah Norerdina, Norerfan dan Norersyad rupanya... hihihi
Nama semua bermula dengan huruf N. Teringat memori ambik kad laporan. Selalunya diantara yang paling awal ambik.
Taufik:
ahahahaaa, malas je nak bertukar singa, bertukar pun benda da berlalu. kita enjoy sajalah.
uncle gedek:
tiada yg mustahil, terima kasih doanya uncle.
kakMim, kakEzna Khalili:
ihiks, nama kita semua start N termasuk kita sekali, hehe. Ini pun dikira awal juga, pernah sekali terlambat ambil jenuh menunggu!
kak Cha...linda pun baru je rasa bapaknya yg pergi sekolah...selalunya memang muka omak je lah...nie dia dah pencen, haa..ko pergi semua event sek.. hahaha
MA dah selesai dah hari tu....Iris sorang je
adnil linda:
haaa sonang bah gitu, eh rajinnya awak baca blog kita banyak kali, hahaaa... tq tau!
mummy_ayu:
anakku berderet ni mummy, adeih!
Seronoknya berwajah muda belia ya sampai disalah erti hubungan ibu dgn anak jadi kakak dgn adik, hehe
Lama sangat tu tunggu turn smpai sempat main game 3 kali tu. Alhamdulillah keputusan anak2 ada peningkatan!
Mznimnwr
Ahahaaa kita tidak lagi muda awaknya, muka tak synchronize dgn umur yg dah 4siri. itula, lama sgt menunggunya, menunggu is letih.
Kalau anak2 semua 1 sekolah begini mudah untuk didatangi saat bagi raport ya kak ☺️. Bisa sekali datang selesai. Syukurlah nilai lulus semua. Next nya bisa dapat A semua , insyaallah ☺️
fanny Nila:
betul, kita penah rasa anak dua skolah berbeza, wah struggle. terus minta pindah utk satu skola sama. baru lega. thank you doanya fanny.
Post a Comment