Saturday, 28 June 2025

Kisah Kita: 17th Anniversary.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku scroll "part of life" sebelah kanan, mencari entri bulan Jun tahun lepas, tiada. Kali terakhir entri bulan Jun pada tahun 2020, itupun tahun sebelumnya aku skip bulan Jun. Why? entah.

Disebabkan tahun ini 27 Jun diraikan semua rakyat Malaysia dan umat Islam ayuh kita.

Jumaat 1 Muharram 1447, selamat tahun baru kepada semua umat Islam, semoga tahun baru ini kita menjadi umat lebih baik berbanding tahun sebelumnya. 


Jumaat 27 Jun 2008, aku selamat bernikah dengan tuan asben di Masjid Gugusan Waha dengan bersaksikan anak-anak Sekolah Agama Kerajaan Johor yang akan bersolat Asar pada petang tersebut. Sweet je kan? itu kisah 17 tahun lepas. Melihat ke'ensem'an dia sebaik turun kereta dari jarak jauh, rasa taksyabar nak buat bantal peluk. Rasa macam ada cerita part ni, kejap aku cari entrinya.


Hari Jumaat lepas, tuan asben mendapatkan aku di dapur yang sedang melayan kepala pili patah, penuh kasih sayang aku nak buka pili tu. Dapat backhugs cambiasa.
"lepas Jumaat kita balik rumah abah" katanya sambil mengusha pili dapur yang KO tapi aku gagahkan juga pasang balik dan gunakan, aku fikir dia mahu mengajak aku keluar membeli sarapan.
"okey, esok pergi kenduri makteh sekali ke?" tanya aku, sepupunya akan bernikah esok hari.
"ha'a, pergilah. nak roti canai?" tanyanya kemudian, dalam hati aku sudah huye-huye.
"nak!" aku memang suka ticanai (ikut kakMim sebut ticanai). Dia pergi mencari dompet dan kunci motor kapcainya. 
"mana wish?" aku menjerit dari dapur, hahahahaaa... eee tak romantik betul la dia ni. 
"happy anniversary!" dia membuka pintu dan stat motor kapcainya pergi mencari sarapan. Aku menyiapkan meja dan beralih mendobi pakaian kotor.


sinki pun dua masakan ada satu pili saja? kita kasi berdua juga la.

Tidak lama kemudian, dia balik bersarapan sempat menyambung tidurnya sebelum keluar semula mencari pili sinki dapur yang baru. As per request, dia gantikan dengan 2 pili sambil aku menjemur cucian. Sekejap sahaja dia kerjakan, kerja aku yang tak habis-habis kerana aku perlu mengemas bagasi selepas mengemas dapur. Kita bertolak balik rumah abah selepas Jumaat, hanya abah sahaja di rumah, Mija sudah pun berada di Kuala Selangor kenduri makteh, kononnya hendak pergi sekali, rupanya abah hanya wakilkan Mija sahaja kerana ada jemputan perkahwinan teman rapatnya yang berdekatan. 

Malam, tuan asben mengajak abah makan sate di kedai makan kesukaan abah, mujurlah datang awal, boleh makan dengan tenang. Usai sahaja azan Isyak, penuh semua tempat duduk siap kena buka meja tambahan. Abah dengan mee bandung+air milo, boleh pula dia bertukar air dengan si Adli, air teh o ais+nasi pataya. Tuan asben dan Arrizqi pun nasi pataya+sirap ais dan nes o. Aku makan mihun goreng+lemon ais dan Auni mi goreng + sirap bandung, tambah sate ayam 15 cucuk. Alhamdulillah, takpayah aku bertukang sesorang di dapur di hari istimewa kononnya.

Okey itu sahajalah cerita anniversary kali ini, dapat pili baru untuk sinki dapat makan sate berlidi-lidi, aku sudah habis idea mau jiwang-jiwa, hahahaaa. Semoga kalian semua baik-baik sahaja. Nanti cerita kisah jadi kakak senior tingkatan enam pula, adeih!

1 comment:

adnil linda said...

Alhamdulillah..Selamat ulang tahun ke 17...semoga bahagia hingga ke jannah.. aamin