Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Monday, 19 November 2012

Mudah bersalin.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Salam boleh tak share ape2 yg akak tau tntg deliver normal ni..means petua ke..ape2 yg akak amalkan selain doa2..yg memudahkan kelahiran tu..sy nak deliver normal for my 2nd baby


Salam..kak boleh tak story sikit ade petua pape tak ms nak or b4 deliver..1st bby dlu czer


Tipikalnya, aku langsung tiada petua untuk mudah bersalin secara normal. Mengikut pengalaman aku, apa yang aku praktikkan semasa bersalinkan Adli, ialah memang betul-betul mengikut buku. Aku baca semua jenis buku berkisar tentang kehamilan, apa sahaja. Cedok sini, cedok sana apa yang aku ingat sahajalah aku pratikkan.

Di sini juga aku berterima kasih kepada biras aku, Fizanie Lokman yang serba sedikit memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk meneran dengan betul buat kali terakhir sebelum aku ke bilik bersalin. Masa tu memang sedang melepaskan lelah, duduk di sofa dan dia tanpa sengaja memberi aku sedikit tunjuk ajar.

Katanya, bila proses meneran hendaklah tarik nafas panjang dan tolak, tangan pegang pergelangan kaki, dan  teran tanpa suara dengan dagu bertemu leher. Ini kerana, apabila kita meneran dengan suara secara tidak langsung kita telah menggunakan sedikit tenaga.

Bersalinkan Adli memang aku sangat feeling, rasa sakitnya, persediaan untuk aku meneran pun sangatla mudahnya. Kata-kata biras aku tu, memang sama dengan buku. Aku menahan sakit tanpa bius, tanpa ubat tahan sakit, tanpa suami disisi. Huhuuu... Yes, supporter amat penting. Apatah lagi bersalin normal kali pertama.

Berbanding dengan Arrizqi, aku menahan sakit bukan di katil sahaja. Oleh kerana ketuban sudah pecah di rumah, dan tempoh sakit kontraksi adalah bila-bila masa sahaja. Aku rasa betul-betul sakit semasa proses perpindahan aku daripada bilik saringan ke bilik bersalin di HSI,JB. Mendengar para-para petugas saling bertingkah buat aku bertambah sakit dan bengong.

Dalam pada dorang kecoh-kecoh tu, kaki yang kebetulan sudah angkat aku teran sahajalah. Kerana aku terasa Arrizqi sudah betul-betul dilaluan hendak keluar. Punyala pulun, sampai lupa segala apa kata buku. Hahaaa... Dah setel kena jahit baru sedar, lorrr aku lupa nak praktik cara meneran dengan betul.

Apa yang aku hendak kongsikan di sini ialah ikut peraturan buku, dengar arahan doktor, insyaALLAH semuanya akan baik dan lancar. Macam-macam aku dengar kawan-kawan beri aku petua, hendak mudah bersalin, tapi yang aku betul-betul ikut ialah banyakkan berjalan. Aku memang kaki jalan. Itu pun baru terfikir hendak shopping baju Arrizqi, tak sempat shopping dia dah keluar, sian... pakai je la baju abang Adli. Ada orang minum air selusuh, walaupun air itu warna hijau tapi aku tak sanggup untuk minum, hihiii.

Selain itu, memang amalkan baca tasbih Nabi Yunus ketika dalam perut ikan Nun. Itu ayat paling mudah dan senang, ada juga aku baca ayat Qursi tapi tak habis baca sakit datang kaw-kaw-kaw punya babas. Dah tersangkut ayat tu. Bila asyik tak habis je, tukar ayat simple la.

Ironinya, meneran apabila sakit datang. Itu akan memudahkan lagi proses bersalin. InsyaALLAH. Dan sebenarnya, sakit kontraksi kuat adalah lebih sakit daripada proses meneran hendak bersalin ;) 

Bersalin Auni? itu tak aci sikit pasal dia keluar ikut tingkap. Hohoo... tu yang dia patern lain sikit, syukurnya dia sihat alhamdulillah.

Adik baby - Arrizqi

Adik Adli.

Beloved sista kakak Auni.

Nota Hijau: Pohonlah ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja sebelum di tolak ke bilik bersalin, insyaALLAH anda akan didoakan oleh mereka semua. Apakah aku sudah menjawab persoalan? hihiii... redah je la. 

Thursday, 1 November 2012

Tahniah mamaMikhail.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ini kisah betul. Kisah yang diluar kotak jangkaan fikiran. Semua orang sedia maklum, kita berkawan rapat. Kamu sungguh rajin buat entry dan membantu aku dikala aku menyambut dan membuat hari bahagia. Walaupun kita baru dua kali bersua muka, berkenalan daripada tarikh lahir Mikhail membuatkan aku terus selesa bangat berkawan dengan kamu.

Kita dilahirkan dalam keluarga yang sama kecilnya, punya emak, bapa dan seorang adik lelaki bezanya adik lelaki kamu sudah berumahtangga berbanding aku. Hal kecil bah. Kita juga punya keluarga sendiri, anak sulung kamu si Mikhail sama umurnya dengan Auni. Kan Mikhail itu lahirnya pada due date Auni yang sepatutnya. Kebetulan.

Hari ini, jam 9.30pagi kamu berjuang untuk melahirkan seorang lagi cahaya mata yang dinanti-nanti. Keluh kesah dan kisah tentang keguguran kamu yang lalu sudah tinggal jauh sebagai kenangan cebisan kehidupan. Apa yang penting cabaran di hari mendatang.

Saat kamu mengadu kamu hamil, tentang bayi kamu yang sihat, tentang rutin check-up, tentang perangai Mikhail, tentang keadaan kamu, tentang kegemaran dan ketidaksukaan kamu, apa sahaja ketidakselesaan kamu selama enam bulan, aku turut menjadi salah seorang penyimpan rahsia besar ini. Sehinggalah kamu mewar-warkannya di blog setelah bertukar uniform. Aku isytihar diri sebagai penyimpan rahsia terbaik. Hahaaa...

Dan apabila kamu khabarkan berita gembira ini, tiba-tiba sahaja aku menyatakan aku juga hamil tujuh bulan. Tehehehe... sekali lagi kita punya anak yang satu umur. Menariknya punya jantina yang berlawanan sebagaimana yang sulung, lebih hebat lagi apabila aku telah pun selamat menjalani tempoh berpantang terlebih dahulu meninggalkan kamu. Kita beza hanya 17 hari sahaja. Hihiihiiii...

Hari-hari kita cerita pergerakkan baby, hari-hari kita cerita tentang baju hamil, hari-hari kita cerita fasal pam susu, hari-hari kita cerita fasal baby, kita kongsi pengalaman, kita kongsi rasa yang sama, kita kongsi menu ibu hamil, kita kongsi semuanya walau hanya menggunakan GTALK. Seronok bila sama-sama pregnant beza seminggu atau dua minggu sahaja.

 Daripada mamaMikhail.
Baby Deena-[ikut kata abangMikhail]
1hb November 2012 * 10.25am * 2.92kg
Selamat Datang baby chubby lagi cumelsss...

AbangMikhail dan kakEda. Beloved sista.

Dan, ada lagi sebuah kotak besar belum sempat aku kirim untuk kakEda. Hahaaa.

Percaya dan tidak, terkejut atau tidak inilah realitinya cuma aku hendak meminta maaf pada kak Eda sebab mendahului dengan kelahiran Adli terlebih dahulu menjadikan aku mendahului dia. Apa yang penting ialah, semoga anak-anak kita kekal sihat sebagaimana emak-emaknya juga. InsyaAllah.

Once again, tahniah buat kakEda, mama Mikhail dan suami atas kelahiran baby girl secara pembedahan pagi tadi. Abang Mikhail dah bagi nama baby Deena untuk adiknya. Sweet sungguh.

Nota hijau: Alhamdulillah semuanya sudah selamat. Mari kita pantang sama-sama. eB your turn will be coming ;)

Tuesday, 23 October 2012

Ops, rasa hendak teranla.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Wiii, baiklah terus cerita perihal bersalin adik baby. Aku baru je lepas mencedok sepinggan nasi untuk makan tengah hari Auni dan Adli. Baru melangkah tangga yang berpagar untuk ke dapur, plup... ho'o. Aku buat dek ja, baru sahaja angkat tudung saji untuk mengambil lauk dan melangkah burrr... seluar track yang aku pakai basah lencun.

Terus sahaja aku beritau pada mama sedang sibuk mengendalikan Adli. Apalagi, gempar satu rumah. Sudah kelihatan seperti dalam drama gamaknya. Aku tukar seluar kepada kain batik, abi kudail walaupun aku tau dia takkan sempat pulang untuk menguruskan aku. Ketuban terus turun, bukan lagi leaking tetapi memang pecah ketuban. Huiii. Datang dua orang misi klinik kesihatan kampung.

Ok check bukaan, katanya ada satu lubang tetapi jalan belum buka. Huhuuu, bila ketuban dah pecah, memang tiada jalan lain melainkan ke hospital. Papa sudah pun ke pejabat, mujur dia tidak tinggal handphonenya, dengan muka yang tenang tetapi hati rasa gundah dia rela juga hantar anaknya ke Hospital Kota Tinggi. Pengurusnya tidak membenarkan dia menghantar aku berikutan banyak lagi tugasnya yang belum selesai.

Papa sendiri yang mendaftarkan aku di HKT, menolak masuk ke bilik saringan dan check bukaan sekali lagi. Sudah buka 4cm. Sebaik sahaja mereka nampak ada bekas czer, lekas sahaja kesimpulan di buat. Sambil menanti doktor, aku dibiarkan dengan CTG. Di luar sana, abi sudah pun sampai dan bertukar tugas dengan abi. Terima kasih abi, sebab lekas sampai.

Selepas perbincangan dengan doktor, kes aku di tolak ke Hospital Sultan Ismail, JB. Dengan alasan, baby aku bersaiz kecil dan aku ada sejarah czer [bersalin Auni]. HKT memang tidak ambil kes czer. Jadi, seperti juga babak dalam drama, aku dibawa ke HSIJB dengan ambulan. Di kala hujan lebat, terdengar siren ambulan, fuh! memang best. Diekori abi dengan kelisa. Cer bayangkan kejap. Hihiii... Sempat lagi update FB.

Sesampai di destinasi, masuk juga bilik saringan HSIJB. Allahuakbar, sudah buka 4cm pun, masih hendak check bukaan lagi. Itu dah sakit bawah, tambah sakit hati lagi bila yang tukang check asyikla cerita fasal assignment, pasal datuk sana-datuk sini, masih lagi tanya soalan-soalan basic yang jawapannya sudah sedia tertera pada report penghantaran daripada HKT. Aku ni sudah terkedang sakit, tercari-cari dimanakah suamiku. Datang seorang yang merangkap senior, hah hambik semua kena marah. Kenapa masih lagi menunggu untuk ke bilik bersalin.

Aku minta dua bantal untuk keselesaan, oh permintaan tidak dikabulkan. Tidak seperti PPUM dimana persediaan untuk bersalin membuatkan pesakit selesa bagaikan tidak langsung merasa sakitnya. Hah, mulalah aku hendak buat perbandingan. Ok pasrah.

Masih lagi bertanyakan soalan yang sama dibilik saringan sedangkan, segala mak nenek report lengkap sudah berada ditangan yang bertugas. Aku tak paham-aku tak paham. Belum juga lagi membuat keputusan apakah yang akan dilakukan kepada aku berikutan bukaan masih statik 4cm, dan jantung baby mula lemah. Sama macam Auni dahulu.

Endingnya, disaat keputusan dibuat untuk aku ditolak masuk ke OT, untuk czer aku meneran dengan tiba-tiba. Aku sendiri tidak tahu mana datang rasa nak meneran tu, mungkin dalam pada mereka memikir langkah untuk seterusnya mengharap juga keajaiban berlaku. 

Aku feeling hendak membuang je, hendak rasa buang air kecil, tapi paling ketara hendak membuang air besar, masa tu memang tekad je la, apa yang keluar. Oh! rupanya adik baby yang hendak keluar. Salah seorang pegawai perubatan sedang memegang tiub kencing untuk pasang terpaku dan memusingkan badan mengalih pandangan tatkala aku meneran. Aku jadi gelihati dengan tingkahnya. Nampak perasaan tidak sanggup untuk melihat. Hihiii. Manakala yang lain-lain, macam pesta suruh aku lagi puan-teran-sikit lagi-jangan angkat punggung-punggung jangan angkat. Itu je la... 

Sempat juga ada yang membawa tangan aku menyuruh memegang pergelangan kaki yang telah aku terlupa. Hendak buat dagu bertemu leher pun sudah ke laut mana. Aku mikir baby keluar dengan cepat ja. Oh sungguh best dapat pegang adik baby sebaik dia keluar jam 6.52petang. Betulla kata orang, teran ni tidaklah sesakit mana, tiba masa keluar uri, keluar darah beku, korek sana-korek sini, itu yang ngilu. Akhirnya merasa aku berjahit dua jahitan. Walaupun dua, hoiii ngeri jugalah kan tatkala jarum bertemu kulit tu. Maaaakkkk...Hendakkan cik V yang comel, pasrah je la, tadah je la. Alhamdulillah proses selesai.

Terdengar juga salah seorang berinterkom, 
"mak dia steady betulla, kita tengah decided, tengah prepare boleh pula dia teran, alhamdulillah dah selamat" dan terdengar juga apabila, "alaaa tidak sempat panggil suami dia masuk, suami dia pergi daftar tadi" alamak, rugi pula rasanya. Hihiii...meneran sesuka hatikan.

Aku diberi air milo untuk tenaga, apabila aku tidak sempat langsung untuk menjamah makan tengahari. Memang lapar tahap maksima tapi aku gagahkan juga sebab aku sangat rindu untuk melihat abi. Apabila aku ditolak keluar bilik bersalin, sekali lagi air mata tumpah. Rindu terlerai, hati jadi sebak melihat dan mendengar  abi meng'azan'kan adik baby. Macam dalam drama. Serius.

Terus dapat adik baby bersama apabila naik di wad. Wad bersalin kelas dua HSIJB sama seperti PPUM. Empat katil dengan dua bilik air. Ok, dan selesa kurangnya cuma, tidak dibekalkan air masak, kena minta. Pakaian dan semua kelengkapan perlu dari rumah. Sempat juga aku minta pampers baby sebab aku belum sempat hendak sediakan. Tisu basah aku minta sahaja daripada kawan-kawan sebilik sebab aku memang tidak prepare satu apapun kecuali baju untuk aku dan baby pulang ke rumah esok hari.

Alhamdulillah adik baby dapat susu pertama dan dia tiada masalah langsung. Langsung tidak menangis atau merenget membuat aku tidur lena sepanjang malam sebaik sahaja abi menyediakan makan malam aku. hanya roti, biskut, dan air kotak. Cukuplah kerana esok sudah boleh discharge.

Awal pagi esoknya, selesai membersihkan Arrizqi aku menyiapkan diri untuk mengadap doktor, huih hendak check bawah buat kali terakhir. Abi datang dengan Auni apabila aku sudah siap berkemas rapi. Ringkas je. Hihik... "baby sangat comella umi" itulah kali pertama Auni berdepan dengan Arrizqi. Syukur. 


kronologi by facebook. Sumber kekuatan aku.

Perjalanannya mudah sebagaimana Adli. Aku dan abi memilih nama NORERSYAD ARRIZQI bin NORERWANDI membawa maksud cahaya petunjuk rezeki berikutan kewujudannya benar-benar terbit rasa lucu. Keluarnya juga membuat semua pegawai perubatan geleng kepala. Heheee...

Nota hijau: Bodyguard ketiga emak. Bodyguard 1: Norerwandi [Abi] Bodyguard 2: Norerfan Adli. Bodyguard 3: Norersyad Arrizqi. Dan kawan bergaduh mulut setia emak Norerdina Auni :) Terima kasih sebab menjadi penyeri hidup emak.

Terima kasih mamaMikhail dan ibuAqil atas entry kelahiran baby Arrizqi.

Monday, 22 October 2012

Berpantang kali ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tanpa sedar, aku berpantang lagi. Hahaaa. Berpantang kali ini semuanya kena buat sendiri pastu macam biasala, macam orang yang bukan dalam berpantang. Melenjan sana-sini, yang berjaga ialah masih pakai stokin, makan menu orang pantang, makan vitamin, minum banyak air, mandi air tujuh jenis daun, berurut dan mengadap laptop. Hiksss.

Tapi suasana rumah mama memang kecoh gila, sebab cucu tok mama sudah pandai membuat permintaan yang macam-macam, sudah pandai bermain, sudah pandai minta di manja. Mulut Auni sahaja sudah boleh buat suasana jadi riuh yang amat apabila dia gemar sungguh menyanyi lagu twinkle-twinkle little star. Bila si Auni sudah menyanyi, makanya Adli juga akan ikut sama.

Walaupun Auni selalu membuli Adli, tapi bagi Adli kakak Auni tetap kakak terbaik. Kalau Auni buat perangai, tok papa pun boleh jadi marah dengannya. Aku dengan mama memang diam je la bila tok papa naik tinggi suara silap-silap, Adli pula yang menangis sebab Auni kena marah. 

Adik baby-panggilan Auni, tidak banyak kerenah sangat. Menjaganya sama seperti menjaga Adli. Kali pertama Auni melihat adik baby apabila dia ikut masa abi ambil aku keluar hospital. Sekarang ni, dialah peneman setia abi jika abi keluar ke mana-mana. 

"umiii... baby sangat comelkan? Baby sangat comella umi" - itulah ayat bila dia melihat adik babynya. Dan sampai hari ini, dia tidak pernah men'cepuk' atau mengusik adik baby. Bila adik baby tido, dia akan menyuruh semua orang senyap. Walaupun tidak lama kemudiannya dia yang mengajak adik Adli berlari sakan sehingga naik bergegar lantai rumah.

Reaksi Adli bila melihat adik baby, cool sahaja. Termenung. Auni suka kiss adik baby pun, Adli tengok je daripada jauh. Mungkin memerhatikan tingkah kakak yang sayang adik baby. Adli dalam proses pembelajaran. Walaupun nampak cool, tapi hati mesti tertanya-tanya sehinggalah dia hanya mahu tidur bila emak yang tepuk dan peluknya. Nyanyi lagu zikir macam biasa. 

Masuk hari ke-empat dia sudah boleh terima, melihat kakak sayang adik baby, kiss pipi adik baby, Adli pun mahu juga. Hati aku pun sudah lega apabila Adli sudah boleh tidur sendiri. Sekarang ini, moodnya hanya mahu main di atas tanah. Berjalan meng'eksplore' dunia luar. Adli sudah berjalan dengan cekap. Syukur.

Jadi berpantang kali ini, aku agak bersilat sedikit. Aku kena biasakan untuk menyelesaikan semuanya dengan sendiri. Paling aku seriau apabila aku ke bilik air meninggalkan mereka bertiga sahaja. Adli dan Auni aku tidak risau sangat, yang aku gusar Adli dan adik baby. Adli suka menyakat juga. Buatnya, dia tidak sengaja jatuh menimpa adik baby, aduh tidak tergambar dalam fikiran.

Adik baby, rutin seorang budak tujuh hari, minum susu dan tidur sahajalah. Baru sahaja terkena jaundis, berulang alik aku ke klinik kesihatan, harap turun lagi bacaannya esok. Hari tu bacaannya 12, aku balutkan dengan PB turun jadi 11. Hihiii. Parah juga bila mulutnya kecil macam Auni dahulu. Susah untuk sesuaikan dengan breast dan aku pun kena struggle sama bila tiba masa menyusu. Hendak sahaja aku perah bagi dalam botol. Aku tak ingat mana aku letak warmer hendak ku suruh abi membawanya pulang ke Johor ni.

 Auni kiss Adli.

 Adli dan adik baby.

Usik mengusik.

Huih, hendak update satu cerita pun parah juga buat masa ini, kena tunggu semua masuk tidur baru aman. Terima kasih abi atas kesudian melanggankan Maxis broadband untuk wife dia ni. Hiii lepas ni guna ni je la. Bila blogwalk, aku thru Android ja.

Nota hijau: Senang betul berpantang dengan PB ni. Hihiii. Cerita bersalin, nantila yerk. 

Wednesday, 17 October 2012

Bodyguard baru.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kronologi kelahiran 15hb Oktober 2012.

2.00ptg - melangkah pagar di tangga dapur untuk menyediakan makan tengah hari Auni dan Adli. Plup... panas rasa baru je pergi buang air tadi.

2.10ptg - buka satu langkah tiba-tiba jatuh melebat. Sah ketuban sebab jernih seperti air lemon.

2.20ptg - cek bukaan oleh misi klinik kampung. Terdapat satu lubang kecil dengan belum ada jalan.

2.30ptg - memulakan perjalanan ke Hospital Kota Tinggi (HKT). Sedikit kontraksi yang sekejap ok sekejap tidak.

4.00ptg - abi tiba daripada JB dan bertukar tugas dengan papa. Cek bukaan kali kedua dan ketiga. 4cm.

4.30ptg - perbincangan antara doktor dan abi. Kes ditolak ke Hospital Sultan Ismail, JB berikutan HKT tidak akan ambil kes sejarah pembedahan.

5.15ptg - perjalanan dan pengalaman pertama menaiki ambulan ke HSIJB diekori abi dengan kereta daripada belakang.

6.05ptg - bilik saringan HSIJB cek bukaan masih 4-5cm. Stres sikit di sini sebab dah mula kontraksi yang sakit sedikit kuat.

6.15ptg - decided tolak masuk ke dewan bersalin. Stres lagi bila permintaan untuk dua biji bantal tidak dipenuhi. Disoal lagi dengan pertanyaan daripada doktor sedangkan soalan yang sama sudah sedia dijawab dibilik saringan malahan doktor di bilik saringan turut berada di bilik yang sama.

6.30ptg - decided untuk czer berikutan jantung baby sudah lemah dan bacaan kontraksi yang tidak cantik.

6.48ptg - meneran berikutan terasa hendak membuang air besar dikala para doktor sibuk menyediakan persiapan untuk emergency czer.

6.52ptg - selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.3kg. Merasa sendiri memegang bayi daripada rahim yang basah. Syurga dan syukur.

7.00ptg - semuanya berjalan lancar dan menerima 2 jahitan dan proses mengeluarkan uri selesai. Bertemu dengan abi sebelum ditolak naik ke wad.

7.15mlm - berjumpa dengan baby dan direhatkan di wad kelas dua. Sama macam PPUM. Ada kelas wad ni. Bermula episod baru dengan baby dan breastfeeding. Syukur semuanya mudah.


Banyak kisah lucu disebalik kelahiran baby rezeki ni. Ada yang mahu ketahui secara lanjut ke? hihik... aku rasa masih perlu untuk entry panjang tentang kelahiran baby rezeki ini.
InsyaAllah namanya ialah Norersyad Arrizqi bermaksud Cahaya Petunjuk Rezeki dilahirkan pada minggu 36 dan 2 hari. Peace anak Johor.

Wednesday, 26 September 2012

PPUM atau Hospital Sg. Buloh?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Memangla mana-mana hospital pun sakit bersalin sama ja, tapiii aku mikir apakah patut aku buat ni, macam mana hendak aku fikir lagi apabila dah membaca blog ke blog hal alkesah bersalin di Hospital Sg. Buloh [HSB]. Isk, serius cuak bila semua menaip entry tentang, kurang katil, kurang doktor, menunggu lama. Maaakkk, aku tak dapat hendak bayangkan situasinya bagaimana.

Sekarang ini, masalahnya ialah aku tiada buku merah yang selalu aku nampak ibu-ibu mengandung lain pi usung bila datang check-up di PPUM. Segala mak nenek rekod sejarah aku mengandung baik Auni atau pun Adli ataupun this latest baby semuanya tersimpan dalam fail PPUM. Ye, bila tengok fail aku tu, rasanya macam sudah beranak 5 atau 6, tebal kus semangat.

Aku punya rutin anternatal semuanya di PPUM sehingga proses melahirkan. Bila aku sudah berpindah ke Sg. Buloh nanti, hospital paling hampir ialah HSB. Aku perlu mendaftar di HSB cumanya aku tidak tahu sama ada bolehkah aku menyelit lagi untuk pendaftaran kelahiran November, akan adakah rutin check-up seperti PPUM?, perlukah aku memberitahu pihak PPUM bahawa aku menukar hospital untuk bersalin supaya rekod-rekod aku sampai ke HSB? banyak pertanyaan berlegar-legar dalam kepala ni.

Tambahan pula, maklumat yang paling terkini ialah, HSB tidak menyediakan kelengkapan pakaian emak dan pakaian bayi semasa di dalam wad. Ergh, means? kena punggah balik beg hopital yang telah aku sediakan, berangan seperti bersalin di PPUM. Di PPUM hanya perlu membawa keperluan sendiri untuk membawa bayi pulang ke rumah. Jika di tahan wad, pakaian emak dan baby disediakan. Kusut.

Jadi sekarang ni, dalam kepala otak aku ialah mengemas rumah untuk peringkat akhir fasal hari Ahad ni semua hendak kena angkut masuk rumah baru. Lepas tu, terus je pergi HSB untuk bertanyakan bagaimana untuk meneruskan rutin pemeriksaan anternatal dan bersalin di situ. Lepas tu balik kampung sebab abi kena kursus for 2 weeks. Pening.

Nota hijau: Pusing, kepala aku pusing... pening-pening. Sila jangan stres. Diam tak diam, sudah masuk minggu 34-35 juga tu. Oh, cer kekawan bagi pendapat sikit, mungkin sedikit pengalaman yang boleh share. Menjadi kesusahan juga bila... tiada buku merah :p

Wednesday, 19 September 2012

Lawatan Anternatal 2.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Perut start kejang, baby mengeras-ngeras. Jumaat lepas bleeding, yang berehat di katil tu... so nothing happened, Sabtu dan Ahad boleh berjimba pergi hari keluarga unit abi, siap mandi kolam lagi, boleh maintaian menyelamatkan Auni yang lemas di kolam orang dewasa sambil mendukung Adli. Huih! risiko betul hendak menyelamatkan minah si ratu air tu. Mahu jadi Pandelela Renong barangkali.

Semalaman tidak tidur dek kerana melayan yang dalam perut ni, entah mulas sakit perut, entahkan si baby yang kelaparan. Aku hendak over makan pun tidak larat juga, sebab perut akan jadi lebih sempit dan mulalah sakit ulu hati. Sabar menanti giliran untuk temujanji di PPUM.

Aku rasa, kena sampai awal daripada jam 8 pagila gamaknya. Manakan tidak, aku sampai jam 9pagi ikut waktu dalam kad, jatuh ke angka 66. Ok lagi, yang aku tak paham tu, nombor panggilan tu jatuh ke angka beratus-ratus. Naik ke pelik aku dibuatnya. Aku lantakkan aja, janji tengah hari aku dah boleh balik.

Macam biasa, pemeriksaan rutin. Berat aku turun, hanya 49kg sahaja. Lama gakla aku berdiri atas mesin penimbang. Gelak je nurse yang tukang tulis rekod kesihatan aku tu. Turun 0.2kg ni, katanya. Mesin penimbang tu salah setting berangkali, bisik hati aku. 

Keluar daripada tandas lebih dahulu cari kedai, bangunan baru PPUM semua 
hampir lengkap disediakan. Paling aku suka kedai buku dan kedai baby. Hihiii... Jalan-jalan cuci mata dan membeli-belah. Kalau boleh setiap jenis buku dalam kedai tu aku hendak beli. Kehkehkeh!

Balik semula ke tempat menanti giliran bertemu doktor, tengah layan baca suratkhabar dengan seorang mummy berbangsa India, nama aku dipanggil. Aphal? hrm... dengar ceramah susu ibu lagi. Dengar sahaja, free je pun menambah ilmu pengetahuan yang hampir sedikit luput. 

Tunggu lagi, mujur turn aku tidak lama kemudian. Tetapi ibu-ibu yang menanti giliran bagaikan tidak surut-surut, apatah lagi ditemani suami masing-masing. Hrmmm... Tidaklah bagi abi. Dia hantar dan ambil pun sudah cukup syukur berikutan hendak dapatkan teksi di Klinik Ibu Mengandung yang baru amatlah jenuh. Pernah sekali aku mendapatkan teksi di PPUM tu, jauhnya perjalanan terasa hendak tercabut segala tulang temulang aku.

Kali ni, doktor hanya decided due date aku jatuh pada 10.11.12 insyaALLAH. Jangkaan je tu, aku sudah tidak sabar benar hendak jumpa si Arrizqi ni. Semoga dipermudahkan sebagaimana abang Adli. Persiapan pun, sudah hampir lengkap. Masuk tiga, bukan tidak beria-ia tetapi Adli punya pun masih baru dan elok-elok lagi. Auni juga paling untung. Hiiii...


32w2d with 49kg on 18 September 2012

Nota hijau: Alhamdulillah, syukur. Lagi sebulan sahaja lagi. 

Friday, 14 September 2012

Rehat di katil.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru balik klinik berjumpa doktor Mimi macam biasa, last jumpa bulan enam lepas. Belum punggung mencecah kerusi, dia lebih dahulu menyerbu pertanyaan-pertanyaan yang macam setahun tidak berjumpa gamaknya. Sabar je la.

Tiada istilah terkelunya bila dia jumpa aku, banyak je benda yang hendak dicerita. Lagi-lagi bila tengok rekod terakhir aku berjumpa dengan doktor Yunos, puasa lepas.

"27minggu? ini kali pertama tahu pregnant? tak rasa baby gerak-gerak ke?"
"period memang tidak teratur?" banyakla lagi soalan yang bertubi-tubi. Aku menjawab selamba kodok je la. Lepas tu dengarla dia berkhutbah. Siap berterus terang lagi, "diam, doktor hendak membebel ni" dan dia sambung bebelan dia. Sambil membuat scan.

Aku sengih je la. Pasrah... Scan punya scan, Arrizqi bagi tapak kaki hahaaa....comel je tapak kaki dia main be'bird'. Tak malu sungguh. Hihiii... Doktor pun guna istilah eksiden. Nampaknya kena lekas-lekas membuat perancangan keluarga sebaik sahaja Arrizqi lahir. Aku dah meragui kaedah buang luar yang telah diamalkan dan dipersetujui abi sebagaimana merancang untuk mendapat Adli. Dan baru aku tahu rupanya aku ni kategori subur. Muahahaaa.

Doktor hanya beri aku ubat keputihan dan menyuruh rehat tanpa membuat sebarang kerja. Kerja opis mahupun kerja rumah. Bed Rest di rumah, tetapi bila tengok rumah macam kapal pecah, maka tiadalah istilah bedrest. Kalau bleeding lagi, bedrestlah di hospital langsung bosan, boring, jemu, rindu, dengan uniform yang free size langsung tak sesuai dibadan tu, dengan suasananya buat badan bertambah sakit. Hendak dan tidak, buatla pelan-pelan dan yang termampu.

Kasihan pada abi, balik kerja letih-letih rumah macam kapal pecah, walaupun nampak dia tidak ambil kisah tapi kita yang di rumah ni, wajarlah mengurusi rumah sebaiknyakan? aku kena biasakan... kena latih diri menjadi rajin dan sabar. Kan hendak menjadi surinya nanti. Hihiii.

Ok sambung kerja, campak baju dalam mesin. Pastu berguling menonton televisyen. Lega, handover kerja sudah selesai, tinggal mengangkut mak nenek barang-barang peribadi daripada opis sahaja. Packing kain baju dalam kotak, eh? kena prepare baju tuk Arrizqi dulu.

Esok, hendak pergi hari keluarga unit abi, kena jadi photographer, jadiii... hari ini kena rehat habis-habisan.

Adli waiting his 'adik baby' 
Dak ni sudah pandai berjalan. KakakAuni tolong pimpin. Siaplah mak dorang, lotih mengejar.

Nota hijau: Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hidup kami hari-hari.

Tuesday, 11 September 2012

Hati yang tidak kesampaian.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Biasalah, hidup berumah tangga dan beranak pinak, lelebih lagi yang masih memerlukan perhatian. Pengasuh bercuti, anak sakit, emak tidak sihat, antara lumrah dan masalah biasa bila ada anak. Lebih-lebih lagi untuk emak yang bekerja, jarang sangat dapat award kedatangan penuh. Itulah kehidupan.

Auni kejut aku, minta susu, minta hendak tengok cerita. Memujuk rayu minta aku lekas bangun dek kehausan amat agaknya. Dia sudah pun berulang alik bilik dengan ruang tarmu bersama ipad bantal dan selimut gara-gara aku yang liat gila hendak buka mata.

Bukan malas, tapi badan sakit semua bila hendak bangun, Arrizqi makin membesar dan malam tadi aku tidak tidur dengan betul kerana keaktifannya. Siap Auni matikan alarm. Terperanjat dia bila tengok abi ada disebelah aku, setelah seharian tidak berjumpa.

Aku sambung tidur semula selepas tukar dan bangun ketika azan. Auni sudah pun memunggah sofa. Bersiap untuk ke opis. Slow dan steady berharap Adli tidak terjaga, harapan... dia bangun juga. Pagi-pagi rumah aku sudah riuh, dengan suara Auni, dengan suara Adli dengan suara aku lagi, pening kepala abi yang baru sahaja hendak lelap.

Elok aku hendak keluar, Adli membuang, waaaa.... dek kerana abi tidak mampu membuka mata, aku jugalah yang menukar pampers segala. Bajet hendak keluar rumah cepat jadi lambat. Sabar je la kan. Selesai kiss-kiss-kiss, aku gegas ke pintu. Adli lebih cepat mengejar. Waaaa, tak sampai hati la mau tinggal. 

Bagi balik pada abi di bilik, minta Auni tolong layankan Adli main sekejap dan aku lekas keluar rumah. Daripada jauh terdengar suara Auni, "umi pergi kerja la adik, jom main" - terharu gila.

Sifu

 Pelapis.

Esok lusa ajak adik lak ye. Pengsan.

Nota hijau: Hendak habiskan bulan ini, terasa bagaikan lamanya. Sabar ye anak-anak.

Thursday, 6 September 2012

Mencuba dan berusaha.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tidak mudah rupanya. Semangat kena jitu, fizikal kena kuat, emosi kena kental. Mencuba tidak mengeluh dalam masa satu hari adalah satu perkara yang sukar apabila habit itu sudah sebati dalam diri-itu aku orang lain tidak tahu.

Balik kerja, singgah kedai apabila teringat Auni dan Adli sangat gemar memakan apa sahaja yang aku bawa pulang. Tabiat yang daripada papa turun ke aku, harus membawa walaupun sebiji gula-gula atau pun sebesar-besar permainan. Melihat senyuman lebar dorang sampai ke telinga adalah sesuatu ketenangan di luar batasan.

Tekak ni, teringin sangat mahu makan nasi panas dengan ikan goreng bersama kicap. Adeh, sedapnya apabila hanya menjamah nasi lemak sebelah pagi, siap ayam seketoi. Sekarang ni, aku hanya tolak stroller berisi dua budak itu. Keadaan tidak mengizinkan untuk mendukung Adli dan mengheret Auni turun naik tangga.

Adli yang sudah pandai duduk membuatkan kerja penghantaran dan pengambilan menjadi mudah. Sampai rumah, tunggang langgang dibuat dek Auni. Terlupa bahawa dia telah menyepah pagi tadi. Kemas rumah dan ternampak pula bakul baju kotor yang memang tahap aiskrim calong. Waaaaa... Auni dah membebel dia ketidakcukupan spender walaupun masih berpampers.

Layan Neelofa dulu, sebelum memunggah baju kotor dalam mesin dan masak nasi. Abi balik, fuh! lega... Siap masak, abi mandi dan makan dia bersiap hendak balik opis semula, walawei... makcik sorang kena berperang. Tolong-tolong-tolong. Katanya sekejap, tapi sekejapnya hampir ke angka 12malam. 

Rumah? sudah siap-siap dipunggah Auni dan Adli apabila aku siap menjemur baju. Masa yang ada pantas sahaja aku makan supaya si Arrizqi tidak bising, suap Auni, suap Adli. Tengah hendak lelap selepas Adam dan Hawa, Auni minta kek, minta epal, minta susu, minta air. Wah! dak ni. Pada masa yang sama Adli berak pula, hendak susu, hendak tidur. Wawawawawaaaa... 

Aku yang semakin penguin ini, tidak mampu hendak tunaikan semuanya apabila badan terasa sangat lesu. Terasa hendak menangis. Rumah yang tunggang langgang tidak lagi kupandang. Terus sahaja tukarkan baju Adli dan tidur. Ajak Auni? memang tak payahlah, dia pandai tidur sendiri. Bila aja tengah feeling-feeling dengan Adli, terdengar ada orang menggosok sesuatu yang keras.

Auni sedang menggosok dinding dengan plastik, tumpahkan air ikan puyu, habis baju, habis lantai. Basah. Aku hanya tukarkan baju dan pampers sahaja then sambung tidur. Tak kuasa hendak kerjakan. Mujur, abi balik tidak lama kemudian. Ambilla giliran seterusnya, tengokkan anak-anak. Emak sudah tidak larat.

Pagi, rumah masih macam malam tadi, air ikan puyu aja sudah kering. Abi balik, memang hanya takat tengokkan anak-anak. Ini yang namanya, tiga penyepah hanya seorang yang mengemas. Pasrah! Petang nanti baru betul-betul kemas. Tidak dapat ku bayang apabila sepenuhnya di rumah. Memang emak jadi hulk la jawabnya. 

 
 comot

 
 comel

 comot

 comel

Nota hijau: Saat ini, berharap cepatla Arrizqi keluar. Emak hendak jadi supersaiya mommy. Kekekeke. Aku kena menyesuaikan diri jugak.

Tuesday, 4 September 2012

Cinta hati.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa yang aku rasa setakat ini, bersyukur. Kehidupan, walaupun terasa sangat mencabar namun aku masih boleh gagah dan gigih menempuhinya. Apatah lagi sedang berbadan dua, yang sentiasa beremosi dan menghadap kerenah dua orang anak yang sangat diminta perhatian.

Penat, lebih kepada sangat penat sebenarnya, hendak menangis tapi siapa ja yang hendak pujuk, abi sendiri begitu sibuk mencari pendapatan untuk seisi rumah, membantu menengokkan, memandikan, mencuci berak anak-anak, mencuci baju, itu sudah cukup baik bagi aku. Sudah cukup ringan sedikit beban yang tergalas di bahu aku walaupun nampak sangat simple.

Ini waktu aku bekerja, jika sepenuhnya surirumah? ye, sangat memerlukan kekuatan mental dan fizikal, apatah lagi berhadapan dengan 3 orang cahaya mata. Tangan sotong? tangan labah? itu sudah semestinya. Aku harus lebih kuat dan perlu meningkatkan kesabaran dan mengurangi sikap suka merungut. InsyaALLAH.

Bersyukurnya, Auni sudah pun petah bercakap walaupun agak pelat. Perlahan-lahan aku sentiasa perbetulkan perkataan-perkataan yang tidak jelas dan tidak betul. Perkembangannya sangat diluar jangkaan walaupun kegemarannya hanya menonton Disney Channel.

Sangat ringan tangan sampai melebih-lebih buat aku naik pening. Sudah tahu jika aku angkat baju daripada ampaian, baju tersebut perlu dilipat. Dia menawar diri walaupun lipatannya huru-hara. Aku pasrahkan aja, masuk almari nanti aku betulkanla semula. Biar dia seronok titik peluhnya dihargai. 

Sayangnya masih tidak mahu membuang dalam bilik air. Letih berpesan, masih lagi tiada hasil. Tahu-tahu seluar dipakai sudah lencun. Alahaiii Auni. Setiap setengah jam aku tanya. Jawapannya tak-tak-tak dan tak. Bila tak tanya, elok pula seluar dah basah. Ye, masih memerlukan training lagi.

Adli sudah pun melangkah setapak dua. Makin hari makin laju tingkahnya. Sangat peramah dan suka dengan kamera. Perkembangannya juga sangat cepat seperti Auni, sama-sama naik. Sekarang, sangat suka dengan kakak. Apa-apa harus hendak kakak, walaupun kakak tengah cuci berak.

Bersyukurnya, Adli suka makan. Sekarang ini, Adli makan apa sahaja. Melihat Adli makan, Auni akan turut sama hendak makan. Senang hati aku bila keduanya menunggu giliran hendak disuap secara bergilir. Mereka makan bila-bila sahaja, sebab emak dorang pun suka makan tidak ikut masa. Hihiii.

Baby rizqi, walaupun belum keluar sudah pun mencecah minggu-30nya, cukup membuatkan emak tidak lena tidur kerana kehebatan tendangannya. Sama macam Adli dahulu. Mujur ada Auni tukang layan emak yang tidak boleh tidur ini. Semoga terus kekal sihat sehingga mencecah usia sepatutnya untuk berjumpa kami semua. Amin.

 Pempuan ni suka buat lawak.

 Lelaki ini suka ketawa.
 
Aku sangat berharap agar kehidupan ini terus dipermudahkan. Diberikan aku kekuatan yang boleh mengawal seisi rumah-insyaALLAH.

Nota hijau: Entry touching, untuk menghargai betapa indahnya kehidupan. Syukur. 

Monday, 3 September 2012

Giliran.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Habis sudah bulan Ogos, masuk September sekejapan masa berlalu. Diam tak diam dah setengah bulan kita beraya, belum lambat lagi aku hendak menempek gambar sekeluarga. Kena juga buat kenangan di bloghijau ini, berikutan hendak memprint semula begitula lambatnya.

Masih lagi mengekalkan tradisi mengikut giliran, tahun ini di rumah mertua. Alhamdulillah, semuanya berjalan mengikut perancangan. Cuma, biasalah perlu mengambil giliran untuk masuk ke bilik air. Hihiii, itula yang seronoknya.

Tahun ni, tenaga aku tak sama dengan dua tahun lepas yang hanya pasang badan dan ada Auni sahaja. Pasti berbeza, tahun ini ada Adli dan membawa baby rizqi pula. Semput dan bagai tidak cukup nafas. Puasa hari terakhir terasa lambatnya masuk waktu hendak berbuka.

Tidak lama sebelum berbuka, balik pula keluarga abang ipar. Ya, entah macam mana giliran kami boleh sama setiap tahun. Kebetulan. Habis waktu Maghrib, berpakat pergi main bunga api dan mercun di malam raya. Aku rasa macam pesta Tahun Baru Cina pula, meriah la sangat-sangat bila dapat berkumpul sepupu dan sepapat.

Pagi raya, mata bagaikan tidak mahu buka. Part paling best, emak mengejut anak masing-masing termasukla aku. Siapa yang tahan hendak mandi seawal pagi dengan air gunung tu. Sejuk. Sabar je la. Habis semua janji keluar untuk mengumpan si anak bangun dan mandi, main bunga api la, mandi sungai la, mandi kolam la, collect duit raya la. Sudah namanya anak, kalau mata kata tidur mereka sudah tidak peduli.

Tahun ini aku slow and steady, tidak larat berkejar sangat-sangat, banyak mengalah dengan adik beradik abi yang lain, aku hanya ikut rentak abi. Hahaaa... aku siapkan Adli, dia siapkan Auni. Baju raya, aku sudah sedia gosok daripada rumah. Mula-mula Auni nangis juga, bila mata dia dah betul-betul terbuka dan tersedar, dia pula yang paling seronok.

"Auni tak nangis pun ummi" katanya bila dengar mak usunya menangis gara-gara bersiap paling akhir. Banyakla Auni punya tak nangis, dia menjerit kena air sejuk awal pagi tu apanya. Aku ya kan ajala. Dan habis sesi makan dan fotografi-acceh, setelah abah pulang daripada masjid serta sesi bermaafan, kami pun keluar beraya berjemaah. Auni dapat ikut abi ke kubur arwah nenek [emak abi]. Aku tinggal dengan Adli yang sibuk sangat hendak tidur.

Masuk petang, aku dan abi dah pun pancit. Hahaaa. Apatah lagi melihat anak-anak yang bagaikan tidak cukup tidur. Pasti banyak ragam bila badan sudah penat. Pastinya aku la yang akan kena handle keduanya, abi... bila dapat tidur, payah benar hendak sedarnya.

 Tak gaya mak ngan bapak kan? hahaaa. Bajet muda gittu. Anak mak, anak bapak.

Gambar atas: Adik beradik lelaki abi kecuali abang Long-baju biru merupakan biras aku.
Gambar bawah: Kakak dan adik abi kecuali, makNgahFiza-baju coklat yang merupakan biras aku.
 
Tahun ini, semua pun berkumpul. Sayangnya, ummi dan abah dah berjalan raya dahulu sebelum fotogedik ini di ambil. Kedudukan aku terbalik pula dengan adik abi tu. Hiii.

 Adli sudah mahu cari bantal. Kurang 3 orang, masing-masing dah teruja.

 Abi, Umi, Adli dan Auni.

Yezzaaa... my lovely family. InsyaALLAH next year, tukar background lain, tukar tema lain dan pertambahan ahli. Adli dah tak boleh belah. Dia memang sudah meronta hendak tidur. Tahun sudah, Auni. Tahun ini beralih Adli pula, tahun depan baby rizqi pula. Sabar je la.

Ramai yang kata baju Auni dan Adli tu tempah, sebenarnya baju AEON sahaja. Mujur abi suruh shopping awal hari tu, dapatla sepasang lelaki dan sepasang untuk perempuan.  

Nota hijau: Sekian, belum habis Aidilfitri lagi kan? ngeeee...

Thursday, 30 August 2012

Mana gambar raya makcik, Pah!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahaaa... dah ala-ala macam filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee gamaknya. Mana butang baju melayu abang, Pah! kehkehkeh - camtu ke dialognya? 

Wei, tak perasan aku esok 31hb Ogos. Aduyaiii, saraf-saraf otak semakin tidak berhubung mujur dengar radio Pagi Di Era tadi, pasal pengalaman perbarisan 31hb Ogos. Aku pernah je terlibat, masa sekolah menengah dulu, bawa bunga manggar. Glamour makcik dengan baju batik asrama.

Bila dah kerja, kompeni hantar berbaris, berjalan tengah Putrajaya tu  berkilometer jauhnya bersama pakaian sponsor. Masih ada lagi baju berlambang MIMOS dan satu badan sponsor kecuali yang dalam-dalam. Kepanasan berbaris di padang jarak padang terkukur tu hanya tuhan yang tahu. Kenangan.

Jadi, malam tadi berangan nak upload gambar raya, ke ada yang dah tengok? gila privacykan? tak privacy pun, cuma gambar tu dalam memory card kamera. Yang biasa aku upload gambar dalam android ja. Tu yang lambat tu. Lagipun, gambar tak berapa nak comeyla. Macam mana pun akan ku upload juga. Aku ingat nak print-out semua gambar raya mengikut tahun.

Tahun pertama-berdua saja dengan abi, tahun kedua-sudah ada Auni, tahun ketiga-masih ada Auni, tahun keempat-sudah ada Adli, tahun kelima-bakal ada baby. Wah-wah-wah... panjang berderet gambar raya makcik nanti [berangan lagi].

Makanya tiada gambar raya lagi hari ini tapi aku gantikan dengan hadiah raya sebelum bercuti tempoh hari. Daripada mamaMikhail dan kakJue ibu Farisyah. Aku percaya, ramai yang dah kenal mereka berdua ni. Teman baik alamaya atau blogger yang paling setia dengan bloghijau. Mahu review jugakah? tak payahla kan... sebab kami membuyong sama-sama. Hahaha! akula yang tiba-tiba menyelah tu.

Ibu buyong, mama buyong dan umi buyong. Dua orang tu masuk anak kedua, sorang menanti baby boy, sorang menanti baby girl, semoga mereka berdua dan kalian semua diberikan kemudahan untuk menjalani ibadah harian. Aminnn.

Keduanya pangkat kakak kepada aku. Ahahaha... kakJue, kita mahu bangat berjumpa denganmu. 

Daripada kakEida atau mamaMikhail atau mamaBuyong.
3 pasang t-shirt dan satu baju melayu untuk Adli. Tabung untuk Auni, selimut untuk babyRizqi dan kerongsang serta keychain untuk emak dorang. 
[Ko kak, selagi kotak tak penuh, selagi tu la tak pergi mengepos ye. Hahaaa...Terima kasih]


Salah satu fm ini daripada kakJue atau ibuFarisyah atau ibuBuyong. Hahahaaa.
Suka sangat, semua aku hantar kampung sebab mama selalu rindu cucu. Terima kasih.

Nota hijau: Semoga rezeki kalian melimpah ruah untuk hari-hari yang mendatang, insyaALLAH. Terima kasih juga untuk komen entry semalam, sampai hendak menangis aku membacanya, korang memang supporter terbaik. One day kita gathering ramai-ramai ye.

Tuesday, 28 August 2012

Lawatan Anternatal.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Fuuuhhhh... aaachooommm... jap ek, bersihkan rumah hijau ni kejap. Banyak sungguh habuk, sawang tak ada. Ekekeke, akibat banyak sangat rumah yang hendak dikemas. Kesian rumah hijau ni terbengkalai tanpa cerita dan berita.

Mari kita buat checklist nak mulakan dengan cerita apa dulu, wah bajet macam blogger hebat je. Orang tertunggu-tunggu cerita ya. Jadi, mari mulakan dengan lawatan anternatal empunya bloghijau yang pertama sebab raya kan sebulan, banyak lagi rumah kawan-kawan yang belum dapat dijengah.

Alhamdulillah, baby Rizqi sangat berkembang dengan baik, sudah pun masuk minggu ke-29 sewaktu lawatan anternatal pada hari ini. Macam biasa, abi hantar dan tinggal aku di Klinik Ibu Mengandung [KIM], PPUM. Semuanya bagaikan berulang semula, imunisasi Adli pun masih lagi berbaki. Tidak mengapa, kehadiran baby Rizqi tetap aku nanti sebagai mana Adli dan Auni dengan penuh teruja.

Pemeriksaan  rutin, aku sudah bawa urine daripada rumah, tak perlu leceh-leceh hendak beratur dan basah-basah di bilik air dengan kawan-kawan lain yang sama berlaga perut. Tekanan darah juga normal. Cuma, berat aku agak di luar jangkaan, 49.2kg. Hahaaa, puas aku besarkan biji mata. Ye, memang itulah, berat di mana, Auni sudah pun dilahirkan dan berat Adli sewaktu 35 minggu. Apakah maknanya? maknanya berat aku bakal bertambah lagi dan lagi dan lagi.

Lain-lain, diminta minum air gula dan mengambil sampel darah. Ya, macam biasa sahaja berjalan dengan baik. Tidak banyak yang dibualkan sewaktu bertemu dengan doktor, mendengarkan cerita lucu disebalik kehadiran baby Rizqi tambahan pula sejarah melahirkan Adli yang tidak mempunyai sebarang masalah, lawatan anternatal menjadi semakin pendek.

Lawatan seterusnya pada 18hb September nanti. Sekali lagi perlu membuat ultrasound. Alhamdulillah, dapat tarikh yang sama. 

Tapak kaki babyRizqi. I'm a boy.

1st time pakai tudung canni, hahaaa. Nampak tak comel dan gemok. 
babyRizqi 29w with umi = 49.2kg.

Nota hijau: Jenuh menyusun agenda untuk dibereskan. kakNad, mamaZN need your support to becoming fully housewife. 

Tuesday, 14 August 2012

Bukan lagi rahsia.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Beria-ia, geng PERKEP berbalas message, macam biasa aku selamba je selagi abi tidak mempelawa. Dalam tidak pelawa tu, baju aku dan anak-anak sudah siap aku gosok, cuma tidak menaruh harapan tinggi sangat. Berbuka puasa di Hotel Midah bersama pasukan tempat kerja abi.

Menjadi rutin setiap tahun, aku la menjadi reporter aka photographer tidak diiktiraf. Tahun ini naik taraf sikit dengan Canon dslr hadiah ulangtahun perkahwinan daripada abi. Sayang pula tidak diguna pakai. Pulun je, bubuh je. Janji bergambar.

Beria-ia abi balik awal ambil Auni dan Adli, sudahnya tunggu emak juga balik siapkan seorang demi seorang. Maklumlah emak ni pakar sikit part milih baju yang hendak dipakai. Mujur abi sporting hendak sedondon dengan emak ni.

Jalan sesak itu biasalah, terfikir juga aku sempat ke mereka ni berbuka puasa kalau kesesakkannya macam tiada penghujung. Auni pun berkata "kereta panjang sangat". Nampak pula teksi "kereta bomba umi". Oh, si penghibur duka umi, bila masa kereta sewa warna merah ni bertukar jadi kereta bomba. Bukan kereta panjangla, kereta banyak. Auni-Auni, terima kasih sebab dikala sesak macam ni, ada sahaja yang gelihati.

Mujurlah suasananya agak tenang, aman dan ada juga ruang untuk anak-anak berlari. Masing-masing sudah berkaki, masing-masing hendak bawa diri. Termasuk Auni dan Adli. Memang terserlah habis sifat ke'kakak'kan Auni, tatkala dia mengajak kawan-kawan satu batchnya bermain. Jenuh abi membetulkan rambut mahal dia. Adli diam sahaja, makan-makan-makan.


See? tiada satu pun yang elok bila Auni bergambar. She is funny rite? Aktif, peramah, suka berkawan, suka menyanyi, then she like posing. Anak-anak aku ni memang suka buat memek muka, macam-macam pun ada. Tahun depan Adli akan join sama-insyaALLAH.


She like friends, same as her mummy. Semua ikut dia walaupun sebelum tiba di destinasi dia mogok, menangis gara-gara sedang asyik menyanyi tiba-tiba terhantuk pintu kereta dikala abi membelok tajam. Hendak ditolong, aku duduk disebelah pemandu, kereta mini abi memang sempit tidak seperti Waja yang boleh memuatkan aku dan Auni.

Pipi kembang semacam. Same like before. Haish!

PERKEP team, kurang lengkap berikutan ada yang masih dalam pantang, ada yang keadaan tidak mengizinkan, insyaALLAH nanti kita berjumpa lagi. Yang pasti, anak-anak semakin bertambah. Lihat sahaja makcik hijau yang sudah senget benget tidak stabil membawa bukan sahaja dua orang anak tetapi tiga. Hahahaaa.

Hanya kerana Medela Swing, segala-galanya terbongkar cerita. Itu cerita lain kalilah. Paling tidak pun tunggu sahaja bo'boy' atau ge'girl' yang tidak lama sahaja lagi akan keluar-insyaALLAH. Kakak Auni dan abang Adli pun bagaikan sudah tidak sabar-sabar hendak lihat baby. Alhamdulillah.

Nota hijau: Tahun hadapan, tidak pasti boleh pegang anak-anak macam gambar bawah sekali itu atau tidak. Hahaaa. That's why PB digantung perkhidmatannya. Will update after 1st scan baby later. Daaa.