Wednesday, 20 August 2025

Brisk walk: Bermacam Cobaan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari pertama: 
Brisk walk tanpa dirancang. Hajat sebenar hendak mengisi minyak kereta, cash duit belanja sekolah dan beli sedikit barang dapur. Pabila hantar Auni ke sekolah, tuan asben sudah isikan minyak kereta, jadi kita boleh terus ke Public Field Bukit Rahman Putra. Lepas brisk walk boleh singgah 7E untuk cash duit sahaja. 

Pertama kali buat perangai macam ni, brisk walk lone ranger sahaja, menonong seorang sambil berzikir sambil berdoa agar tidak diganggu anjing yang masuk mencari makan. Pusingan kedua bertembung juga dengan anjing menyebabkan aku membuat lencongan, mujurlah trek untuk pejalan kaki tu super duper banyak.

Bila melencong kebetulan lalu sebelah sekolah terdengar lagu negaraku dinyanyikan, hrmmm sudah berhenti berdiri tegaklah aku di tengah-tengah trek tu. Ada yang peduli, berhenti ikut menyanyikan bersama, ada juga yang berjalan terus seolah tiada apa. Habis sahaja dua pusingan trek paling luar dan paling besar, aku terus memandu tawaf bangunan 7E, ikut hati hendak jalan kaki sahaja, akan tetapi segan diperhatikan pekerja kedai makan yang bersidai di luar kedai mereka.

Rezeki memandu, rupanya 7E tutup pada hari itu jadi aku membuat pusingan u untuk ke stesen minyak juga akhirnya mencari mesin atm. Aku ceritakan semua kisah kepada Adli dan Arrizqi, mereka hanya tanya aku pergi taman yang mana satu.

Punyalah segan nak selfie tengah-tengah taman tu.

Hari kedua:
Sedikit bersemangat, lebih bersedia kerana bertemankan anak lelaki mr Bodyguard, Adli.
"nanti saya kejar anjing-anjing tu biar dorang takut dengan saya" bila aku bercerita tentang brisk walk hari semalam. Dia rela hati sudi menemankan aku, katanya hendak menambah stamina, badan sudah atlet, stamina sahaja yang belum maksima. Dia hendak menjadi salah seorang yang paling laju dalam acara larian, kononnya. Tercabar dengan kawan sekelas, Daniel dan Shafik yang keduanya pelari sekolah. Baiklah Adli, silakan.

Hari kejadian, semua smooth. Pusingan pertama berjalan dengan Adli sambil berborak dan bergurau, pusingan kedua Adli berjogging tinggalkan aku, pusingan ketiga dia kembali berjalan dengan aku.
"saya dah halau semua anjing-anjing, dorang tak kacau kita". Aku hanya gelak sahaja, anjing pun dah kenyang matahari dah naik. Habis pusingan ketiga, cooling down dan tidak singgah ke mana-mana terus sahaja balik rumah.

41years old vs 14years old
pastukan on that day, almost people di padang tu pakai theme biru.

Hari ketiga:
Kejut Adli macam biasa namun dia tidak mahu brisk walk. Pulak! Jadi aku kembali lone ranger, baiklah. Pusing sekali tiada parking, aku singgah 7E dahulu, mencari coklat yang di cadang oleh Bola Katok, tak ada. Jadi aku sambung cari parking, jika tiada parking makanya aku balik sahajalah.

Eh, ada satu itupun dah hujung-hujung jalan, boleh je la. Brisk walk tiga pusingan, kali ini anjing lalu-lalu sebelah sahaja, jangan ia ikut aku sudah. Selagi tidak menggigit, biarkan. Lagipun aunty dan uncle cina ramai buat aktiviti di situ. Ada yang zumba, ada yang taici, ada yang berjalan,berjogging, bergossip. Ada juga melayu tetapi aku tidak berhajat hendak cari kawan, pepehal kujerit sahajalah dengan suara kepitku ini.

Sedang aku berjalan di pusingan terakhir, aku diberi salam oleh sorang perempuan, melihat umur tu rasanya seperti kita sebaya, hari pertama aku follow dia dengan suaminya berjalan, bercerita tentang restoran tomyam yang baru dibuka di taman rumah mereka, ahahahaa!  tetiba terpasang telinga. Hari kedua aku eksyen sikit sebab Adli temankan, jadi hari ini dia menegur aku. Aku jawab salam sahaja, lepas tu aku cooling down dan balik rumah.

cari port paling jauh daripada orang ramai.

Dah jom balik, minggu ni teman hijau.

Sekian kisah brisk walk selama tiga hari berturut-turut. Terima kasih sudi singgah sini, nanti kita brisk walk blog ke blog okey. Di saat orang lain worldless.

“Be who you’re, don’t change your vibe to just be in someone’s life.” — Unknown


- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ All praises are for Allah in every condition.


3 comments:

Suria Amanda said...

Best kan sesekali brisk walk...kak SA dapat sekejap aje hari tu...

Azian Elias said...

salam. nak follow tak failed. kenapa ek? banyak dah cam tu. anyways, now since sakit lutut makin susah nak buat brisk walk cam ni. keep it up.

Aphizha said...

Yeay, dah start brisk walk. Kalau saya seram nak brisk walk sorang-sorang. Risau anjing satu hal, risau orang jahat satu hal lagi. Alhamdulillah kalau ramai yang brisk walk tu okay je. Okay sangat kalau ada chinese, boleh bantu kalau ada anjing buat hal kan. Lahh dah hujung-hujung Adli malas pulak nak teman ye. Lone ranger semula lah. Tak ada pulak orang tanya, berlatih untuk sukan sekolah ke? hihi...Boleh pulak sama tema biru ke.
Teruskan brisk walk amalkan gaya hidup sihat. Jia you!