Showing posts with label Cuti²Jalan². Show all posts
Showing posts with label Cuti²Jalan². Show all posts

Monday, 8 April 2013

Gigih dan gagah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku, sangat suka mengukur shopping komplek, sangat suka mencuci mata bersiar-siar tanpa arah, bila sudah beranak pinak ni, masa untuk mengukur shopping komplek merupakan misi mustahil. Bila kata hendak keluar daripada rumah bersama anak3 tanpa abi, aku mengeluh, mengelap peluh, menggeleng kepala tidak. 

Aku hanya percaya, mama, papa, adik sahaja apabila melangkah keluar daripada rumah dengan anak3. Jika dengan orang lain atau pun kawan-kawan, belum pernah lagi. Bukan tidak percaya akan tetapi lebih kepada tidak mahu menyusahkan orang lain. So aku lebih senang duduk di rumah sahaja. 

Bagaikan mengantuk disorongkan bantal, adik aku (paksu kepada anak3) menawar diri untuk membawa kami berempat keluar daripada rumah, yeay! Bersama dengan pasangannya kami ke IKEA. Best, semua orang sangat baik dan memberi kerjasama. Auni sahaja gembira menolak troli kecil yang sama saiz walaupun  habis semua orang dilanggarnya. Mudah juga bila dia terhilang daripada pandangan, cari sahaja troli bergerak tanpa nampak orang yang menolaknya, hahaa. 

Adli duduk dalam troli besar, ditolak maksu. Senang untuk dia landing bila hendak tidur. Syukur juga dia tidak minta untuk turun berlari di bawah, mungkin sebab bukan abi yang tolak so dia rasa patut untuk duduk diam-diam sahaja. Arrizqi duduk dalam stroller, sesekali terlelap, sesekali aku dukung dengan baby carier. Begitulah sehingga habis pusing satu IKEA. Aku hanya beli mangkuk dan pinggan dan sudu yang warna pelangi tu, hihiii...mudah untuk beri makan anak3 nanti.

Tiba waktu makan, Auni aku tinggalkan di ruang tempat mainan IKEA, Adli sudah pun terlelap dalam stroller begitu juga Arrizqi, tidur dalam dukungan. Letak sahaja atas meja dan aku menikmati meatball IKEA dengan rasa best. Bagi aku, biasa-biasa sahaja kot. Hahaa. Saja nak merasa.

Sebelum balik rumah, aku mengajak adik ke opis lama untuk ambil beberapa bingkisan yang tertinggal sebaik sahaja aku berhenti kerja tempoh hari. Sesat barat jugaklah cuma bertekad sampai sahaja, hahaa. So far, sampai juga la. Jom layan gambar pula ;)

Anak3 suka benar tetamu di rumah, semuanya menumpang manja.

Dengan pak su on 4/4/2013 - Selamat Ulangtahun Kelahiran pak su.

 It's me, a mummy with three kids =) 

Kecoh. Gigih menguruskan dorang, gagah memikul tanggungjawab seorang emak.

Bakal mak cu, hihiii. Terima kasih sebab sudi membantu.

 Kalau dapat main. Suka.

Nota hijau: Banyak sangat entry nak taip, banyak sangat tetamu bagi cenderahati, eh?, ramai sangat tetamu keluar masuk minggu ni. Sukaaa. 

Tuesday, 17 July 2012

Masa gembira emak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ingat perancangan tidak menjadi, rupanya cikZila sudi juga menemankan aku pergi bershopping. Syurga, terima kasih kepada abi sebab beri pelepasan dan sudi menjaga anak-anak di rumah. Siap dengan duit belanja untuk shopping raya.

So far, kena manfaatkan masa berlibur dengan sepuas-puasnya. Jam 2.30 petang Ahad dengan tidak sempat makan tengah hari aku tegar meninggalkan anak-anak bersama dengan abi. Hati gundah juga, tapi aku memang percayakan abi dalam hal menguruskan anak-anak, dia lebih pakar. Tunggu cikZila di lobi dan singgah di rumah pnNas, ours business partner. 

Perut kosong, dijamu mihoon sup sepinggan besar, langkah kanan betulla nampaknya. Sedap kemain menjilat sudu. Tidak ingat akan alergik ayam lagi time tu, bedal kasi habis. Selesai urusan, beredar dengan perut kenyang hati senang mencari arah untuk ke Sogo. Wahahaha, Sogo member card, kata abi. Tapi, kad Sogo pun tidak ada, cemana tu kan? Rupanya, kad Sogo cikZila pun tamat tempoh, ah sudah.

Aku yang memang buta jalan ni, ditanya arah oleh cikZila apalagi sesat barat entah ke mana, endingnya decided ke Sunway Pyramid terus, dia hendak tukar baju yang dibelinya semalam. Alang-alang, boleh tukar AEON Card aku di AEON Sunway Pyramid. Boleh shopping. Berhempas pulas dijalanan, sambil bercerita tentang perjalanan dan strategi business, bercerita tentang hati, bercerita tentang kehidupan, bercerita tentang kenangan-kenangan, bercerita tentang masa depan, terasa lapang hati lapang dada bila berkongsi dan akhirnya, tiba di destinasi.

Kira cekap juga kitorang ni kan, walaupun selalu meraban entah ke mana-mana. Waaaaaaahhhh!!! lamanya tidak ngedate gaya orang bujang. Hahaha, kitorang shoping di AEON sahaja, sebab tahu bila keluar daripada AEON makanya belanja akan menjadi lebih besar. 

 Hasil.

 I got two kids. Believe it.

Naik turun AEON, cari baju raya aku dan anak-anak aku, itu sahaja tujuan sebenarnya. Keh-keh-keh. Pastu, berjimba cuci mata. Posing-posing dengan kiri kanan beg plastik. Habis terbang RM-RM-RM yang abi beri, paling banyak mostly for anak-anak. Haih! dah jauh berjalan pun ingat yang di rumah lagi.

 Suka buat kerja tanpa diduga.

Bila keluar daripada AEON, jalan pun dah macam orang gila. Aku memanglah dah seperti beruk dapat bunga, keluar berlibur seorang tanpa anak-anak. CikZila pun dah terikut gaya aku, hahaha sampaikan di POPULAR kitorang buka kasut untuk mencari fail dan kertas warna. Kaki sakit pakai kasut. Lega.

Tengah bulan bershopping, memang kerja gila. Bila semua yang dalam kepala sudah dapat, kitorang boleh pergi melepak mamak pula. Ngeeee. Restoran Darussalam. Nah, lagi terasa macam bujangan, zaman memuda dahulu cuma kurang seorang, kakAzi sebelum terus balik ke rumah.

 Kawan selamanya.

Sebaik sahaja aku buka pintu, melompat kemain Auni menyambut kepulangan emaknya sebelum Adli yang baru hendak bangun dari baringnya menuju pintu. Alahaiiii, macam mana hendak tinggal lama-lama, kalau emak yang berpergian pun asyik terpandang wajah anak-anak di mana-mana. Payah.

Terima kasih juga kepada abi, sudi mengemas dan membersih rumah sewaktu ketiadaan aku. 

Nota hijau: Peluang datang hanya sekali, sayang jika tidak direbut. Terima kasih abi, terima kasih cikZila. Alhamdulillah tahun ini dapat sediakan baju raya sendiri :)

Monday, 25 June 2012

Puri bergelumang penat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku berterima kasih kepada adik aku, sebab dia datang semalam. Hiii, dapat juga aku meluangkan masa berlibur bersama anak-anak. Jika dengan abi, dia hanya teman pergi beli barang dapur sahaja. Sebab, hari minggunya dia lebih senang berdating dengan tilam dan bantal.

Tak apa, adik aku sudah pun bekerja di Klang, makanya bolehlah dia membawa kami berjalan-jalan jika abi sibuk. Tehehehe, silap-silap ikut kepala gegila emak anak-anak ni, memang boleh terus balik Johor ;)

Tempat yang aku suka pergi, The Mines. Cari makan di Chicken Rice Shop, aku suka kerabu mangga dan taufunya. Mabeles. Sementara menanti hidangan, mulut Adli sudah pun bercicip-cicip hendak makan sama. Dia memang tidak boleh bau makanan. Pantang sungguh.

Aku sudah panaskan purinya di rumah tadi, memang siap bawa bekal. Air masak dan susu. Aku juga yang pikul semua-semua tu. Adoiyaiii. Tapi, semuanya berbaloi apabila, Adli makan dengan cemerlangnya. Yumy-yummy.

Come baby come on.

Balik daripada bershopping barang dapur, sesi membuat stok macam biasa. Huaaaarrrgghhh! Struggle. Kali ini, memang aku tekad. Lenyek je semua kerana Adli suka hendak mengaplikasikan giginya secara cemerlang.



Menu untuk minggu ini, puri brokoli bersama nugget ikan [goreng dengan minyak yang sedikit] + bubur nasi dan puri jagung manis [dalam tin cap ayam brand]+epal. 

*brokoli, jagung manis dan epal, aku kukus terlebih dahulu supaya sesi melenyek menjadi mudah.
*nugget ikan tu, aku kisar kering sebab aku sudah letih dan mengantuk.

Sesi aku di dapur, sempat aku cuci Cloth Diapers, suasana yang tadinya riuh bertukar sunyi. Rupa-rupanya, mereka semua bagaikan kena tembak telah mengambil port masing-masing. Hrmmmm, emak juga yang tidak punya masa untuk melelapkan mata. Sabar je la.

Cintaku. Jiwaku. Hatiku. Banyaknya sayang dalam hati melihat suasana ini.

Nota hijau: Waktu jenjalan semalam aku memakai PB sepanjang hari. Terasa diri aku cantik sesangat. Hahahaa, perasan dengan penuh perasaan. Sila muntah. Pertama kali Auni dan Adli berCD sewaktu keluar berjalan-jalan. Wiii. Oh, Tutti-Frutti tu memang sedapkan? Adli pun suka.

Friday, 18 May 2012

Jenjalan cari kawan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yihaaa. Akibat keterujaan melampau sampai tidak ingat, tidak sempat untuk mengeluarkan Galaxy yang sentiasa galak hendak menjalankan tugas, jadi aku tumpang je la kamera kak Nad dengan DSLR Eija. Hahahaaa pantang betul tu kan.

Sorang penceria, sorang pendiam. Sorang comot, seorang comel, seorang rambut curly, seorang rambut lurus.

Siap-siap semua, abi menuju KFC sebelum ke rumah Eija. Adli buat muka sebek je, tidak meragam pun melayan badan agaknya, baru sahaja hendak kebah demamnya, hanya memerhati kakak Auni yang tidak duduk diam. Naik atas meja, tukar-tukar kerusi, jelajah satu KFC. Semakin hari sibuknya semakin tidak terkawal.

Berpandukan GPS sampai juga di rumah Eija, Bangi. Rumah mertua dia je yang aku belum sampai, itupun mengikut kata tuan punya badan rumah mertuanya sebelah taman sahaja. Hehehe, pantang yang berkaitan dengan Eija, hendak aja menyibuk.

Tidak susah cari rumah nya walaupun terletak dibahagian tengah berhampiran dengan selekoh, aku terus nampak Zaquan sedang galak bermain. Auni bagaikan tidak sabar-sabar hendak turun, nampak belon, nampak kereta, nampak ramai kawan. 

Disambut Eija dan hubbynya, terus di ajak masuk untuk berjumpa kak Nad. MamaZN tu. Mama baby Nayli dengan abang Zack tu lah. Masa tu tidak nampak lagi ketinggian kak Nad kerana terus sahaja melabuh duduk bersama-sama dengannya. Eija tidak sudah-sudah suruh makan. Risau betul dia. Hahaaa.

Borak-borak manis muka, nampak abang Zack masuk. Ensem. Muka dah monyok, Auni sibuk bergaduh belon dengan Zaquan, anak tuan rumah. Apa Auni pegang itu jugalah yang Zaquan hendak, aku jadi gelihati. Ada masa, masing-masing galak ketawa kejar mengejar. Main basikal sama-sama. Aduhaiii.

Aku jumpa kak Nad tidak lama, sebab dia sudah hendak pulang. Sekali Eija ajak bergambar, dengan Eija aku boleh lagak tinggi, tetapi tidak dengan kak Nad. Hahaaa. Nasiblah tidak bersusun tangga ketinggian. Baby Nayli dekat nak sama besar dengan Adli. Diam je. Pipi dia, memang gebu habis. 

 
 Gambar fail: kakNad 
See, masing-masing dengan senyuman iklan gigi. Kami sudah bertemu ;)

  Gambar fail: kakNad 
 Emak addict kamera, anak-anak macam biasa. Buat muka pelik :p

  Gambar fail: kakNad 
Nilah tuan rumahnya. Jangan salah anak pula ye. ZaQuan anak Eija, Zakwan anak kak Nad. Masa mula-mula berkenalan dulu, memang aku konpius nama dua orang ni.

Kak Nad punya senyum memang manis habis, ikhlas macam senyuman Eija. Suka sangat, agaknya kalau betul-betul duduk lama, memang tidak ingat hendak balik. Sebabnya aku balik pun bila dah terdengar tangisan anak dara aku tu. Apa yang jadi tidak pula aku tahu.

Katanya Zaquan tolak Auni, entahlah budak-budak. Biar sajalah. Sebab tahu, lama sikit di rumah Eija memang confirm dorang baik balik semula. Sempat bertemu Cute Mum. Dia tidak cam aku sangat kot. Aku pun rasa segan je hendak menegur dia lebih-lebihan.

Ada seorang lagi blogger yang aku jumpa di rumah Eija tu, dia cam aku tapi aku tidak cam dia sangat. Sebab, masa tu sudah teruja sangat hendak bertemu dengan kak Nad. Hihiii. Siapa ye dia Eija? 

Nota hijau: Mujur malam tadi ada elektrik. Mahu aku nangis keseorangan dengan budak berdua dengan perangai tidak terduga tu. Pengsan.

Thursday, 15 March 2012

Spontaneous Thursday.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bukan susah mahu gembira, perlulah menggembirakan orang lain dahulu. Melihat orang tersenyum gembira, dah pasti hati kita suka juga. Bila sama-sama suka, hidup pun jadi ceria. Bila ceria, kan sentiasa muda. Apa ada pada umur, itu hanyalah angka semata untuk mengingatkan kita tidak selamanya muda. 

Jika anda hendak gembira, gembira sahajalah. Hahaaa.


Macam tak menjadi je quote makcik tu, lantaklah. Yes, mereka ialah anak-anak saya. Saya suka hendak menyebut "anak-anak" walaupun baru dua orang. Hihiii.

Nota hijau:
Syasya gedik. Muahahaaa.

Tuesday, 13 March 2012

Bila tiada abi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Syurga. Lain yang dirancang, lain yang dibelinya. Hahaaa. Itulah kisah aku bila langkah panjang. Tambah-tambah bila keluar dengan orang yang memang boleh di ajak merapu meraban.


Gambar fail: Tag by Zila at FB.

Merujuk kepada gambar di atas. Hahaaa, masing-masing lupa keluarga, lupa suami, lupa abi. Senyuman mengandungi sejuta kepuasan. Walaupun hakikatnya kaki aku macam nak patah dan melecet dek mendukung Aie yang lena dalam dakapan. 

Masa ni, paling banyak bershopping dengan senyuman sampai ke telinga ialah... tu yang baju ungu dukung anak tepi sekali. Muahahaa, walhal tujuan asalnya mahu cari warmer Bean for Adli. Sudahnya warmer tidak dapat tetapi berpasang-pasang baju Auni dan Adli dibeli.

Jusco One Utama, menaiki kereta Zila dipandu oleh adik aku. Satu-satunya hero yang boleh diharap masa tu, wanita kaki shopping dan Auni. Hero kecik yang asyik mengharap dakapan emak ialah Adli. Ahahaha. Lantaklah janji puas berjalan.

Auni pun gembira sepanjang hari, hilang moodynya bila dapat berjalan lama macam tu. Kalau dengan abi sendiri dia buat perangai, jadi keluar dengan tok mama, paksu dan aunty Zila, dia agak menjaga dirinya. Dia tahu, dia tidak boleh berada jauh dengan salah seorang daripada kami berempat.

Banyak insiden lucu dibuat dek Auni ni, tengok gambar tu pun dah boleh agakkan. Paling aku tidak boleh lupa, dia buat konsert dalam F.O.S. Mentanglah tempat tu agak lapang, aku tengah menunduk-nunduk memilih stokin, Zila mendukung Adli, tiba-tiba terdengar ada budak menyanyi.

Oh! itu anak perempuan aku. OMG, cepat-cepat aku cuit dia, suruh cari paksu. Sebab, dia jalan dengan adik aku pada asalnya. Dalam hati aku gelak kemain, kepala aku tergeleng-geleng dengan perangainya. Itu belum dia dok jerit umi-umi-umi. Habis harapan makcik nak ngaku bujang sekejap.

Tengah jalan-jalan mencari tempat untuk memulangkan kereta tolak tu, masing-masing tengah layan perut, layan mata tiba-tiba macam ada sesuatu jatuh. Auni, dia boleh melompat keluar daripada kereta tolak tu. Ya Allah budak ni la kannn. Memang dia tak nangis, tapi kitorang ni terkejut macam ke hapa. Dia tetaplah dengan muka comel tu.

Aku sangat proud dengan Auni dan Adli masa ni, dorang sangat ok. Hihiii. Meragam sikit-sikit tu biasalah. Terima kasih Zila sebab sudi temankan kitorang berjalan-jalan. Balik tu, dia melepak lagi di rumah aku sehingga abi balik kerja.

Walaupun ahli keluarga ni tidak cukup, tapi hati aku sangat gembira. Puas hati dapat bawa anak-anak jauh daripada rumah sekejap. Ada satu ketika, Auni dan Adli hanya mahukan aku sahaja. Pengsan kejap. Masa ni, Adli kena mengalah.

Nota hijau: Jalan-jalan One Utama hari Sabtu. Hahaaa. Sekiannn. Kalau dengan abi ni, memang harapanlah nak sampai.

Wednesday, 25 January 2012

Kisahnya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu, 25hb Jan. 2012 
Balik Johor sekejap lagi. Orang dah lama balik kampung, aku baru terhegeh-hegeh nak balik. Hrmmmm. Tuntutan kerja abi, kena la terima. 

Selasa, 24hb Jan. 2012
1-Kawan baik aku, cik Zila atau Puteri Amna Balqies bersama seorang kawan sekolahnya datang melawat. Dia membelikan aku sebuah novel daripada kaki novel yang bertajuk Kurela Cinta Ini Bertamu by Nuril Baharudin. Thanks awak. 

Kawan berkenalan di bus stop satu ketika dahulu, aku dengan kak Azi la yang selalu melindungi dia daripada diganggu oleh lelaki-lelaki yang suka mengambil kesempatan. Zila seorang yang mempunyai hati kertas, sensitif dan lekas emo. Zila mempunyai perwatakkan lemah lembut, sangat cantik orangnya serta sangat baik hati selain suka mengambil berat akan hal orang lain.

Disebabkan perangainya sebegitu, aku dengan kak Azi yang mempunyai kekentalan jiwa ini, hahaaa poyo selalu melindungi Zila. Yes, Zila dia selalu ingat tentang kegemaran dan kesukaan aku dan kak Azi, tidurnya berkongsi bantal, makannya berkongsi pinggan. Memang tidak rugi langsung dapat berkenalan dengan dia.  Thanks awak sudi datang.

2- Dikhabarkan juga kakLong Faizzah atau bondaWiya atau isteri kepada abang angkat aku atau kawan satu tempat kerja dengan Zila telah selamat melahirkan seorang putera. Aku rasa mahu datang kepadanya, memeluk dirinya erat-erat, sambil mengucapkan TAHNIAH dan Syukur ianya seorang putera.

Aku sayang dia as my sister. Beloved sister. Mempunyai ketabahan hati yang sungguh luar biasa. Mentor aku. Mampu mengukir senyuman walaupun dadanya bagai mahu pecah menanggung kesakitan dek buatan orang tersayang disisinya satu tika dahulu. Cerita perit, ditanggung oleh dirinya, aku, zila, kak Azi dan kak Lia. OMG, bila aku kenangkan balik kisah tersebut boleh dijadikan senaskhah novel hebat.

Paling aku ingat dan sentiasa ingat sebenarnya apabila dia berkata:

"sakitnya sampai Wiya tak mahu duduk dalam perut bonda lama-lama". 

Yes, Qaseh Whilea Putri lahir pada minggu ke-28 dengan berat 1.3kg. Itu kisah yang membuatkan kakLong trauma untuk bersalin kali kedua. Alhamdulillah, apa yang pasti setiap kelahiran adalah berbeza. Tahniah kakLong, tahniah along. [taip ni pun dah bergenang air mata]

aku, kakFaizzah, cikZila dan mamaLia.
macam adik beradikkan kami? kami memang adik beradik.

23hb Jan. 2012
Just at home with kebosanan melampau. Oni dah pandai on dan off TV, buat kepala aku bertambah sakit. Haiyooo. 

Selamat Tahun Baru Cina :D

22hb Jan. 2012
Balik daripada Hulu Langat, Aie beri Oni demam. Oni demam sehingga sekarang. Mujur dia tidak merengek dan hanya mahu tidur selepas makan ubat.

21hb Jan. 2012
Balik Hulu Langat, rumah mertua aku. All going smooth.

Nota hijau: Kisah aku sepanjang cuti. Bosan je kan? Ok, aku baru je menempah sebuah potret 8R, tunggu siap dan frame baru aku tayang kat sini ok. Love it, projek ke dua. Deco-deco dinding rumah. Wakakaka. Bilik Aie Oni, masih terbengkalai. Ngeee.

Esok hingga 29hb Jan. 2012, berada di Johor dan mahu shopping-shopping. Seb baik ada rezeki lebih, mari kita enjoyyyy ya beda-bedu. [ini je nak beritau sebenarnya. Ahahaha]

Thursday, 22 September 2011

Mama yang happening.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Asyik cerita pasal sakit je, tak best juga kan? ok-ok lets beraya.

Selepas beraya dengan mama yang lemah lembut, 4 jemputan rumah terbuka, mini tak mini semuanya perlu dihadiri pada hari Sabtu. Aku dah mula rasa tidak sihat. Pantang cuti Sabtu, Ahad semedang badan rasa tak stabil.

Rumah pertama,  Rawang. Soto dan sate, rasa jangankan tidak. Borak-borak dan beransur. Mata aku belum sihat sepenuhnya. Sempit rasa penglihatan. Dalam perjalanan abi sibuk dengan handphone, rupanya ada hajat lain disamping menuju ke Rawang, mahu melihat rumah yang dibelinya di Sungai Buloh jadi bila dah orang di sana tidak berangkat makanya hajat berlalu begitu sahaja. Seterusnya ke rumah kedua.

Taman Melati, kawan satu tempat belajar. Dia memang rajin buat open house setiap kali raya dan abi memang masih belum missed bila sebut jemputan ke rumahnya. Di rumah Norsham Shafinas aka Sham aka Dobot, bertemu pula dengan Fairuzzaki yang masih solo dan Normilawati aka Mila bersama suami dan 2 orang puterinya. Geram betul tengok anak Mila yang berdua tu, tembam betul.

Oni? Aku pakaikan jeans dengan t-shirt, dia punya perangai pun bertukar-tukar. Masa di Rawang, habis mainan sepupunya dikerjakan, masa di Taman Melati, merengek buat perangai. Nak tidur.
Ahaaa terasa macam reunion kecil-kecilan pula gamaknya. Macam biasa aku suka rendang dengan nasi impit/ ketupat dan spegetti. Rumah Dobot ni memang terkenal dengan spegettinya. Makan sikit-sikit je sebab ada lagi sebuah rumah yang akan dituju. Hehehe.

Rasa tak sabar gila nak pergi rumah yang last ni, pasal perut aku dah tak mampu di isi. Penuh, mengeras tak sudah-sudah akibat banyak makan. Mesti ramai dah boleh agakkan? Ya, rumah mamaMikhail. Kawan maya aku paling istimewa. Dalam hati, alam maya dan juga reliti. Alhamdulillah dalam kesukaran mencari rumahnya kami bersua juga, terima kasih kakEda dan abi sebagai GPS.

Disambut dengan kakEda sendiri, manisnya dia berbaju pink. Serius, seri muka (bukan kuih) yang dia ada rasa macam tak boleh nak gambarkan. Orangnya rendah sedikit daripada aku, memang aku dah boleh agak pun. Mulutnya, memang tak henti-henti bercakap. Peramah habis.

Rasa macam nak melepak lama-lama je di rumahnya, apatah lagi dilayan makan oleh dirinya sendiri disamping hubbynya yang juga peramah bertemu abi. Rasa bagaikan bersaudara, rasa bagaikan kami dah lama sangat kenal dan selalu bersua muka. Percayala, ini pertemuan kali pertama. Oni? kembali segar tak jadi nak tidur. Habis semua mainan Mikhail dipunggahnya.

Berbual di meja makan sampai lupa diri mulut tak henti menyuap makan. Hidangannya memang kenala dengan tekak aku, kamikan orang Johor. Apatah lagi punya bilangan adik-beradik yang sama ditambah lagi kami adalah kakak kepada sorang adik lelaki. See? kita sama kan kak?

Dan bagaimana aku boleh jadi rapat dengannya apabila due date Oni sama dengan tarikh lahir Mikhail 070809 akan tetapi Oni lahir awal daripada jangkaan itu, Mikhail pun lahir awal daripada due date sepatutnya. Tambahan lagi, aku menjadi penyokong kuat De' Chantique Boutique, terus menjadikan kakEda sebagai teman maya pertama yang sangat rajin berGTalk.

Sifat gila-gila, selamba kakEda membuatkan aku selesa dengan dia, cakapla apa sahaja, ceritala apa sekalipun, dia sedia dengan nasihatnya, jawapannya dan jalan penyelesaiannya. Kadang-kadang resepi yang di masaknya menjadi resipi aku. Muahahaha.

Cukup ke ni kak? rasanya ada lagi tapi yang lelain tu biarla simpan je antara kami berdua. Kami tahu betapa istimewanya hubungan ini. Sesungguhnya aku sangat berterima kasih atas kesudiannya menjemput. Aku memang nekad nak berjumpa dengannya. Terima kasih kerana menjadi sahabat aku kak.

Aku yang sepet sebelah mata. Mikhail meradang.

Mari buka rahsia, aku pakai baju kakEda sebenarnya. Oni dah hilang kat luar dengan abi.

Lepas ni, round Putrajaya pula, tunggu lelepas pantang la nampaknya. Rasanya, ramai yang ada di sana kan? meh tinggal sepatah dua kata ;)

Monday, 5 September 2011

Aidilfitri 2011, Johor.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Update pasal raya? hahaha, sikit je la ye, raya aku biasa-biasa je. Perut dah sarat tapi nak gak pakai baju raya sedondon dengan abi. Cian Oni baju dia lari tema sikit gara-gara tak sempat siap. Patutnya dia sedondon dengan abi. Tapi, kira ok la sebab raya kat Johor. Wiii.

Sempat lagi bershopping last-minute, berbuka bersama kawan-kawan sekolah, dan membuat persediaan untuk sesi masak memasak. Aku masih tak percaya raya jatuh pada hari Selasa, rasa kejap benar aku puasa (puasa penuh tau ;))

My small family in purple, Oni tayang duit raya daripada abi.

Still in purple. Pak Su je nak lain.

Hari Raya ialah hari bergaya buat Oni. 'mamaaa antikkk' sambil tayang-tayang baju.

Then, macam biasa lepas Zohor bertolak balik Machap. Nama pun beraya, kerjanya makan-makan-makan dan makan. Alhamdulillah, dapat lagi aku merasa ayam masak merah, rendang daging, lodeh, sambal kacang hasil tangan mama. Dan, paling penting orang makan ketupat anyaman aku. kekekekeke. 

Lagi, nak citer apa? Tu la aku kata, raya aku biasa-biasa je. Aku dah beraya ke mana-mana, tapi rumah mertua aku tak sampai lagi, dek kerana mertua aku masih lagi beraya di Terengganu. 

Rayakan sebulan, insyaALLAH, jika aku larat dan sihat yang mana area-area KL ni, aku sampai la di depan pintu, hehehe. Nanti aku beritau arah tuju aku ye.

Monday, 8 August 2011

Gelagat Oni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 8811.

Misi completed. TokMama dah balik Johor, habisla Oni kena buli ngan mak dan pak dia pula. Habis sudah sesi nak manja-manja ye. Siapla.

Seminggu orang tua tu di rumah aku, membantu menjaga Oni, baik je perangai dia bersama tokMama. Dia membuli tokMamanya tu dengan sesuka hati. Kalau dah tokMama kena kerah suapkan dia makan dengan syarat suapkan enam ekor teddy bearnya sekali, Oni duduk digiliran terakhir. Kemain comel dia buat perangai macam tu ye.

Itu baru satu hal, belum lagi part semua orang kena kerah melukis. Asyik-asyik gambar bulan, bintang, cicak, ulat gonggok, burung, ayam, kucing, kambing. Oih! jenuh woi. Masing-masing tangan kayu. Habis semua helaian muka surat buku abi kena conteng.

Bila selak semula dari muka surat pertama, sendiri ketawa gelihati. Kerana Oni, kucing tokMama jadi rupa harimau + lembu. Bayangkan je la sendiri. Cicak abi, entahkan buaya entahkan biawak. Jauh benar rupanya. Yang paling gelihati ayam ada empat kaki, OMG berguling aku gelak.

Bila tokPapa dia datang, buka je kasut, terus aktiviti bertukar tangan. Papa aku memang kreatif. Ahaaa, orang tua tu nak pergi membuang pun dia tunggu depan pintu tandas bersama buku dan pen. Sabar ajala. Layankan.

Then semalam, aku ke TBS untuk menghantar mereka pulang dengan bas. Oni, menginja suka. Melompat, menari turun dari kereta. Tapiii bila dia tengok tokPapa tak bawa dia, ditinggalkan dengan mak dan paknya, dia lost. Memang nampak gila muka sedih dia. Aku pun dah sebak je.

Masuk dalam kereta, dia pun buat perangai. Aku biarkan aje. Mujur, abi terus ke Jusco Cheras Selatan untuk shopping raya. Olooo, sama juga macam tahun lepas, takde nafsu nak shopping. Nak beli baju, kena fikir banyak kali, sebab beli baju pregnant pakai tahun ni je, lepas tu? rugi. Abi pelawa beli kasut, tak ada pula yang berkenan. Why? why? why?

Tapi beli jugala, sehelai seluar dan sehelai baju maternity demi abi. Abi beli baju raya dia. Aku tak beli apa pun untuk Oni sebab nanti shopping baju adik dia, kena shopping untuk dia sekali. Sama je. Lepas dapat dua biji novel macam biasa, balik rumah dan tidurrr.

Pukul 5 keluar lagi pergi bazar Ramadhan. Meriahnyaaa, macam-macam ada. Oni la paling seronok sekali tapiii dia malas nak jalan. Kesian abi jadi mangsa. Hehehe! Sekian sahaja cuti hujung minggu. 

Balik ni mesti kena dera ngan Oni, kish-kish (lukis), tutu (buku), lalan (bulan), alan-alan (kereta), tatam (bintang), antek (cantik), cacak (cicak), yayam (ayam), bebird (burung) - vocab Oni ye. Mak dia je faham. Telah menjadi bahan gelak apabila dia sebut, 'auuu mamam yayam-auuu mamam yayam' = kucing makan ayam. Walhal ada kat situ, hanyalah burung palsu dikelilingi kucing. Burung tak terbang = Ayam. Ok noted.
Saje nak bagi orang imagine gaya Oni. Walhal malas nak upload gambar, pemalas ko Syasya.

Tuesday, 28 June 2011

Hanya cerita biasa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kerana masih setia. Acceh.

Ahad lepas abi ajak jalan. Ye la, setelah air mata wife kesayangan dia ni gugur akibat ke'stress'an maksima. Gila cembeng, emo. Janji dapat jalankan? Macam biasa, dia tanya nak pergi mana. Dalam kepala rasa nak jejalan kat Taman Putrajaya tapiii hujan. Sudahnya, 'pergila mana pun, asalkan jangan balik rumah, jemu' boleh gitu? itula yang keluar daripada mulut aku. Ngeee.

The Mines, macam biasa. Bila lalu je bangunan shopping mall tu, ma'oiii baaanyaaaknyaaa kenderaan. Memang sah-sah tak boleh nak masuk. Abi terus ke Jusco Cheras Selatan. Sama juga, kenderaan sungguh banyak. Tapi aku memang suka Jusco tu sebab besar.

 Peringatan untuk umi, jangan boros.

Tak shopping sangat pun, aku belum gaji. Melayankan anak dara nan seorang itu bermain. Abi je yang shopping. Tapi dapat gakla baju untuk ''kembar'' aku yang mengembang dengan baik punya ni. Abi belanja. Hiii. Dia pun teruja ikut sama memilih.

Masuk Popular, aku hanya menjeling susunan novel yang bertingkat-tingkat. Gila banyak. Rambang mata nak memilihnyaaa. Huiii, sampai Oni pun tak mahu keluar daripada  situ. Huiii.

Tarikh hari ini aku bersanding, tiga tahun lepasla. Hiii, semalamkan hari ulangtahun perkahwinan aku pun membuat permintaan kek coklat, abi layankan je. Ikutkan dapatla pergi pasar malam setiap Isnin di Universiti tu, tapiii aku kelewatan. Ada benda urgent. Makanya abi je yang pergi.

Elok aku parking kereta, dia bersama anak daranya pun balik daripada pasar malam. Comelnyaaa Oni, hahaha. Puji anak sendiri. Rindu membuak-buak dengan dia. Tak ke mana-mana pun, menikmati kek blueberry daripada abi je. 'Errrmmmm dap' - kata Oni.

 Bluberry Secret Recipi.

Oh! ya, segmen review blog semalam, sudah habis ye. Bersambung untuk akan datang pula. Blog yang tak tersenarai, janganla berkecil hati pula. Aku pick-up blog mereka yang tersenarai sebagai pengomen tegar pada bulan Mei yang lalu. Insya-Allah nanti aku buat lagi. Maklumla, memetik kata mamaMikhail, nak review blog mesti berkenalan dan rapat dengan empunyanya sekali. Baru terasa dekat di hati, tak gitu?

Terima kasih kerana membaca.

Tuesday, 21 June 2011

Mama yang manis.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebaik sahaja abi pulang daripada Ipoh, dia berhasrat nak balik kampung halamannya. Ahaaa, ini peluang baik untuk pergi ke rumah Eija. Aku ni simpan hasrat je, tapiii tak menjadi-jadi kenyataan. Selepas aku menghantar pesanan ringkas berbaur sedikit berjauh hati, dia ok je menunaikan hasrat aku.

Lepas makan tengah hari, siap aku berkemas lelebih kurang, kita pun bertolak. Dia menyuruh aku menelefon Eija, gara-gara agak was-was akan kedudukan rumah Eija. Then, selaku GPRS setiap butir bicara Eija, aku ulang cakap pada dia. 

Alaaa kalau dah memang orang kampung sana, bak kata Eija sendiri 'dia mesti tau punya' sekejap je dapat cari walaupun rumahnya terpelosok jauh. Pertama kali menatap orang bernama Eija ni, dia memang sweet sampai tak sedar aku kata dia comelnyaaa. Patut ZiQri yang dapat comel tu, ini mak ZiQri pula yang dapat. Hahaa.

Kami suka berlaga cakap. Dua-dua nak bercerita, rasa macam tak cukup masa je. Sempat la anak dara aku tu, tengok mmmbeeekkk, tengok aaaauuuu, tumpahkan air, panjat sana, tonggeng sini kat rumah tu.

Gambar fail: Aku dan Eija. Pandai ZiQri posing, Oni? rambutmu masuk lubang hidung umilaaa.

Menatap wajah little zaQuan sebijik. ZaQuannya pergi ikut papa dia tournament bowling. Buah mangga yang Eija hidangkan sampai hari ni aku terbayang. Sedap dan manis. Aku rasa dalam rumah mak Eija tu semuanya sweet-sweet. Hehehe. Terima kasih Eija. Layananmu meninggalkan kesan kepada diriku ini.

Lepas balik daripada rumah Eija terus aku balik batu 19, melepaskan hajat si Oni mandi sungai belakang rumah makcik abi. Tujuan abi tu mandi sungai, dia nak kumpul batu sungai, nak tangguk udang or ikan letak dalam aquarium dia. Hrmmm, minat datang tiba-tiba, layankan aja.

Seawal pagi Ahad, abah sekeluarga ke Gopeng, Perak. Menghantar adik lelaki abi berkursus di sana. Kita semua pulang ke KL awal daripada biasa sebab abi nak masuk kerja. Sekian laporan waktu cuti minggu ini. Hiii. Daaa.
Eija, kawan maya pertama aku jumpa. Pertemuan blogger pertama la kiranya. Huhuuu.

Thursday, 9 June 2011

Anugerah indah ciptaan Tuhan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Perjalanan hari ini smooth, sebelum jam 8.00 pagi aku dah sampai opis. Aku puasa hari ni, semoga dapat bertahan sehingga buka nanti.

Actually, masa mrABi mengajak aku pergi Taman Jaya, PJ ni aku malas. Sedang menghabiskan sesi menggosok baju kerjanya. Dalam kepala masih berfikir nak pergi ke, taknak pergi. Tengok Oni tu, kesian pula asyik mengeram je dalam rumah.

Demi Oni, gagah jugala bersiap sebab ajakan kali kedua mrABi lebih menarik perhatian, pasar malam. Ngehehehe.

Dah tak susah bawa Oni ke taman ni, sebab dia dah tahu mana satu tangga, mana satu gelongsor, mana satu bahaya dan mana yang tidak. Dalam pada tu, kasihnya ABi katakan mengekor je la ke mana aja anak daranya berpergian.

Mak dia dah duduk je, bawa perut. Menikmati alam, menikmati anak-anak lain yang berlari, memanjat, menjerit, ketawa, bergaduh, menangis, berebut, oh sungguh indah mereka ini semua. Bisa membuat hati gundah menjadi tenang.

 Baju daripada makNgah, baru mahu pakai dah singkat rupanya. Aku suka dia pakai ringkas macam ni, tak sememeh. Hihihiii, lagipun nak pergi bersukan. Nanti kita beli kasut sukan Oni ye.

 ABi forever katanya. Baru je berpeluang main buaian. Confident sikit aku dengan buaian seperti ini, takla risau jatuh janji Oni pegang kuat-kuat. Eeeiii, mak dia sendiri gayat bila ayun tinggi-tinggi.

 Oni dah jelajah semua gelongsor yang ada kat sini, daripada yang paling rendah, sehingga yang paling tinggi. She is my brave daughter. Esok-esok boleh ajak adik main kat sini ye. Jangan Oni tinggalkan adik sudah.

 Here, my sweet-sweet-sweet daughter. Ada macam budak 3 tahun tak? Hihiii.

Balik daripada Taman Jaya, kita ke pasar malam, mata Oni nak hantar isyarat nak lelap je. Badan dah la melekit gila. Mak dia ambil peluang borong selagi terdaya walaupun kaki macam dah tak boleh nak bergerak je, mujur orang tak ramai. Mungkin cuti sekolah.
Big thanks to ABi, take turn jaga Oni bila dia ada di rumah. Mak dia boleh bersenang lenang :p

Monday, 30 May 2011

Aku dan buku.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hebatnya cuti walaupun cuti dua hari, bilala aku nak rasa cuti sekolah semula ni, memang tak mungkinlakan, so dengan malas-malas di hari Sabtu, aku bershopping barang dapur sementara mrABi belum masuk kerja sebelah malam.

Lepas dia betulkan alarm kereta, terus ke Carefour Wangsamaju. Hari tanpa beg plastik, I like, sebab tak ramai orang. mrABi ajak shopping dulu baru makan, aku dah kebulur nak makan dulu, ada pula yang pengsan tengah memilih barang nanti.

Terlupa bawa senarai barang, main ingat-ingat je le. Terpaksa berjalan satu demi satu lorong, memerhati rak demi rak. Penuh troli. Mujur makan tadi, ada tenaga nak mengukur Carefour tu. 

Macam biasa, mrABi bagai tau-tau je, bila keluar mesti nak cari kedai buku. Hihiii. Sibuk aku memilih dengan kakakOni, berebut-rebut dengan dia, mujur aku dah planning buku apa nak beli. Tak planning pun aku memang redah je suka beli buku.


See? aku dah ada semua koleksi novel Anis Ayuni, yeay suka-suka. Kasih Yang Suci, Nora Elena punya pasal. Oh! gembiranya hatiku. Word Search, teman dikala bosan, bukunya tebal. Pertama kali aku beli. Hihiii. 

Colouring book tu, kakakOni punya. Sekali masuk kedai buku. Tak sah kalau tak membeli. I love book.
Jatuh cinta dengan buku tak salahkan?

Wednesday, 18 May 2011

Terima kasih mama, terima kasih papa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Haiii, macam mana cuti? Aku baru naik kerja. Hihiii.

Cuti kali ni aku habiskan di Johor. Jumaat malam bertolak. Sampai di sana lewat malam, perjalanan yang tidak berhenti. Terus menuju destinasi.

Sabtu, sepanjang hari melepak dan melayan mata di rumah sahaja, menghabiskan masa melayan Oni dan tengok TV, rumah tok mama jangan di kata la, haru. Tunggang langgang. Syoknyaaa tidur.

Ahad, tujuan mencari baju Melayu raya. Khas untuk mrABi, papa sendiri dan Moiz. Yey, ke Giant Plentong, JB. Papa tak ikut tapi sponsor. Nagoya textile menjadi pilihan. Rambang gila biji mata aku, dapat juga aku dan mama sepasang kain pasang. Hihiii.

Balik Giant, harus singgah bandar Kota, misi kali ni mencari kek dan membeli KFC bucket. Nak celebrate birthday aku dan Moiz. Eh-eh? terbeli sepasang baju kurunglah. Opsss. Siang makan KFC, malam makan KFC. Aku je cari menu lain. Kekenyangan.

Celebrate kecil-kecilan, memuaskan hati papa. Orang tua tu memang ingat akan anak-anaknya.

Isnin, orang dah sibuk naik kerja aku terus bercuti. Hahaaa, awal-awal pagi dah bau aroma nasi lemak. Destinasi hari ini, tepian pantai. Ceh, konon. Dah berapa kali balik tak pergi-pergi. Konon nak bawa Oni main pasir. Tak sempat keluar rumah, hujan dah turun. Sibuk berteka-teki, pergi juga melepaskan hajat tokMama.

Ke Tanjung Balau, sunyi. Ye la, bukan hari bercuti. Barula betul-betul nampak lautan luas memandang. Moiz yang bawa Oni berjalan ke gigi air. Sebab aku nak bawa dia, punya la jauh air dengan pantai. Air tak pasang. Terkedek-kedek dia berjalan memijak pasir meninggalkan tapak kakinya. Comel.

Balik pantai, sekali lagi. Harus singgah di Bandar Kota Tinggi, tokMama nak beli basikal Oni. Tak sudah-sudah. Kedai yang sama semasa membeli kereta Batman pinknya. Kali ni basikal roda empat berwarna oren menjadi pilihan, tak sabar-sabar. Aku mencari sepasang kasut.

Sampai rumah, bila dia dengar tokPapa balik je, dia berlari ke pintu terus tunjuk basikal oren. Alahai Oni, semua dia nak tayang, semua dia nak cerita dengan tokPapa dia. Kepoh.


Selasa, back to KL. Habis sudah hampir seminggu aku di Johor. Seronok. Bila kemas-kemas barang nak balik, mama keluarkan set pinggan mangkuk yang dia beli untuk aku. Laaa, aku bagi duit kocek pada dia, dia belikan aku hadiah pula. Itula mak kan?

Siap dibuatkan langsir untuk rumah aku, aduhaiii. Naik segan aku dibuatnya, tapiii dah dia yang nak buatkan aku terima je la. Kikiii. Rezeki.
Dah besar, dah berkeluarga, dah berkerja, bila mama papa bagi something yang tak dijangka macam ni, rasa segan semacam, tapiii bila fikir semula, siapa lagi diorang nak bagi kalau tak anak sendiri. Makanya, terima sahaja dengan rela hati. Katanya, dia gembira bila tengok anak cucu menantu gembira. Gembirakan hati orang tua itu adalah terapi.
Terima kasih mama, terima kasih papa. 

Nota: Lain-lain gambar ada dalam kamera Moiz, kenala tunggu dia transfer. Ampun-ampun.

Monday, 18 April 2011

Perangai kakak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada suatu hari, seorang mak mengajak suaminya berjalan. Macam biasa la, mula-mula ajak macam takde respon, aku pun layanla Princess Hours yang tak habis-habis tu. 

'kata nak keluar, pergila siap' aku dah malas-malas ni dia mengajak pula. Ceh. kakakOni dah pun berselimut best je, layan mata.

Kejut dia punyala liat nak bangun, tengok orang kelam kabut bersiap dia bangun juga. Hahahaaa. Paling excited. Habis dia selongkar laci tudung/ shawl aku. 

 Ada tak rupa mak dia?

 Atas tutup, bawah? ngehehehe.

Lepas aku siapkan dia, tukarkan baju. Tengok apa dia buat ni. Nak marah pun tak jadi. Bila nak ambil daripada dia, dia lari. Geram betul.

Tu kaki tu, pangai mak dia la tu. Mewarisi.

Melayan dia, tengah mengemas rumah aku jumpa RM1.00 duit syiling dengan 4 batang pen/pensel terselit kat sofa. Habuk jangan katala kan, lepas jumpa semua kasi kat dia. Terus cari buku, habis buku mrABi dia buat nota. 

Dah bosan, dia masukkan 4 batang pen/pensel tersebut dalam tabung teddy bear. Eiii, tu macam mana nak ambil keluar tu, sudahnya mak dia jugak kena korek keluar semua pen/pensel terbabit. Haih!
Ini baru seorang ni, esok-esok dia ajak adik dia pulak, huiii mau bersilat aku mengejar duar orang ni, tak sabar rasanya nak menanti detik itu. Pasti aku akan jadi lebih tough kan? ngehehehe.

Tuesday, 15 March 2011

Terminal Bersepadu Selatan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sambil menjamu mata ke rumah baruku ini, aku mahu ceritala tentang keterujaan perasaan tatkala menjejakkan kaki ke Terminal Bersepadu Selatan aka TBS, yang terletak di Bandar Tasik Selatan buat pertama kali, julung-julung kali.

Di kejauhan tersergam sebuah bangunan bak stadium bola sepak, hati meronta-ronta, kaki jadi tak sabar. Eh, bila aku pergikan? haaa seronok benar nak bercerita gamaknya.

Balik daripada rumah to'ki Oni la, kebetulan papa dan mama sampai ke TBS daripada Larkin-JB. Dulukan kena naik bas di Bukit Jalil yang sesak tu. Kini, semuanya beroperasi di TBS.

Serius aku jakun, terasa macam di KLIA, luas saujana mata memandang. Sejuk air-cond sangat terasa. Masih dalam kawalan polis bantuan. Pinta, tanya apa sahaja mereka sudi tunjuk ajar. Sebab, aku dan mrABi dah tersalah landing. hahaaa. Tiba-tiba je polis minta tiket, sah la kami di balai berlepas.

Naik satu tingkat lagi, huaaa. Rasa macam di oversea. 

 Macam biasala si ratu jalan ni, petah lagi tempat luas. Nak berlari saja kerjanya.

 Cantikkan?

 Aku memang teruja masuk tempat yang ada boarding camni. Mulala terasa macam bukan kat Malaysia.

 Serba baru dan teratur.

Budak ni dah penat, tengah pujuk mak dia minta dukung, orang lain dukung dia tak nak.

Calling-calling mama, tak jumpa akhirnya ikut mrABi melayan Oni, nak gula-gulala, nak airla, nak jajanla. Elok je mrABi membayar, terus biji mata aku terpandang mama, hahaaa. 

Pergi makan KFC, konon nak paw mrABi makan tempat mahal-mahal, non-ado. Nak keluar daripada TBS, takut papa tak terkejar bas yang akan bertolak ke Larkin semula jam 4 petang.

Maka, selepas makan, berlegar kami di TBS, naik turun eskulator. Dah letih duduk melepak di lot kedai yang masih kosong. Saujana mata memandang. Indah. Di luar sana ada jejantas panjang, menghubungkan TBS dengan ERL dan juga LRT-Bdr. Tasik Selatan, serta komuter.

Pengangkutan bas dan juga teksi sangat banyak. Tidak usah risau sesat, ringankan mulut bertanya pada polis-polis bantuan yang berkawal dan bersedia membantu.

Sebaik melepaskan papa di balai berlepas, kami bergerak pulang. Singgah giant untuk SHOPPiNGGG. Hiii.
Sangat selesa, sangat best, sangat mudah. Jangan merungut jika tidak memuaskan hati sebaiknya bersyukur kita dapat menikmati.

Monday, 14 March 2011

Rumah to'ki.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan umi.

Eh, tadi ada macam nampak BE kat LB umi tu. Hiii. 

ABiOni dah balik, umi tu berkepit je la kerjanyaaa. Larikkk. Tak lama lepas Oni tayang skill-skill baru depan ABi, Oni balik kampung rumah to'ki. Oni sukaaa rumah to'ki.

Kenapa Oni suka? sebab, ada cikSu Mijaaa. Oni dah terror main kejar-kejar dengan dia. Sebab ada makSu Myra suka suap Oni makan. Dan, sebab paling utama ialah rumah to'ki ada banyak aktiviti yang boleh di buat.

Macam biasa Oni suka main di tanah. 

Aktiviti saudara mara, jika datang ke rumah to'ki ialah, sesi mengejar itik to'ki. Melawat persekitaran dan berenang di sungai yang mengalir tenang di belakang rumah to'ki.


Selain itu, saudara mara juga suka pergi ke kebun to'ki yang ada bermacam-macam jenis tanaman, baik buah-buahan, sayur-sayuran mahupun ulam-ulaman. Kadang-kadang, to'ki mengajak pergi menangguk udang atau pun memancing ikan pada waktu pagi. Memang terbaiklah!


Oni sangat suka matahari pada waktu pagi. Oni akan berjalan naik turun bukit atau pun melihat to'ki memberi ikan makan. Kadang-kadang, Oni dengan cikSu pergi mandi sungai di belakang rumah. Tapiii sangat sejukla.

Sekian sahaja aktiviti Oni di kampung to'ki. tataaa.

Oni.

Friday, 11 March 2011

Hurey!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 11.03.11, cun tak?

Hiii, wink-wink-wink. Yeay, esok ABi balik. Yeay esok balik Langat, ye ke? Yeay, lusa mama papa datang. Yeay, lusa pergi shopping. Hah! berharap sangatkan.

Ntah-ntah orang tu balik, membongkang tidur 24, 48 jam. Aduh, pengsan. Tapi takpe, mama ada. Nak makan mi bandung. Nak makan mihun goreng. Nak makan asam pedas. Niii la dia, padah tak reti masak. Ngeee. Bukanla, tapi nak air tangan mak.

Sungguh aku dah jadi orang tak sabar pula. Aku jadi orang paling terover excited pula. Hiii. Kekosongan akhirnya terisi. Sungguh penantian bakal berakhir.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Aku harus mengemas rumah. Rumah mesti cantik dan bersih untuk menyambut orang-orang tersayang =)

See ya kawan-kawan.

Wednesday, 2 March 2011

Perjalanan Oni di kampung.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

Baiklah, hari ini kita masuk part majlis doa selamat berlangsung. Aku tolong kemas-kemas je wei, nak celah tolong masak, serah pada yang pakar je la.

Buat kerja sikit, tapi banyak tidur dari buat kerja. Ada ke patutkan. Pagi Sabtu, aku teman mama pergi pasar. 1st time dia naik kereta yang aku drive. Hahaaa. Sticker P telah pun dicabut. Aku dengan rela hati cabut sendiri.

So far, dia dah berani la naik kereta dengan aku, kalau tak memang sampai bebila pun dia takut.

Serius aku banyak tidur dari menolong orang mengemas. Penat gila, macam aku yang drive balik Johor. Ngeee. mrABi rilax aja, Oni? jangan katala, jakun jumpa tanah. Kerja nak mengorek tanah, kerja nak berkebun kat belakang rumah. Memanjang dok berkepit dengan tokPapanya. 

Sikit pun dia tak hairan dengan orang ramai-ramai yang sibuk mengata dia itu dan ini. Dia paling kecik. Dengan skirt dengan singletnya, lencun dengan peluh dok ke hulu-ke hilir. Masam.

Bila majlis nak berlangsung Oni bantai tidur, tetengah alam, tetengah rumah tempat orang nak beryasinan. mrABi kejut mamai-mamai bangun. Kepenatan. Bila bawa ke tanah, tiba-tiba segar balik. Adoyai. Terus sambung main tanah. Gila jakun budak ni. Takpe bagi peluang.

Menu: Nasi putih, sambal goreng jawa, rojak sayur, sambal belacan, ayam masak kurma, ikan kering bulu ayam.
Cenderahati tetamu: Roti Mighty White, Jus Rossel, sumi jelly dan mi goreng.
Cenderahati rewang: Mug, coklat, gula-gula.

Masa makan, bacaan doa selamat di ruang tamu rumah, acara makan-makan di ruang tempat letak kereta. Rumah felda sahaja =)

Majlis berlangsung dengan jayanya. Lepas Isya' aku terus bertolak balik KL, kena singgah di Puchong dahulu untuk mengambil Kelisa Turbo mrABi. Oni ikut mrABi, aku drive seorang, follow dari belakang, banyak kali gak la tertinggal. Hahaaa. Kalau tak ikut belakang memang aku sesat. Hari dah pukul 1 pagi. Kepala pun dah bengong-bengong.

MrABi kemas baju siap-siap, tepat jam 9.30pg Ahad, dia pun bertolak ke Ipoh, berkursus di sana. Tinggal aku dan Oni. Huuu. Malam yang sepi-pi-pi, aku rindu ABi-Bi-Bi. Hiii. Gatai.

Aku nak makan mi bandung. Mi bandung. Mi bandung. Sewel sudah.