Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Wednesday, 31 July 2013

Keluh kesah kisah makhijau.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ok, Jumaat lepas entry jiwa kacau. Lupakan-lupakan. Hari ini, Rabu sudah pun tiba malam 10 terakhir Ramadhan, sekejapan masa berlalu. 

Sabtu lepas, aku menyiapkan tugasan pengurus rumah tangga seperti biasa. Membersih rumah, menyusun atur semua dan clear dengan harapan si dia membawa kami ke IKEA, sudah hantar permohonan daripada minggu lepas lagi. Hrmmm...aku hanya mampu mengeluh apabila tiada IKEA. Muka, jangan kata sudah cemberut macam cencorot. Hodoh benar rasanya.

Tidak boleh aku yang mengajak, tangtangtangtu la abi dijangkiti demam. Demam sebab isteri mengajak pergi IKEA. Sabar je la. Tapi, disebalik tidak pergi IKEA tu aku belajar sesuatu. Memandu ke kedai bersama Auni, muehehe. Best juga, merewang dengan minah tu, mendengar dia potpetpotpet, kasihan Adli aku tinggal macam tu je dengan tangisan. Rasa hendak bawa juga tapiii, aku belum berani lagilah.

Ahad, aku memandu sekali lagi, kali ni malam. Hantar abi pergi klinik. Woahahaa, syabas untuk diri sendiri. Kali pertama dalam sejarah. Ngeee...best juga, dapat bersiar memalam minggu walaupun sesat barat menuju klinik. Lantakla orang lain sudah lali rutin begini, bagi aku ianya baru permulaan.

Isnin, akhirnya...dapat juga merasa berbuka puasa di luar rumah bersama team PERKEP, ikut kawan satu tempat kerja abi. Haruslah aku gembira pasal dapat keluar daripada rumah. Memang la best berbuka di rumah, masakan hendak dalam rumah sahaja. Bagi aku yang tempat kerjanya di rumah, mestila bosan. Bagi mereka yang berkerja of kos la suka berbuka di rumah sebab dah lelah seharian di opis.

Memangla best berbuka di rumah, aku pun perlukan juga kawan-kawan bercakap, perlukan juga ruang untuk aku bersosial dengan kawan-kawan yang masih ada, masakan hanya hendak berbual di laman sosial semata-mata. Memangla best berbuka di rumah, orang yang hari-hari berkerja juga suka apabila menghabiskan masa bersama anak-anak bila ada ruang masa, bagi aku yang di rumah ni, masakan hanya di rumah sahaja, aku perlukan juga udara luar daripada rumah. 

Bagi aku yang sudah merasa bagaimana berkerja dan merasa bagaimana duduk di rumah, sudah tentu-tentulah semuanya masih baru bagi aku. Tahun ini tahun pertama aku berpuasa bergelar pengurus rumah tangga, sudah tentu aku akan membezakan dengan zaman aku makan gaji dahulu. Gelaran kita sama cuma kisah dan perasaan kita belum tentu sama.

Suka tengok anak-anak dibelakang tu. 

Dorang kata, empat sebelah kanan ialah duta Maajun Anggun Bistari. Anggunkan kami? Ye, termasuklah aku, muehehe. Kaki aku macam ranting kayu je.

Well, aku pakaikan oren untuk askar bertiga tu, aku macam biasa kena adil sama dengan abi, sama dengan anak-anak. Mudah untuk cari mereka sekiranya tidak duduk diam. So far, alhamdulillah. Semua orang jadi kagum dengan mereka bertiga yang baik-baik sahaja. Adli diam dan makan, Auni diam dan main game, Arrizqi diam dan tidur. Waktu sudah makan pun, mereka masih juga baik ikut siapa sahaja yang sudi menjaganya. Aku dapat makan dengan tenang. Abi dapat makan dengan tenang dengan sedikit demam bersisa.

Tinggalkan mereka diruang pentas, mereka lekas sahaja berkawan. Baik Auni, baik Adli. Arrizqi pun diam sahaja malah suaranya langsung tidak kedengaran. Aku? macam biasalah dapat jumpa kawan setahun sekali macam-macam cerita la. Tahun lepas aku joint dengan tiba-tiba mengandungkan Arrizqi. Tahun ini, tiada lagi kisah pregnant tiba-tiba. Kami berbuka di Kampung Pengantin, dengan menu nasi Arab melayu, sedap.

Selasa, jam sudah menghampiri 11 malam, bawa Arrizqi ke klinik sebab sakit mata. Huh, aku sudah menguap berkali-kali, abi ajak juga pergi sebab Arrizqi takut sungguh hendak buka matanya.Woah! doktor tu memang sempoi, gila-gila. Dia terus bagi ubat cecair dan titis di mata, alhamdulillah hari ini beransur sihat budak aktif tu.

Tu belah kanan, budak sakit mata. Meligat tetaplah meligat. Mentanglah sudah dapat kaki, suka.

Rabu, aku gigih buat biskut makan sendiri untuk anak-anak. Hujung minggu lepas tidak keluar belanja, jadi menggigih juga la emak ni kan. Ok, sekian sahaja update untuk seminggu. Hadoiii. Jumpa lagi lain episod. Buka posa sorang-sorang balik semula, sabo je la.

Biskut mentega (atas) dan biskut milo ciptaan sendiri.

Selamat menyambut Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin kepada semua. Kasi wish awal, tatau bila dapat update bloghijau lagi. Jaga diri dan berhati-hati semasa beraya. Sayang semua daripada: Aku, Abi dan Askar tiga.


Friday, 26 July 2013

Rumahku syurgaku.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sudah pun 17 Ramadhan, nuzul alQuran. Wall FB, penuh dengan mereka update majlis berbuka bersama kawan-kawan, keluarga di hotel, di restoran, di gerai, di mana sahaja asalkan bukan di rumah. Baik yang bersendirian, berkeluarga, beranak-pinak dan bergeng jamboria, majoritynya berbuka bersama. Hrmmm...

Tahun pertama aku tidak berpeluang berbuka di mana-mana pun. Jika sebelum ini, ada jugala jemputan daripada tempat kerja, sekarang tiada lagi. Jemputan ada, akan tetapi hendak sampai ke tempat yang disebutkan memang aku tiada daya, apatah lagi memandu sendirian. Sudah menjadi pengurus rumah tangga ini, aku rasa bersalah betul jika mendapat jemputan daripada kawan-kawan. Aku jadi tersangat merendah diri.

Orang cerita pasal kerja, pasal bonus, pasal gaji, pasal kenaikan pangkat, pasal bisnes, pasal tempat bercuti, pasal suasana kerja, pasal jalan raya, sedangkan aku? melopong. Langsung tiada kaitan dan kena mengena. Aku rasa macam kredibiliti aku jauh tertinggal daripada orang. Siapa je la hendak mendengar keluh kisah alkisah seorang emak yang menguruskan rumah tangga, sedangkan mereka juga membuat kerja surirumah yang sama seperti aku, malah mereka berkerjaya lagi. Hrmmm...

Abi pun, lebih mudah menyolokan diri bila jemputan di luar Selangor. Tidak kuasa hendak berulang alik rumah ke bandaraya KL tu, sudah penat memandu kena pula melayan anak-anak yang sentiasa bergerak cargas. Aku? sudah tentulah akan berjamboria menyembang tidak ingat dunia. Sesekali jumpa kawan, mau tidak cerita segala yang berbuku. Bukan selalu. Lebih baik kami di rumah sahaja.

Kebanyakan hari aku berbuka dengan anak-anak, namapun makan dengan anak-anak, yang mana sempat je la aku makan. Tidak dapat hendak feeling lebih bila makan dengan anak-anak ni. Maklumlah, masing-masing ada perangai sendiri.

Akhirnya Arrizqi dapat mandi kolam dan demam selsema selepas itu.
Main suap-suap, auta sajala tu.

Siapa yang lebih ligat, Arrizqi atau Adli? hrmmm... Arrizqila.

 Si cinta, si hati, si jiwa. Peneman setia emak.

 Sweet dream korang. Jangan lupa mimpi umi tau. Ngeee...

Setakat ini memang tiadalah yang sudi hendak membawa kami berbuka di luar, tidak tahulah minggu akan datang. Setiap tahun bekas pelajar sekolah aku tidak lupa untuk iftar bersama hari akhir Ramadhan, in shaa Allah tahun ini, aku ada. 

Nota hijau: Namapun surirumah, semua pun di rumah sahajala... redha je la.

Wednesday, 10 July 2013

Sekali lagi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Syukur siap pada masanya, tahun ini lebih mudah lebih ringkas lebih comel [ok, aku perasan] muehehe. Tahun ini aku lebihkan lagi 10 keping, tahun lepas dapat buat 40 keping, tahun ini menjadi 50 keping. In shaa Allah akan sampai kepada mereka yang disayangi, dirindui, dekat di hati dan setia memberi semangat serta dorongan.

Ringkas dan errr... cantik [sambil kelip-kelip mata ;)]

 Random saja, macam-macam saiz pun ada. Sebab tu la ianya istimewa, tidak pernah sama. Adeih!
Buka untuk tempahan tahun hadapan :p

Untuk yang paling istimewa juga, fridge magnet quilling katanya, handmade. Suka tak-suka tak? But, ada 20 pcs sahaja semuanya sudah ada pemilik ;) tehehehe, siapa tu? biarlah rahsia. kikikiii... ada yang mahu order? sila email nsahida@gmail.com. wiii!

Macam cantik pula bila sudah banyak begini, lekat di whiteboard sahaja.

 Kad raya 2012 in memory.

Tengah berfikir, hendak update bloghijau ke tidak sepanjang Ramadhan ni, tahun pertama berpuasa di rumah sendiri, tahun pertama berpuasa dengan status pengurus rumah tangga, tahun pertama berpuasa dengan askar tiga. Alhamdulillah, sahur dengan tenang. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya.

Monday, 8 July 2013

Ramadhan kali ini.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ramadhan menjelang lagi, tahun lepas aku baru sahaja dapat berita pregnantkan Arrizqi, menjelang Aidilfitri, dia sudah pun berusia 7 bulan, muehehe. Tahun ini tiada surprise mengandung lagi, in shaa Allah beraya dengan askar tiga sahaja. Persiapan pun alakadar sahaja, yang penting anak-anak gembira.

Tahun pertama Arrizqi beraya, cute sangat baju raya dia, hihiks. Semua orang teruja hendak buat dengan Arrizqi, belikan baju, belikan mainan terutama tokPapa dan tokMama. Best.

Suka sangat bila dapat berjalan.

Semalam shopping barang dapur, gila ketoi jejak RM600, takut aku tengok jumlah angka tu tapi hendak buat macam mana, semuanya keperluan. Bukan takat RM600 ada plus lagi beli periuk nasi dengan thermo pot. Ganti yang sudah rosak. Sayangnya periuk nasi warna biru, gara-gara abi dah peluk dahulu kotak periuk nasi Panasonic tu. Aku macam biasalah cuci mata port dulang pembakar. Geram je rasa. Banyak pula pilihan sampai aku malas hendak memilih. Thermo pot Elba aku warna hijau, yeay! Suka-suka.

Siap aku beli persiapan Ramadhan untuk anak-anak. Stock kalau-kalau emak malas hendak memasak nanti. Ye la, sah-sah sudah skip makan tengah harikan? Jadi, pada kesempatan ini aku hendak.menyusun sepuluh jari sekiranya setiap bait ayat dan perkataan ada menyentuh sensiviti individu-individu tertentu. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. In shaa Allah.


Selamat berpuasa kepada pembaca hijaucantik.

Monday, 3 September 2012

Giliran.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Habis sudah bulan Ogos, masuk September sekejapan masa berlalu. Diam tak diam dah setengah bulan kita beraya, belum lambat lagi aku hendak menempek gambar sekeluarga. Kena juga buat kenangan di bloghijau ini, berikutan hendak memprint semula begitula lambatnya.

Masih lagi mengekalkan tradisi mengikut giliran, tahun ini di rumah mertua. Alhamdulillah, semuanya berjalan mengikut perancangan. Cuma, biasalah perlu mengambil giliran untuk masuk ke bilik air. Hihiii, itula yang seronoknya.

Tahun ni, tenaga aku tak sama dengan dua tahun lepas yang hanya pasang badan dan ada Auni sahaja. Pasti berbeza, tahun ini ada Adli dan membawa baby rizqi pula. Semput dan bagai tidak cukup nafas. Puasa hari terakhir terasa lambatnya masuk waktu hendak berbuka.

Tidak lama sebelum berbuka, balik pula keluarga abang ipar. Ya, entah macam mana giliran kami boleh sama setiap tahun. Kebetulan. Habis waktu Maghrib, berpakat pergi main bunga api dan mercun di malam raya. Aku rasa macam pesta Tahun Baru Cina pula, meriah la sangat-sangat bila dapat berkumpul sepupu dan sepapat.

Pagi raya, mata bagaikan tidak mahu buka. Part paling best, emak mengejut anak masing-masing termasukla aku. Siapa yang tahan hendak mandi seawal pagi dengan air gunung tu. Sejuk. Sabar je la. Habis semua janji keluar untuk mengumpan si anak bangun dan mandi, main bunga api la, mandi sungai la, mandi kolam la, collect duit raya la. Sudah namanya anak, kalau mata kata tidur mereka sudah tidak peduli.

Tahun ini aku slow and steady, tidak larat berkejar sangat-sangat, banyak mengalah dengan adik beradik abi yang lain, aku hanya ikut rentak abi. Hahaaa... aku siapkan Adli, dia siapkan Auni. Baju raya, aku sudah sedia gosok daripada rumah. Mula-mula Auni nangis juga, bila mata dia dah betul-betul terbuka dan tersedar, dia pula yang paling seronok.

"Auni tak nangis pun ummi" katanya bila dengar mak usunya menangis gara-gara bersiap paling akhir. Banyakla Auni punya tak nangis, dia menjerit kena air sejuk awal pagi tu apanya. Aku ya kan ajala. Dan habis sesi makan dan fotografi-acceh, setelah abah pulang daripada masjid serta sesi bermaafan, kami pun keluar beraya berjemaah. Auni dapat ikut abi ke kubur arwah nenek [emak abi]. Aku tinggal dengan Adli yang sibuk sangat hendak tidur.

Masuk petang, aku dan abi dah pun pancit. Hahaaa. Apatah lagi melihat anak-anak yang bagaikan tidak cukup tidur. Pasti banyak ragam bila badan sudah penat. Pastinya aku la yang akan kena handle keduanya, abi... bila dapat tidur, payah benar hendak sedarnya.

 Tak gaya mak ngan bapak kan? hahaaa. Bajet muda gittu. Anak mak, anak bapak.

Gambar atas: Adik beradik lelaki abi kecuali abang Long-baju biru merupakan biras aku.
Gambar bawah: Kakak dan adik abi kecuali, makNgahFiza-baju coklat yang merupakan biras aku.
 
Tahun ini, semua pun berkumpul. Sayangnya, ummi dan abah dah berjalan raya dahulu sebelum fotogedik ini di ambil. Kedudukan aku terbalik pula dengan adik abi tu. Hiii.

 Adli sudah mahu cari bantal. Kurang 3 orang, masing-masing dah teruja.

 Abi, Umi, Adli dan Auni.

Yezzaaa... my lovely family. InsyaALLAH next year, tukar background lain, tukar tema lain dan pertambahan ahli. Adli dah tak boleh belah. Dia memang sudah meronta hendak tidur. Tahun sudah, Auni. Tahun ini beralih Adli pula, tahun depan baby rizqi pula. Sabar je la.

Ramai yang kata baju Auni dan Adli tu tempah, sebenarnya baju AEON sahaja. Mujur abi suruh shopping awal hari tu, dapatla sepasang lelaki dan sepasang untuk perempuan.  

Nota hijau: Sekian, belum habis Aidilfitri lagi kan? ngeeee...

Tuesday, 14 August 2012

Bukan lagi rahsia.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Beria-ia, geng PERKEP berbalas message, macam biasa aku selamba je selagi abi tidak mempelawa. Dalam tidak pelawa tu, baju aku dan anak-anak sudah siap aku gosok, cuma tidak menaruh harapan tinggi sangat. Berbuka puasa di Hotel Midah bersama pasukan tempat kerja abi.

Menjadi rutin setiap tahun, aku la menjadi reporter aka photographer tidak diiktiraf. Tahun ini naik taraf sikit dengan Canon dslr hadiah ulangtahun perkahwinan daripada abi. Sayang pula tidak diguna pakai. Pulun je, bubuh je. Janji bergambar.

Beria-ia abi balik awal ambil Auni dan Adli, sudahnya tunggu emak juga balik siapkan seorang demi seorang. Maklumlah emak ni pakar sikit part milih baju yang hendak dipakai. Mujur abi sporting hendak sedondon dengan emak ni.

Jalan sesak itu biasalah, terfikir juga aku sempat ke mereka ni berbuka puasa kalau kesesakkannya macam tiada penghujung. Auni pun berkata "kereta panjang sangat". Nampak pula teksi "kereta bomba umi". Oh, si penghibur duka umi, bila masa kereta sewa warna merah ni bertukar jadi kereta bomba. Bukan kereta panjangla, kereta banyak. Auni-Auni, terima kasih sebab dikala sesak macam ni, ada sahaja yang gelihati.

Mujurlah suasananya agak tenang, aman dan ada juga ruang untuk anak-anak berlari. Masing-masing sudah berkaki, masing-masing hendak bawa diri. Termasuk Auni dan Adli. Memang terserlah habis sifat ke'kakak'kan Auni, tatkala dia mengajak kawan-kawan satu batchnya bermain. Jenuh abi membetulkan rambut mahal dia. Adli diam sahaja, makan-makan-makan.


See? tiada satu pun yang elok bila Auni bergambar. She is funny rite? Aktif, peramah, suka berkawan, suka menyanyi, then she like posing. Anak-anak aku ni memang suka buat memek muka, macam-macam pun ada. Tahun depan Adli akan join sama-insyaALLAH.


She like friends, same as her mummy. Semua ikut dia walaupun sebelum tiba di destinasi dia mogok, menangis gara-gara sedang asyik menyanyi tiba-tiba terhantuk pintu kereta dikala abi membelok tajam. Hendak ditolong, aku duduk disebelah pemandu, kereta mini abi memang sempit tidak seperti Waja yang boleh memuatkan aku dan Auni.

Pipi kembang semacam. Same like before. Haish!

PERKEP team, kurang lengkap berikutan ada yang masih dalam pantang, ada yang keadaan tidak mengizinkan, insyaALLAH nanti kita berjumpa lagi. Yang pasti, anak-anak semakin bertambah. Lihat sahaja makcik hijau yang sudah senget benget tidak stabil membawa bukan sahaja dua orang anak tetapi tiga. Hahahaaa.

Hanya kerana Medela Swing, segala-galanya terbongkar cerita. Itu cerita lain kalilah. Paling tidak pun tunggu sahaja bo'boy' atau ge'girl' yang tidak lama sahaja lagi akan keluar-insyaALLAH. Kakak Auni dan abang Adli pun bagaikan sudah tidak sabar-sabar hendak lihat baby. Alhamdulillah.

Nota hijau: Tahun hadapan, tidak pasti boleh pegang anak-anak macam gambar bawah sekali itu atau tidak. Hahaaa. That's why PB digantung perkhidmatannya. Will update after 1st scan baby later. Daaa.

Wednesday, 8 August 2012

Ramadhan ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ramadhan kali ini memang sangat berbeza dengan tahun-tahun sudah. Tahun lepas, aku tidak pernah tertinggal untuk bersahur, membawa Adli yang baru masuk bulan ke tujuh. Bila sudah hari-hari bangun sahur, jika tertinggal untuk satu atau dua kali, padahnya membawa kepada melepek langsung tiada tenaga.

Sekurang-kurangnya jika bersahur, aku dapat cover tenaga sehingga tengah hari. Apatah lagi, Adli memang aktif tidak terkata pada masa itu. Ramadhan kali ini begitu juga, aku memerlukan tenaga hanya untuk meladeni hal kerenah anak-anak selain mengelolakan rumah, itu belum part pergi balik kerja lagi. Tenaga memang berganda-ganda.

Aku makan nasi harus dua pinggan, apatah lagi Auni selalu bangun untuk teman bersahur. Jadi, kena pulun apa sahaja yang ada di dapur.

Ramadhan kali ini, aku menerima berita-berita tentang kematian. Dua minggu lalu, dikhabarkan sepupu aku meninggal kerana kemalangan jalan raya, minggu lalu emak kepada kawan adik aku pergi kerana sakit, selepas itu berita kematian anak kepada jiran lama mama dan papa aku pula, pun kemalangan jalan raya. Paling terbaru, kawan sekolah aku sendiri. Walaupun berlainan kelas, tapi aku memang kenal rapat dengannya, meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Allahuakbar. Al-Fatihah, mereka pergi dalam bulan berkat. Semoga roh-roh arwah dicucuri rahmat hendaknya.

Ramadhan kali ini, aku tidak bergalak sangat menyediakan persiapan untuk raya. Yang penting anak-anak, mereka berdua sahaja aku lebihkan. Abi pun tidak mengisahkan sangat untuk bershopping sakan raya macam tahun lepas.

Mungkin sebab anak sudah dua, hendak bersesak di shopping mall bukan kegemarannya. Aku pun tidak kisah janji, boleh sedondon di pagi raya itu sudah mencukupi untuk potret keluarga pada tahun ini. Beraya di mana pun aku tidak kisah. Ikutkan tahun ini giliran abi. Tunggu sahajalah.

Rumah? lagilah aku tidak hirau. Aduhaiii, sabar je la. Paling-paling, tukar langsir je rasanya. Itu pun kalau rajin datang, jika tidak guna sahajalah langsir yang ada, tidak larat hendak berkemas dengan budak berdua tu. Aku lebih rela duduk melayan anak sambil layan mata. Ngehehehe. Kuih raya? hahaaa. Lagila, ke laut dalam, beli je senang. Kat pasaraya pun banyak biskut yang sedap-sedap. 

Pokoknya, Ramadhan kali ini... adalah biasa-biasa sahaja. Iftar pun tiada, ada tapi... hrmmmm malas hendak ulas. Rasanya, Adli Auni sahajalah yang gembira menyambut Hari Raya tahun ini ;)

Tuesday, 7 August 2012

Syahdu betul ni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hrm... hendak dipadankan, badan sendiri muka sendiri. Terima ajalah seadanya. Pagi-pagi hari sudah buat senyum aku lebar walaupun hati gundah gulana-mikir apapun aku tidak tahu sebab terlalu banyak.

Malam tadi beria abi menyuruh aku mengejutnya untuk bangun sahur, lain yang dikejut lain pula yang bangun. Auni, bangun dengan terhuyung-hayang, tahu-tahu sahaja umi dah bangun untuk sedia hidangan sahur. Bangun cari ipad. Tidak lama kemudian, Adli pula terhuyung-hayang merangkak dengan mulut bising. Abi juga yang tidak bangun-bangun. 

Sama dengan gambar di FB. Nasiblah.
Rambut Auni tu... Haih!

Untuk memudahkan aku menguruskan kerja-kerja lain, nah... semangkuk biskut dengan susu masing-masing. Bersahurla kome berdua dengan tenang sambil layan kartun ye. Sama pula muncung masa aku ambil gambar ni. Haih. 

Aku tengah bergelumang dengan mak nenek report ni, pening sampai rasa nak tidur je. Hahaa, cuti belum apply, bos dah sampai Bangkok, acaner tu? Camno makcik nak raya ni. Bonus? memang takdelah nak merasanya. Mood raya entah ke mana.

Nota hijau: Mujurlah lagu Raya sudah kedengaran di corong radio. Walaupun syahdu tetap juga hendak gembira, 1st time beraya dengan Adli. InsyaALLAH esok aku postkan baki HC3rdGA. Masih belum sempat untuk berbuat demikian. Minta maaf.

Friday, 20 July 2012

Salam Ramadhan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Di sini aku penulis bloghijau yang tidak berapa nak tegar sangat, memohon ribuan ampun dan maaf kepada sekalian pembaca, pembaca senyap, follower dan semua yang membaca post ini, sekiranya terdapat kesilapan kata, kesalahan tatabahasa, kekurangan isi dan segala pakcik, makcik kelemahan sepanjang penulisan entry blog kesayangan hijau ini. 

Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik daripada tahun-tahun lalu. InsyaALLAH.

Salam Ramadhan semua :)


Nota hijau: Hureyyy, balik kampung-hohoooo balik kampung. Kecoh betul mak budak ni, haih!

Salam sayang:

Monday, 5 September 2011

Aidilfitri 2011, Johor.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Update pasal raya? hahaha, sikit je la ye, raya aku biasa-biasa je. Perut dah sarat tapi nak gak pakai baju raya sedondon dengan abi. Cian Oni baju dia lari tema sikit gara-gara tak sempat siap. Patutnya dia sedondon dengan abi. Tapi, kira ok la sebab raya kat Johor. Wiii.

Sempat lagi bershopping last-minute, berbuka bersama kawan-kawan sekolah, dan membuat persediaan untuk sesi masak memasak. Aku masih tak percaya raya jatuh pada hari Selasa, rasa kejap benar aku puasa (puasa penuh tau ;))

My small family in purple, Oni tayang duit raya daripada abi.

Still in purple. Pak Su je nak lain.

Hari Raya ialah hari bergaya buat Oni. 'mamaaa antikkk' sambil tayang-tayang baju.

Then, macam biasa lepas Zohor bertolak balik Machap. Nama pun beraya, kerjanya makan-makan-makan dan makan. Alhamdulillah, dapat lagi aku merasa ayam masak merah, rendang daging, lodeh, sambal kacang hasil tangan mama. Dan, paling penting orang makan ketupat anyaman aku. kekekekeke. 

Lagi, nak citer apa? Tu la aku kata, raya aku biasa-biasa je. Aku dah beraya ke mana-mana, tapi rumah mertua aku tak sampai lagi, dek kerana mertua aku masih lagi beraya di Terengganu. 

Rayakan sebulan, insyaALLAH, jika aku larat dan sihat yang mana area-area KL ni, aku sampai la di depan pintu, hehehe. Nanti aku beritau arah tuju aku ye.

Thursday, 25 August 2011

Berkumpul lagi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat Hari Raya, selamatla beraya, selamat collect duit raya (ada ke?), selamat pulang beraya. Eh? selamat hari kebangsaan juga ye, MERDEKA. 31 bulan 8, 57 hari mulia negaraku MERDEKA. Ok dah agak keterlaluan intronya ni.

So semalam, setelah menanti ajakan daripada abi yang tak ajak-ajak sedangkan wall FB group PERKEP aku dah penuh sok-sek-sok-sek majlis buka puasa, akhirnyaaa sebelum pergi semalam baru dia ajak. Aku ingat memang dia dah tak sudi nak bawa bini dia ni (belum pernah jadi untuk sesi buka puasa). Berlokasi di Tugu Negara, katanya. Sampai pun dah ngam-ngam waktu berbuka.

Aku sampai terus je landing, baca doa cilok je makanan yang ada atas meja, semua pun diambil oleh suami masing-masing. Sementara nak setting tempat duduk, melayan Oni lagi, rasa apa yang ada dulu. Sate. Dan bila abi tengok aku tak bangun-bangun ambil makanan, dia yang tolong. Hehehe. 

Oni kehausan, baru nak tarik nafas, dia soh pula aku bangun. Apa salahnya dia yang ambilkan untuk aku kan? ambil je aku makan punya. Round pertama, sate dan mihoon. Ok la, sedap sebab lapar. Meja hampir penuh dengan makanan, orangnya ada 7 sahaja. Masing-masing suami yang layan, habis semua makanan diletak. 

Bila dah makan-gelak-bertukar cerita-bertanya khabar, perut aku masih terasa boleh diisi, apatah lagi melihatkan sebelah menyebelah mengambil lauk yang menyelerakan tekak. Asam pedas, daging salai masak lemak cili api, keli berlada, buncis goreng dan ada lagi. Aku pun bangun, pilih punya pilih dan makan. Nom-nom-nom.

Oni? ahaaa dia macam biasala, buat kerja sendiri. Solo-solo je, geng ramai tapi dia sibuk benar mengejar kucing. Masing-masing kagum dengan dia. Lone ranger, suka berlari dan menyendiri. Orang sibuk makan, dia makan juga tapiii lepas tu buat hal sendiri so memang pantau daripada jauh je la. Sungguh senang.

Cerita-cerita, mostly cerita tentang mengandung kerana masing-masing membawa baby dalam perut termasukla aku. Hihiii. Dapat juga berkumpul semua ahli. Biasanya ada je yang tak dapat datang atau ada hal lain, syukur malam tadi mostly ada. 

Untuk para suami, terima kasih kerana sudi mengumpulkan kumpulan isteri-isteri ini. Hihiii. Lain kali jemput kami lagi ye. Kami suka je.

 1st time pose, anak dengan bapa. 2nd time pose anak dengan emak pula.

pnAzua (preggy 7month), pnMuna (Imani), pnZiha (Adam), pnDyla (Rania-anak pnMuna), pnLia, aku (Oni-sibuk kejar kucing), pnUmmi (Nurin, preggy7month), pnEdzna (tunggu hari) dan pnDana (Zara).
TAHNIAH! untuk pnEdzna dan tnIzzat atas kelahiran putera mereka yang pertama. Ahahaha, malam tadi jumpa, pagi tadi dah bersalin. Alhamdulillah. Senior 2011. Aku bakal menyusul. Dup-dap-dup-dap.

Monday, 22 August 2011

Minggu berbuka di kedai.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahaaa masuk minggu terakhir berpuasa, biasala jemputan berbuka bersama kawan sekolah, kawan belajar, kawan sekerja, kawan suami/isteri. Semuanya memerlukan rancangan dan masa. Puas juga aku menggunakan jurusan geselan kucing untuk memujuk abi join bersama.

So kami berbuka di Garden Cafe, bertempat di Sg. Ramal Luar. Agak tersorok sikit kedainya, ngam-ngam hampir berbuka barula masing-masing mengambil tempat. Pilih tempat berbumbung bagi mengelakkan terkena embun jantan dan embun betina waktu berbuka nanti. Ah! reason, walhal takut hujan yang tiba-tiba turun. Kikiii.

So far tempat best, nama pun garden jadi konsep garden la, order set untuk 7-9orang punya, biar lebih jangan kurang, untuk mereka-mereka yang berperut stoking. Sebagaimana yang dijangka, kehadiran 4 orang daripada 1 kelas yang sama, seorang senior dan seorang bakal bapa. Riuh.

Walaupun tiga keluarga bila ada tukang karutnya, biarpun sikit orang suasananya meriah. Makan-makan-makan, ketawa-ketawa-ketawa, cerita-cerita-cerita, bila perut kenyang kita pun berangkat pulang la apabila si kecil sudah berlagu mahu tidur.

Banyak tempat boleh posing kat Garden Cafe ni, ada 3 biji Harley Davidson, dihiasi lanskap nursery bunga, ada buai, kolam. (tak ambil gambar sebab dah gelap). 

Oni? ahaaa, biasala dia kejar kucing. Tak hirau makan, tak hirau mak pak dia. Dari meja ke meja dia ngejar kucing. Sedar-sedar hujung gaun masuk lopak air dek membelek kucing. Betul-betul penyayang.

 Menu yang buat perut jadi bertambah keroncong.


Seronok bila dapat berkumpul macam ni. Kalau ada rezeki kita berkumpul lagi. Makin lama, meja makin panjang. Baby seat pun makin bertambah. Hihiii. Daaa.
Hari ni aku berbuka bersama kawan satu opis pula. Hehehe! makan-makan-makan.

Friday, 29 July 2011

Off balik kampung.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jangan rindu ye. Jumpa hari Rabu minggu depan. Disamping itu aku nak mengucapkan:
Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog hijau dan pengikut setia dan rakan-rakan baik. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lalu dan lebih berkat. InsyaAllah.

Selamat berhujung minggu. Jaga diri ye. mmmmuuuuaaah!

Wednesday, 19 January 2011

Kini aku tahu.

Salam satu Malaysia.

Yey, esok cuti. Boleh bangun tengah hari. Gila melampau kan? hahaaa.

Semalam, balik kerja macam biasa. Sambil terbayangkan roti kentang cicah sardin, aku singgah Mesra Petronas. Skriiit, aku park tepi sekali, senang masuk dan senang keluar. Maklumla orang P.

Cadang nak beli roti kentang di KK depan rumah, batal sebab titik hujan dah turun. Mata melilau mencari rak roti di Mesra. Tapiii kaki terus je melangkah ke ATM Cimb. Sebelahnya ATM Maybank.

Kad Hong Leong Bank aku cucuh. Sebab teringat kata-kata cikAQies, di ATM Cimb boleh keluar bawah RM 50. Bukan tiada duit tapiii nak mencuba. Urusan dibatalkan. Ceh!. Ok cuba cucuh kad Maybank pula, walhal ATM Maybank tegak di sebelah. Selamba.

RM 30 berjaya aku keluarkan, hahaaa. Boleh rupanya, baru la aku tahu. Dulu, biasa aja keluarkan bawah RM 50, tapiii di ATM Bank Simpanan Nasional la. Time belajar dulu-dulu, bukan guna duit sangat pun kan.

So lepas niii boleh la aku guna ATM Cimb kalau kesempitan. Huahahaaa. Well, kalau dah dalam bank ada RM 45.00, sekurang-kurangnya RM 30 boleh la cover sebagai penyelamat kan?

Misi berjaya berbuka dengan roti kentang dan sardin. Yummi-yummi. Makan sampai tak sedar, 3 bun sekali hadap. Lepas tu aku bantai tidur, aku taktau pehal letih semacam semalam.

~)@ Budak setahun memang suka tak pakai seluar ke? pening kepala aku ngan anak dara aku ni, suka benar pakai pampers sahaja. Haih.

Wednesday, 1 September 2010

chef Oni dan kuih raya

Wiwit, bangun-bangun-bangun, aiii tahu la raya tak lama je lagi, dah malas nak puasa ke? sabar-sabar. 31 Ogos, puasa aku bermula balik semula. Godaan paling kuat pada hari itu ialah Popcakes.

Popcakes yang sedap

Aku memang teringin sangat nak makan popcakes ni, dah cuba order yang online tu, tapi... order sikit sangat agaknya, orang tak sudi nak buat. Jadi aku cari juga mana-mana pakar memasak yang boleh buat popcakes ni, akhirnya sepupu cikBiha yang memenuhi impian aku, walaupun ini kali pertama dia membuatnya. Syabas. Nanti aku order lagi ye. Aku sukaaa sangat.

cikBiha datang dengan kawannya menghantar ke rumah aku, well... nak jamu air sedap, puasa pula. Jadi memang datang hantar kuih semata-mata la. Seronok pula aku tengok biskut-biskut ni. Terasa betul-betul tak sabar.

Biskut raya untuk mertua dan mama

Ya, dalam pada aku yang sibuk-sibuk tu, cikOni pun sibuk sama. Habis diselongkarnya segala periuk belanga aku, mahu masak juadah berbuka katanya.

Tapi... masaknya di atas tilam dan juga sofa. Aiii tak boleh jadi ni. See? seronokkan? masak kena ada gaya. chef Oni. Insya-Allah.

~)@ Pssst, bos ooo bos, how about my cuti? aprroved ke tak ni? I nak raya pusing satu Malaysia ni.

Monday, 23 August 2010

Happy Isnin

Happy Isnin? haha, macam pelik je tajuk macam tu. Tak dapat puasa penuh tahun ni.

Oiii banyaknya kereta di pagi Isnin ni, sampai jalan tak pernah jammed pun jammed. Agak lambat aku sampai. Takpe janji 4.30 petang, babai kepada opis.

Sejak berumah baru ni, asyiklah nak menatap kecantikkan rumah sendiri, uweeek! Perasan.

Ni aku nak tayang menu buka aku semalam. Ye la, bila buka sesorang macam-macamla dalam kepala sebab malas nak turun pergi bazar. Mula nak makan maggi, tiba-tiba terasa mau buat... errr, aku tak tau nak panggil apa. Pizza Maggie Ayam boleh?

Bahan-bahannya senang aja.
  • Maggie ayam (kembangkan maggienya)
  • Telur 2 hingga 3 biji (pukul rata)
  • Bawang besar dan bawang putih (hiris)
  • Daging burger ayam (cincang dan goreng bersama mentega)
  • Sedikit garam dan sedikit aji-no-moto.
Caranya;
  1. Pukul telur, hirisan bawang besar, bawang putih, burger ayam yang sudah digoreng, garam dan ajinomoto (ikut suka) dan perencah maggie ayam. Kasi sebati.
  2. Bahagikan bahan yang telah dipukul kepada dua.
  3. Panaskan kuali non-stick bersama mentega, masuk bahan pukulan yang pertama.
  4. Agak-agak dah nak masak, masuk maggie yang telah kembang, masuk bahan pukulan yang kedua.
  5. Agak kering. Terbalikkan. Kasi dia mampat.
  6. Tunggu la sehingga kegaring-garingan. Api perlahan je ye, bagi tengahnya masak ;)
  7. Siap dihidang dan boleh dimakan bersama sos cili, sos mcD dan apa jua sos.
Haha orang tak pernah masuk dapur membuat percubaan ini kali pertama. Berjaya. Rupanya mrAbi pun tak pernah makan. Aku pun belajar dari adik lelaki aku nan seorang itu.

Nak modified pun boleh, kasi hot and spicy ke. Aku tak suka pedas.

~)@ Ini bukan blog resipi, jauh berbeza dengan blog Che Mat Gebu atau pun sisLin ;)

Monday, 16 August 2010

Hari-hari cuti

Jumaat aku MC, memang kalah betul kalau makan makanan bazar ni. Mesti akan terkena sakit perut melampau, 5 6 kali aku membuat pertemuan dengan mrTan***.

Resepi berbuka hari Jumaat, lempeng. mrAbi kerja. Aku berbuka seorang. Gigih mencari serbuk penaik, siap call mama kat kampung, mana la aku tau rupanya bagaimana, aku memang jarang masuk dapur. Jadi ini percubaan pertama.

Lempeng

Sebiji telur - pukul rata terlebih dahulu.
1 cawan tepung gandum.
1 sudu besar minyak masak.
3/4 cawan susu rendah lemak.
1 sudu besar gula.
1/2 sudu kecil garam.
2 sudu kecil serbuk penaik.

Gaul rata semua bahan kering lebih dahulu, tepung, gula, garam, serbuk penaik.
Masuk telur, minyak dan susu rendah lemak. Pukul rata.
Panaskan kuali non-stick. Masukkan sedikit bahan yang telah dipukul rata sehingga kelihatan buih-buih kecil, dan terbalikkan sehingga keperang-perangan.
Angkat dan makan bersama jem.

Senangkan?

So sepanjang malam, lepas aku berjaya memasang langsir. Melayan cikOni pula, tak terlayan weih, dengan mulut kepohnya, dengan perangai kaki 'mengemasnya' menjadikan aku malas nak layan. Biarla rumah aku berantakkan.

Yeay! umiii...

buat muka tenang, padahal tak boleh turun tu...

Sejak kali pertama mrAbi masukkan dia dalam kotak mainan tu, terus dia pandai masuk sendiri, lepas tu tak lepas nak kuar sendiri. Haha padan muka. Kan aku dah kata, aku malas nak layan. So dia gigih la cari jalan.

Kali pertama aku pakaikan dia t-shirt seksi ni dan aku rasa memang lepas ni tak boleh pakai, huh! cepat benor besornya dak ni la...

langsung tak serupa

Then, hujung minggu aku di Langat, paling menyeronokkan bila abang ipar aku balik sama. Huuu... si Ryan dah sama besar dengan cikOni, cikOni dengan cikSu Mija dah main sama-sama. Yang kelakarnya, cikOni tak sudah-sudah mengukur rumah mertua aku tu, keluar masuk-keluar masuk, usik sana-usik sini, sorang-sorang aje. Orang dah dapat kaki.

Senang la hati aku dah. :D

~)@ Mendung je cuaca puasa-puasa ni. Tapi... mengapa aku cepat haus?

Thursday, 12 August 2010

Tidak sabar-sabar

Hari ni sudah hari Khamis... Khamis??? Esok dah Jumaat, pastu cuti. Aiii aku agak kurang gemar bila berpuasa masa tidak berkerja ni, terasa lapar sepanjang hari, apatah lagi bila terpandang tin biskut, peti ais, deretan air masak atas kabinet. Huiii dugaan.

Harapan aku semoga mrAbi ajak balik Langat, selalu tu memang tak mahu tapi kali ni nak, sebab agak bosan bila hanya duduk di rumah sambil mendengar bunyian dari perut. Tapi... bila mengenangkan rumah yang macam tongkang pecah di tengah lautan, macam rasa nak duduk rumah aje. Aishhh...

Niat dihati mahu menukar satu-satunya langsir yang ada di ruang tamu, tirai putih dibelakang langsir maroon, ber'scallop'kan pink itu sudah bertukar menjadi hitam, akibat debu-debu kenderaan walaupun duduk tingkat 11 dari aras tanah :D.

Macam mana mau cuci itu? mau makan 2, 3 kali pusing washing machine. Huuu... nak hantar dobi, langsir bukannya mahal mana pun, mama je boleh cuci sendiri, saje mengada.

Aku mahu menggantung langsir berwarna hijau, haha... hijau seperti blogku ini. Tahun ini rumahku bertemakan hijau, tapi part baju raya belum standby lagi. Sebab mrAbi tak mahu baju melayu, aku ngan cikOni aje. cikOni dah prepare. Aiii... fening la fening.

Kuih raya, normally memang aku beli yang terjual kat Mydin, biskut itula yang biasanya habis dahulu daripada biskut-biskut lain, tahun ni aku nak standby kuih raya macam-macam jenis. Haha.

Duit raya untuk budak-budak, tahun lepas punya banyak lagi lebih, so kena tambah sikit aje lagi, haha... itu mrAbi akan uruskan. Aku sedia duit raya untuk keluarga aje. Zakat, mrAbi la yang kena, jangan dia lupa bayarkan untuk anakanda nya itu sudah.

Lagi??? oh ya open house, insya-Allah aku akan laksanakan pada raya tahun ini, hehe... tunggu mrAbi punya bonus, muahaha. Kejam-kejam. Dan juga masa lapang tukang masak import, mama.

Haaa baru puasa 2 hari dah sibuk nak raya kan? masa dah laju sekarang ni, perancangan dah tak boleh ditangguh-tangguh, tiba masanya satu apa pun tak siap. Kan? dah melopong.

~)@ Tahun ini mahu beraya di mana??? Huuu.

Tuesday, 10 August 2010

Susah dan senang

Ramadhan datang lagi, mula la nak terkenang-kenang. Ramadhan tahun lepas, aku berulit dengan cikOni, alahaiii bagai nak patah semua sendi-sendi mengenangkan dia. Betapa sungguh rumit.

Ibu baru, baru nak belajar semua benda, berbekal sebuah buku panduan penjagaan sepanjang tempoh kehamilan, ibu baru ni terhegeh-hegeh mencari maklumat. Terima kasih juga kepada laptop papa dan broadband mrAbi, gigih mencari data untuk berpantang semasa puasa.

Ramadhan lalu, datangnya semasa aku berpantang masuk bulan kedua. Syukur padaNYA kerana masih memberikan aku nyawa dan tenaga untuk melaksanakan tanggungjawab. Aku sudah pun kuat untuk berpuasa. Aku sudah pun bebas bergerak cuma kena slow-slow kerana terasa masih ngiluuu...

Ramadhan itu, aku terasa bagaikan mahu menangis bila mengenang cikOni, dia sudah pun menggebu, mau taknya dah minum susu formula. Bukan aku tak bagi susu ibu, bagi tetapi dia sangat kerap menyusu sedangkan aku masih terhegeh-hegeh memerah susu tambahan pula tidak pandai menyusu secara terus.

Bayi berusia dua bulan, apa lagi yang boleh dibuat selain mengamuk lapar. Nak suruh masak kat dapur pun tak boleh apatah lagi disuruh mencuci baju kan? Jadi bila dia tidur adalah satu nikmat yang tidak terhingga. Aku berehat sepuasnya namun... namun... waktu berehat itu terbalik dengan orang normal.

Waktu berehat itu adalah waktu siang, sebelah malam dia tidak tidur, hanya mahu orang menemaninya sepanjang malam, aku la yang bergilir dengan mama. Sungguh penat dan letih. Sepanjang dua minggu lebih kurang, berkeadaan seperti itu.

Sebagaimana kata kakKujie, Ramadhan tahun ini berbeza, ia sungguh berbeza. cikOni sudah setahun, dia sudah berlari, dia sudah tahu waktu tidurnya, dia sudah pandai bermain sendiri, dia sudah pandai memberi waktu rehat kepada uminya, dan yang paling terasa ketiadaannya tentula tokMama.

Ramadhan lalu bersengkang mata menjaga cikOni, kiniii rumah itu sunyi tanpa tangisan. Alaaa tokMama cikOni tu, tiba-tiba je kang datang KL. Bukan boleh cucu tak balik kampung. Haha...

Dikesempatan ini aku memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua sekiranya terlalu lancang berkomen sehingga ada yang terasa di sana sini atau terdapat entry yang membuat anda terasa hati, sesungguhnya aku hanya seorang hamba kerdil lagi lemah, aku juga mengucapkan:

SELAMAT BERPUASA
kepada
anda, anda..., andalaaa yang sedang membaca post ini :D
~ semoga Ramadhan ini lebih baik dari tahun lalu ~

~)@ Aiii, nak raya pulekkk... duit raya???kuih raya??? baju raya??? langsir raya??? bunga raya??? bunga raya? ahaha...

Monday, 9 August 2010

Tugas baru

Hari yang ceria, harap sampai ke petang. Rajin aku buat kerja. Ini kerja bulan 6 punya. Selagi boss tak check selagi itu la aku berpoya-poya, buat sikit-sikit. Ahaha. Taip satu perkataan, blogwalking melebih-lebih. Siap boleh taip entry lagi. Ngeee...

Ye, masuk hari ni dua kali aku hantar anak pengasuh aku pergi tadika, eh tadika ke? ahaha, pra sekolah la 5 tahun punya. Tadika 6 tahun kan? Udahla aku memang sengaja mau lambat-lambat, elok je hantar cikOni, menunggu anak pengasuh aku tu bersiap.

' Nak tumpang mama Oni... ' katanya, so aku kenala tunggu. Baik juga aku ni rupanya.

Ala bukan jauh pun tadikanya, tak payah start kereta pun, bawah tu je. Aku pun memang turun ikut laluan yang sama, tak bazir masa pun. Suka lagi ada, berlatih hantar cikOni pergi sekolah la konon-konon.

Cuma anak pengasuh aku tu, Baby amatla banyak cakapnya. Ada saje cerita dia nak cerita, aku dengar je la. Naluri ke'ibu'an katakan, kenala menjadi pendengar yang baik. Kihkihkih.

Tak rasa pun kalau berborak dengan Baby tu, terus je sampai parking enWaja. Aku hantar dia dulu, tunggu sehingga dia masuk pintu sekolahnya, baru aku ke enWaja. Sekali jalan.

Ingat sudah lambat, rupanya masih awal. Hehe. Aku dah dapat access card yang baru. Melayang terbang RM50 aku. Huaaa... salah sendirikan, padanla muka. Ahaks.

~)@ Esok tinggal satu hari, makan sepuas-puasnya. Macamla puasa tak dapat makan teruskan. Bazar oooh bazar. Yummi.