Saturday, 10 July 2021

PdPR tiada hari Sabtu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Sabtu, berhenti sekejap daripada PdPR, tapi kerja rumah tetap berjalan macam biasa. Bila masing-masing dah besar, dorang punya permintaan pun besar juga. Apapun, life must go on. So on... Since tuan asben stay at his office, now let's we do whatever we can do, tak perlu kemas rumah, tak perlu hadap buku, tak perlu susah-susah selongkar dapur untuk masak apa, kita just makan apa yang ada saja, hehe. Kita berguling sambil tengok kdrama dan layan games for the whole day.

Aku baru habis tengok Nu'est Love Story: Inside Out episod paling latest, my favorite idol group the most. Dapatlah lega-legakan kepala sambil memikir hendak menu apa hari ini, dak tiga masih lagi berguling, kasi can lama sikit buka mata pasal everyday dah kena bangun awal jika ada Google Meet. Awal tidak pun, subuh kena wake-up cuma lepas tu dorang akan sambung ZzzZZZzzz balik semula, haha.

Aku akan listdown sahaja kerja sekolah daripada group sekolah, bila dorang sudah bangun betul-betul, mengemas dan makan, ready untuk pulun kerja sekolah. Aku senang dengan cara begini, apabila mereka google meet, aku perlu ada dan perhatikan, mereka tidak mustahil akan melencong ke arah game- ambil kesempatan.

Kerja sekolah sekarang ni, tak macam sebelum. Makin mendalam tajuknya, makin banyak pula tugasan kena selesaikan, satu subjek sampai 2-3 task kena buat, google meet, google form, quiz online, buku aktiviti, latihan buku teks, latihan modul, siapkan projek, nak hantar one by one, kejap whatsapp, kejap telegram, kejap nanti tah aplikasi apalagi tah. Fuh! dapat mak serabut alam macam aku ni, memang sorry la cikgu aku tolong mana yang boleh saja, anakku tiga. Ketiganya bersekolah agama dan kebangsaan, ketiganya masih menuntut perhatian, tak boleh nak fokus seorang sampai 3 4 subjek, apatah lagi memang dah sedia minor depression, huhuuu tak terkawal dibuatnya.

Jenis anak soleh-solehah yang hanya ikut, ok saja tak apa. Anak pula lain anak-lain perangai. 1 hari emak boleh jadi cikgu 3 subjek saja, dapat pula lain-lain darjahnya, lain pula jadualnya. Aku sampai tertukar Auni dan Adli sebab mereka berdua sesi sama, tahap dua. Sometime, bertukar Adli dan Arrizqi sebab mereka beza hanya setahun sahaja, tahun lepas ajar Adli the same topic as Arrizqi now. Hahahaa, but kat sini Adli membantu juga, dia akan tolong Arrizqi.

Beza sangat anak belajar dengan cikgu, dan belajar dengan emak sendiri. Tidak sama. Kadang aku curah teori aku sendiri pasal aku sendiri gagal hendak terangkan ikut buku atau cara cikgu. Aku paham tetapi hendak terangkan pada anak tu, aku takde skill. Tu yang aku paksa masing-masing ikut google meet. 


Jadi, kejap lagi aku akan go through mana-mana kerja depa yang tak setel lagi. Stop sini dulu, nak memerut, muahaha... daaa.

No comments: