Monday, 2 June 2025

Ditinggalkan Daktiga.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah tiga hari aku menyenaraikan tugasan untuk hari bertolak pulang ke Johor nanti, hendak meninggalkan rumah tanpa tuan asben merupakan satu tugasan yang perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin. Dalam pada berbalas wA dengannya, Mija (adik tuan asben) meminta kebenaran untuk dia membawa daktiga pergi menonton wayang. Emak, rasa berat hati untuk melepaskan namun yang meminta itu adalah adik kesayangan aku juga.

Masalah lainnya, paip sinki dapur yang tersumbat masih belum diselesaikan lagi menjadikan aku berada dalam situasi dilema apabila tuan asben menyatakan tukang paip akan datang pada hari Mija hendak membawa daktiga pergi. Tambahan masalah lagi, tugasan mengemas rumah perlu diagihkan kepada daktiga samarata, masakan aku hendak buat kesemuanya seorang? nehi.

Dengan pujukan Mija dan tuan asben, makanya daktiga kulepaskan jua untuk pergi bersama Mija, Mija datang bersama Afiq dan Aleesya merupakan sepupu daktiga anak kepada kakak sulong tuan asben. Sambil daktiga bersiap menunggu kedatangan Mija yang akan mengambil mereka, aku mengemas rumah. Selesai sahaja mengemas tukang paip datang bersama dengan Pak Wahab (pakcik guard merangkap pembantu tuan asben tatkala diperlukan). Elok juga sebelum aku tinggal keseorangan nanti.

'Seperti pernah kulihat tukang paip ini, tapi di mana ya?' aku melihat sahaja proses pembebasan paip yang telah menjadikan dapurku banjir dengan air sisa makanan. Aku telah berusaha mengerjakannya selama dua hari dua malam pakej Adli dan Arrizqi ikut sama meriuhkan suasana. Arrizqi, dawai pun dia tak tahu, pening kepala aku dengan dak gen z ni. Entah apa dibelajar di sekolah gaknya tetapi di Google nya  juga. Dia tahu kasa dawai, aku panggil dawai kasar yang sepatutnya kawad dawai, ergh! dedua memeningkan.

Jam melewati 11pagi, Mija sampai dan daktiga sudah sedia menunggu, tukang paip pun sudah berjaya membebaskan sisa makanan yang tersangkut, sinkiku sudah boleh beroperasi dengan seperti biasa,
"nak guna asid ni, puan kena letak air dulu baru tuang asid, baik-baik jangan kena tangan atau mata, tidakpun jika tersumbat lagi puan panggil je la saya, saya buatkan." tukang paip memberi penerangan penuh.
"puan tahu air kelapa di simpang tiga kedai cina bawah tu?" tanyanya kepada aku. Jap, air kelapa kakSiti tu ke? eh Siti ke nama gerai tu?
"haaa, patutla muka macam biasa je tengok." aku teringat ada seorang kawan tuan asben suka menyapa aku sekiranya kami berselisih, tapi bukan yang ini. 
"tahu ye?"
"tahu-tahu, ok baiklah. Selalu beli air kelapa di situ, lahaiii nak bayar berapa ni?" aku bertanya kerana dia membeli asid tu dengan wangnya tadi. Kawad dawai pun dia yang punya.
"ikut puanlah, asid tadi saya beli rm20" jawabnya. Aku hulur sampul berisi lebih RM20 atas arahan tuan asben. Dan kami berterima kasih bersama-sama. 

"nanti akak kena bersihkan tu kak." kata Mija sewaktu dia membuat pemeriksaan sinki dapur yang telah dipulihkan. Lantainya memang comot, bau takyah cakaplah. Bikin fening.
"ha a, memang nak mop satu rumah kejap lagi lepas uols bergerak." jawabku.
"Afiq cepat, kata nak tukar baju. Jom, cikSu tak pernah pergi OU tu nanti sesat." arah Mija. Afiq sudah berkepit dengan Arrizqi, sepupu berdua tu memang rapat benar. Aku menghantar mereka dengan iringan doa supaya selamat ke destinasi. Tinggallah aku mengemas rumah kerana kita akan pulang ke Johor pada hari esok. Mija bawa daktiga atas arahan Abah mertuaku, dia berhasrat untuk membelanja cucu-cucunya sempena hari ulangtahunnya jatuh pada hari esok. Hari ini pula hari ulangtahun tokPapa, comel ja ulangtahun besan sebelah menyebelah.

Selesai membersihkan rumah, aku beralih kepada dapur, kubereskan semua sekali supaya otakku tidak perlu banyak berfikir. Setiap 30 minit, Mija menghantar gambar kepada aku, hehe. Emak tak pernah berpisah dengan daktiga sebegini, ini kali pertama berpisah bukan ke sekolah. Mereka pulang jam enam petang, bersolat Asar dan Mija bertolak balik menghantar Afiq dan Aleesya pula. Terima kasih Mija.

"nah, saya tak guna pun duit umie bagi." kata Arrizqi sambil hulur IC dan wang RM20.
"thank you abang, abang belanja kitorang tadi." sambung Arrizqi lagi.
"duit umie bagi, terima kasih umie." kata Adli pula, aku dah gelak, memang tak harap daripada Auni, Auni kedek sikit jika part keluarkan wang.
"kakak?" tanyaku saja.
"kakak simpan." jawabnya ringkas. 
"korang simpanlah IC sendiri, jaga macam jaga diri sendiri." arah aku.
"saya taknak, umie simpan dulu." Arrizqi anak manja mak macam biasa, hehe.




Malam itu kita sama-sama mengemaskan kandang kucing dimana kesemuanya kena duduk satu kandang, hahaaa. Nasiblah situ, si Vico terpaling rimas dan bising sekali. Krimer dan Vico sila jaga adik-adik okey. Kitorang nak hoholiday, paipai! Nama lain yang telah dikesan, Mocha dan Sleepy, empat lagi belum ada nama. 

Nanti aku blogwalk okey, sedang ulangalik China, Korea dan Jepun ni, kekekeke!

Entri edisi campak belakang.

5 comments:

Aphizha said...

Pening kalau dalam sehari tu banyak benda nak difikirkan kan. Sesekali bolehlah kan mereka peluang keluar bersama makcik dan sepupu selagi tak menyusahkan. Menunaikan hasrat atoknya. Bagus masing-masing behave dan pandai jaga diri. Syukur masalah paip pun selesai juga. Senang hati lah nak balik kampung pun. Bab mengemas tu yang becinta tu.huhu...

ch@ said...

sis Aphizha:
SETUJU! masa hari tu rasa mcm nak nangis kena buat sesorang. tapi layan je la.

Ezna Khalili said...

Kadang2 bila kena buat banyak kerja dalam satu masa tu memang kadang stress. Tarik nafas hembus.....moga tenang la kita....kalau fikiran kita banyak nak difikirkan tu kadang jam otak kita juga.

Mama Zharfan said...

MZ singgah BW ni :) multi tasking is a norm!

ch@ said...

kak Ezna Khalili:
benar. bila otak sesak, kita akan buat benda random. atau ignore je dulu.

Mama Zharfan:
thank you MZ, rasa semangat sikit u datang.