Hari ke empat berpuasa baru berkesempatan berjalan ke Bazar Ramadhan yang memang saban tahun bertapak berhadapan sekolah kebangsaan daktiga ni, tidak jauh daripada sekolah agama. Aku memang suka meletak kereta jauh daripada sekolah, kononnya dapatlah bersenam keluar peluh sedikit. Sebenarnya, aku tidak mahu bertembung dengan mereka yang sudah memulaukan aku, jadi daripada hatiku disakiti lebih baik aku membawa diri, ahaaa cenggitu!
Hari ini, aku keluar awal macam biasa, tidak pro-parking sebarangan [sejenis tidak boleh kena kecam] jadi, eloklah aku standby awal sewaktu jalan masih lengang. Menjelang jam lima petang nanti, suasana akan bertukar sibuk dan tersangat sibuk, pekerja balik dari tempat kerja, yang hendak ke bazar, yang hendak ambil anak balik sekolah rendah dan juga sekolah agama. Tambah-tambah bila hujan turun, waaah! suasana meriah dengan yang berpayung, yang mandi hujan, yang meredah banjir, pakej!- Fuh! mama aku memang cukup pening dengan suasana yang saban tahun aku laluinya. Alhamdulillah, hari ini perjalananku dipermudahkan biarpun, bibit rasa jengkel timbul sedikit dengan persoalan, mengapa hari ini dia di sini? WHY? but ignore je la dengan harapan lekasla dia pergian, hehe!
Cuaca cerah setelah hujan tengah hari tadi, semalam hujan, dua hari lepas juga hujan menyebabkan aku stuck dalam kereta. Hari pertama puasa, aku macam robot. Hujan lebat sewaktu ambil daktiga balik sekolah, balik jalan jem, kebanjiran, ke kedai dan balik masak pula sehingga ke waktu berbuka sibuknya, hahaha! lepas terawikh aku tidur terus. Hari kedua juga sama, tapi aku standby masak awal, siaplah nasi dan satu lauk ayam masak merah, ambil daktiga balik sekolah masih juga tidak sempat ke bazar yang konon hendak mencari kuih. Aku paksa tuan asben goreng karipap frozen saja, namun bila sampai rumah sempat lagi aku buat roti sesej, hahahaaa. Undercontrol sedikit hari kedua. Hari ketiga, masih juga hujan menyebabkan tidak lepas untuk ke bazar ramadhan, memerap dalam kereta sambil meminta tuan asben tapau McD sahaja, alhamdulillah.
Jadi, di hari Jumaat yang indah, my chaotic day for every week hari ini, Allah swt beri kesempatan untuk aku ke bazar, dimudahkan lagi tuan asben berbuka di pejabat sahaja, muehehe! jadi aku bebas memilih apa yang hendak dimakan. Aku hanya membeli untuk daktiga sahaja, mereka tidak cerewet. teh ais, tepung pelita, roti john ok dah balik. Oh ya! aku ke bazar ditemani kak Wan, kakak yang membantu aku mengambil balik daktiga sewaktu aku masih di balai polis tempohari. Alhamdulillah! rezeki dikurniakan sahabat yang baik, kebetulan kak Wan berjalan depan tempat aku meletak kereta, lalu ku panggil dan at the same time hendak beri dia sedikit gift sempena Ramadhan 1442 ini, kongsi rezeki.
Kami ke bazar sambil berbual, SOP tetap SOP. Tergelak kak Wan melihat aku, yang bagaikan mahu membeli semua, tengok sana hendak, tengok sini hendak, aduh dugaan perut lapar. Namun, ku tahan saja kerana tidak mahu membazir. Aku hanya berbuka bersama daktiga sahaja. Berjaya tahan wei! Aku beli mengikut kehendak daktiga. Selesai membeli, kami kembali ke kereta, berpisah di situ dan menyambung menunggu Auni-Adli pulang sekolah agama.
Auni masuk kereta bersama sekaki payung, eh? payung ini tadi, di bawa Adli waktu hujan tengah hari tadi. Tidak lama kemudian, Adli masuk dan bagaikan tidak sabar untuk pergi bermain, haih! Auni sudah pun bersalin kulit, dia hendak ke bazar bersama Alisya, sahabat baiknya. Bersemangat betul, aku berinya RM5 sahaja tidak mahu dia membeli banyak-banyak. Minggu depan aku pergi bersamanya, insyaaALLAH. Sudah besar ini anak. Mendengar bunyi letupan di belakang kereta aku menyuruh Adli duduk dalam kereta sahaja, tidak mahu dia bergaul sama dengan kawan-kawan yang pada mulanya hendak bermain bola, sudahnya bermain mercun pula. Auni balik dari bazar bersama sebungkus air aiskrim vanilla, haaa rezeki- kenyang air sahajalah kita malam nanti.
Aku kembali ke sekolah kebangsaan bertentangan dengan bazar untuk menjemput Arrizqi. Si bongsu itu nampak sahaja aku di pintu pagar, senyumannya melebar. Cair! dia minta ayam gunting, namun aku malas hendak masuk semula ke bazar yang sudah mulai ramai. Arrizqi mudah sahaja di pujuk, kejap lagi upahkan nasi lemak singgit, senyaplah dia. Dalam perjalanan balik, mereka bertiga leka dengan handphone, aku sahaja yang setia membebel sorang-sorang. Singgah membeli nasi lemak singgit kakYa, siap minta kakYa bungkuskan bentuk nasi lemak singgitlah. Tergelak kami bertiga bersama dengan kak Siti yang sama berniaga di situ. Keranamu Arrizqi.
Terus sahaja memandu pulang ke rumah, malam ini perlu mendobi baju sekolah bagi mengurangi beban kerja esok hari. Sekian, cerita tentang hari ini. Cerita balai polis tu, nantila ye. Trauma tak hilang lagi ni. Selamat berpuasa norma baru.
Sedikit rezeki untuk sahabat yang sentiasa ada bila diperlukan.
Untuk sahabat kelas, insyaaALLAH- moga dimudahkan urusan pertemuan kami. Jadilah sahabat yang selalu memberi tanpa mengingat dan selalu menerima tanpa melupakan. |
1 comment:
Cite polis??? Nape cha???
Post a Comment