Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Sunday, 18 August 2013

Aidilfitri 2013.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Syukur, Aidilfitri tahun ini amat sederhana tetapi kemeriahannya tetap dirasa. Aku juga gembira melalui hari-harinya walaupun sejujurnya terasa sedikit kecil hati namun rasa yang sedikit itu terubat dengan keletah anak-anak.

1 Syawal 1434H disambut penuh kenyukuran.

Auni berubah total apabila tidak lagi berperangai tidak mahu bersalam. Mungkin dia sudah sedikit matang dan memahami kemeriahan hari raya, pakai baju cantik, cari kawan bila bertandang ke rumah orang, makan gula-gula banyak serta duit raya.

Tahun kedua Adli berhari raya sudah pandai berlari, melompat, makan-makan-makan. Muka jangan kata memang terpeta raut garang dan nakalnya, namun begitu Adli tetap menjadi pujaan hati semua orang dengan perlakuannya yang tersendiri. Baik dia atau pun Auni sangat menjaga diri dan mendengar kata. Lasak budak-budak, itu perkara biasa.

Si peramah Arrizqi, oh tuhan...sesungguhnya dia memang seorang yang pembawa rezeki dan rahmat Allah. Jika Adli menjadi pujaan ramai, Arrizqi pula romeo hati ramai. Dia punya aura membuatkan orang jatuh suka dan rela untuk menjaga dia. Punya sikap ramah dan suka ketawa emak, punya gigi besar emak, punya mata cantik dan most important dia sangat behave seperti Adli dan Auni yang tidak susahkan orang. Walaupun aku yang menjaganya sendiri namun bila orang lain take over, dia tidak ada masalah. Main-main-main. Dengan semangat jitunya, melihat abang dan kakak main, Arrizqi sudah boleh turun tangga dengan cekap dan berjalan dengan lebih kerap. Perkembangan yang lebih cepat daripada Adli.

How cute they are... abi punya kerja.

Menggayakan kaca mata bersama baju tradisional keluaran Jkid. Dah macam pentas peragaan pun ada.

Tahun ini beraya di Hulu Langat, agak sunyi dan hening kerana hujan turun pada Syawal yang pertama. But, habis juga melawat makcik, pakcik, nenek yang tinggal sekeliling kampung. Menjelang petang barula mencari jalan pulang sebelum bersambung sebelah malam.

Keesokkan paginya terus bergerak balik Johor serentak keluar dengan mertua yang pulang ke Terengganu. Aku hanya sempat memandikan Auni dan Arrizqi sahaja, Adli yang masih tidur mandikan di RnR waktu abi berhenti untuk tidur seketika. Tidak lama aku sampai keluarga bonda QWP datang ke rumah mama. Syukur, pertemuan ini berlangsung dengan suasana cukup mengharukan. Insan yang selama ini jauh sudah kembali kepangkuan. Kemeriahan Syawal kali ini terkesan juga dihati aku. Tersentuh melihat anak-anak kami mesra bagaikan mereka bersua hari-hari. Bergelak ketawa walaupun hati emak bapanya bergalau dengan perasaan berbaur. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Tutup buku lama buka buku baru. Ini pertemuan pertama kami selepas peristiwa jauh hati, makan hati, patah hati dan kecil hati beberapa tahun lalu. Tidak pasti, apakah yang aku seorang yang berperasaan begini? hrmmm...

That's it, kami bertemu. Link blog bonda QWP lihat sidebar bloghijau. Lama menyepi blog bonda. Pertemuan pertama kakakWiya dan Auni.

Hari seterusnya beraya lagi, rumah makcik, pakcik dan kawan-kawan pihak Johor pula. Habis satu hari dan macam biasa trio tetap sedondon walaupun pakaian di sponsor tok papa dan tok mama. I love sedondon. Yeah! Masih lagi ada yang bertanya darimana datangnya Arrizqi. Ngeee... Soalan cepuemas kenapa emak tidak besar-besar dan tua sedangkan trio sudah besar. Adeih!

Dua hari selepas itu, kami kembali ke Sg. Buloh. Sempat singgah di Negeri Sembilan melawat kawan opis abi, team Perkep je ada, kawan abinya kerjala. Giliran berhari raya di rumah sendiri pula. Jemputla datang, aku sudah di rumah untuk menyiapkan order handmade card untuk pelanggan. Kecil-kecilan aja, promote quilling tu kan? Dan, tiba-tiba berminat hendak jadi duta tupperware. Wiii...jom-jom beli tupperware.

Jom tengok apa yang aku ada:

Tok papa dan tok mama pun dah terpengaruh sedondon, ngeee...

Like always baju daripada cuties gergous, Arrizqi je daripada tok papa mama.

Ni pun sama dengan yang atas, Arrizqi daripada Anakku, baju Adli.

Sama juga daripada cutiest gergous. Adli tidur masa ni, sama dengan Arrizqi.

Hero-hero dalam hidup aku, love they all damn much!

Cuti raya ni memang pusing area Selangor dan KL sahajalah. Saudara mara sebelah abi memang merata. Seronok juga bila orang asyik lupa anak aku sudah tiga, hiks. Tau-tau sudah pandai jalan. Bersyukur sangat-sangat Syawal tahun ini boleh aku kata sangat istimewa dan penuh kemeriahan.

Dua tahun aku pakai baju brand Puteri daripada AEON, best dan selesa.
Dengan Arrizqi tu, baju kakIzan aka cikMot. Merasa pakai shawl radiusite. Beli sendiri, memang tidaklah.

Eh, tuan tanah nak interframe juga, ingat gambar masa hendak puasa hari tu, haaa masa 1 Syawal berat aku 46kg, turun. Menjelang je raya pesta makan penuh semeja, orang yang nampak aku kata aku gemuk, hahaa. Yang penting baju aku boleh muat S size lagi. Muehehe. Ingat aku diet? tak ada maknanya.

Ini saja cerita raya 2013 aku, simple sajakan? Tahun pertama beraya dengan gelaran pengurus rumah tangga, aku rasa teruja juga.

Wednesday, 31 July 2013

Keluh kesah kisah makhijau.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ok, Jumaat lepas entry jiwa kacau. Lupakan-lupakan. Hari ini, Rabu sudah pun tiba malam 10 terakhir Ramadhan, sekejapan masa berlalu. 

Sabtu lepas, aku menyiapkan tugasan pengurus rumah tangga seperti biasa. Membersih rumah, menyusun atur semua dan clear dengan harapan si dia membawa kami ke IKEA, sudah hantar permohonan daripada minggu lepas lagi. Hrmmm...aku hanya mampu mengeluh apabila tiada IKEA. Muka, jangan kata sudah cemberut macam cencorot. Hodoh benar rasanya.

Tidak boleh aku yang mengajak, tangtangtangtu la abi dijangkiti demam. Demam sebab isteri mengajak pergi IKEA. Sabar je la. Tapi, disebalik tidak pergi IKEA tu aku belajar sesuatu. Memandu ke kedai bersama Auni, muehehe. Best juga, merewang dengan minah tu, mendengar dia potpetpotpet, kasihan Adli aku tinggal macam tu je dengan tangisan. Rasa hendak bawa juga tapiii, aku belum berani lagilah.

Ahad, aku memandu sekali lagi, kali ni malam. Hantar abi pergi klinik. Woahahaa, syabas untuk diri sendiri. Kali pertama dalam sejarah. Ngeee...best juga, dapat bersiar memalam minggu walaupun sesat barat menuju klinik. Lantakla orang lain sudah lali rutin begini, bagi aku ianya baru permulaan.

Isnin, akhirnya...dapat juga merasa berbuka puasa di luar rumah bersama team PERKEP, ikut kawan satu tempat kerja abi. Haruslah aku gembira pasal dapat keluar daripada rumah. Memang la best berbuka di rumah, masakan hendak dalam rumah sahaja. Bagi aku yang tempat kerjanya di rumah, mestila bosan. Bagi mereka yang berkerja of kos la suka berbuka di rumah sebab dah lelah seharian di opis.

Memangla best berbuka di rumah, aku pun perlukan juga kawan-kawan bercakap, perlukan juga ruang untuk aku bersosial dengan kawan-kawan yang masih ada, masakan hanya hendak berbual di laman sosial semata-mata. Memangla best berbuka di rumah, orang yang hari-hari berkerja juga suka apabila menghabiskan masa bersama anak-anak bila ada ruang masa, bagi aku yang di rumah ni, masakan hanya di rumah sahaja, aku perlukan juga udara luar daripada rumah. 

Bagi aku yang sudah merasa bagaimana berkerja dan merasa bagaimana duduk di rumah, sudah tentu-tentulah semuanya masih baru bagi aku. Tahun ini tahun pertama aku berpuasa bergelar pengurus rumah tangga, sudah tentu aku akan membezakan dengan zaman aku makan gaji dahulu. Gelaran kita sama cuma kisah dan perasaan kita belum tentu sama.

Suka tengok anak-anak dibelakang tu. 

Dorang kata, empat sebelah kanan ialah duta Maajun Anggun Bistari. Anggunkan kami? Ye, termasuklah aku, muehehe. Kaki aku macam ranting kayu je.

Well, aku pakaikan oren untuk askar bertiga tu, aku macam biasa kena adil sama dengan abi, sama dengan anak-anak. Mudah untuk cari mereka sekiranya tidak duduk diam. So far, alhamdulillah. Semua orang jadi kagum dengan mereka bertiga yang baik-baik sahaja. Adli diam dan makan, Auni diam dan main game, Arrizqi diam dan tidur. Waktu sudah makan pun, mereka masih juga baik ikut siapa sahaja yang sudi menjaganya. Aku dapat makan dengan tenang. Abi dapat makan dengan tenang dengan sedikit demam bersisa.

Tinggalkan mereka diruang pentas, mereka lekas sahaja berkawan. Baik Auni, baik Adli. Arrizqi pun diam sahaja malah suaranya langsung tidak kedengaran. Aku? macam biasalah dapat jumpa kawan setahun sekali macam-macam cerita la. Tahun lepas aku joint dengan tiba-tiba mengandungkan Arrizqi. Tahun ini, tiada lagi kisah pregnant tiba-tiba. Kami berbuka di Kampung Pengantin, dengan menu nasi Arab melayu, sedap.

Selasa, jam sudah menghampiri 11 malam, bawa Arrizqi ke klinik sebab sakit mata. Huh, aku sudah menguap berkali-kali, abi ajak juga pergi sebab Arrizqi takut sungguh hendak buka matanya.Woah! doktor tu memang sempoi, gila-gila. Dia terus bagi ubat cecair dan titis di mata, alhamdulillah hari ini beransur sihat budak aktif tu.

Tu belah kanan, budak sakit mata. Meligat tetaplah meligat. Mentanglah sudah dapat kaki, suka.

Rabu, aku gigih buat biskut makan sendiri untuk anak-anak. Hujung minggu lepas tidak keluar belanja, jadi menggigih juga la emak ni kan. Ok, sekian sahaja update untuk seminggu. Hadoiii. Jumpa lagi lain episod. Buka posa sorang-sorang balik semula, sabo je la.

Biskut mentega (atas) dan biskut milo ciptaan sendiri.

Selamat menyambut Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin kepada semua. Kasi wish awal, tatau bila dapat update bloghijau lagi. Jaga diri dan berhati-hati semasa beraya. Sayang semua daripada: Aku, Abi dan Askar tiga.


Thursday, 18 July 2013

Istimewa Aidilfitri.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Masih ada kawan, muahaha. Buat entry ringkas je la, untuk dijadikan kenangan dan diulang baca ketika kebosanan. Sebenarnyakan, aku tidak sabar hendak beraya. Dua hari lalu, hari aku yang sangat gembira kerana, ada kawan yang masih mengingati diriku yang jauh terasing kini.

Istimewa Aidilfiitri, pemberian daripada cikMot atau kakIzan. Rakan mesra Instagram, Facebook dan Blogspot, aku suka sangat tengok dia gigih mengumpul fridge magnet (fm), sebagaimana dia gembira melihat fm-fm nya. Kali pertama aku mendapat kad raya bentuk badge magnet. Ye, sesuaila dengan hobinya berserta dengan duit raya untuk askar aku yang bertiga itu. Terima kasih cikMot.

cikMot ada dua bunga, satu kumbang.

Then, sebelah petang sedikit lagi abi pula wakil diriku menerima parcel pos laju, pemberian daripada kakYanti atau seorang guru, seorang yang menjadi sumber inspirasi aku. Baru pulang daripada menunaikan umrah. Terima kasih kakYanti. 

kakYanti ada tiga bunga dan dua kumbang.

Syukur alhamdulillah, aku masih diingati teman-teman, masih disayangi kawan-kawan (eh, ye ke?) korang sayang aku kan? ihiks. Meh, siapa lagi hendak bagi hadiah padaku, aku suka.

Monday, 10 September 2012

Auni, Adli kumpul duit raya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Katanya take turnkan, jadinya beraya di Johor pula. Raya kedua, mertua balik Terengganu kitorang balik Johor. Macam yang lepas, berjumpa mama, papa dan adik aku di rumah nenek sahaja. Berikutan, mama dan papa sudah pun yatim piatu makanya perjumpaan dengan nenek [tiri] berlangsung dengan kadar singkat.

Siap memandikan Auni dan Adli, siap sesi makan-makan, jadual perjalanan di susun mengikut turutan lawatan seperti lazimnya setiap kali raya. Macam biasala, masing-masing terkujat dengan perut makcik yang tiba-tiba ada baby ni. Hahaaa.

Nama pun mak buyong, habis sebalang demi sebalang kuih raya orang dihabisi. Selera makan memang tidak terkawal langsung. Pulun.

Bila perut dah mengeras-ngeras, mulala mengah. Apa pun tak boleh hendak buat dan rasa hendak menangis sahaja. Berharap agar tidak terkena sakit perut, huih azab gak bila kena. 

Tahun ni, tidak berjalan raya sangat sebab rumah Felda mama papa tu meriah dikunjungi tetamu. Tahun pertama mereka berAidilfitri di rumah tersebut. Rumah yang tidak sebesar rumah di Felda lama, namun tetap meriah malah lebih meriah. Jadi padat apabila keluarga adik-adik papa yang tidak bersua dapat berkumpul di rumah abang [papa] sendiri. Rasanya, hubungan kembali terjalin. Berikutan, hanya tinggal papa satu2nya abang paling tua dikalangan adik beradik lain. Yang muda perlu mencari yang tua.

Hari selepas tidak berjalan ke mana-mana, kitorang pergi shopping. Raya-raya pergi shopping, kehkehkeh. Dapat aku beli tudung, baju anak-anak, dan sedikit kuih raya. Jadila, bila ada orang tiba-tiba tersesat hendak beraya ke rumah aku nanti. Aku balik KL awal kerana sudah ada temujanji untuk scan baby Arrizqi tempohari. Itu sahaja kisah raya aku. Gila bosankan? ok la tu, sebab aku pun tidak gagah sangat untuk ke sana ke mari.

Auni, sudah jauh berjalan pun masih cari buku lagi.

Aku yang join group makcik-makcik, apakah?

Adli dan Aishah Husna, sedondon pula. Aishah Husna tu, sepupu abiAdli. 

Si gagah perkasa yang belum lagi nak gagah. Hahaa.

Si lasak dan aktif sepanjang masa. Auni.

Dorang ngan abi dorang. Auni kalau bergambar, mata serupa ngang abi dia. 

Nota hijau: Anak-anak je yang gembira di hari raya. Habis dah gambar raya, ditapis sehabis daya. 

Monday, 3 September 2012

Giliran.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Habis sudah bulan Ogos, masuk September sekejapan masa berlalu. Diam tak diam dah setengah bulan kita beraya, belum lambat lagi aku hendak menempek gambar sekeluarga. Kena juga buat kenangan di bloghijau ini, berikutan hendak memprint semula begitula lambatnya.

Masih lagi mengekalkan tradisi mengikut giliran, tahun ini di rumah mertua. Alhamdulillah, semuanya berjalan mengikut perancangan. Cuma, biasalah perlu mengambil giliran untuk masuk ke bilik air. Hihiii, itula yang seronoknya.

Tahun ni, tenaga aku tak sama dengan dua tahun lepas yang hanya pasang badan dan ada Auni sahaja. Pasti berbeza, tahun ini ada Adli dan membawa baby rizqi pula. Semput dan bagai tidak cukup nafas. Puasa hari terakhir terasa lambatnya masuk waktu hendak berbuka.

Tidak lama sebelum berbuka, balik pula keluarga abang ipar. Ya, entah macam mana giliran kami boleh sama setiap tahun. Kebetulan. Habis waktu Maghrib, berpakat pergi main bunga api dan mercun di malam raya. Aku rasa macam pesta Tahun Baru Cina pula, meriah la sangat-sangat bila dapat berkumpul sepupu dan sepapat.

Pagi raya, mata bagaikan tidak mahu buka. Part paling best, emak mengejut anak masing-masing termasukla aku. Siapa yang tahan hendak mandi seawal pagi dengan air gunung tu. Sejuk. Sabar je la. Habis semua janji keluar untuk mengumpan si anak bangun dan mandi, main bunga api la, mandi sungai la, mandi kolam la, collect duit raya la. Sudah namanya anak, kalau mata kata tidur mereka sudah tidak peduli.

Tahun ini aku slow and steady, tidak larat berkejar sangat-sangat, banyak mengalah dengan adik beradik abi yang lain, aku hanya ikut rentak abi. Hahaaa... aku siapkan Adli, dia siapkan Auni. Baju raya, aku sudah sedia gosok daripada rumah. Mula-mula Auni nangis juga, bila mata dia dah betul-betul terbuka dan tersedar, dia pula yang paling seronok.

"Auni tak nangis pun ummi" katanya bila dengar mak usunya menangis gara-gara bersiap paling akhir. Banyakla Auni punya tak nangis, dia menjerit kena air sejuk awal pagi tu apanya. Aku ya kan ajala. Dan habis sesi makan dan fotografi-acceh, setelah abah pulang daripada masjid serta sesi bermaafan, kami pun keluar beraya berjemaah. Auni dapat ikut abi ke kubur arwah nenek [emak abi]. Aku tinggal dengan Adli yang sibuk sangat hendak tidur.

Masuk petang, aku dan abi dah pun pancit. Hahaaa. Apatah lagi melihat anak-anak yang bagaikan tidak cukup tidur. Pasti banyak ragam bila badan sudah penat. Pastinya aku la yang akan kena handle keduanya, abi... bila dapat tidur, payah benar hendak sedarnya.

 Tak gaya mak ngan bapak kan? hahaaa. Bajet muda gittu. Anak mak, anak bapak.

Gambar atas: Adik beradik lelaki abi kecuali abang Long-baju biru merupakan biras aku.
Gambar bawah: Kakak dan adik abi kecuali, makNgahFiza-baju coklat yang merupakan biras aku.
 
Tahun ini, semua pun berkumpul. Sayangnya, ummi dan abah dah berjalan raya dahulu sebelum fotogedik ini di ambil. Kedudukan aku terbalik pula dengan adik abi tu. Hiii.

 Adli sudah mahu cari bantal. Kurang 3 orang, masing-masing dah teruja.

 Abi, Umi, Adli dan Auni.

Yezzaaa... my lovely family. InsyaALLAH next year, tukar background lain, tukar tema lain dan pertambahan ahli. Adli dah tak boleh belah. Dia memang sudah meronta hendak tidur. Tahun sudah, Auni. Tahun ini beralih Adli pula, tahun depan baby rizqi pula. Sabar je la.

Ramai yang kata baju Auni dan Adli tu tempah, sebenarnya baju AEON sahaja. Mujur abi suruh shopping awal hari tu, dapatla sepasang lelaki dan sepasang untuk perempuan.  

Nota hijau: Sekian, belum habis Aidilfitri lagi kan? ngeeee...

Thursday, 16 August 2012

Kad Raya tahun ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pertama kali terima kasih yang sudi mengingati. Sangat menghargainya.

Daripada kekDa atau pnStoberi. Macam lari tema je ni kekDa. Tak ada buah stoberi. Hihiii. Digantikan pula dengan keychain daripada Terengganu. Suka sangat. 

Daripada Masya atau aku lebih suka memanggilnya Yana. Punya dua orang hero yang disayanginya. Disertakan sekali duit raya untuk Auni dan Adli. Tahun hadapan, panjang umur kena tiga sampul la ya ;)


Daripada Mazerah Mohd atau Maz atau kawan opis aku, teman yang sporting dan sempoi. Juga anak didik quilling art aku. Hasilnya, dia boleh buat kad raya lebih cantik, lebih kretif daripada tok gurunya sendiri. Tahniah kawan. Berseri meja aku.

Nota hijau: Terima kasih kawan-kawan kerana menjadi supporter terbaik bloghijau. Terima kasih kawan-kawan kerana sentiasa ada bila diperlukan. Terima kasih kawan-kawan kerana sudi menjadi pembaca setia bloghijau ini. Terima kasih-terima kasih-terima kasih dan terima kasih serta terimalah.

Istimewa kepada yang membaca entry ini :) 

Tuesday, 14 August 2012

Bukan lagi rahsia.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Beria-ia, geng PERKEP berbalas message, macam biasa aku selamba je selagi abi tidak mempelawa. Dalam tidak pelawa tu, baju aku dan anak-anak sudah siap aku gosok, cuma tidak menaruh harapan tinggi sangat. Berbuka puasa di Hotel Midah bersama pasukan tempat kerja abi.

Menjadi rutin setiap tahun, aku la menjadi reporter aka photographer tidak diiktiraf. Tahun ini naik taraf sikit dengan Canon dslr hadiah ulangtahun perkahwinan daripada abi. Sayang pula tidak diguna pakai. Pulun je, bubuh je. Janji bergambar.

Beria-ia abi balik awal ambil Auni dan Adli, sudahnya tunggu emak juga balik siapkan seorang demi seorang. Maklumlah emak ni pakar sikit part milih baju yang hendak dipakai. Mujur abi sporting hendak sedondon dengan emak ni.

Jalan sesak itu biasalah, terfikir juga aku sempat ke mereka ni berbuka puasa kalau kesesakkannya macam tiada penghujung. Auni pun berkata "kereta panjang sangat". Nampak pula teksi "kereta bomba umi". Oh, si penghibur duka umi, bila masa kereta sewa warna merah ni bertukar jadi kereta bomba. Bukan kereta panjangla, kereta banyak. Auni-Auni, terima kasih sebab dikala sesak macam ni, ada sahaja yang gelihati.

Mujurlah suasananya agak tenang, aman dan ada juga ruang untuk anak-anak berlari. Masing-masing sudah berkaki, masing-masing hendak bawa diri. Termasuk Auni dan Adli. Memang terserlah habis sifat ke'kakak'kan Auni, tatkala dia mengajak kawan-kawan satu batchnya bermain. Jenuh abi membetulkan rambut mahal dia. Adli diam sahaja, makan-makan-makan.


See? tiada satu pun yang elok bila Auni bergambar. She is funny rite? Aktif, peramah, suka berkawan, suka menyanyi, then she like posing. Anak-anak aku ni memang suka buat memek muka, macam-macam pun ada. Tahun depan Adli akan join sama-insyaALLAH.


She like friends, same as her mummy. Semua ikut dia walaupun sebelum tiba di destinasi dia mogok, menangis gara-gara sedang asyik menyanyi tiba-tiba terhantuk pintu kereta dikala abi membelok tajam. Hendak ditolong, aku duduk disebelah pemandu, kereta mini abi memang sempit tidak seperti Waja yang boleh memuatkan aku dan Auni.

Pipi kembang semacam. Same like before. Haish!

PERKEP team, kurang lengkap berikutan ada yang masih dalam pantang, ada yang keadaan tidak mengizinkan, insyaALLAH nanti kita berjumpa lagi. Yang pasti, anak-anak semakin bertambah. Lihat sahaja makcik hijau yang sudah senget benget tidak stabil membawa bukan sahaja dua orang anak tetapi tiga. Hahahaaa.

Hanya kerana Medela Swing, segala-galanya terbongkar cerita. Itu cerita lain kalilah. Paling tidak pun tunggu sahaja bo'boy' atau ge'girl' yang tidak lama sahaja lagi akan keluar-insyaALLAH. Kakak Auni dan abang Adli pun bagaikan sudah tidak sabar-sabar hendak lihat baby. Alhamdulillah.

Nota hijau: Tahun hadapan, tidak pasti boleh pegang anak-anak macam gambar bawah sekali itu atau tidak. Hahaaa. That's why PB digantung perkhidmatannya. Will update after 1st scan baby later. Daaa.

Wednesday, 8 August 2012

Ramadhan ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ramadhan kali ini memang sangat berbeza dengan tahun-tahun sudah. Tahun lepas, aku tidak pernah tertinggal untuk bersahur, membawa Adli yang baru masuk bulan ke tujuh. Bila sudah hari-hari bangun sahur, jika tertinggal untuk satu atau dua kali, padahnya membawa kepada melepek langsung tiada tenaga.

Sekurang-kurangnya jika bersahur, aku dapat cover tenaga sehingga tengah hari. Apatah lagi, Adli memang aktif tidak terkata pada masa itu. Ramadhan kali ini begitu juga, aku memerlukan tenaga hanya untuk meladeni hal kerenah anak-anak selain mengelolakan rumah, itu belum part pergi balik kerja lagi. Tenaga memang berganda-ganda.

Aku makan nasi harus dua pinggan, apatah lagi Auni selalu bangun untuk teman bersahur. Jadi, kena pulun apa sahaja yang ada di dapur.

Ramadhan kali ini, aku menerima berita-berita tentang kematian. Dua minggu lalu, dikhabarkan sepupu aku meninggal kerana kemalangan jalan raya, minggu lalu emak kepada kawan adik aku pergi kerana sakit, selepas itu berita kematian anak kepada jiran lama mama dan papa aku pula, pun kemalangan jalan raya. Paling terbaru, kawan sekolah aku sendiri. Walaupun berlainan kelas, tapi aku memang kenal rapat dengannya, meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Allahuakbar. Al-Fatihah, mereka pergi dalam bulan berkat. Semoga roh-roh arwah dicucuri rahmat hendaknya.

Ramadhan kali ini, aku tidak bergalak sangat menyediakan persiapan untuk raya. Yang penting anak-anak, mereka berdua sahaja aku lebihkan. Abi pun tidak mengisahkan sangat untuk bershopping sakan raya macam tahun lepas.

Mungkin sebab anak sudah dua, hendak bersesak di shopping mall bukan kegemarannya. Aku pun tidak kisah janji, boleh sedondon di pagi raya itu sudah mencukupi untuk potret keluarga pada tahun ini. Beraya di mana pun aku tidak kisah. Ikutkan tahun ini giliran abi. Tunggu sahajalah.

Rumah? lagilah aku tidak hirau. Aduhaiii, sabar je la. Paling-paling, tukar langsir je rasanya. Itu pun kalau rajin datang, jika tidak guna sahajalah langsir yang ada, tidak larat hendak berkemas dengan budak berdua tu. Aku lebih rela duduk melayan anak sambil layan mata. Ngehehehe. Kuih raya? hahaaa. Lagila, ke laut dalam, beli je senang. Kat pasaraya pun banyak biskut yang sedap-sedap. 

Pokoknya, Ramadhan kali ini... adalah biasa-biasa sahaja. Iftar pun tiada, ada tapi... hrmmmm malas hendak ulas. Rasanya, Adli Auni sahajalah yang gembira menyambut Hari Raya tahun ini ;)

Friday, 27 July 2012

Kad Raya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Happy 10th month my 'demok' Adli. 

Aku suka hantar kad raya, tah... aku suka walaupun zaman semakin canggih dan berteknologi. Selagi kad raya masih lagi dijual di kedai, selagi stem masih digunapakai, selagi aku ada kudrat dan masa, maka... aku akan terus menghantar kad raya kepada mereka yang masih sudi menerima.

Akhirnya, kad raya buatan tangan ini, hasil daripada belajar secara tidak sengaja berjaya aku siapkan sebanyak 40 keping kesemuanya. Huhuuu.

Walaupun gambar yang tertera di atas kad itu ringkas, namun melihatkan kewarna-warniannya cukup membuat hati aku gembira dan stres hilang serta merta. Kad raya macam kad pintar untuk budak-budak. Hahaaa. 

InsyaALLAH akan terbang kepada mereka-mereka yang dekat dihati, dirindui, disayangi. Tidaklah secantik mana, ini sahaja usaha yang aku boleh buat untuk jalinan dan ikatan persahabatan terus terjalin. InsyaALLAH.

 Tidak dijual.

Suruh aku buat sebiji sama pun aku tak boleh. Hahaa.

Tidak sanggup hendak ulas satu persatu, sebab setiap satu memang ada tersendiri punya gaya, itula kelemahan aku yang satu, gagal meniru. Hahaa.

Tengok sahaja gambar masjid tu, kubahnya sahaja berbeza-beza. Tangan masih kayu, tidak reti mahu bentuk, asalkan jadi. Pelita adalah paling senang hendak buat, berbanding ketupat yang kecil-kecil quillingnya. Lemang? tidak banyak yang ada sebab jenuh mencari tutorial gambar lemang quilling hendak dirujuk, misi gagal so aci redah sahajalah.

Siap 40 keping pada hari ke 6 berpuasa. Kata Mazerah, boleh rabun warna dibuatnya sebab terlalu fancy. Ngehehe. Misi seterusnya ialah membuat rama-rama 500 ekor lagi dan yang pasti aku harus dapatkan lidi quilling yang baru berikutan yang sedia ada sudah hendak patah dua. Aku mengimpikan set quilling yang sebenar [mula mahu tamak ni] kehkehkeh. 

Aku hendak berterima kasih kepada blog ::Bisikan Hati-Sis Lin:: sebab di blognyanyalah aku berjumpa dengan link blog Lin Handmade Greetings Card dan terus aku mengkaji seni Quilling. Daripada menggunakan pisau dan pembaris, membawa kepada penggunaan shredder. Hehee.

Nota hijau: Siapa nak bagi set quilling mahal kedaung tu? kalau tidak usaha sendirikan. Huhuuu. 

Monday, 12 September 2011

Bila dah jadi emak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Adeiii, mataku merah sebelah, mataku gatal sebelah, mataku bengkak sebelah, mataku kelabu sebelah, mataku hanya sebelah yang masih elok. Huaaa, aku kena sakit mata. 

Ini Oni punya angkara, dia dapat daripada salah seorang kawan dia di rumah pengasuh. Sudahnya masa pergi rumah terbuka pengasuhnya pada hari Sabtu lepas, ramai juga yang kena. Semua dah jadi macam lanun, kena tutup mata sebelah. Tapi, raya punya fasal. Hantam sajalah labu.

Aku memang dah agak, bila Oni sakit, aku pula yang kena lepas dia atau orang terakhir. Sebab tu aku bimbang betul bila ahli keluarga aku sakit. Tapi, sakit ni tandanya ALLAH sayangkan kita. Penghapus dosa kecil, sabar-sabar-sabar.

Abi suruh MC, bulan ni je berderet dah MC aku, tu yang aku malas tu tambah-tambah lagi due aku semakin hari semakin hampir. Lagila aku kena simpan-simpan cuti sikitkan.

Hari Ahad pun gagah lagi pergi rumah terbuka kawan abi, mujur dua-dua area rumah aku tu juga, so pergi je la. Makan free kan. Aku makan tak berhenti naik lenguh rahang, gila melampau kan? hahaaa tu pasalla aku kena pergi kerja. Sebab bila aku buat kerja aku lupa nak mengunyah.

Mudah-mudahan mata aku ni tak mengambil masa panjang untuk kembali pulih.. Ni la bila dah jadi emak, bila anak kena kita pun kena tempias sama. Well, semoga aku sempat untuk menghadiri undangan rumah terbuka minggu depan. Hihiii. 

Menghitung hariii. Takde gambar.

Monday, 5 September 2011

Aidilfitri 2011, Johor.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Update pasal raya? hahaha, sikit je la ye, raya aku biasa-biasa je. Perut dah sarat tapi nak gak pakai baju raya sedondon dengan abi. Cian Oni baju dia lari tema sikit gara-gara tak sempat siap. Patutnya dia sedondon dengan abi. Tapi, kira ok la sebab raya kat Johor. Wiii.

Sempat lagi bershopping last-minute, berbuka bersama kawan-kawan sekolah, dan membuat persediaan untuk sesi masak memasak. Aku masih tak percaya raya jatuh pada hari Selasa, rasa kejap benar aku puasa (puasa penuh tau ;))

My small family in purple, Oni tayang duit raya daripada abi.

Still in purple. Pak Su je nak lain.

Hari Raya ialah hari bergaya buat Oni. 'mamaaa antikkk' sambil tayang-tayang baju.

Then, macam biasa lepas Zohor bertolak balik Machap. Nama pun beraya, kerjanya makan-makan-makan dan makan. Alhamdulillah, dapat lagi aku merasa ayam masak merah, rendang daging, lodeh, sambal kacang hasil tangan mama. Dan, paling penting orang makan ketupat anyaman aku. kekekekeke. 

Lagi, nak citer apa? Tu la aku kata, raya aku biasa-biasa je. Aku dah beraya ke mana-mana, tapi rumah mertua aku tak sampai lagi, dek kerana mertua aku masih lagi beraya di Terengganu. 

Rayakan sebulan, insyaALLAH, jika aku larat dan sihat yang mana area-area KL ni, aku sampai la di depan pintu, hehehe. Nanti aku beritau arah tuju aku ye.

Saturday, 27 August 2011

Kad raya daripada geng hijau.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ye pasti dah ada yang mulakan perjalanan pulang ke kampung, aku? masih steady lagi, belum packing belum apa-apa lagi, hahaaa. Abi kerja la, kasi dia setel kerja dia dulu.

So dek kerana masing-masing dah mood raya, makanya aku pun nak tayang gakla kad raya yang telah mencetus kontroversi antara aku dengan PA, Jeanne - dia jeles asyik kena amek surat untuk aku je. Ngehehe.
Datang daripada Bonda Wiya-selagi baby belum keluar. Atau kakFaizzah atau kakLong. Tahun ni aku sangat berharap berpeluang untuk bertentang mata dengannya. Saban hari berjanji, tapi suanya tidak juga sehinggalaWiya dah makin cerdik, dah makin petah dan besar. Maafkan daku bonda. Hihiii.

It's green, siap ada duit raya for Oni. Terima kasih bonda. mmmuah.


***************************************************

2nd card come from, kekDa atau pnStoberi. Kesian kekDa ternanti-nanti kad raya dia sampai kepada aku. Katanya nak buat surprise tapiii agak terlewat sampainya.

Cantik tulisan tangan kekDa. Love it, jatuh chenta. Terima kasih kekDa. Terharuuu.


****************************************************

3rd card from Bee. Sampai hati ko kata aku tak geng ngan ko Bee. Sob-sob-sob. Aku bukan jenis cepat lupa kawan. Aku ialah orang yang menghargai persahabatan. Cuma, kekangan masa, kekangan persekitaran, kekangan kesihatan yang membuat aku terlupa seketika. Biasala, aku blogger biasa-biasa je. Kadang-kadang mengalami kemurungan juga. Manusia.

Kad raya kartun. Ahaks macam ada maksud tersirat je ni Bee. Hehehe. Terima kasih Bee.


Sekian sahaja kad raya 2011, mungkin. Mana tau naik raya ada orang sudi nak hantar lagi kan? hahahaha. Apapun selamat beraya korang. Mmmuah-mmmuah-mmmuah.

Friday, 26 August 2011

Hutang kasi selesai.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Hari terakhir bekerja. Masing-masing dah ingat nak kemas rumah, packing baju, packing kuih, aku? masih cool lagi, hari ni aku jadi panda, tak cukup tidur. Setiap jam tersedar dek sepakan padu litle coro 33 minggu ni, makin besar, makinlaaa buat mak dia tak tentu hala.

Yang seoarang lagi dah bawa hati, bawa diri. Tidur pun dah tak mahu dengan mak dia, nak tidur sendiri dan depan TV. Balik pula si suami yang pun bawa diri, dah tak mahu bangun sahur. Maka, tinggalla emaknya melaksanakan sahur bersendirian. Sob-sob-sob.

So, hari terakhir untuk melaksanakan hutang piutang sebelum cuti raya, undi tapawe, duit kuih raya, hutang pengasuh, hutang pembuat baju, hutang sana-hutang sini supaya dapat cuti lama dengan tenang hati. Kata nak beraya kan, so harusla bergembira.

Aku belum kemas-kemas lagi, semuanya slow and steady. Malas nak terkejar-kejar. Lagi-lagi bawa orang ni, cepat sangat lenguh kaki, sakit pinggang, sakit tulang, sakit belakang, hah! macam-macamla gejalanya selagi dia tak lahir. Takpe-takpe aku ok je.

Kepada semua yang berhari raya, semoga selamat pulang ke kampung dan selamat juga kembali daripada kampung ye. Beringat dan berhati-hati bila nak buat sebarang kerja. Maklumla bahaya tak kenal siapa. 

Selamat bercuti, selamat beraya, selamat hari merdeka, selamat pergi dan balik, selamat hari-hari. (5S daripada aku). Daaa.

Thursday, 25 August 2011

Berkumpul lagi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat Hari Raya, selamatla beraya, selamat collect duit raya (ada ke?), selamat pulang beraya. Eh? selamat hari kebangsaan juga ye, MERDEKA. 31 bulan 8, 57 hari mulia negaraku MERDEKA. Ok dah agak keterlaluan intronya ni.

So semalam, setelah menanti ajakan daripada abi yang tak ajak-ajak sedangkan wall FB group PERKEP aku dah penuh sok-sek-sok-sek majlis buka puasa, akhirnyaaa sebelum pergi semalam baru dia ajak. Aku ingat memang dia dah tak sudi nak bawa bini dia ni (belum pernah jadi untuk sesi buka puasa). Berlokasi di Tugu Negara, katanya. Sampai pun dah ngam-ngam waktu berbuka.

Aku sampai terus je landing, baca doa cilok je makanan yang ada atas meja, semua pun diambil oleh suami masing-masing. Sementara nak setting tempat duduk, melayan Oni lagi, rasa apa yang ada dulu. Sate. Dan bila abi tengok aku tak bangun-bangun ambil makanan, dia yang tolong. Hehehe. 

Oni kehausan, baru nak tarik nafas, dia soh pula aku bangun. Apa salahnya dia yang ambilkan untuk aku kan? ambil je aku makan punya. Round pertama, sate dan mihoon. Ok la, sedap sebab lapar. Meja hampir penuh dengan makanan, orangnya ada 7 sahaja. Masing-masing suami yang layan, habis semua makanan diletak. 

Bila dah makan-gelak-bertukar cerita-bertanya khabar, perut aku masih terasa boleh diisi, apatah lagi melihatkan sebelah menyebelah mengambil lauk yang menyelerakan tekak. Asam pedas, daging salai masak lemak cili api, keli berlada, buncis goreng dan ada lagi. Aku pun bangun, pilih punya pilih dan makan. Nom-nom-nom.

Oni? ahaaa dia macam biasala, buat kerja sendiri. Solo-solo je, geng ramai tapi dia sibuk benar mengejar kucing. Masing-masing kagum dengan dia. Lone ranger, suka berlari dan menyendiri. Orang sibuk makan, dia makan juga tapiii lepas tu buat hal sendiri so memang pantau daripada jauh je la. Sungguh senang.

Cerita-cerita, mostly cerita tentang mengandung kerana masing-masing membawa baby dalam perut termasukla aku. Hihiii. Dapat juga berkumpul semua ahli. Biasanya ada je yang tak dapat datang atau ada hal lain, syukur malam tadi mostly ada. 

Untuk para suami, terima kasih kerana sudi mengumpulkan kumpulan isteri-isteri ini. Hihiii. Lain kali jemput kami lagi ye. Kami suka je.

 1st time pose, anak dengan bapa. 2nd time pose anak dengan emak pula.

pnAzua (preggy 7month), pnMuna (Imani), pnZiha (Adam), pnDyla (Rania-anak pnMuna), pnLia, aku (Oni-sibuk kejar kucing), pnUmmi (Nurin, preggy7month), pnEdzna (tunggu hari) dan pnDana (Zara).
TAHNIAH! untuk pnEdzna dan tnIzzat atas kelahiran putera mereka yang pertama. Ahahaha, malam tadi jumpa, pagi tadi dah bersalin. Alhamdulillah. Senior 2011. Aku bakal menyusul. Dup-dap-dup-dap.

Wednesday, 24 August 2011

Kad Raya daripada kakRetna.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Ehem-ehem, dapat sekeping. Actually, orang lain yang beritahu ada send tapi aku dapat daripada orang lain pula. Ehehehe! ok la tu kan.

Siap ada sampul duit raya lagi tau, siapa nak bagi? tak sesia menjadi peminat setia, pengomen setia di:


Senang dengan panggilan kakRet sahaja. Eeasy-easy je orangnya. Aku tak pernah pun jumpa, tapiii selalu ke blognya, salah seorang blogger terawal yang aku kenal. Sebab itula dia sentiasa ada disisi entry aku (bloglisted =))

Terima kasih kakRet, sungguh bermakna walaupun sekeping kad ;)

Friday, 19 August 2011

Mewarisi pangai maknya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat yang indah, setakat ni masih lagi berpuasa penuh dan bangun sahur. Alhamdulillah semoga sampai ke hari penamatnya. Hari kemenangan.

So persiapan raya aku biasa-biasa je, tahun ni tahun Oni collect duit raya, Oni kena make sure abi bawa pergi beraya, umi pun cuti lama. Harus kena jalan rumah ke rumah. Macamla umi larat kan. Kikikiii. Larat je kalau makan punya fasal.

Aku risau dia jadi macam tahun lepas. Menjelangnya raya, dia bantai tidur. Buat spoil je dah berbaju kurung cecantik, tidur pula. Takpe la, janji dia dah pandai bawa diri. Dah berlari sana-sini berkawan. Pak-pak sedara dia pun majority nya suka menyakat.


Tu diaaa, pose bila tengok TV. Kemain seksinya. Tapi aku suka je pangai dia macam ni sebab tidak mengganggu aku buat kerja. Kadang-kadang siap ada balang maruku dipeluknyaaa. 'mamaaa olo (mama oso)'. Itu pangai aku la tu, suka benar dengan TV.

Pantang dengar bunyi pintu, berdesup ke pintu melihat siapa datang. Walhal abi je pun, kata anak abi kan? harusla. Dah letih bergelak sakan berdua membongkang tidur berduet. Esok-esok ada adik, aku rasa dia kerap ajak abi dia jalan. Habislaaa.

 Oni dengan aku, Nurin dengan pnUmmi. Langsung tak sama kan?

Bila dengan abi, bila dengan ayah masing-masing? hehehehe, love this pics so much.

Aku dengan puan Ummi masing-masing pregnant anak kedua, lelaki. Sebaya. Oni dan Nuyin sebaya. Abi dan ayah Nuyin satu tempat kerja. Oni dah suka main dengan Nuyin, Oni lasak, Nuyin pun lasak jugak. Hahaha. Kami banyak persamaan.

Sebenarnya jiwa aku kacau ni, tu yang keluar entry tah apa-apa ni. Hari Jumaat, biasala. Thanks kerana sudi baca kisah biasa aku ni.