Selepas balik berjimba dengan teman Sabtu lepas, tuan asben mengajak mencari tilam single untuk daktiga. Peluang yang aku tidak akanku lepaskan sama sekali, count me in asben! - jerit dengan kuat.
Sebaik solat Zohor berjemaah,
"jomlah cari tilam budak-budak tu" ajak tuan asben.
"sekarang?" saja berbasa-basi menanya sambil lipat telekung.
"sekaranglah, nanti balik terus kemas" let's go, aku tukar pakai baju lain yang lebih ringkas dan santai.
Kita keluar naik gajah, pada daktiga aku hanya ajak-ajak ayam, aku tahu dorang malas hendak ikut sama, ini sahaja masa aku berdating dengan tuan asben, keke...
Bila keluar dengan tuan asben ni, dia memang terus sahaja dengan tujuan, kita terus ke Verona Living Sdn. Bhd. untuk membeli tilam single daktiga. Besar gila gudang, ke store, ke kedai? ahahahaa. Di sini kita pernah membeli set sofa, katil dan empat rak buku. Sepertinya sudah regular customer sahaja.
Selesai beli tilam, balik rumah dan mula mengemas di tingkas atas. Aku uruskan buang katil queen master bedroom yang telah rebah papannya lebih dahulu, kerana katil queen daripada bilik Adli akan naik ke master bedroom dan digantikan dengan dua katil single.
Selesai my duty, aku uruskan tilam queen yang perlu dibawa keluar, berat amat. Aku bergabung dengan Adli pabila melihat tuan asben masih dengan kerjanya, tilam dan katil masih elok walaupun sudah berusia 12 tahun. Tuan asben datang membantu mengangkat katil buatan kayu solid keluar bilik. Aku hendak leraikan, dia kata tak perlu sudahnya sangkut di tangga terpaksa juga leraikan. Dia bertanya dengan aku macam mana bawa turun hari tu? dia lupa katil ni memang tidak pernah sampai atas kerana pindah masuk sini dulu ia terus berada di bilik bawah tambahan aku lepas pantang Arrizqi tidak kuasa hendak manjat tangga.
Sampai di master-bedroom tuan asben dan Arrizqi bergabung memasang semula. Aku pasangkan semula cadar dan Auni turut menukar tilamnya kepada yang baru. Dia pun tidak mahu tidur atas katil queen, tuan asben belikan katil single beberapa tahun lepas.
Di bawah sesi memasang katil single pula, kerjaan hero-hero. Aku sudah meregang badan namun kepala masih lagi berfikir itu dan ini. Selesai semuanya aku masuk buat sportcheck, macam asrama, hihiii... bolehlah. Dorang pun guna untuk tidur sahaja.
Selesai maghrib, tuan asben mengajak makan diluar, ada yang aku rengekkan siang tadi menyebabkan dia menurutkan permintaan. Kita makan di Citra Loca Cafe, memang sudah lama diusha kewujudannya. Menyediakan menu ala western dan minuman viral dengan harga mampu dinikmati. Alhamdulillah semuanya sedap. Memang gantung periuk sepanjang hari jadinya. Thank you so much tuan asben!
![]() |
tilam-tilam, tilam lama tukar baru ~~ |
![]() |
anta, mau jadi saudagar tilamkah? |
![]() |
da macam asrama pun ada. |
![]() |
kemain berkepit. |
![]() |
memang daripada kecik sedondon, sampai sekarang. |
![]() |
chaotic duo, adik jaga abang. |
![]() |
asyik lalu je, kali ni kita singgah makan. boleh repeat! |
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.
22 comments:
Bestlah dorang dapat tilam baru. Tilam tebal empuk tu. Lena di ulit mimpi, jangan susah bangun tidur sudah. hihi...
Regular customer ada diskaun tak tu? Cepat membesar betul semua kan. Tahu-tahu besar dah. Sedap menu-menu yang dipesan.
Alhamdulillah ..murah rezeki encikHusben
Best nya semua dapat tilam baru. Alhamdulillah.
hoyeh dapat tilam baru....besaq dah semua...
ammi masa Kyra & Khilfi kekecik pun suka sedondon kan dorang especially baju tido.
Kemas bilik diorg..
wahh seronoklah daktiga dapat tilam baru. jangan susah mangun tidoq sudahlah!
saya kalau gi restoran western pun selalu order chicken grilled. tu jugak yg sedap xD
Haaaa... tebal macam ni baru puas hati... lompat2 pun boleh
Wah tilam baru laaa... syiok laaa tido..tkut terlena teruk ssh nak bangun hehe
sisAphizha: lagi payah nak bangun Subuh jadinya, fening I. regular tapi bertahun membeli semula, dapat byk juga hari tu diskaun 3 tilam RM1500 dapat jadi RM900.
adnil linda: murah rezeki berkah buat linda sekeluarga juga.
sisMulan: feeling masuk rumah baru, gitu!
kakMieja: kita follow rapat kakMieja okey, u as my inspired sista.
Ammi: jadi kelakar sampai ke besar ni, Arrizqi uruskan ootd. Dorang akan tanya "adik, hari ni pakai baju apa?". doktor pun pelik macam mana dorang boleh nak sedondon everyday everytime.
Sueann: bilik ni kecik ke sebenarnya, jadi memang muat tuk katil gitu saja, nak bersiap baju-baju ada bilik pakaian lain.
Mznimnwr: iya weih, Subuh memang tahap gajah dah aih. mak is capek!
kita suka lambchop, tapi on that day rasa nak makan chicken grilled.
uncle gedek: katil kayu nak melompat, eh cam tak konpiden je bila da besar panjang gini, maunya bebak - roboh.
kakRetna: sistaaa... long time no see you. argh, memang pun payah nak bangun.
Eh mereka kembar ya kak?
Saya langsung browsing alamat citra loka cafe ini, dan ternyata Selangor yaa. Lumayan jauh juga 😅. Tuhlaah saya nih tiap ke Malaysia, asik KL saya stay nya. Sesekali memang harus tempat lain.
Seronok depa mengemas sbb semangat dpt tilam baru.. begitulah anak2 kan? Happy je sokmo... tgk diorg happy pun kita dh bahagia
fanny nila: mereka berbeza setahun, abang 14yrs adik 13yrs. memang selalu dikata kembar.
stay KL memang best, semua di satu tempat.
kakMim: iya betul tu, tidaklah asyik nak tidur dgn umie je kan? barulah nak tidur sebilik biarpun tidak sekatil.
Post a Comment