Saturday, 21 June 2025

AIDILADHA 1446-2025: Kembali kepada Kenyataan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sambungan percutian ringkas di Melaka. 

Pagi menjelma kembali ke alam nyata kehidupan perlu diteruskan. Disebabkan, adik dan tuan asben akan kembali berkerja seperti biasa pada Isnin-9hb diikuti pula sekolah akan buka pada hari seterusnya, maka marilah kita berbuat apa yang sepatutnya. Aku menyelongkar dapur, mengeluarkan segala isi barang dalam peti sejuk, ada daging burger dan roti burger, rendang mama yang masih berbaki, aku makan satu bun roti berintikan rendang, secawan kopi Aik Cheong- ha'a lepas perut aku saja berikut semua orang belum celik.

Sedang aku duduk mengunyah mama datang menghampiri, dia sudah bersiap cantik. Alamak, kita baru hendak feeling-feeling. Aku membuat keputusan untuk merebus Wow Spageti yang begitu viral di tT, masih ada lagi 5 pek Carbonara dan 4 pek Aglio Olio , aku rebus semua sekali untuk sarapan pagi itu. Sedang menikmati sepinggan, masuk pula adik dan tenteranya, Ina menghampiri membuat keputusan menggoreng daging burger. Redah je la, janji habis semuanya, tidak perlu berhegeh hendak angkut ke sana- ke mari. 

Apartment dikemas sebagaimana asal mula masuk semalam, disuruh turun separuh dahulu semuanya tidak mahu, masing-masing hendak tunggu kesebelasan utama juga bersempitan di dalam satu kotak besi untuk bergerak turun. Hendak selfie pun payah kerana tiada ruang, Ali yang terpaling bongsu pun sudah sama besar saiznya dengan bagasi. Tingkat 2 je pun. 

Siang ini, kita ke tempat malam tadi sekali lagi, untuk bergambar kenangan. Kita kena photoshoot laju-laju kerana kita hanya turun bersembilan tinggalkan pemandu menunggu dalam kereta, kotak parking semuanya penuh, eh jam berapa mereka keluar dari rumah ni? Lagipun, matahari sudah meninggi.




Pabila outfit dipakai mula terasa basah dan orang pun semakin ramai, marilah kita berangkat pulang, tokpapa tu hanya makan sahaja dalam fikirannya. Kami membuat keputusan untuk makan tengahari di Restoran Asam Pedas Osamin, Telok Mas, Melaka. Mujur orang masih belum ramai, jadi kita pilih menu masing-masing sampai stuck barisan di kaunter bayaran. Aku sekali ikut rambang mata, menunya terlalu banyak. Sebelas orang makan harganya tidak cecah RM200.


Kami berpisah selepas makan tengah hari, aku sekeluarga akan sambung berehat di rumah tuan asben dan bertolak balik Sungai Buloh pada awal pagi esok manakala adik akan hantar mamapapa dahulu sebelum pulang ke Pasir Gudang. Aku masih belum habis melepas rindu pada tuan asben plus aku tidak bersedia untuk balik waktu tengah hari begitu seharusnya sampai Selangor hari semakin petang.

Aku mengambil kesempatan mendobi di rumah tuan asben, puas hati apabila tidak nampak baju kotor bertimbun, jemur baju betul-betul bawah dua kipas syiling berpusing laju, terus kering jadinya, hahaa! saja nak try test mesin basuh yang baru dibeli tuan asben lengkap dengan ampaian baju serupa di rumah kita sendiri.

Malam itu, tuan asben bawa kita makan di restoran berdekatan,Tokmer Yong Tau Foo.
"nak makan yong taufu atau ikan bakar?" tanya tuan asben sewaktu hendak bertolak meninggalkan rumah.
"yong taufu" aku menjawab tanpa meminta pendapat daktiga, aku tahu akhir pertanyaan tu memang berbalik pada aku semula. Baik aku jawab cepat-cepat.
Oh dekat saja kedai makannya, aku mengikut tuan asben mengusha berjenis menu bebola, meatball mesti ada, selebihnya aku meminta tuan asben dan daktiga sahaja memilih, banyak sangat rambang pula biji mata dibuatnya. 
Selesai makan, aku mengajak tuan asben kekedai runcit untuk top-up bekalan dalam kereta esok, tuan asben berhenti di KKMart, menjelajah mencari namun tiada apa yang menarik.
"kenapa jajan kedai ni aneh-aneh?" tanya Adli.
"takbestlah umie" sambung Auni. Dan beli juga beberapa ketul gula-gula, aku minta tuan asben cari 7E pula. Barulah meriah bershopping sipiii lagi hendak cecah RM70, daknikaaaannnn!

Tuan asben bawa kita ke Dataran Orang Kampung Merlimau, macam biasa orang Melaka memang suka cahaya, lawa gila. Berkenan betul aku dengan cahaya lampu bentuk ikan dolphin, comey je. Walaupun gelap, kita shoot juga beberapa keping gambar untuk kenangan dan terus balik rumah sambung mengemas bagasi, esok kita berangkat seawal pagi yang mungkin. Tuan asben akan ke tempat kerja jam 8am. 

alhamdulillah cukup makan berlima.

Biasanya dataran ini dipenuhi dengan pelajar politeknik berdekatan.

anak vs emak.

asyik mengemas, walhal ini saja barangnya.

Tiba hari bertolak, aku paling awal bersiap macam biasa, keluar awal sampai Selangor pun awal. Hanya berhenti seketika di RnR Dengkil melepaskan hajat, selepas itu kita teruskan pejalanan sampai rumah, alhamdulillah lancar. Sebaik sampai di rumah, aku terus paksa daktiga mengemaskan kandang Latte, baunya sungguh mencemar alam betul. Masing-masing buat kerja sampai siap, barulah beralih mengemas di dalam rumah pula. Begitulah seterusnya, routine bermula.

Sekian cerita AidilAdha 1446 yang lari dari kebiasaan, mari kita mula menabung lagi untuk percutian seterusnya, mudah-mudahan dipermudahkan.

photo taken by: my beloved husband.
"the quieter you become, the more you can hear."

11 comments:

Mama Zharfan said...

MZ pun rasa gatal jer tgn nak book staycation/flight tp kena terudkan tekun menabung dulu laaa

Salina@IbuAqil said...

Meriah juga AidilAdha cha sekeluarga. Ibu hanya berkampung di rumah mertua saja seharian sampai ke malam. Nasib baik raya haji tak ramai yg ziarah mcm waktu raya puasa. Huhuhuhu!

adnil linda said...

Alhamdulillah.. Well spend cuti nya... Kalau Linda yang drive, memang akan pilih untuk gerak awal pagi..baru tak jem.. Kalau suami yang drive.. Linda tak kisah, sebab kalau ngantuk, boleh tido.. Hahaha..

Mulan said...

Lama tak makan Asam Pedas Melaka

ch@ said...

Mama Zharfan:
hiii boleh je booking dulu. baru lebih semangat hendak menabung.

Ibu Aqil:
alhamdulillah, yg penting kebersamaan bersama tersayang.

adnil linda:
sep sikiiit! asben drive auto lelap.

kak Mulan:
boleh la masuk next trip selepas ni.

Kakmim said...

Wow spagetti paling sedap rasanya jatuh kpd carbonara... bg saya lah, bolognese x sedap

Mznimnwr said...

Saya terus search kt tiktok wow spaghetti tu, tak sangka harganya muraahhh! Macam kena try je ni.

Wow 11 orang makan tak cecah rm200 ya. Berbaloi ni!

ch@ said...

Kakmim:
yes, carbonara juga yg paling kena dgn tekak kitorang.

Aphizha said...

Percutian yang singkat tapi penuh dengan kenangan dan dapat pergi tempat-tempat menarik di negeri orang bersama dengan keluarga tersayang. Tempat lampu² memang jadi tarikan. Tak Melakalah kalau tak makan asam pedas kan. Kira murah tu tak sampai RM200. Kita kalau makan ramai-ramai ni akan expect jumlahnya tinggi. Kira okaylah tu.
Semoga dipermudah urusan PJJ dan ada rezeki lagi bercuti bersama.

mama tisya said...

panas btul cuaca tu...lama tk pi melaka

ch@ said...

Mznimnwr:
DONE meracun.

sis Aphizha:
benar, weols cuma nak moment bersama-sama tu selain daripada rumah. alhamdulillah, menunya pun sedap-sedap.

mama tisya:
terik sangat, rasa taknak berpisah dgn ekon.