Saturday, 24 July 2021

Bestie LOΛE 😍!

Ngedate tanpa dijangka.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Aku bangkit dari sofa dengan malas, 
"ayang hendak keluar tak yang?" saja aku tanya walaupun tahu dia memang tidak mahu keluar, hahaa. Yang berjanji dengan Syima ialah aku, kawan aku maka akulah yang kena berjumpa dengannya. Aku bersiap juga dengan ceria-ceria sambil dalam kepala merangka perjalanan sebentar lagi, ke SK dahulu baru ke SRA untuk ambil modul PdPR Auni dan Adli selepas itu ke kedai dan jumpa kakak. Sedang aku busy, sebuah kereta berhenti depan pagar, hrmmm... aku memang sudah agak. Si kakak ni suka benar buat kejutan. Kakak muncul dahulu ditemani Shuri disebelahnya sedangkan aku baru sahaja hendak menghidup enjin kereta.

"nak keluar dah ke?" dia menjerit daripada dalam kereta. Hanya kepalanya sahaja keluar dari tingkap.
"aaaahhh cheongmaaaalllll. Buat hal la kakak, member dah tunggu di sekolah agama." aku menjawab juga sambil menyusun balik jadual tadi.
"alaaa, nanti la sekejap nak lepak-lepak." katanya lagi.
"masalahnya dia dah tunggu, kita pergi dengan kakak je lah." aku menukar rancangan dengan mendadak.
"kamu nak pergi mana?" dia bertanya sebaik sahaja aku masuk ke keretanya.
"ke sekolah, sekolah tempat kita selalu parking kereta. Member dah tunggu di sana." aku menjawab sambil berbalas whatsapp dengan Syima. Dia menungguku bersama suaminya. Aku meminta kakak memberhentikan kereta di seberang jalan sahaja.
"kamu tunggu sini, jangan menyeberang, tunggu suaminya tu turun ambil dari kamu!" kata kakak daripada dalam kereta. Aku menurut sahaja menunggu suami Syima menyeberang. Banyak pula kereta petang-petang begini. 

Selesai penghantaran sabun dan berpamitan, kakak berhentikan kereta di deretan gerai berhadapan sekolah kebangsaan. Aku menyeberang sahaja ke sekolah kebangsaan untuk mengambil modul PdPR di pondok bersebelahan pondok pengawal, sempat aku menegur pakguard yang sedang makan durian, aku senyum sahaja dan memilih modul perlu ku ambil. Keluar pondok bertemu dengan kak Zawiyah, rakan sama-sama kenal di kelas zumba, berpamitan seketika dan membeli juadah kudap-kudapan petang hari. Membalas budi kesudian kakak dan Shuri menemankan aku. Membeli takoyaki, pau dan air. Kemudian masuk kereta. Mengucap dua orang melihat aku belanja, hahaaa. Udah mahu sangat aku belanja, ambillah! Bukan selalu. 
"mana pula?" tanya kakak.
"skolah agama. simpang kiri tu." aku menjawab. Memang tidak jauh, sebelum ini aku selalu parking di sekolah agama untuk ambil Arrizqi di sekolah kebangsaan.

Selesai membuat semua urusan, aku tidak sampai hati hendak menyuruh kakak ke kedai pula, apatah lagi kakak sudah pun membelok kereta ke simpang balik rumah, tidak mengapalah nanti aku Pandamart sahaja. 

Dalam perjalanan pulang, aku mendengar sahaja kakak dan Shuri berbual, menyampuk sekali-sekali. Topiknya pun, topik natural yang sudah diulas banyak kali di group whatsapp. 
"kakak maaf tau susahkan kakak, tidak ku sengaja menjadikan dikau grab hari ni, hehe!" mohonku, terasa bagai menyusahkan dia, ke sana-ke mari pula. Sepatutnya ku pelawa dia naik kereta ku sahaja  tadi. Argh! tidak mengapalah.
"haaa tu lah, tak pasal-pasal training jadi grab hari ni. Tak apalah, kita pun nak habiskan masa bersama kan?" balasnya.
Kakak dan Shuri mengambil sabun, berkesempatan menyambung berborak lagi, alhamdulillah syukur seribu rahmat. Hilang tekanan tidak bercakap sepanjang PKP ni. Gelak. Borak. Makan. Gelak. Borak sehingga Shuri teringat hendak berjumpa seorang lagi member, kak Shahida. Terima kasih sebab sudi mendengar cerita aku, sudi menumpukan perhatian apabila aku menyampuk. 

Normalnya, aku memang tidak pandai bercakap, tambahan aku lebih suka mendengar sahaja. 
Pabila aku bercakap, aku akan berasa orang akan "terasa" dengan apa yang aku cakap. 
Pabila aku bercakap, aku akan berasa  orang akan perlekeh dengan apa yang aku akan cakap. 
Pabila aku bercakap aku terpaksa susun ayat aku betul-betul, padahal mereka sudi sahaja mendengar aku bila-bila masa sahaja. 

Mereka meninggalkan aku dan bergerak pulang setelah kami berpamitan. Alhamdulillah! 

Friendship isn't about whom you have known the longest,
It's about who came and never left your side.

2 comments:

Azhafizah MN said...

Seronoknya sesekali dapat berkumpul keluar jumpa kawan-kawan. Alhamdulillah dapat kawan kawan yang baik dan dikelilingi orang yang menyayangi kita :)

ch@ said...

Azhafizah MN:
Sekali-sekali memang kena buat begini, lagi PKP tidak habis-habis. Terlalu memerap di rumah sangat, boleh jatuh sakit dibuatnya. Syukur!