Menemani aku dari jam 7.30 pagi sehingga 10.00 pagi setiap Isnin sehingga Jumaat. Aku sangat suka dengar celoteh PakNil. Sebelum ni beliau bersama arwah Din Beramboi, aku bantai gelak sorang-sorang dalam kereta. Sekarang PakNil bersama Ray dan Haniff.
Maintain ceria dan gelak, aku rasa kalau aku duduk dalam konti tu bersama dengan dorang aku hanya gelak memanjang tanpa suara. Sungguh ada sahaja sakat-menyakat, usik-mengusik.
Panas enjin kereta, buka tingkap (kalau tak hujan) sebab aku tak suka guna air-cond, on radio, start sengih macam orang tak betul. Sehari satu topik pagi, pagi ini topik lagu raya dan kenangan malam raya. Macam-macam cerita.
Bersambung pula dengan can I help you, part ni memang aku nak gelak guling-guling, Haniff akan call seseorang speaking dalam bahasa inggeris, tercangak-cangak orang yang menerima panggilan dia tu tak pandai speaking. Bila panggilan itu dah berakhir, mereka bertiga akan betulkan semula jawapan-jawapan sepatutnya.
Rancangan diteruskan dengan teka bunyi era, ada satu bunyi dan teka. Lumayan kalau dapat.
Dalam pada gelak-gelak, terselit juga ruang merisik khabar untuk mengingati, membantu orang yang memerlukan, owh... aku sangat touching part ni, bila PakNil berbual dengan orang terbabit, air mata aku bergenang-genang kekadang sampai menangis betul. Aku suka PakNil mengacara.
Segmen seterusnya jangan lupa nyanyi, ala-ala jangan lupa lirik. huuu... aku suka dengar dorang bertiga nyanyi lagu tema tu. Suka hati sungguhla. Meriah.
Aku memang suka dengar riuh pagi era, lepas jam sepuluh aku bertukar channel pulak. Haha... Suka layan mp3 feel sorang-sorang.

~)@ Lagu raya PakNil tahun ni best ;) korang suka dengar radio apa wei?
5 comments:
Sampai hafal dh segmen2nya...cayalah!
ehh.. wajah baru.. sedondon ngan logo era.. kelasss....
umiIman;
hari-hari layan ;) kita suka PakNil
mekChu;
baru prasan ke mekchu? rumah baru ni... nak raya.
patutlah suka era fm, sbb warna logonya pun hijau...
akak pun suka jugak. kalau memandu seorang2 memang akak dengar. kalau ngan suami tak bukak radio pun sbbnya bersembang lagi kuat daripada radio.
ibuWawa;
suami pun suka dengar era. hehe, sungguh menghiburkan ;)
Post a Comment