Hari ini kita belajar menjilid notebook style ch@hijaucantik. Tidak berapa sempurna namun kita cuba okey.
Ada tiga cara kita menjilid buku:
1- jahitan
2- gam tepi sahaja
3- guna penebuk lubang dan reben/ring.
Jahitan.
Kali pertama buat notebook apabila cubaan membuat planner sendiri. Guna kertas A4 kosong dibahagi dua jadi saiz A5, Planner aku mestilah bercirikan:
1- Kitar semula
1- Kitar semula
2- Warna hijau
3- Setahun dalam satu buku
4- insert design sendiri
5- ada kalender
6- ada tarikh ingatan ulangtahun kawan-kawan
7- ada tarikh, ada tarikh dlm hijriah, ada hari, ada ruang kosong tanpa garis.
![]() |
| Kali pertama buat notebook, janji tidak terabur. |
Bila hendak sumbat setahun, ia akan jadi tebal. Bila tebal, kena pandai binding tepi buku. Aku belajar menjahit buku melalui youtube, jahitan sama? tidak, aku jahit dengan niat janji tidak berterabur. Jahitlah ikut style apapun, janji semua ikut berganding bersama tidak berterabur.
![]() |
| Jarum cross stitch. Benang dah habis Adli kerjakan. |
![]() |
| Guna benang cross stitch, benang kait pun boleh. |
Gam Tepi sahaja.
Ini terpaling malas, biasanya kertas dalam tu daripada lebihan kertas atau terlalu banyak sangat kertas tidak mahu terabur boleh gunakan style ni, cuma kena bersabar sikit untuk ia mengering. Masih gunakan klip untuk samakan sususan kertas dan gam sahaja. Mudah untuk dikoyak.
![]() | ||
| Alhasil mengoyak kawasan buku sekolah yang tidak disentuh. Planner teknik gam tepi, iya ada sehelai dua koyak tengah, cover dengan stiker ja.
|
Penebuk lubang dan reben.
Biasanya aku guna style ni untuk guestbook sebab saiznya besar dan kita akan gunakan hanya sebelah muka surat sahaja. Susun kertas A4 cantik-cantik dan klip tepi, guna hanya satu jenis penebuk lubang sahaja untuk semua.
Guna mounting board untuk buat cover, guna penebuk lubang sama jadi, susunan kertas akan jadi seragam dan elok. Masukkan reben di lubang-lubang yang ditebuk dan ikat rapi pada hujungnya. Jadi je buat dengan keyakinan penuh.
| Kali pertama buat guesbook. Kena cabar. Tiga hari pula tu. |
| Baru belajar menjilid, sifu kata buat longkang nanti mudah nak buka. |
![]() |
| Aku tiada tools untuk pegang kertas tu, jadi guna sahaja apa yang ada. |
Antara koleksi notebook @sya2chwimi pernah hasilkan.
| Jilid guna ring. Buku skrap ni, sudah bertukar cover, sebab Arrizqi lahir. Simpan memori preggykan daktiga. |
| Jahitan. Dalam ni banyak buat quotes. |
![]() |
| Dua yang bawah tu, kawan-kawan punya. Sudah berkali menolak, namun mereka hendak juga. |
![]() |
| Untuk bestfren, Sha. Dia teringin notebook tema tembikai. Terlalu putih bersih! |
Sebenarnya buat notebook ni, kita try and error sahaja, tujuannya malas pergi kedai, lepas tu hendak buat cover fancy ikut suka hati. Orang lain boleh, masakan kita tidak? Lagipun, beli tapi kertas dalam kosong, rasa macam ermmm... DIY je la, kertas recycle banyak. Kita minta maaf sekiranya entri ni tidak memenuhi kriteria, cuma dapatlah bayang-bayang sikitkan? kita pasti, uols boleh buat lebih baik dari ini.
“There is no wrong way to make pretty things.”
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.













33 comments:
rajinnya. tapi akak mmg suka notebook. pegi ke DIY i akan beli satu. pasti.
kalau dah kreatif tu segala benda menjadi
Assalamualaikum. Apa khabar? jangan lupa follow tik tok 'shaizhar' ha ha ha.
Rajin & kreatif sangat ni. Lama dah tinggal bidang kreatif ni lepas habis sekolah.
Uncle rasa Cha kena timbangkan buat konten tiktok la benda2 macam ni... Mesti barjuta view
kakAzian: notebook DIY tu garisannya lebar sangat, kita tak reti betul nak guna.
Ammi: dulu, member suruh pergi buat DIY kat Pasar Seni.
Wa'alaikumussalam, khabar baik. Kita dah follow tT yg ada jejuta follower tu.
Cie: mesti Cie pun kreatif kan?
uncle gedek: sedang berjinak-jinak uncle. tapi kita dah ada insta utk hobi ni.
Cantik sangat!
Hobi yang sungguh bermanfaat.
Terlalu rajin dan kreatif ni sya. Patutlah suka jenis tebal-tebal, nak buat macam ni rupanya. Kalau dah kawan pujuk rayu mesti akan terbuat jugak kan. hihi...
Cantik dan kemas hasilnya, mereka pun mesti puas hati.
sistaAmie: terima kasih kak, InShaaAllah semoga dapat manfaatnya.
sisAphizha: ihiks, rajin ea? betul, kita gemar letak semua dalam satu je, lagi ia kembung lagi suka. kitanya lekas mencair. InShaaAllah semoga mereka dapat manfaatnya.
Bab kreatif ini, tak semua orang ada 😅😅. Kreatifnya ada, tp belum tentu kesabaran nak buat ada 🤣. Saya pula, dah lah tak kreatif, kesabaran pun setipis tisu dibelah tujuh 😂. Memanglah kalo nak buat handcraft, saya cari orang yg bisa. 😅😅.
Cantiiiik hasilnya kak... Memang baguslah dibuat begini, supaya tak payah beli notebook atau tak mubazir kertas2 yg masih kosong
OK, done follow IG
Terpegun betul dengan kreativiti Cha ni. Cantik sangat, teruskan minat ni.
Memang rajin and kreatif lah cha ni.
fanny: kita sejenis suka kertas, entahla suka sangat bau buku. jadi bila nak buang kertas yg masih baru atau yg masih boleh digunakan, rasa sayangnyaaa.
uncle gedek: terima kasih uncle. tu pun dah jarang update, update utk hobi ja, jadi jika ada isi yg tidak sepatutnya, layankan je la ye.
kakMulan: huaaaa, terharunya. terima kasih jadi supporter kita. alhamdulillah. terapi dalam kehidupan namanya.
sistaFadzillah: Alhamdulillah, hadza min fadhli rabbi. pujian hanya milikNYA jua. terima kasih support kita. love sangat.
Kita suka yang jahit...nanti lah,duduk rumah sendiri mungkin boleh fokus...sekarang nie, sana sikit.. sini sikit..pening ahhh.. hahaha...
Mekasih kak share...
yg jahit buku tu paling kukuh sebab tak mudah tanggal. teringat masa belajar dulu ada buat kerja2 binding buku camni gak. rasa puashati dpt buat buku sendiri hehehe
cute esp yg ada deko2 quilling tu
adnil linda: boleh, keep calm and slow down ja. just hobi kan...
sama-sama linda.
Mazni: setuju! bila siap tu rasa proud walaupun taklah sempurna kedai punya.
Mama Zharfan: terima kasih MZ. yg ada quilling tu tuk kekawan art, kita tukar-tukar hadiah.
bila tgn kreatif mmg hasilnya mantop
mama tisya: alhamdulillah, kita cuba manfaatkan kekreatifanku ini. acceh!
Rajin betul la...untung bila ada tangan kreatif ni
kakSA: alhamdulillah, kita kongsi bakat kurniaanNYA.
Kreatifnyaa..cantikkk
Post a Comment