Showing posts with label BlogHijau. Show all posts
Showing posts with label BlogHijau. Show all posts

Saturday, 19 October 2013

Whitey Mommy, BFF and talkative mummy.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Persamaan antara tiga orang di atas memang tiada. Seorang sedang dalam proses diet yang sihat, seorang sudah agak berisi dan seorang lagi very the friendly, sangat-sangat-sangat peramahnya. Perkaitan antara tiga kawan itu? Tupperware.

Pertamanya hendak berterima kasih sangat pada Whitey Mommy yang sudi datang ke rumah aku beberapa minggu lalu walaupun sesat barat. Seronok sangat dapat bertemu mata, berbual, makan-makan, bergosip dengan pereka bentuk template bloghijau sekian lama ini sambil memerhati keletah anak-anak. Khalis, dia sangat behave. Aku sangat kagum dengan sifat dia yang masih aktif tetapi sangat bersopan. Sangat jauh beza, kontra habis dengan Auni. 

Sha or Whitey Mommy mudah sahaja diajak berbual mesra. Topik pun rambang sampai ke gosip artis. Seperti yang aku bayangkan, Sha teguh dengan prinsip, mudah sensitif, tegas dan jika kena gaya dia mudah sahaja didampingi. Tujuan dia datang adalah untuk mengambil Freeze Water Bottle 2L 2 biji. Aku let go kepada dia sebab hanya tersimpan tidak diguna. Lagipun, aku target hendak beli yang hijau, hiii. 


Next, kak Azi my beloved friends and sister. Datang terjah malam-malam buta dek kerana hendak ambil sendiri hasil menjadi anak kutu Tupperware RM150. Set Mosaic Keeper, Thin Stor dengan Medium Square Round. Berbaloi tengok orang kecil bawa barang tidak cukup tangan, hahaa. Aku dapat shawl, sayang lebihla pada you sister. Hihiii...

See? anak ke laut, emak over acting.

Balik Johor AidilAdha lepas, rumah aku bagai hendak roboh dikerjakan dek Suraya. Ma'ai, ingatkan aku sorang cakap tidak berhenti rupanya, nah!!! tidak sempat aku hendak mencelah Jemah punya membebel, ya tuhan. Aku rasa kalau dibiar dia bercerita mahu tiga hari tiga malam dia boleh bercerita tanpa henti sesuai sangatlah dengan Akob si suaminya yang sangat pendiam tapi sporting tu. Gila ko Jemah oi, aku suka bangat kau datang. Aku suka bangat kau sudi jumpa aku. Serius wei, kau memang sangat best. Aku rasa kalau kau jumpa kakJue, kakNad, mau hingar bingar rumah, tidak akan cukup seharian duduk sembang menggebang. Banyak sangat ceritanya. Aku tukang gelak je la, bila sudah ramai-ramai aku redha je jadi pendengar setia. Ngeeee...

Izz tu, bikin aku geram je. Sudahla taknak dengan aku, saje je dia kan? Syawal memang bawa haluan sendiri, buat don't know je dengan askar aku, sebaliknya askar aku pula yang over hendak berkawan. Perangai melebih-lebih daripada kebiasaannya. Jemah, nanti kau datang rumah Sg. Buloh aku pula ye. Suka la ngan ko, best.

Dan sangat kebetulannya, kau datang malam tu esoknya hari ulangtahun kelahiran kau sama dengan Arrizqi, makanya kita memang geng. Jemah datang sebab saja, sudah alang-alang dia pulang ke Ulu Pengeli yang tidak berapa meter daripada Sg. Sibol jadi singgah saja-saja. Harap Jemah kenyang dengan hidangan terbaik air tangan mama aku tu, hihiii. Habis semua orang terpengaruh hendak makan bila duduk dengan Jemah. Jemah salah seorang anak kutu Tupperware tahun hadapan. Tupperware lagi kan? hehee.

Syukur Alhamdulillah aku ditemukan dengan kawan-kawan yang boleh sama-sama menyokong antara satu sama dengan lain. Semoga persahabatan antara kita, dirahmati Allah dan kekal hingga bila-bila. Sayang kamu-kamu-kamu ketat-ketat.

In shaa Allah mood untuk update blog sudah mula datang. Sukakah kalian? hahaa. Poyo sangat ni. Daaa...

Thursday, 28 March 2013

Soft and simple.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kali pertama tengok header, argh! jatuh tangga.
Kali pertama tengok font sketch sebelah gambar header tu, argh! jatuh kasih.
Kali pertama tengok keseluruhan sketch blog, argh! kepala otak dia macam ada link. Tahu saja apa yang aku suka.
Kali pertama tengok blog betul-betul habis install, ok-ok-ok aku sangat suka.

Walaupun,

Banyak kali berlaku peperangan kotak bualan FB.
Banyak kali berlaku insiden kekecik hati.
Banyak kali menegakkan pendapat masing-masing.

Tetapi,

Hasilnya, sungguh aku suka. Simple seperti wordpress, soft seperti orang yang menghasilkannya.
Hasilnya, tetap membuatkan aku sudah boleh tidur lena kerana sudah ada header.
Hasilnya, masih lagi sama-sama-sama dengan apa yang aku bayangkan. Thats me.

Terima kasih sekali lagi kepada Sha Whitey Mommy, sentuhan emas masih berbisa. Hihiks.
Cukup ke maklumat? tidak? hahaaa... just one more click go to Whitey Mommy blog.

Nota hijau: Jangan bertambah lagi sudah. Pengsan. Mood: Saya sayang blog saya. Hahaaa. Dah, gi sidai baju.

Thursday, 16 August 2012

Kad Raya tahun ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pertama kali terima kasih yang sudi mengingati. Sangat menghargainya.

Daripada kekDa atau pnStoberi. Macam lari tema je ni kekDa. Tak ada buah stoberi. Hihiii. Digantikan pula dengan keychain daripada Terengganu. Suka sangat. 

Daripada Masya atau aku lebih suka memanggilnya Yana. Punya dua orang hero yang disayanginya. Disertakan sekali duit raya untuk Auni dan Adli. Tahun hadapan, panjang umur kena tiga sampul la ya ;)


Daripada Mazerah Mohd atau Maz atau kawan opis aku, teman yang sporting dan sempoi. Juga anak didik quilling art aku. Hasilnya, dia boleh buat kad raya lebih cantik, lebih kretif daripada tok gurunya sendiri. Tahniah kawan. Berseri meja aku.

Nota hijau: Terima kasih kawan-kawan kerana menjadi supporter terbaik bloghijau. Terima kasih kawan-kawan kerana sentiasa ada bila diperlukan. Terima kasih kawan-kawan kerana sudi menjadi pembaca setia bloghijau ini. Terima kasih-terima kasih-terima kasih dan terima kasih serta terimalah.

Istimewa kepada yang membaca entry ini :) 

Monday, 23 July 2012

Pemenang HC3rdGA.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jadi, aku bagi peluang lagi 2 hari kepada mereka yang TIDAK bertanda 'sayang' untuk memberikan alamat surat menyurat di nsahida@gmail.com dibawah tajuk HC3rdGA 2012. 





Part yang aku agak kurang suka bila buat GA. Ada kepatutkan, hehehe. Bukannya apa, memang aku faham kemungkinan-kemungkinan yang dialami perserta/pemenang, akan tetapi pada diri aku, bukankah bila sudah jadi follower, segala entry yang berupdate akan berada di muka surat paling depan 'dashboard' blogspot?

Walaupun tidak ada pada dashboard, bukankah diri sendiri tahu akan penyertaan diri sendiri dalam sebarang contest atau giveaway?

Ye, kemungkinan itu datang pada diri aku juga kerana tidak menyediakan Gift yang Vouge atau gempak, akan tetapi lagi, bukankah diri sendiri juga yang sudi untuk menyertai penyertaan? Makanya, pada aku barangsiapa yang menyertai sebarang GA/contest sudah pun terikat dengan segala terma dan syarat.

Ye, kemungkinan itu juga datang pada diri aku sendiri lagi kerana tidak mengeluarkan terma dan syarat dengan ketat, tetapi aku hanya ingin buat GA/Contest yang sekadar suka-suka sahaja. Yang sepatutnya tidak menyusahkan semua kawan-kawan aku.  

Ingin sahaja aku ulas satu-satu entry penyertaan HC3rdGA, but... who am I? aku hanya penulis biasa dan penganjur satu GA yang sangat simple. Jujur aku kata, ada di antara peserta yang hanya buat entry bagaikan melepaskan batuk di tangga sahaja. Asalkan sempat. But, aku terima je sebab aku adalah seorang yang simple. 

Nota hijau: Ok kurang sikit pahala puasa aku membebel pepagi hari. Mohon ampun dan maaf atas segala kekurangan. Aku insan lemah. 

Wednesday, 30 May 2012

Kawan. Sahabat. Teman.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebenarnya, ada banyak je hendak cerita, tapiii... hew-hew-hew.

Cakura kerajinan menipis. Jadiii...

Baby Nayli dan Demok Adli.

Macam sama tapi tidak serupa.

Ukhuwah persahabatan ini akan kekal hingga bila-bila, bertemu kak Nad di rumah Eija. Keduanya blogger yang baru sahaja singgah dalam hidup aku. Tidak mustahil kita menjadi sahabat yang kenal lama.

Tulisan dia, tulisan dia, tulisan aku... ceritanya hampir sama, tapi tidak juga serupa. Eija bekerja, aku bekerja, bila kita cuti kita surirumah sepenuhnya seperti kak Nad, berperang dengan dua orang anak bersama seorang insan tersayang. Kan?

Kak nad rajin pergi bercuti, Eija juga rajin pergi bercuti. Mereka sama di situ. Satu yang aku suka keduanya mempunyai senyuman sangat ikhlas. Macam disuruh-suruh. Lihat...

Oh perut makcik macam pregnant adik Adli pula. Tiiidakkk. SitUp-SitUp.

Cerita tentang kitar hidup, cerita tentang keluarga tersayang, cerita tentang ukhuwah terjalin, cerita tentang tempat percutian, cerita yang boleh dikongsikan bersama-sama. Indahnya persahabatan walaupun berkenalan daripada berblogging.

Nota hijau: Semoga anda-anda-anda yang sedang membaca bloghijau ini, terus menjadi sahabat makcik sehingga bila-bila. Ni je dapat cerita, hahaaa.

Nota hijau: Eh, tadikan asalnya hendak letak gambar dak dua tu je. Muahahahaaa...

Friday, 18 May 2012

Jenjalan cari kawan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yihaaa. Akibat keterujaan melampau sampai tidak ingat, tidak sempat untuk mengeluarkan Galaxy yang sentiasa galak hendak menjalankan tugas, jadi aku tumpang je la kamera kak Nad dengan DSLR Eija. Hahahaaa pantang betul tu kan.

Sorang penceria, sorang pendiam. Sorang comot, seorang comel, seorang rambut curly, seorang rambut lurus.

Siap-siap semua, abi menuju KFC sebelum ke rumah Eija. Adli buat muka sebek je, tidak meragam pun melayan badan agaknya, baru sahaja hendak kebah demamnya, hanya memerhati kakak Auni yang tidak duduk diam. Naik atas meja, tukar-tukar kerusi, jelajah satu KFC. Semakin hari sibuknya semakin tidak terkawal.

Berpandukan GPS sampai juga di rumah Eija, Bangi. Rumah mertua dia je yang aku belum sampai, itupun mengikut kata tuan punya badan rumah mertuanya sebelah taman sahaja. Hehehe, pantang yang berkaitan dengan Eija, hendak aja menyibuk.

Tidak susah cari rumah nya walaupun terletak dibahagian tengah berhampiran dengan selekoh, aku terus nampak Zaquan sedang galak bermain. Auni bagaikan tidak sabar-sabar hendak turun, nampak belon, nampak kereta, nampak ramai kawan. 

Disambut Eija dan hubbynya, terus di ajak masuk untuk berjumpa kak Nad. MamaZN tu. Mama baby Nayli dengan abang Zack tu lah. Masa tu tidak nampak lagi ketinggian kak Nad kerana terus sahaja melabuh duduk bersama-sama dengannya. Eija tidak sudah-sudah suruh makan. Risau betul dia. Hahaaa.

Borak-borak manis muka, nampak abang Zack masuk. Ensem. Muka dah monyok, Auni sibuk bergaduh belon dengan Zaquan, anak tuan rumah. Apa Auni pegang itu jugalah yang Zaquan hendak, aku jadi gelihati. Ada masa, masing-masing galak ketawa kejar mengejar. Main basikal sama-sama. Aduhaiii.

Aku jumpa kak Nad tidak lama, sebab dia sudah hendak pulang. Sekali Eija ajak bergambar, dengan Eija aku boleh lagak tinggi, tetapi tidak dengan kak Nad. Hahaaa. Nasiblah tidak bersusun tangga ketinggian. Baby Nayli dekat nak sama besar dengan Adli. Diam je. Pipi dia, memang gebu habis. 

 
 Gambar fail: kakNad 
See, masing-masing dengan senyuman iklan gigi. Kami sudah bertemu ;)

  Gambar fail: kakNad 
 Emak addict kamera, anak-anak macam biasa. Buat muka pelik :p

  Gambar fail: kakNad 
Nilah tuan rumahnya. Jangan salah anak pula ye. ZaQuan anak Eija, Zakwan anak kak Nad. Masa mula-mula berkenalan dulu, memang aku konpius nama dua orang ni.

Kak Nad punya senyum memang manis habis, ikhlas macam senyuman Eija. Suka sangat, agaknya kalau betul-betul duduk lama, memang tidak ingat hendak balik. Sebabnya aku balik pun bila dah terdengar tangisan anak dara aku tu. Apa yang jadi tidak pula aku tahu.

Katanya Zaquan tolak Auni, entahlah budak-budak. Biar sajalah. Sebab tahu, lama sikit di rumah Eija memang confirm dorang baik balik semula. Sempat bertemu Cute Mum. Dia tidak cam aku sangat kot. Aku pun rasa segan je hendak menegur dia lebih-lebihan.

Ada seorang lagi blogger yang aku jumpa di rumah Eija tu, dia cam aku tapi aku tidak cam dia sangat. Sebab, masa tu sudah teruja sangat hendak bertemu dengan kak Nad. Hihiii. Siapa ye dia Eija? 

Nota hijau: Mujur malam tadi ada elektrik. Mahu aku nangis keseorangan dengan budak berdua dengan perangai tidak terduga tu. Pengsan.

Friday, 11 May 2012

Beri perhatian sekejap.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

WANTED!!!

Kepada panama-penama di bawah, anda adalah terpilih untuk menerima sedikit cenderahati daripada saya. Sila berikan alamat terkini dan nama penuh anda-anda-anda yang tersenarai ke nsahida@gmail.com dengan tajuk "gift hijau".




"Anda sangat berharga"
Notis ini sehingga hujung minggu ini sahaja ;) 
Sekian terima kasih.

Friday, 20 April 2012

Sudah ada banyak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku memang jarang buka akaun nan satu ini, mana taknya nak tunggu boleh cash-out kemain lamanya. Ye la blog simple je kan. Ada cerita ada entry, kalau tidak duduk menyepi. Hiii.

So, aku buka juga la saja-saja mahu tengok hasil tuaiannya kan. Woh! buntang biji mato makcik. Rupanyaa-rupanya sudah ada banyak iklan yang tersiar melalui bloghijau ini.

Mari kita kira ada berapa yang sudah jadi Metered Earnings:


Di bloghijau sahaja sudah ada 4. Bila masa dia ada pun, makcik tidak menyedarinya. Boleh masuk pula ke blogoren. Dua lagi tu. Hui-hui-hui! [lap peluh].

Dan bila diperiksa lagi sekali, ada dua Buffered Earnings yang sedang berkibar-kibar:


Satu milik bloghijau dan satu milik blogoren. Makcik tidak kisah sangat pun, cuma teruja je. Sebab makcik tahu, bloghijau ni simple sempoi aja. Siapa suka silakan, siapa tidak suka makcik tak boleh nak buat apa-apa, senyum je.

Terima kasih juga kepada pembaca-pembaca setia walaupun sakit mata dengan warna hijau tidak sudah-sudah. Hiiiiii. Kepada penyokong-penyokong terima kasih juga. Eh! dah macam wakil rakyat pula ni. Terima kasih-terima kasih-terima kasih.

Nota hijau: Tengah fikir mahu buat Giveaway ni, hrmmmm agak-agak ada orang mahu jointkah? tehehehe.

Friday, 30 December 2011

Header.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Cantik tak header hijaucantik? ahahaha, habisla hijau mata kelabu gelap pengunjung bloghijau ni. Ekekeke, tahun baru ni tukar header je yang larat, nak tukar sekalian perabot malas lagi tak ada idea. 

Tak sempat nak mikir idea dah kena cepuk ngan Oni, ergh! so tukar header je mudah. Designer biasa yang buat, Sha Whiteymommy, mostly dah kenal dengan dia kan? ahahaha. I like.

Selamat berhujung minggu kepada pembaca setia blog hijau ni, selamat tahun baru juga, selamat balik kampung sekali. Aku gak yang jadi penunggu setia kat KL ni, huih! Sabar je la.

Esok beday abi, baru nak masuk 27tahun, haish! makcik gak yang tua dahulu. Dalam surat beranak Aie umur bapa 26tahun umur ibu 27tahun, dalam surat beranak Oni pun sama juga 24 dan 25tahun. Lepas ni kena rancang elok-elok kasi sebaya. Ahahaha.

Yeay, Maharajalawak ini malam. Suka-suka.

Thursday, 18 August 2011

Hanya cerita biasa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aduhaiii, kondisi tak berapa elok ni. Aku mendapat selsema entah daripada mana, jangan jangkit kat Oni pula sudah. Susah aku nak handle sesorang nanti.

Masa pack sungguh nak update blog. Hari Isnin dah kena sogok dengan berjuta-juta lemon kerja. Belum habis satu datang lagi yang lain, adudududu. Kena handle perlahan-lahan. Buat dengan penuh keseronokkan. 

Sana sini cerita shopping, cerita bonus, cerita puasa, cerita raya, cerita cuti. Aku? aku bagaikan rasa nak tidurrr sepanjang hari merehatkan segala urat badan ni. Rasa nak bersenang lenang ke SPA menikmati urutan-urutan yang boleh melegakan badan.

Nak shopping, dah tak larat nak jalan, malah lebih kepada tak tau nak beli apa. Bonus? memang tak dapek la. Duduk diam-diam, simpan gaji je. Puasa? setakat ni alhamdulillah masih penuh dan belum lagi gagal untuk bangun sahur. Makan sahur pun aku bantai 2 pinggan, siap dengan buah, minum banyak air masak dan obimin. 

Raya? aku baru je ganti langsir semalam. Itu pun ruang tamu je lepas. Dah siap pasang barula aku teringat aku pregnant. Mulut anak dara seorang tu tak diam memuji, 'antek mama, antek' sambil dok main babacak balik langsir. Simple je, aku kan suka simple-simple.

Cuti raya? apply sehari je, selebihnya kompeni bagi. Approved, off daripada 27hb August sehingga 4hb September. Cuti lama pun aku rasa duduk rumah je. Aku cuti, abi? hrmmm, biarla dia susun jadual dia sendiri. Nak berjalan beria pun, aku seriau terbersalin awal pula nanti.

Esok pun dah masuk minggu ke-32. Aiii! Nak menyelongkar baju lama Oni, rasanya banyak yang boleh diturunkan tuk baby nanti. Apataknya, dulu beli baju lelaki perempuan boleh pakai, then lepas tu memang aku tak beli more pink or more blue, dah aku kan suka hijau sebab taktau jantina.

Dah keluar dapatla perempuan, kaki melaram. Habis segala mala alat solek mak dia dikerjakannya, mentangla dah pandai buka laci meja solek. Sampai stress aku tengok kelopak mata, pipi, kaki dia biru dek main eye-shadow. Biar je la. Dia pun makin senang nak jaga.

Harap adik dia sok ikutla jejak langkah dia juga. Happy aku menjaganya. Tu je la cerita merapu aku, terima kasih kerana membaca. Hihiii.

Friday, 5 August 2011

Gift daripada Syila2.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Serupa macam mamaMikhail, buat surprise ye. Aku memang tak jangka langsung gift ini datang daripada empunya diri. Baru je mamaLieyna sebut dia sudah pun hantar special gift kepada aku, tengok-tengok orang lain punya special gift sampai terlebih dahulu.

Murah rezeki makcik nak. Sangat suka dan berterima kasih yang sangat tidak cukup kepada Syila. Siapa dia ni? inipun sudah pernah aku review, alaaa ada anak namanya Syira tu, yang aku kata anak lebih besar daripada mak dia sendiri. Hehehe. Ampun-ampun. 

Dengan semua cinta hatiku di http://syilasyira.blogspot.com

Peminat warna hijau juga. Aku dikelilingi dengan orang-orang yang sangat baik hati. Inila dinamakan rezeki. Sampaikan Jeanne naik jeles bila mostly kiriman sampai kepada aku dan hanya untuk aku. Hihiii.

Sangat suka dengan gift ini, terima kasih-terima kasih-terima kasih.

Aku memang tunggu beg bersaiz sederhana ini, boleh isi telekung atau bekal dan berwarna hijau. Memang dah jeling-jeling di kedai cenderahati tinggal nak membeli je namun hajat terus aku simpan. Bagaikan mendengar niat aku, Syila telah memakbulkannya. Thanks awak.

Owh, sungguh tak tau nak kata apa lagi ni selain TERIMA KASIH SYILA.

Gift daripada cikJue.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Keluar rumah macam biasa, merempit dengan abi. Dengan baik hatinya menawar diri untuk menghantar. Awal setengah jam aku dah sampai opis. Hahaha, nampak benar perbezaan apabila berkereta dan bermotosikal.

Ok shoot the story, lama dah cikJue kata dia nak bagi special gift pada aku then tiga hari lepas katanya dia dah beli, lepas itu katanya lagi dia dah pun pos akhirnya semalam, special gift ini selamat sampai kepada aku. 

Terima kasih cikJue. Actually, aku tak harap apa-apa pembalasan pun atas segala pemberian-pemberian daripada aku kepadanya. Ikhlas. Sebab aku sangat menghargai orang yang support hijaucantik ni. Aku dapat ramai kawan.

Sehelai baju hijau. Serius, aku sangat sukaaa. Aku sangat berkenan. Lagi sekali terima kasih cikJue.

Siapa cikJue? aku dah review hari tu. So meh remind semula ok. Bukan nak review balik. Nak bagi link je. Hehehe. Niiihaaa orangnya.

Wednesday, 27 July 2011

Kosong.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semakin sepi pula blog hijau ni. Update jugala, mencari cerita untuk menceriakannya semula. Rasa macam melalui zaman kejatuhan pula. Blankla makcik ni, kehilangan kabel transfer handphone. Menci sungguh.

Aku semakin pelupa. Huaaa. Kabel transfer entah mana aku letak then semalam abi tanya bil Celcom dalam peti surat. Ya, aku dah ambil bill-bill tu malangnya dek lupa tah mana tempat aku letak. Sebabnya, barang yang bernama kertas memang tak boleh dinampak oleh Oni, nanti dia buat gumpalan dan buang dalam tong sampah.

Minah tu memang rajin sikit part-part yang berkaitan dengan tong sampah ni. Sampaikan baju kotor pun dia tersalah, pergi buang dalam tong sampah. Sabar je la.


Sejak bawa perut 7 bulan ni, ades sakit pinggang sudah bermula. Sampai rasa macam dah tua bebenar sakit badan sana sini. Tapi, jalan tetap jalan. Shopping tetapla shopping. Ha'ala baju baby belum beli lagi. Alamak. Rasanya, kena cari sekarang sebab takut-takut dia pun ikut jejak langkah kakak dia.

Merasakan kelasakkan dia dalam perut yang selalu kick dan smack mak dia ni, harap dia sihat dan aktif walaupun mak dia tak cukup tidur dek kerana kick dan smack. Tak padan kecik. Minggu depan dah puasa, habisla mak dia kena layan amukkan dia. Belajar berpuasa ye baby. Kakak Oni dah terlepas.

Tak sabarnya nak tunggu Jumaat. Adus.
Nampaknya kena shopping online, sebab tak larat nak berjalan. Hehehe.

Tuesday, 19 July 2011

Jangan rindu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini dan esok:
  1. Aku tak ada di opis One Tech.
  2. Aku tak buat blog walking.
  3. Aku tak main game FB.
  4. Aku tak makan dengan bos.
  5. Aku tak gosip dengan PA.
  6. Aku tak makan roti bakar.
  7. Aku tak minum susu.
  8. Aku tak jumpa slipar, bantal dan katak hijau.
  9. Aku tak memandu.
  10. Aku tak jengah blog.
Sebab? aku ada training di Opis Phileo Damansara 1. Daaa, tinggal tapak kaki ye, nanti aku buat kunjungan balas. Mmmuah.

Friday, 1 July 2011

Terapi Jumaat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Welcome Julai, oiii dah setengah tahun berlalu. Sekejapan. Wishlisted Julai aku ialah pi shopping dan Medela Swing. Medela Swing punya fasal, sampai termasuk dalam mimpi. Hapa-hapa aja.

Ok, sebagaimana yang diketahui Hijaucantik 2nd Giveaway dah tamat semalam. Boleh buat semakan ye. Aku bagi peluang lagi untuk betulkan mana-mana yang kekurangan. Terima kasih sebab sudi memeriahkan majlis. Terharuuu.
So mari sama-sama mengadap benda yang hari-hari aku hadap, tadaaa:


Cute tak? Ngehehehe, duduk la celah tu diam-diam, aku gunakan tiap-tiap hari untuk minum Anmum Meterna. Wiii. Baru terasa bersemangat nak minum susu. Terima kasih kepada biras aku, Fizannie sebab bagi present ni. Suka-suka.

Entry simple daripada aku. Hahaaa.

Monday, 27 June 2011

Blog ke blog 3.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hiii bertemu lagi kita pada sesi akhir sesi jelajah blog edisi hijaucantik.

BLOG KETUJUH, mendapat tempat di hati aku. Empunyanya menggelarkan diri ummi seperti aku. Dia merupakan bunga antara 5 kumbang di rumahnya. Istimewanya, antara kumbang tersebut merupakan kembar. Aku suka blognya kemas dan penggunaan bahasanya sangat tersusun, sehingga aku beranggapan pemiliknya berkerjaya seorang guru. Bila berbicara soal hati, dia mengarang entrynya dengan penuh teliti, dia sangat menjaga penulisannya supaya orang tak tersentuh hati. Ingin tahu selanjutnya, jom singgah.

kakIzan kata:
kak izan suka dtg ke hijaucantik kerana.... suka dgn warna blog ni yg mmg hijau dan menyedapkan mata memandang. lagi2lah puan blog ni a.k.a cha sangatlah peramah dan suka tinggal komen kat blog kak izan dari dulu lagi. dah rasa cam kita ni cam dah kenal lama kan cha kan... cuma kadang2 kak izan je yg tak tinggal jejak kat sini. jangan marah aaaa.... dan lagi, mestilah sbb nak tau cerita kakak oni yang cute ni! macam2 kisah anak dara cha yang sorang ni. kalau dekat mau di cubit2 pipinya tau!

BLOG KELAPAN, warna pink. Tak lama lagi mesti empunyanya buat rombakan blog. Sebab? permata hatinya sudah bertambah seorang lagi. Harus dia mengabadikan di sidebar blognya. Sweetmama, entry blog penuh dengan kisah harian, blog emak-emak. Membebel adalah keutamaan. Bukan mengeluh, bukan menunjuk, hanyalah catatan semata-mata untuk hari muka. Betul tak Eija?


Eija kata:
eija msti nak singgah blog hijau ni..sbb empunya blog hijau yg mmg friendly..buat kita senang nak berkawan..w/pun hanya di alam maya..lagipun eija suka baca kisah cha dan cikoni ..:))

BLOG KESEMBILAN, simple as a simple me. Menggunakan bahasa blog yang simple dan humble. Empunyanya pun suka warna hijau sama dengan aku. Suka membaca dan mengomen hijaucantik secara terkumpul, pun sama dengan aku juga. Tunggu entry banyak, barula pergi datang membaca. Aku suka benar tengok anak perempuan dia, gebu betul. Mak dia takla segebu mana, larat pula tu mendukung si anak. Tulang makkan? memang tulang besi.

Kata Syila:
Kita suka baca setiap entry awak, dan klo terlepas kita akan pastikan kita baca setiap satu entry yang terlepas tu. Cara penulisan awak pula sgt bersahaja dan kadang² bebelan yang panjang berjela. Hihihi. Suka tgk CikOni..suka baca cerita tentang dia.
Suka juga panggilan awak buat anak perempuan awak iaitu CikOni..mcm klasik bunyinya..lain dari yang lain.
Dan kita ingat lagi walaupun awak bukan orang pertama komen blog kita tapi awak antara blogger yg sgt support blog kita. Thanks ye
Walaupun kita berdua tak pernah jumpa, tak pernah kenal...tapi kita rasa sangat dekat dengan awak.
Blog awak juga satu²nya blog yang kita akan buka setiap kali nak blogwalking. Wajib tu. Sbb kita tau awak akan pastikan setiap hari ada entry sekurang²nya 1 dan entry pada sabtu ahad sgt jarang dipost kan...???betul x..??
Kesimpulannya, kita mmg suka jejak blog Hijaucantik sbb tuan punya blog merupakan best friend yang kita temui sepanjang berblog. Semoga hubungan kita berkekalan ye...
Insyaallah ada rezeki..moga² kita dapat dipertemukan..Amin.
Macam tu la petikan daripada entry di blognya. Makinla hari-hari aku nak terjah ke sana ;). Macam biasa 3 blog terakhir ini aku nak beri frame yang boleh tahan cantik untuk dihias di blog masing-masing, jika sudi ye, tak paksa.


Ok, sekian sahaja aku bercerita serba sedikit blog-blog yang memang aku pengomen tegarnya. Kita mengomen sebab kita suka. Betul tak? Oh ya, aku juga nak minta maaf, jika aku tak memenuhi kriteria-kriteria me'review'. Aku pun baru berblogging maaa. Ye ke? bukan-bukan. Ini kerana aku adalah aku, aku dengan cara aku.

Pada yang aku tak review tu, janganla kecil hati ye. Aku suka berjalan membaca blog ke blog, kita kan geng. Mungkin lain kali. Terima kasih sebab berkawan dengan aku walaupun kita tak pernah bersua.

Blog ke blog 2.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hiii! kita bertemu lagi di sesi khas istimewa hari istimewa juga.

Kita teruskan sesi menjengah kawan-kawan seangkatan dan sekegemaran. Aku memang tak jemu nak bercerita tentang apa yang aku suka.

BLOG KEEMPAT, aku kategorikan dia sebagai orang bisnes, kenapa? sebab kandungan blognya penuh dengan RM-RM-RM, aku ingat dia dan aku gemar mengomennya (tengok entry gak). Pertama kali aku nak pasang Nuffnang dan Heartbeat, memang blognya la tempat aku merujuk. Kadang-kadang sampai aku takde kerja semua entry lama miliknya aku baca. Ngeee. Lariii. Lelebih lagi tengok anak perempuannya bergaya dengan kamera, owh! sungguh dia memang comel.

Anje berkata:
suka blog hijau ni sebab cat rumah ni sama colur cat rumah blog kita tu, sedap mata memandang, suka baca citer pasal oni yang bijak tu then repek2 umminya, dah nama pun blog mak2 mesti la mak2 yang suka baca, namun ape kan daya sejak akhir2 bz melanda, so kureng masa nak BW lagik sikit nama kita nak terkeluar carta, namun hargai penat lelah cha untuk bagi cenderhati, suka2 lepas ni kejap sattle kena mantapkan balik BW, kalo hujung bulan + awal bulan menag bz giler2...

BLOG KELIMA, wajib aku singgah. Blognya sangat kemas dan mudah dibaca. Bahasa emak-emak membebel. Pertama kali berkenalan sebab dia ada buat contest sempena hari ulangtahun kelahiran anaknya, then Oni tersenarai di tempat ke-enam. Semakin hari semakin sayang, rasanya kalau dapat bersua depan mata, mau aku peluk-peluk-peluk dia sebab aku suka orang badan taf-taf ni, mudah mesra. Betul tak cikJue? raya nanti nak pergi rumah cikJue la, ceh nak tunggu raya jugak tu. Kekeke.

Kata diakan:
entah tak pasti tapi cik jue rasa kalau tak baca blog hijau ni rasa tak lengkap..kalau dah telepas cik jue akan godek sampai dapat baca kembali.....
suka dengan cha n baca kisah oni yang sama2 perangai farisyah masa sebaya dengan oni....baca cerita oni ingat farisyah masa kecik....sebab masa farisyah kecik tak buat blog lagi....
lagi pun suka buka blog cha sebab tak payah loading lama2....jadi jimat masa....hahahaha....
apa2 pun ikhlas cik jue katakan...

"SAYA MEMANG SUKA BLOG HIJAU NIE"

BLOG KEENAM, blog emak-emak juga. Empunya blog ni, kerjanya membebel aja. Baik kat blog, berGTalk, pesanan ringkas mahupun panggilan telefon. Kadang-kadang pening aku melayannya. Dia menjadi tempat aku bergayut setiap hari, kami berGTalk tau. Kalau dia takde, serius memang aku sunyi. Walaupun aku tak pernah berjumpa dengan dia. Kitorang saaangaaat banyak persamaan. Daripada bilangan ahli keluarga, tempat asal, perangai sang suami masing-masing, hehehe. Itu orangnya, part blognya, pun cer tengok sama tak dengan aku? hehehe, yes kami macam kembar. Aku suka dia membebel. Pssst suara dia sweet tau.

Dia suka bloghijau sebab:
Saya Suka datang ke blog hijaucantik mestilah sebab ianya HIJAU..warna feberet saya...

banyak persamaan antara saya dan tuan punya blog hijau selain kerana kami sama citarasa warna hijau.. saya suka baca bloghijau kerana cara penulisannya... tak jemu membaca..lain dari yang lain.. blog hijau ada budak comel notty bernama ONI.. dan mak dia yg cute bernama CHA.. suka sama2 mengarut, merepek, share idea.., kongsi masalah suka duka ngan dia... hari2 tanpanya adalah sunyi hidup saya kerana dialah teman rapat alam maya sy...hihi

Dah selesai, tiga blog terlibat sila gantung photo ini di blog masing-masing ye, jika sudi la. Minta maaf sekiranya ada kekurangan. Ye la, aku dengan cara aku. Macam mana kriteria blog masing-masing, itu hak masing-masingla kan? aku takde halnya.

Blog ke blog 1.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini aku akan mengadakan segmen khas sempena hari istimewa aku dan pasangan hidup yang ke-tiga. Syukur-syukur. Dengan ini, aku yang sememangnya tidak akan jemu untuk sentiasa menghargai mereka-mereka yang menghargai juga.

Kenapa mereka suka datang ke blog aku, dan kenapa aku juga sangat suka ke blog mereka di bawah ini. Awak datang kepada saya, saya datang kepada awak. Hehehe, itu ringkas benar. Mari-mari.

BLOG PERTAMA, seronok membaca keluh kisah kakak seorang ni, pandai memasak, pandai menjahit, pandai menghias rumah. Senyumannya memikat hati apatah lagi melihatkan anak teruna dia nan seorang itu, mahu jatuh kasih aku dibuatnya. Oneday, aku akan terjah ke rumahnya untuk merasa laksanya. Ingat laksa ingat la blognya maka ingatla akan orangnya.

Kata kakIeyna:
"saya suka terjah blog hijaucantik seriusly sebab kaler blog ni yang sungguh menawan kalbu, hijau yang mendamaikan, sesuai betul dengan nama blog HIJAUCANTIK ! serius dulu awal2 mmg terpikat dengan kaler hijau cantik ni..hee~ then tentunya sebab cikOni, suka tengok n intai telatah budak comel tu..tambah pulak bila tau, empunya blog ni, adalah geng PERKEP..hee~ lagilah teruja nak kenal lebih rapat...tmbh pulak lagi empunya blog ni jenis prihatin, kreatif dan seangkatan dgnnya..so, mmg rasa nak kena terjah selalu lah.. kdg kalau free, takde n3 baru pun, mai terjah jugak...tp kdg takde masa, ada n3 baru tak perasan plak..ngee...sowi..

kesimpulannya " saya suka terjah blog Hijau Cantik"..mmg cantiklah~

BLOG KEDUA, sempoi. Pertama kali aku pergi ke blognya kerana sebab terpikat dengan gambar profilenya. Anak beranak sedondon hijau. Bahasa blognya, simple dan kadang-kadang entrynya pendek sahaja. Ada seorang anak teruna dan seperti blogger pertama sedang hamil anak kedua. Pertama kali juga, datang mengomen dengan menggunakan bahasa diri 'aku' yang pada mulanya aku anggap tak sopan, tapiii tidak lama kemudian, aku pun jadi suka gantinama itu. Rasa seperti dekat dengan dia.

Kata Eima:
kenape aku dtg tiap hari²?? aku dtg sebab blog ko mmg aku set dlm pala otak utk jengah tetiap hari...suka baca pasal oni + baca sal ch@. suka semangat friendship ch@...suka tgk ch@ yg sgt kreatif dr segi artwork + tulis entry even slalu entry die mmg panjang berjela² aku sure akan baca sampai abis

BLOG KETIGA, pemiliknya saaangat comel. Berpangkat adik aku, ye dia memang muda pun, hidup bujangnya ala-ala kehidupan aku masa dulu-dulu, bercinta, bertunang, berkerja, berkawan, seronok ke blognya kerana lagu. Bila baca entry, feeling dengan lagu rasa macam membaca novel sambil mendengar radio. Terasa mengimbau kenangan lama gitu. Ah, seronoknya kehidupan. Betul tak Ain?

Kata Ain:

ain dah anggp akk seperti akk ain sndiri..walau tak pernh bsua tp dpt rasakn kekuatan hbngan pshabatan tu dgn akk..
*hrp sgt dpt dok bsmbang dgn akk real 1 ari nanti* ;)

best baca cerita akak n pasal telatah cik oni, mngkin lpas ni kisah adik cik oni plak..terhibur mmbacanya ^__^

akk adalah isteri pd suami yg bkerja unit unfrm, insyallah lpas ni ain akak jd seperti akk, so.. boleh kongsi pndapat..kekuatan ktbhan n ksbran mnjd isteri pd suami yg bekerja masanya tdk menentu..hihi

akhr skali *tambahan* boleh dpt gift kreatif comel ni dr akk..hehehe.

Macam mana? puas hati membaca? tiga la dahulu. Oh tiga pemilik blog di atas, bolehla gantung ke, frame ke, tandatangan aku kat bawah ni di blog masing-masing. Suka aku nak tengoknya hari-hari bila datang ke blog korang nanti.


Kalau ada yang tidak berkenan dengan cara aku, minta maaf ye. Aku insan lemah. Daaa.

Friday, 10 June 2011

Penjejak terbaik bloghijau.

 POSTER hingga 10 Jun 2011
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Hari ini dengan rasa tidak sabarnya aku ada sesuatu untuk penjejak terbaik yang datang ke bloghijau. Faham sahajala, bloghijau ni bukan ada apa-apa sangat pun. Nuffnang tu pun tiba-tiba dah tak berkibar, means dah ME la tu.

Tapi tidak mengapa. Dengan rasa seronoknya, aku mahu berkongsi sedikit cenderahati untuk mereka yang rajin menjejaki bloghijau pada bulan Mei 2011 ini. Kenapa Mei? Mei adalah hari ulangtahun aku maaa, sudah lupa ka.


Tengok ni? design semua lain-lain. Kenapa 9? suka hati makcik la kan, nak bagi berapa banyak pun. Hahaha. Semalam juga siapnya, sampai patah-patah mata pen aku demi melukis ini. Habis reta opis aku kerja kan. Then, ini kadnya sahaja. Cenderahatinya tunggula sampai kat rumah nanti.

9 penerima cenderahati ni, adalah mereka yang tersenarai di bawah.


Tak nampak? pergila cari kanta pembesar. Nombor 9 dengan 10 tu, tamak betul. Ampun Ain, next time guna satu ID je ye, terpaksa aku naikkan jadi 11. Maka terselitla nama Anje. Oh ye, nama ni aku ambil sehingga 30hb Mei sahaja ye. Terima kasih.

So kepada penama di atas, sila menjawab persoalan yang sentiasa bermukim di kepala dan hatiku ini, sebelum aku menyerahkan cenderahati masing-masing.
Mengapa anda gemar menjejaki hijaucantik? Suka datang kehijaucantik kerana ................................................................
Aku tak kisah nak jawab macam mana dan di mana, di komen boleh, di email pun boleh. nsahida@gmail.com. Sertakan sekali nama dan alamat untuk penghantaran ye. 

Hehehe, apa? aku tak ikhlas? aku ikhlas, tapi aku sahajala nak tahu kenapa gemar sangat menjejak ke sini.

Oh ye, assignment ni hantarla as soon as possible seminggu daripada sekarang, supaya aku boleh prepare untuk sesi penghantaran pula.
Sayang korang ketat-ketat. Hihiii. Senyum-senyum.

Wednesday, 30 March 2011

Whitey Mommy memerlukan rehat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hiii hujan pagi tadi, so otak beku nak taip entry apa. Sekian lama aku menunggu khabar berita daripada empunya diri, terasa nak menyapa tapi aku risau dia sedang busy. Biarkan.

Masuk hari kedua senyap juga dan hari ketiga, aku menerima panggilan terus dari empunya diri. Whitey Mommy atau Sha atau mommy Khalis Putra atau designer tetap blog hijaucantik ini baru sahaja meletakkan gagang telefonnya setelah mengkhabarkan berita tentang dirinya.

Oh! dia ok ye kawan-kawan, cuma otak dan fikirannya memerlukan rehat dan ketenangan. Biasala mendesign ni memelurkan bukan sahaja idea, bahkan persekitaran juga memainkan peranan untuk menghasilkan idea yang baik.

''Kita minta tolong awak buat entry, kita tak boleh nak design langsung, mengadap laptop pun, sakit naik kat kepala'' katanya. Aku sebagai kawan sebagai pelanggan tetap, sudi dan terbuka menyampaikan amanat. Hiii.

Kepada sesiapa yang menempah template atau sebagainya harap bersabar ye. Sedangkan aku yang melukis atau buat handmade kad pun kadangkala lost. Tiada idea apatah lagi dia yang mengadap bukan sahaja lukisan, bahkan koding harusla memerlukan rehat yang secukupnya untuk menjamin template bermutu.

Jangan risau template anda pasti akan disiapkan mengikut citarasa anda ingini. Satu yang diminta ialah BERSABAR. Sabarkan separuh daripada Iman. Aku faham sekiranya semua beranggapan dia berniaga dan harus mengikut kehendak pelanggan.
Mesin di kilang juga memerlukan rehat dan penyelanggaraan. Kita manusia ni? perlukan juga penyelenggaraan dan ketenangan. She is human, we are human, bolehkan kita bertolak ansur sedikit? sedikit aja. Nak puaskan orang memang susah :) sabar-sabar-sabar.

Aku memang biasa menghargai orang yang ada kaitan dengan aku, tidak kira dari segi apapun. Walhal aku sendiri tak pasti, aku ni betul-betul seorang kawan yang betul-betul baik atau sebaliknya.