Jumaat aku MC, memang kalah betul kalau makan makanan bazar ni. Mesti akan terkena sakit perut melampau, 5 6 kali aku membuat pertemuan dengan mrTan***.
Resepi berbuka hari Jumaat, lempeng. mrAbi kerja. Aku berbuka seorang. Gigih mencari serbuk penaik, siap call mama kat kampung, mana la aku tau rupanya bagaimana, aku memang jarang masuk dapur. Jadi ini percubaan pertama.
Sebiji telur - pukul rata terlebih dahulu.
1 cawan tepung gandum.
1 sudu besar minyak masak.
3/4 cawan susu rendah lemak.
1 sudu besar gula.
1/2 sudu kecil garam.
2 sudu kecil serbuk penaik.
Gaul rata semua bahan kering lebih dahulu, tepung, gula, garam, serbuk penaik.
Masuk telur, minyak dan susu rendah lemak. Pukul rata.
Panaskan kuali non-stick. Masukkan sedikit bahan yang telah dipukul rata sehingga kelihatan buih-buih kecil, dan terbalikkan sehingga keperang-perangan.
Angkat dan makan bersama jem.
Senangkan?
So sepanjang malam, lepas aku berjaya memasang langsir. Melayan cikOni pula, tak terlayan weih, dengan mulut kepohnya, dengan perangai kaki 'mengemasnya' menjadikan aku malas nak layan. Biarla rumah aku berantakkan.
Sejak kali pertama mrAbi masukkan dia dalam kotak mainan tu, terus dia pandai masuk sendiri, lepas tu tak lepas nak kuar sendiri. Haha padan muka. Kan aku dah kata, aku malas nak layan. So dia gigih la cari jalan.
Kali pertama aku pakaikan dia t-shirt seksi ni dan aku rasa memang lepas ni tak boleh pakai, huh! cepat benor besornya dak ni la...
Then, hujung minggu aku di Langat, paling menyeronokkan bila abang ipar aku balik sama. Huuu... si Ryan dah sama besar dengan cikOni, cikOni dengan cikSu Mija dah main sama-sama. Yang kelakarnya, cikOni tak sudah-sudah mengukur rumah mertua aku tu, keluar masuk-keluar masuk, usik sana-usik sini, sorang-sorang aje. Orang dah dapat kaki.
Senang la hati aku dah. :D
~)@ Mendung je cuaca puasa-puasa ni. Tapi... mengapa aku cepat haus?
9 comments:
cik oni noti! cutenya masa masuk dlm kotak mainan tu.. hihihiih
kulit mcm umi, muka cam abi dia.. tu lah dia cik oni yg sgt comel..
cam sodap jer lempeng tu..
nak buat tkut tak jadi je nanti..huhu
cik oni comeyy..*__*
suka kasi ummi die wat
ot kmas umah yea..hehehe
lama tak singgah lawat blog umiOni ni..cute cikOni..selamat berpuasa ye..(^.^)
mira;
mmg noti, letih ngejar.
shiQa;
satu lagi, gigi mcm umi. kikiki... rambut pun dah ikut mrAbi.
ain;
akak pun main belasah aje, haha nmpk srupa gmbr, ok la. haha, cikOni noti.
eem's;
hehe, takpe. umiOni pun tak sempat nak buat blogwalk sbb busy lately. umiOni tak boleh masuk blog yann la, ngape eh?
alahai cik oni ye nama kamu..heee 1st time dtg sini..
emm sedap nya lempeng ngan choc tu...lagi2 makan dgn aiskrem ke..pehhhhh
kakFara;
nama bdk ni cikOni, emak dia cha aje. haha.
suka tgk anak kakFara yg kiut2 tu.
haha lempeng 1st time cuba, sedap :D
hummm nice look "lempeng"... ari nih nk try wt 4buke pose..
mamLia;
sila-sila, gerenti mables :D
Post a Comment