Monday, 24 May 2021

Kenangan Mei, berbuka bukan di rumah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Ada apa dengan Mei, eh semestilah bulan kesukaan aku for every year. Sama dengan tahun lepas, kekal dalam PKP kek sampai depan pintu rumah, kali ini enam Mei diisytihar bermulanya PKP 3.0, ahaaa nak nangis atau nak gembira ni. Semoga ada hikmah di sebalik kejadian, kita menerima dengan seadanya.  

Daripada minggu lepas lagi tuan asben sudah beritahu untuk berbuka di luar rumah, kebetulan terkena sebelum hari PKP, alhamdulillah rezeki sambil membawa daktiga merasa berbuka di luar selain rumah boleh juga la dikata merai hari ulangtahun aku ke-37. Lucky seven, muahahaaa. Me love seven too much.

Mulanya aku sudah bersiap untuk keluar ambil Arrizqi, tuan asben kata terus keluar ke Kuala Selangor, owh! maka aku segera mengerah Auni dan Adli sama bersiap.  Sebaik sahaja Arrizqi tamat sesi persekolahannya, kami terus menuju tempat berbuka, hujan rahmat mengiringi perjalanan namun sempat juga singgah ke Bukit Melawati tempat kera dan monyet menghuni. 

Uish! sudah nampak seperti tempat tinggalan sahaja, for me agak ngeri. Usai beberapa keping photo, hari hampir ke waktu berbuka, menyambung perjalanan sehingga tiba ke destinasi, Depalma Group Of Hotel And Resort. Bertemu dengan rakan sekerja tuan asben, dan menuju bufet makanan, sebelum mencari meja di dalam dewan. Meja betul-betul depan pintu, pening tengok orang keluar dan masuk tetapi mudah untuk ambil makanan. 

Alhamdulillah, rezeki. Aku menguruskan daktiga lebih dahulu, masing-masing sudah boleh membawa diri, mudah. Aku hanya tolong sendukkan lauk pauk sahaja, mereka ambil air dan pinggan memasing. Aku ambil bahagian sendiri, mereka ambil bahagian mereka sendiri. Aku dengan makanan, semua sedap belaka, menunya nasi putih/nasi hujan panas, ayam masak halia, sayur lemak labu dan banyak lagilah. Aku ambil banyak sayur daripada nasi, tuan asben ambilkan daging bakar my favourite. Daktiga ambil macam-macam aneka kuih yang sudahnya di makan aku. Tidak banyak acara sangat bilamana semua terikat dengan SOP.

Habis sahaja berbuka, kami terus balik ke rumah, hujan masih lagi turun di sepanjang perjalanan ke rumah. Tiba di rumah aku bersedia untuk daktiga bersahur pada keesokkan hari. Aku berterima kasih dengan tuan asben kerana sudi bawa kami makan berbuka di luar. Alhamdulillah.

Simpan jadi kenangan:







Bahagia itu sederhana, sesederhana kamu tersenyum dan bersyukur dengan apa yang kamu sudah punya, Alhamdulillah!

No comments: