Sunday, 29 June 2025

Rotiboy dan Kenduri.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Gerak keluar dari rumah abah ke rumah makteh tepat jam 9.10pagi, bolehla tu mulanya tuan asben kata gerak jam 10 alih-alih dia bertukar waktu pada pagi itu juga, mujurlah baju ke kenduri aku sudah gosok malam tadi, bagasi juga telah ku kemas sedikit, kononnya memberi ruang daktiga sibuk nak tidur sebilik. Memasing tinggi melepasi 140cm ada hati hendak bersempit dalam bilik yang sama, langsung kena halau dengan tuan asben suruh tidur di ruang tamu sahaja, pilih je la sofa satu seorang, bilik Mija pun ada. Daktiga, dimana ada umie disitu ada mereka.

Singgah di Petron untuk isi minyak, tuan asben memberi RM30 untuk belanja alas perut. Aku mengajak daktiga turun sekali shopping apa yang dorang hendak makan. Kita akan melalui perjalanan yang panjang. Buka sahaja pintu Treats, aku hidung berbau aroma Rotiboy, melihat tidak ramai pelanggan aku menunggu sekejap one set 5 biji Rotiboy siap dibakar. Memang roti kesukaan aku. RM30 tadi sudah habis untuk bayar jajan daktiga, dengan airnya dengan coklat biskutnya manakala Rotiboy, aku yang belanja. Wangi menusuk pabila aku dan Auni masuk kereta, terus rasa lapar. 

Cukup untuk 5 orang makan sebiji seorang, itu pun Arrizqi bahagi dengan Adli, dia kurang sikit dengan roti begini. Alhamdulillah. Meneruskan perjalanan daripada Hulu Langat, Cheras ke Tanjung Karang, Kuala Selangor. Berhenti sekejap di Caltex melepas hajat, cuacanya agak lembap tetapi tidak hujan.

Tiba sahaja di Teratak Tok Boi, Tanjong Karang kita disambut oleh Mija dan makteh pakteh di khemah pertama. 
"laaa Syasya dengan Wandi, makteh ingat dak tingkatan enam tadi" dah mula lagi. Setiap kali jumpa ye, memang makteh adik kepada arwah ummi sangat mesra. Suaminya doktor Ghani punya klinik sendiri berhampiran sahaja dengan rumah kita. 
"terima kasih datang jauh-jauh, dari rumah ke?" tanya makteh.
"dari rumah abah, Langat. Abah tak ikut sebab ada kenduri besfren dia, dia kata dah wakilkan Mija." aku buat kenyataan siap-siap, memang akan ditanya kemudian nanti.
"ooo, haaa dah pergi makan, Mija bawa kakak pergi makan." Mija sudah pun tersengih menanti giliran bersalam. Kita sampai awal sedikit, masih boleh mencari meja. Tuan asben mendahului mencedok nasi diikuti Arrizqi dan aku. Auni dan Adli sudah menghilang dengan Mija mencari menu lain. Mereka masih kenyang dengan roti biskut dalam kereta tadi.

Aku duduk makan bersama Mija, Ain tidak lama kemudian berjumpa dengan Farisya dan Alya. Masing-masing menyuruh aku stay, eh kita mak anak tiga korang bebujang lagi ye, hahaaa! Dorang memang begini jika berjumpa dengan aku, tidak kekok langsung berbanding dengan biras-biras aku yang lain. 
"kakSya dengan siapa nama dia?" tanya Ain kepada Mija merujuk kepada Adli yang duduk disebelahku.
"Adli" jawab Mija ringkas menghabiskan pencuci mulut.
"kakSya dengan Adli dah macam kakak dengan adik ja, ni kakak ni adik." nyata Ain.
"ni darjah berapa?" Ain bertanyakan Auni.
"darjah? semua dah tingkatan Ain oiii, kitanya tingkatan enam" hahahaaa aku menjawab selamba.
"eee muda betul kakSya, jeles Ain. Tapi Ain taknak kawen dulu, Ain nak travel dulu baru best."
"eh tualah kita, enjoy je dulu uols. Kumpul aset. Kita semua ada rezeki masing-masing."
"betul tu, dah menua macam I ni haaa menunggu dibawa orang je la, leh je hendak pergi sendiri tapi bila umur meningkat, kita rasa macam hendak berguling dalam rumah je la." bebelku menghabiskan apa ada di atas meja. Tuan asben datang mengajak pulang.
"kakSya tak lepak dulu ke?" tanya Alya.
"suamiku sudah mengajak pulang." jawabku mencari makteh semula.
"pergi mana lepas ni Syasya? tengok kapal terbang?" tanyanya sewaktu giliran aku bersalam.
"hahahaa dalam mimpi makteh, dia dah ajak balik rumah tu." jawabku selamba. Kami bergambar sebelum berpamitan balik.

"abie nak naik Kedah kejap lagi naik moto." suara tuan asben dalam perjalanan pulang ke rumah. Aku memang sudah agak ada sahajalah agendanya tu.
"patutlah tak menyabar hendak balik rumah." hanya dalam hatiku sahaja. Tidak kuasa hendak berbalah bila perut sudah kenyang, mata sudah mengantuk. Sampai sahaja di rumah, dia terus bersiap dan ride ke Kedah, stay satu malam. Kenapa aku tidak ikut? tidak kuasalah aku hendak berkemas bagai, fixs satu hari je buat sakit pinggang. Dia sakit dia leh MC, rest. Aku? baiklah aku stay home saja, huhuuu.





Sekian kisah hujung minggu yang sekejapannya masa berlalu. Alhamdulillah all is well, semoga hari kalian baik-baik semuanya, let's go!

No comments: