Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Entry terakhir beroperasi daripada tempat kerja, selepas ni akan adalah
entry yang sekejap ada sekejap tiada, ataupun tiada-tiada-tiada ataupun,
dua hari satu entry, hiii... bersiaran daripada rumah sahaja, entah
sempat entah tidak untuk mengarang, memerah idea dan menaip dengan penuh
ketenangan.
Inilah gambar anak perempuan aku yang kedua. Hahaaa... seronok emak dapat ketawakan sang anak dengan penuh perasaan. Adli buat muka selamba je, dia bukan peduli pun. Sehingga waktu tidur, barulah aku tukarkan baju tidur sepatutnya. Adli kena cirit-birit, then baju yang aku bekalkan pada kakAna semua sudah habis dipakai, itu yang terpaksa menyarung baju si kakak. Sabar je la.
Mujur abi balik dan sudi beli Big Apple yang cecomel ni. Sampai naik mengantuk Adli dengan Auni menanti. Hiksss. Lebih kepada emak sebenarnya. Teruja hendak melihat reaksi Adli pertama kali menyambut ulangtahun kelahirannya. Auni pula asyik bertanya abi-abi-abi, sampai naik letih emak hendak menjawabnya.
Kek comel ini, milik Auni dan Adli. Yummy-yummy, emakla yang sudahnya habiskan. Hohohooo. Auni tukang makan ceri dan stoberi sahaja. Adli makan sikit sebab sudah mengantuk tahap dewa. Tapi bila abi pasangkan lilin, kaki dia menggetik-getik berdiri atas kerusi. Tangan sibuk hendak memegang api. Hrmmm... memang serupa dengan kakak juga.
Here my little boy, sudah setahun pun. TokMama pun terlupa beday Adli. Emak buatkan pulut kuning dan rendang untuk Adli, lebih kepada emakAdli juga sebenarnya, hahahaaa... terima kasih kakAna.
Adli sudah pun menapak jauh, mengenal orang-orang sekeliling, mempunyai 6 batang gigi, suka mengajuk, suka senyum, suka menyakat kakak, suka berangan, suka termenung dan suka dengan kartun. Dia juga sudah pandai mengemas. Hiks...
Hari ini, hari terakhir aku bergelar seseorang yang makan gaji, selepas ini aku memegang gelaran menghabiskan gaji abi. Hahaaa...
Nota hijau: Ahad ni masuk rumah baru, hopefully semuanya berjalan dengan lancar. InsyaALLAH.



























