Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Friday, 20 April 2012

Sudah ada banyak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku memang jarang buka akaun nan satu ini, mana taknya nak tunggu boleh cash-out kemain lamanya. Ye la blog simple je kan. Ada cerita ada entry, kalau tidak duduk menyepi. Hiii.

So, aku buka juga la saja-saja mahu tengok hasil tuaiannya kan. Woh! buntang biji mato makcik. Rupanyaa-rupanya sudah ada banyak iklan yang tersiar melalui bloghijau ini.

Mari kita kira ada berapa yang sudah jadi Metered Earnings:


Di bloghijau sahaja sudah ada 4. Bila masa dia ada pun, makcik tidak menyedarinya. Boleh masuk pula ke blogoren. Dua lagi tu. Hui-hui-hui! [lap peluh].

Dan bila diperiksa lagi sekali, ada dua Buffered Earnings yang sedang berkibar-kibar:


Satu milik bloghijau dan satu milik blogoren. Makcik tidak kisah sangat pun, cuma teruja je. Sebab makcik tahu, bloghijau ni simple sempoi aja. Siapa suka silakan, siapa tidak suka makcik tak boleh nak buat apa-apa, senyum je.

Terima kasih juga kepada pembaca-pembaca setia walaupun sakit mata dengan warna hijau tidak sudah-sudah. Hiiiiii. Kepada penyokong-penyokong terima kasih juga. Eh! dah macam wakil rakyat pula ni. Terima kasih-terima kasih-terima kasih.

Nota hijau: Tengah fikir mahu buat Giveaway ni, hrmmmm agak-agak ada orang mahu jointkah? tehehehe.

Friday, 10 June 2011

Penjejak terbaik bloghijau.

 POSTER hingga 10 Jun 2011
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Hari ini dengan rasa tidak sabarnya aku ada sesuatu untuk penjejak terbaik yang datang ke bloghijau. Faham sahajala, bloghijau ni bukan ada apa-apa sangat pun. Nuffnang tu pun tiba-tiba dah tak berkibar, means dah ME la tu.

Tapi tidak mengapa. Dengan rasa seronoknya, aku mahu berkongsi sedikit cenderahati untuk mereka yang rajin menjejaki bloghijau pada bulan Mei 2011 ini. Kenapa Mei? Mei adalah hari ulangtahun aku maaa, sudah lupa ka.


Tengok ni? design semua lain-lain. Kenapa 9? suka hati makcik la kan, nak bagi berapa banyak pun. Hahaha. Semalam juga siapnya, sampai patah-patah mata pen aku demi melukis ini. Habis reta opis aku kerja kan. Then, ini kadnya sahaja. Cenderahatinya tunggula sampai kat rumah nanti.

9 penerima cenderahati ni, adalah mereka yang tersenarai di bawah.


Tak nampak? pergila cari kanta pembesar. Nombor 9 dengan 10 tu, tamak betul. Ampun Ain, next time guna satu ID je ye, terpaksa aku naikkan jadi 11. Maka terselitla nama Anje. Oh ye, nama ni aku ambil sehingga 30hb Mei sahaja ye. Terima kasih.

So kepada penama di atas, sila menjawab persoalan yang sentiasa bermukim di kepala dan hatiku ini, sebelum aku menyerahkan cenderahati masing-masing.
Mengapa anda gemar menjejaki hijaucantik? Suka datang kehijaucantik kerana ................................................................
Aku tak kisah nak jawab macam mana dan di mana, di komen boleh, di email pun boleh. nsahida@gmail.com. Sertakan sekali nama dan alamat untuk penghantaran ye. 

Hehehe, apa? aku tak ikhlas? aku ikhlas, tapi aku sahajala nak tahu kenapa gemar sangat menjejak ke sini.

Oh ye, assignment ni hantarla as soon as possible seminggu daripada sekarang, supaya aku boleh prepare untuk sesi penghantaran pula.
Sayang korang ketat-ketat. Hihiii. Senyum-senyum.

Saturday, 2 April 2011

Akhirnya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lama aku tak nampak dia, cek punya cek, muncul satu. Jadila untuk orang yang 'rajin' seperti aku ni. Hahaha.

Hari ni banyak kenduri nak kena pergi. Nak kena cari baju untuk dipakai. Pilih-pilih, yang mana satu. Hahaaa.
Terima kasih daun keladi, kalau nak lagi sudi ke nak bagi? hihiii.

Thursday, 10 February 2011

Hari gembira Oni.

Salam satu Malaysia.

Tiba-tiba ada entry, hiii. Selagi rajin mengadap blog hijau ini. Walaupun dianak tirikan nuffnang. Kesian-kesian.

Akhirnya hajat nak ke MidValley tercapai. Hrm, senang pula dapat parkingnya. Eh, hari ke tujuh, 08.02.2011 aku bercuti. Tujuan, nak cari 30 biji mug untuk kenduri kesyukuran di Johor akhir bulan nanti.

 Tertarik betul dia dengan kucing emas tu, siap tiru kucing tu melambai. Muka saja je gena gelak dengan orang lalu lalang. Asal jumpa je berhenti-asal jumpa je berhenti.

Boleh je beli di kedai KK, depan rumah. Saja nak berjalan jauh. Mula tengok kat Jusco, pergh sampai RM10 sebiji, mana larat nak borong. Mug tak dapat, Oni dah berlari pergi Pusat Hiburan Keluarga, wei bukan disko, tapi tempat permainan tu.

  1. Naik kuda, aku fikir dia masih belum pandai naik kuda pusing ni, rupanya dia dah boleh.
  2. Naik kitty cupid, kena kangkang besar-besar sebab seatnya sangat lebar.
  3. Naik jet-planet, bergerak tapiii tiada lagu, rosak kot speakernya. Tangan dia laju gila pegang tu.
  4. Naik kereta polis, paling kuat lagunya. Oni membuat isyarat dah habis bila lagu berakhir. 
Lepas habis tu, tak nak balik. Mengamuk.

Cari mug di Carefour pula, tiba-tiba terbayang mug tergantung kat Giant lebih cantik dan murah. Hahaaa.

Takpe, cantik juga mug Carefour ni, maka pilihla aku sebanyak 30 biji. Berharga RM 3.28 sebiji. Ok la tu.

Kali ni mrABi yang bershopping lebih-lebih. Oni? tiada. Hahaaa. Asyik nak aku je yang dukung. Semput.

~)@ Bercuti dan berjalan memang best. Pulun buat kerja. Ergh. Ooo gambar 30 biji mug tu takde, sebab dalam bonet kereta. Hiii. Nantila aku tempek sebab dah bungkus suratkhabar.

Saturday, 18 September 2010

Nuffnang

'Nko biarkan aje, tak payah delete, nanti dia ada la tu. Aku punya dah cecah RM30 pun' pnIzma dengan selamba menasihati aku yang memang tak sabar-sabar menunggu iklan nuffnang ni keluar. Dalam kepala otak aku, blog dia lebih kurang aku je, cumanya aku ni agak rajin sikit la update. Ngeee termakan juga aku nasihat dia, buat don't know.

Tapi, sesambil tu aku rajin juga berblog walk, buat la apa yang patut bila berblogwalk. Aku bukan jenis suka buat blogwalk pastu terus pangkah, aku baca dari mula sampai habis. Memang aku baca sungguh-sungguh.

Penantian aku terasa terbalas bila adanya BE terbaru aku ni, sukaaa... dan malam ini aku dapat lagi satu kezutan, tadaaa...


Jap eh, aku nak nyanyi lagu doraemon, sambil berlari ala-ala skip... ngeee... ampunkan aku penunggu gua, aku terlalu gembira. Hehe... last ni aku update pasal ni, pasni aku tunggu aje lagi, sebab aku hanyalah blogger kecil-kecilan ;)

~)@ Terima kasih kepada tok-tok guru sekalian.