Monday, 4 August 2025

Bestie LOΛE 😍! - New Season.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bestie LOΛE 😍!- early season.

New season ea? ahahahaaa bertahun tidak bertemu sampaikan sudah tidak ingat bila kali terakhir kita bertemu. Penat hendak recall jadi kita move-on sahajalah. Aku memang sudah tahu dorang yang teamzumba ni sepertinya ada kimia antara kakZiela yang lebih suka dipanggil kakak, Shuriza, Khaida dan kakConie yang selesa dipanggil eonni. Sejak kita semua berkenalan bila seorang memulakan pertemuan dengan aku, tiga yang lain akan mengikut. 

Baru-baru ini aku baru sahaja bertemu dengan Khaida kita spend time together bagai, tidak lama kemudian aku bertemu Conie eonni secara tidak sengaja di gerai nasi kukus berhadapan sekolah kebangsaan, aku memeluknya erat sebaik sahaja dia selesai berurusan tapau laluk tengahari untuk anaknya di rumah. Kita berjanji hendak bertemu nanti-nanti kerana eonni masih bertugas dihospital, aku ni inshaaAllah, untuk teman tersayang bila-bila sahaja. Senyum sahaja peniaga yang memerhatikan tingkah kami berdua ditengah panas merembang.

Tidak lama kemudian, kakak ajak ketemu. Bila harinya hampir tiba tidak putus doa aku agar dipermudahkan urusan kami berdua, kakak minta bertanya dengan Shuriza kerana walaupun mereka tinggal berdekatan tapi tempat kerja Shuriza lebih dekat dengan tempat tinggal aku, namun mereka juga jarang bertemu. Aku cuba sahaja, Shuriza lekas-lekas setuju. Kakak tentukan tarikh, aku tentukan tempatnya. Shuriza ikut is onz mode.

7 SAFAR 1447 | 02.08.2025 - Sabtu
Alhamdulillah, aku dan Shuriza tiba di restoran Teringin terlebih dahulu, menanti kakak sambil berbual. Kita berdua sebaya cuma dia lebih muda 5 bulan jadi kami memang sefrekuensi. Banyak yang sama, Noor Shuriza vs Noorulsahida (NS). Kakak merupakan tempat kita bermanja sebab kita berdua anak sulong dalam keluarga sebenar.

Suasana jadi lebih meriah apabila kakak sampai, kita berpelukan di situ juga, kecoh havoc jadinya restoran Teringin itu, yang menyajikan juadah sarapan pagi hingga makan malam~ menunya banyak sungguh. Macam biasa aku tidak pandai hendak review makanan sebabnya aku bukan jenis food hunter, aku makan memang sekadar mengisi perut. Menu tu ok atau kureng, pinggan aku tetap licin sampai habis. Aku yang pilih restoran Teringin itu kerana ia berada di tengah-tengah antara tempat tinggal kita bertiga.

Antara tiga orang, aku ialah yang paling kurang bercakap kerana aku lebih suka mendengar, bercakap pabila ditanya, menyampuk pabila pendapatku diminta, senyum pabila topik tiada kena mengena- mreka berdua bersaudara jauh, menyelah pabila mereka berdua menyorot pandangan padaku untuk giliran aku bercerita. Adeih! Walaupun aku lebih tua daripada Shuriza namun mereka menjaga aku seperti adik-adik sahaja. Setiap kali berjumpa, setiap kali ke kelas mereka akan memberi perlindungan, "jangan kacau Syasya." atau "jangan suruh Syasya berfikir." kerana mereka berdua pernah ada ketika aku dalam tempoh jatuh paling bawah sehingga aku memutuskan semua perhubungan dengan orang luar. Mereka pernah lihat sendiri, betapa jerihnya aku bangun semula, mereka menyedarkan aku bahawa mereka ada walaupun aku bersendirian tanpa keluarga. 

Selepas brunch, kita masuk Mixue pula pekena aiskrim. 
"haaa lega, aku pulak nak bayar" setiap kali keluar bertiga memang bergaduh hendak membayar di kaunter. Brunch tadi, kakak menang percaturan sampai tergelak cashier Teringin, kali ni kaunter Mixue Shuriza swap sahaja. Aku memang tahu sangat, jika aku hulur duit memang bakal kena marah, mereka selalu cakap "duit Syasya tak laku jika keluar dengan kita" - haih!

Kita sambung mendengar cerita kakak tentang jirannya bukan dari Syurga, jiran kakak tu pun kita sama-sama kenal, itu yang membuat kita sama-sama geram. Aku ambil kesempatan memberi hadiah hari lahir untuk kakak yang baru sahaja berlalu dan untuk Shuriza in advance, yang paling gelihati semasa buat kad birthday kakak tempohari, terjumpa kad birthday Shuriza tahun 2023, gift dah bagi kad tertinggal. Malas aku hendak re-edit balik semula, aku bagi sahajalah. Lepas Zohor baru kita bergerak pulang dan berjanji untuk keluar bersama lagi. Aku dengan Shuriza hanya menunggu waktu kakak sahaja, kami available untuk kakak. 

Alhamdulillah, semuanya lancar dan dipermudahkan urusan. Seronok sangat!

kakak, me & Shuriza

Roti banjir Shuriza. Mi kari kakak. Nasi ayam Syasya.

Bergaduh di kaunter Teringin, seorang nak swap seorang nak QR.

Kenangan, coklat dah jatuh satu, ahahaaa.

Super Boba Sundae. Super Mango Sundae dan O-crispy sundae. 

Iklan gigi berlatar belakangkan motor comel dan kedai Shure (kedai muzik)

kenangan zaman kelas zumba dan sub30core.


Nakal.

Kenangan.

Kita punya kimia, repost pun benda sama, ahahaha!
Boleh tengokkan karektor pada nama tu, Shuriza ada rimau garang, kakak memang dia ignore benda yang buat dia rasa menyampah meanwhile me? ada reben pada hujung nama tu, hehe!

ahahahaaa... 2023.

18 comments:

Mama Zharfan said...

bestnya dpt spend masa dgn bestie!

adnil linda said...

Alhamdulillah, ada besties untuk jatuh bangun...kita selalu lone ranger.. hahaha...

mama tisya said...

mcm2 aktiviti bersama bestie..makan2 exercise

Mznimnwr said...

wahh trio besties!
saya pun jenis lebih suka mendengar berbanding cerita. sebab cerita saya kadang2 tak menarik utk didengari orang hahaha

AMIIZAA@Mieja said...

seronoknya dapat santai-santai dengan bestie

Mulan said...

Moga ukhuwah kekal selamanya

Aphizha said...

Wah seronoknya hang out dengan bestie untuk new season. Bab berebut nak bayar tu sering berlaku kan. Drama di depan kaunter. hihi...

ch@ said...

MZ: alhamdulillah, ALLAH izinkan kita bertemu.

ch@ said...

adnil linda: kita dah lama sgt lone ranger sampai mental pun problem, sampai tahap ALLAH pertemukan kita bertiga, berkawan ramai yg loyal begini, ini sahajalah.

ch@ said...

mama tisya: when over 4 siries ni, kita just go for makan sambill curhat saja.

ch@ said...

Mznimnwr: samalah kita. tidak menarik utk didengar dan tidak pandai pula hendak bercerita, menulis boleh. hehe!

ch@ said...

kakMieja: Alhamdulillah, bertemu dgn izinNYA kak, bertahun baru dapat jumpa, dorang bekerja.

ch@ said...

sisMulan: Amiiin YRA, terima kasih sista singgah sini.

ch@ said...

sisAphizha: iya weih, kadang sampai mengugut taknak kawan, aduyaiii!

Kakmim said...

Seronoknya depa berjimba ek... ai is jelessss

ch@ said...

kakMim: nak berjumpa ni, bertahun kak. hiii... masa berjimba dulu tu, setiap hari aktivitinya.

Suria Amanda said...

Untung masih keep in touch denagn best friend..akak kawan2 semua bawak diri masing2 dah..jarang dapat jumpa..last jumpa masa wedding akak 2 tahun lepas

ch@ said...

kakakSA: alhamdulillah, ALLAH swt izinkan berjumpa. inipun makan bertahun nak bersua. dua orang ni sangat sibuk. kita sayang frenship kak, sebab bestie mmg tak ramai.