Kisah hari ini aku sudah pelan daripada malam tadi, agenda paling utama jemur karpet, potong rambut Adli dan goreng mihun sambil menunjuk ajar PdPR. Celik mata, Subuh- baca Alquran, layan TownShip sekejap. Bila sudah layan TownShip memang akan leka, daripada hendak 15 minit menjadi ke setengah jam dan selepas itu sejam. Memandangkan memasing tiada google meet pagi ini, aku on duty housekeeping tingkat atas dan bawah.
Kemas dapur, buat air panas, sediakan air masak dan bentang tikar yoga. Belum mula harus on tv dahulu- hari ini layan drama Jun- Ukiss, Please Don't Date Him. Ini kali kedua aku menonton drama ni, suka drama ini sebab bukan genre yang berat lagi pun hanya ada 10 episod sahaja. Sambil tu minta kebenaran tuan asben hendak jemur kapet dan hendak potong rambut Adli. Aku pun tidak tahu awat cengeng sangat sampai jemur kapet pun kena minta kebenaran, hahaaa. Aku bukan apa, kapet tu aku hendak jemur dua tiga hari bagi kena hujan dan panas so rumah akan lapang bagai padang bola nanti. Tn. asben siap tambah tugas, minta sembur terus dengan air. Dan teks seterusnya aku tidak baca.
Aku angkat kapet dan naikkan atas tembok dengan bantuan Adli, hendak buat seorang memang tidak mampu. Berat gilaaa. Adli juga yang semburkan kapet di tempat bekas susu dan milo tumpah beberapa hari lepas. Masam baunya. Arrizqi menyiapkan peralatan untuk memotong rambut abangnya. Sebab, rambutnya sudah aku potong dua hari lepas, ala-ala Song Mino kumpulan Winner, muahahaaa... Trim tepi kiri kanan dan depan, tinggalkan bahagian belakang. Sekali dia tengok cermin,
"umiiiiiii....! rambut saya dah macam cendawan!" Muahahahahahaaa!
"cantiklah tu, macam Song Mino." and bila tuan asben balik, dia tak komen apapun, hehe! Jenuh belajar daripada youtube, haha!
"cantiklah tu, macam Song Mino." and bila tuan asben balik, dia tak komen apapun, hehe! Jenuh belajar daripada youtube, haha!
Back to the story, potong rambut Adli bermula, dia hendak botak macam tuan Asben. Oh! bisa aja, mudah saja. Kiri kanan belakang dan depan. Guna gunting dahulu, sebab rambut Adli memang lurus dan lembut, sambil potong sambil cerita pasal rambut, pasal mesen dan entah apa-apa lagi. Dok kalut tukar gunting, mesin plus sikat konon pro, entah macam mana mesin terlepas. Ah sudah!. Mesin biasa tersangat, sekali jatuh terus arwah, aaaaahhhhh! cheongmallll... boleh murung dibuatnya sebab bahagian tengah belum sempat trim, hell!!! ini bencana.
Adli tenang sahaja, Arrizqi pun rileks sahaja, Auni tidak port sebab dia sedang Google Meet. Aku terus mendapatkan talian hayat. Hrmmm padah tidak tengok hp, rupanya tn asben minta aku menunggu dia balik, dia akan beli yang official punya mesin potong rambut. Halaaa... menyesal pun tak guna. Sweet gak Adli walaupun bagai orang tak siap tapi lebih kepada kesian, hahaaa!- kan dah tergelak. Aku kemaskan sahaja dan sambung masak tengah hari.
Lepas masak, Arrizqi minta PandaMart, dia hendak beli jajannya. Aku rasa dok rumah ni depa memang kerap sangat makan jajan, mulut tidak reti diam hendak mengunyah sahaja. Aku cari juga roti, biskut dan snek yang berfaedah- ada ke? bolehlaaa.
Aku sambung mengawasi Adli dan Auni mengambil kertas ujian sekolah agama, seronok betul ambil ujian di rumah. Tidaklah aku hendak memberi jawapan, tidak kuasa. Buatlah sendiri, kosong-kosonglah, tidak ku kisah. Sendiri punya kebolehan. Tidak lama kemudian, tuan asben balik membawa sekali mesin potong rambut yang baru. Sempat digelakkan rambut Adli,
"apa sudah jadi Aie?" tanyanya sambil ketawa. Dia meminta aku selesaikannya, tidaklah aku mahu. Aku sakit pinggang angkat kapet tadi. Arrizqi sediakan semula segala peralatan dan tempat semula, dia memang cukup rapat dengan abangnya. Selepas minum petang tuan asben selesaikan sehingga botak as him.
"saya tak payah keringkan rambut umi." sambil lap-lap kepala selepas mandi.
"umiiii dah pukul berapa?" jerit Arrizqi sambil turun tengok jam.
"oh, abang pakai baju malam, takpe kan umi?" tapi dia sudah pun naik semula dan membaling baju abangnya sekali. Hadoi!
"adik nak botak tak?" tanya tn asben.
"apa? taknaklah. ni umi yang potong." Arrizqi ni dia menghargai apa yang aku selalu buat untuk dia. Siyes! bila dengan tn asben, dia memang akan menangkan aku. Arrizqi sahaja yang berani menjawab atau berlawan kata dengan tn asben, kuat mengadu pun Arrizqi juga, hahaaa!
Ok, sekian cerita untuk hari ini, saja ku simpan jadi kenangan. Doakan aku ke Axiata Arena esok, mudah-mudahan lancar dan mudah perjalanan pergi dan balik, InSyaaALLAH!
sebelum rambut dipotong. |
selepas rambut dipotong. |
It take two man to make one brother. |
3 comments:
alolo mmg senang la mama potong habis rambut tu kan hehehe..
x yah pening2 nak fesyen mcm mana.. bagus2
kalau dah layan drama leka terus jadinya kan. hihi..lepas potong rambut nampak abang abang sangat dia. Semoga dipermudahkan urusan nanti.
kak Retna:
hahahaaa, potong sama rata pandaila. tapi kita pun potong rambut sendiri. hahaaa.
Azhafizah MN:
alhamdulillah mudah urusannya. terima kasih doakan.
Post a Comment