"umie, kata nak try burger mak Qaseh." Arrizqi bersuara.
"siyes korang nak burger?" aku tanya semula.
"tanya kakak, saya makan je." kata Adli.
"kakak onz ja, burger daging." jawab Auni. Memang bila 7.00pm dorang akan berhenti main game, untuk makan, mandi dan maghrib. Di televisyen masih dengan Anime Kuroko's Basketball. Aku rasa episod anime ni panjang gila.
Linda dan suaminya buka gerai burger yang dinamakan Burger Pallet dihadapan rumah mereka, beli tanda sokongan untuk teman baik.
1. Auni: Burger Daging Biasa.
2. Adli: Burger Daging Special tanpa sos cili.
3. Arrizqi: Burger Ayam tanpa sos cili.
4. Aku: Burger Daging Biasa 2 ketui (satu malam ni, satu untuk masa depan).
Dan tidak lama kemudian burger pun sampai di hantar oleh suami Linda. Aku makan dahulu, berikutan daktiga sudah memulakan aktiviti mereka semula selepas jam 8pm.
Menikmati burger sambil menonton Kuroko main bola keranjang, sekejap-sekejap menjerit lepaskan geram, daktiga memang malas nak melayan perangai aku bila menonton tv, penuh sorakan dan semangat. Jika aku senyap je tu dorang tau, aku nangis, ahaaah!!! Habis makan, aku lipat pembalut burger tadi, eh lawa. Terus aku minta Linda sehelai untuk dimasukkan dalam planner, Linda bagi sehelai pada keesokkan harinya.
Kelemahan planner saiz kecil ni, ruangnya terhad. Hendak kugunting wrapping ni, hrmmm gambarnya berterabur, hendak ku lipat nanti planner jadi lagi kembung. Akhirnya aku jadikan pembalut buku nota berisi quotes bersaiz kecil, tanpa buang sedikit pun. Elok, ngam-ngam.
![]() |
pada aku, ianya cantik. |
![]() |
balut. |
Buku quotes ni aku guna bila join handlattering challenge di iG. Biasalah, bila ada masalah mentalhealth, benda-benda begini jadi terapi untuk redakan emosi. Sudah lama juga aku tidak join handlettering challenge, tidak sempat kerana masih berlengas dengan quilling paper art. Terkadang ada teman-teman minta buatkan kad ucapan atau pun stiker untuk goodies. Cuma buku nota untuk quotes tu memang berguna untuk aku bila jiwakacau.
Aku sejenis yang tidak gemar berkongsi masalah sendiri dengan orang lain, aku pemilih. Sedangkan mereka sendiri punya masalah, siapalah aku hendak beratkan lagi masalah mereka. Jika mereka hendak berkongsi masalah mereka dengan aku, InshaaALLAH aku okey sahaja.
![]() |
ni memori di Melaka hari tu. |
Ada satu hari aku minta wrapping di kaunter kedai makan, hahaaa. Dengan muka tak malunya, kata nak beli, dak kaunter tu bagitau "nah, ambil je la kak, takpayah bayar". Berseri muka aku lepas tu, hahaaa!
![]() |
lawa kan? |
"a goal without a plan is just a wish" - kadang wish ni yang onz. hahaaa... tahla!
2 comments:
Eh, comelnya wrapping burger dia. Pink pulak tu warna favourite kita!
Cantiknya tulisan. Memang kreatif orangnya. No wonderlah buat quilling semua bagai. hihi...Keep it up!
creative dan cute laaa
Post a Comment