Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Thursday, 1 August 2013

Istimewa Aidilfitri kali ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semoga sahabat-sahabat aku terus dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, sentiasa di bawah lindungan dan keredhaan Allah swt, in shaa Allah. 

Sedang aku berguling dengan Adli dan Auni, sebuah van membunyikan hon. Alamak, pos laju. Turun sahaja dia daripada van putih kuning, sebuah senyuman terukir dibibirnya. Manis dibulan puasa ini. Aku tidak menyalahkan dia pun kerana kelewatannya menghantar barang kiriman sahabat. Bukan salah dia pun, dia sudah komited dengan tugasannya. Fail ringkas berisi borang penerima diserahkan untuk aku tandatangan melalui celahan pagar sahaja, begitu juga barang aku yang sudah pun diserah pada Auni dan Adli yang mengejar. Terima kasih dan ucapan ringkas selamat hari raya aku hantar dia dengan sorotan mata. Vannya berlalu, barulah aku menutup pintu.

Semoga Allah berkati pekerjaannya dan sikap amanahnya menyampaikan pesanan. Terima kasih abang poslaju, sebab rasanya dia lebih muda daripada aku, muehehe.


Kiriman diatas untuk trio, askar bertiga. Pemberian daripada seorang kawan, sahabat, saudara, juga merangkap mentor aku, tempat aku menjadi rujukan seorang pengurus rumah tangga. Terima kasih kakNad aka mamaZN.


Kiriman berikut datang daripada seorang kawan, sahabat, saudara, juga seorang yang sangat suka berkongsi idea. Dia sudah pun kirim untuk askar, sekarang dia kirim untuk emak askar pula. Speechless. Bila aku buka sahaja bungkusan pos laju, terasa mata bergenang, aku terharu yang teramat. Hadiah ini untuk diri aku. Terima kasih kakIzan aka cikMot.


Seterusnya, jauh daripada Utara Semenanjung, puan Muna Hazwani. Seorang supermak dan juga mentor. Punya rangkaian perniagaan online, punya outlet sendiri, bakal punya branding sendiri. Seorang yang kental, beranak tiga dan seorang pekerja juga. See? betapa dia seorang yang kental dan memang mentor aku sebab dia isteri kepada pegawai polis seperti aku juga. Rangkaian bisnes Bear Chomel Tupper Biz, Bear Chomel Baby& Kid  dan Bear Chomel Store.


Di atas, kawan aku satu tempat belajar. FB menyatukan kami. Aku memanggilnya kakSiti. Aku pun tidak percaya masih lagi boleh meluahkan apa yang berbuku di hati kepadanya bagaikan masa dahulu. Banyak kenangan kami. Dia orang pertama yang aku kenal juga rakan sebilik sebaik sahaja aku sampai di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur. Mungkin juga disebabkan aku suka shopping tudung di kedai onlinenya, Koleksi Sitiku (Macam-Macam Ada).


End, mungkin korang masih tidak percaya aku masih keep in touch dengan seorang sahabat sekelas pada tahun 1996, darjah enam. Kami dalam kelas yang sama sewaktu darjah empat lagi. Jujurnya, aku kurang sikit berkawan dengan dia masa tu, entah dia seorang yang sangat kerek, apatah lagi kawan sebelahnya seorang atlet. Jarang sangat aku dapat bercakap dengan dia. Terima kasih FB, terima kasih blogspot. Suzeliah, seorang pembaca tegar bloghijau. Terima kasih Sue. Aku tahu engkau mesti tengah terharu kan? hiks.

Alhamdulillah, aku sangat bersyukur dengan apa yang aku ada. Terima kasih juga buat suami dan anak-anak yang sentiasa menyokong. Terima kasih kepada sahabat dan semua pembaca bloghijau, dan semua yang mengenali diri aku. Sesungguhnya aku tidak rugi mengenali kamu-kamu-kamu semua. Terima kasih kalian.

Istimewa Aidilfitri.

Friday, 25 January 2013

Satu hari yang mencabar.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Unplanning, oh! ini bukan cerita pasal mengandungkan Arrizqi akan tetapi cerita fasal kerajinan yang diluar batasan fizikal. Orang sibuk berarak sempena Maulidurrasul, orang sibuk dengan tilam dan bantal sebab bercuti, orang sibuk berehat bersantai bersama keluarga, aku macam biasa tergolong dalam lingkungan yang terakhir tu, bersama keluarga dan macam biasalah.

Di saat abi, Auni, Adli dan Arrizqi tidur dengan tunggang langgangnya, aku berhempas pulas dengan dapur. Banyak benar kerja rasanya, terus je masak tengah hari dan rutin seperti biasa, abi mengajak mencari langsir.   Wiii! ini barang baik-ini barang baik. Suka-suka tapi yang tidak gemar adalah bersiap untuk keluar. Huhuuu.

Bila ada tiga anak yang cekonit-cekonit, yang masing-masing punya rasa tersendiri masa untuk menyiapkan mereka berserta kelengkapannya sekali adalah lebih panjang daripada waktu semasa keluar itu sendiri. Faham?

Emak...kalau kata hendak keluar shopping atau keluar pergi kenduri atau berkelah atau hari keluarga, erti kata ke mana sajalah, kalau boleh seisi rumah hendak dibawanya. Betul tak? Lelebih lagi aku yang suka mementingkan pemakaian warna sedondon, bekalan susu yang lengkap dengan air sejuk panasnya, baju spare untuk anak-anak, tuala jika ter tak sengaja transit di mana-mana, kasut, selipar, bantal, sesemuanyalah. Jika anak seorang kelengkapannya sudah penuh satu kereta, apatah lagi tiga. Hahaaa bayangkan je la cemana. Waja je kot!

Then, semalam kami sekeluarga ke Jln. TAR, ye Masjid India sana, bak kata abi dulu, rumah nombor dua aku, tempat lalulalang pergi balik kerja maunya tidak menyinggah? Orang yang ke sana memang tidak pernah surut melainkan menjelang satu Syawal. Jadi, misinya ialah mencari langsir. Hurey! aku dukung Arrizqi, abi dukung Adli, Auni berpimpin dengan aku. Together-gether gittu. Terus menuju ke Nagoya Textile abi dah tengok dulu kot, cuma tidak pandai memilih.

Harus membuat keputusan cepat dan pantas kerana Auni dan Adli sudah pun bermain sorok-sorok dan babacak antara gulungan-gulungan langsir yang banyaknya itu. Arrizqi boleh tidur tanpa sedar diri, lena betul. Siaplah bahu aku sakit balik karang. Antara tempah dan siap, pilih sahaja ready made, balik tinggal sangkut sahaja. 

Misi lain, mencari novel Setia Hujung Nyawa, tiada dapat dicari naskhah itu. Huhuuu! Hendak memilih novel lain dengan Auni, mencabar sungguh sebab dia berlari ke sana-berlari ke sini, apa depan mata semuanya tidak berkenan, bila sudah pandai memilih. Akula yang kena mengikut rentaknya, abi dah mengawasi Adli yang menyelah, menyelit, menonong dengan tidak padan demoknya. Kedai buku, sempit.

Habis di kedai buku, terus sahaja balik rumah memang tiada apa lagi mahu di cari. Aku bukannya cerewet sangat bila pergi shopping. Janji, apa yang aku mahu tu ada. Dalam kepala, semuanya beli online sahaja, lebih mudah dan tidak perlu bersesak-sesak. Malam tu mama menelefon bertanya khabar, risau melanda fikirannya apabila menonton kisah kanak-kanak hilang masih belum dijumpai.

Ya betul, aku juga sangat bimbang bila keluar shopping dengan anak-anak bersama abi, apatah lagi bila telefon tangannya tidak putus berdering. Bimbang jika terlepas pandang. Aku tidak boleh menjadi begitu cerewet apabila memilih barang, semestinya aku aim atau senarai atau minta google carikan supaya aku boleh mencapai apa yang dikehendaki tanpa meneliti lebih lama.

Balik daripada shopping, sambung lagi mengemas rumah. Mengemas bilik, mengemas ruang tamu, mengemas dapur. Sampailah hendak masuk tidur, itupun masih ada lagi yang tidak dibuat, dasyat betul. Jadi aneh pun ada, bila tetengah malam pegang penyapu menyapu rumah yang bersampahkan origami Auni, belajar pegang gunting gamaknya. Bila sudah baring, hah! Auni dan Adli jadi kerusi Ogawa, mengurut badan dan tulang belikat sebelum semua abi hambat untuk tidur.

Dapat pun snap walaupun tak clear. Lama dah teringin nak possing canni.
Hahahaaa... mujurla muat lagi baju tu kan?

Ok, mencari langsir sudah selesai. Jadi, rakan-rakan yang teringin hendak ke teratak aku bolehla rodger-rodger, sebab asyik menggebang hendak housewarming pun tidak jadi-jadi juga. Tiada pengalaman langsung. Hendak kena belajar daripada yang biasa buat majlis. InsyaALLAH.

Nota hijau: Checklist, wishlist, list, penting untuk rujukan :)

Friday, 21 December 2012

Terjebak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jadual tidur aku? hahaa, tidur je mana-mana tempat asalkan boleh. Semasa memandu sendiri semalam pun aku rasa mengantuk gila, bahkan semasa menunggu giliran untuk cucuk Arrizqi pun aku terlelap sama dengan dia, atas kerusi. Mujurnya, orang ramai sentiasa silih berganti duduk di sebelah membuatkan tidur aku menjadi tidur-tidur ayam aja. Sedikit terganggu. 

Rehat? mana ada istilah rehat, tidur lena, ada orang layan urut-urutkan badan, ada tidak Auni je la jadi mangsa untuk disuruh tumbuk-tumbuk tulang belikat yang lenguh atau pun Adli untuk memijak belakang bagi lega sedikit. Paling-paling, masa rehat aku ialah shopping online. Muahahahaaa... Itu aku nak cerita sebenarnya. Ngeng!

Minggu ini, walaupun badan aku penat gila sebab abi outstation selama tiga hari, walaupun abi kerja sepanjang hari setiap hari but bila barang yang dibeli sampai di tangan, wow! teruja gila. Hilang semua rasa penat. Uish! usha barang online adalah terapi best malangnya aku kena berpada-pada, duit tu daripada abi, nak minta, aku ialah seorang yang sangat pemalu, :p

Sumber daripada page IZ Fahionista. Facebook.

Peplum, aku pun berangan hendak pakai tidak sedar diri anak sudah tiga. Perasan comel dan langsing bagaikan retis korea, argh! peduli, beli-beli. Kali kedua selepas dress ini daripada IZ Fashionista. RoseCutton Peplum, aku baru test memakainya dan aku rasa hendak beli lagi. Waaaa...(nangis) tapi-tapi, aku rasa hendak beli beg tangan macam Ain Hawani [Adam & Hawa] wuhuuu. Agak-agak sajak tak mak anak tiga ni nak melaram macam anak dara. Adeih! sedar diri Syasya, hendak masuk 3 siri sudah. Erk!

Haaa muat pun.

Itu sudah satu hal, satu hal yang lain ialah online juga beli wallet. Ke panggil dompet? Mana-mana je la kan. Lama sudah aku mencari satu beg, dompet, wallet yang boleh memuatkan kad pengenalan aku bersama tiga keping mykid sekali dengan plastik covernya. Jumpa pun, yeah! aku suka buat masa sekarang. Esok lusa sudah lusuh cari lain. Hahaaa. Beli, tidak cukup duit minta RM20 kat abi, abi bagi 5 kali ganda. Hah! apo laie, makcik kayo la. Tu yang terrr peplum tu.

Marila cuci mata di LoveBag LoveBag: An Online Fashion Bag Store. Anda akan dilayan sebaiknya. Sebabkan, aku booking sudah terlebih hari tapi dia tetap bertanyakan sama ada aku masih hendak atau tidak  barang yang aku order tu. Akhirnya, aku dapat.

Lagi, ini pun minta jasa abi bayarkan. Bahahaaa. Kejam punya bini. Tupperware as always. Sudah hampir kehijauan suasana dapur rumah. Suami dan anak-anakku, sila jangan bosan dengan warna hijau ini ya. Ini tempat emak berkubang hari-hari. Ngeee...

RM 480, inilah hasilnya. Meriah. 

Siapa kata surirumah tidak sempat shopping. Hahaaa, boleh je kalau mahu. Now, aku sibuk buat dairi tahun depan punya, ye buat sendiri ja, modified dairi tahun lepas. Banyak lagi kosongnya. Hijau juga. Teng-teng-teng-teng.

Nota hijau: Hijau saja-saja.

Friday, 30 November 2012

Aduhaiii huru hara.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rasanya, macam dah pernah je buat tajuk canni, takpe la malas hendak korek bubuh sahaja untuk menggambarkan situasi pada masa tersebut. Semalam, episod pertama keluar bersama keluarga terchenta gittu. Adoi!!! macam nak pengsan emak dibuatnya. Abi dalam perjalanan balik rumah daripada Seremban, dua hari aku handle rumah sesorang, malam tadi memang struggle sikit pasal setiap jam pun bangun.

Baru je hendak lelap ada sahaja yang bangun buat permintaan, memang menangisla di situ. Tapi bila pagi, hanya ditemani Adli macam biasa elok pula situasinya, aman dan under control. Mandikan Adli mandikan Arrizqi, kata abi hendak pergi beli barang dapur. Huyeee!!!

Elok abi sampai, Arrizqi sedang menyusu. Aku mandi dan bersiap, mandikan Auni dan pumping sekejap. Setel makan tengah hari nasi ayam ditapau oleh abi, siapkan beg susu Auni dan Adli, manala tahukan dorang ni suka minta tiba-tiba. Setel semua, baru siapkan Arrizqi. Tukar pampers, tukar baju dan time for shopping.

Jalan-jalan day 44 :)

Alhamdulillah, senang bila Arrizqi hanya tidur dalam stroller...akan tetapi yang seorang ini waduhaiii memang mengukur habis Tesco yang besar itu. Mula-mula sangat elok duduk dalam troli dengan kakak, apabila troli makin penuh, dia minta turun. Nah! dia berlari, dia menegur orang, dia berjalan. Superb Adli, tidak terkejar sampai kena minta bantuan Auni. Aku memang tidak kisah sangat diorang berlari sebab abi ada untuk pantau, part aku risau bila abi bercakap ditelefon sedangkan anak bertempiaran, memang nak nangis je rasa.

Sibuk nak Krismas-krismas katanya.

Hero on that day.

Aku sanggup tangan kanan tolak troli penuh barang, tangan kiri tarik stroller Arrizqi, abi... biar dia uruskan Auni dan Adli. Bila keadaan agak sempit, masukkan Adli dalam troli. Gigih dia manjat kotak sabun nak turun. Memang tidak sempat aku nak snap gambar dia time tu. Muka gangster je. Orang hendak suruh dia berehat sekejap..

 Cool lagi dalam troli.

 Ok, tak cool dah... letih mak pak ngejar.

Ponuh...

Meskipun troli penuh, banyak juga barang yang aku tertinggal untuk beli sebab senarai penuh betul-betul tertinggal di rumah, entah celah mana aku letak. Mujur yang tertinggal tu boleh dimaafkan sebab tidakla penting sangat, hanya untuk memuaskan nafsu shopping saja.

Sebelum Maghrib sudah sampai di rumah semula, dan abi sambung tidur balik semula. Sah! mesti dia tidak tidur semalaman ni. Hendak nangis juga, sudah setel mandikan tiga beradik ni, masing-masing sudah ketiduran cuma Arrizqi sahaja yang asyik menjerit-jerit. Aku hendak saja bawa ke dapur letak atas para. Tapi, risiko lebih besar sedangkan ada abi. Kejut sahajalah abi, suruh dia tengok Arrizqi dan aku perang dengan dapur.

Huh! lepas ni keluar shopping beli makan siap-siap. Penat bukan kepalang. 

1st time pakai tudung cenggini, hahaaa. Redah je la, pipi kembang. 

Nasib baik muat sarung jeans lama size 27, nervouse jugak masa nak kancing tu. Hihiii, longgar wei, longgar... anggap je seluar tu dah kembang sangat :p Arrizqi tengah poss nak tidur.

Nota hijau: Lagi-lagi orang tidak percaya aku punya tiga orang anak. Dorang ingat aku tolak stroller tanpa orang, sebab Auni dengan Adli sudah naik troli. Hihiii...Sian Arrizqi.

Wednesday, 8 August 2012

Ramadhan ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ramadhan kali ini memang sangat berbeza dengan tahun-tahun sudah. Tahun lepas, aku tidak pernah tertinggal untuk bersahur, membawa Adli yang baru masuk bulan ke tujuh. Bila sudah hari-hari bangun sahur, jika tertinggal untuk satu atau dua kali, padahnya membawa kepada melepek langsung tiada tenaga.

Sekurang-kurangnya jika bersahur, aku dapat cover tenaga sehingga tengah hari. Apatah lagi, Adli memang aktif tidak terkata pada masa itu. Ramadhan kali ini begitu juga, aku memerlukan tenaga hanya untuk meladeni hal kerenah anak-anak selain mengelolakan rumah, itu belum part pergi balik kerja lagi. Tenaga memang berganda-ganda.

Aku makan nasi harus dua pinggan, apatah lagi Auni selalu bangun untuk teman bersahur. Jadi, kena pulun apa sahaja yang ada di dapur.

Ramadhan kali ini, aku menerima berita-berita tentang kematian. Dua minggu lalu, dikhabarkan sepupu aku meninggal kerana kemalangan jalan raya, minggu lalu emak kepada kawan adik aku pergi kerana sakit, selepas itu berita kematian anak kepada jiran lama mama dan papa aku pula, pun kemalangan jalan raya. Paling terbaru, kawan sekolah aku sendiri. Walaupun berlainan kelas, tapi aku memang kenal rapat dengannya, meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Allahuakbar. Al-Fatihah, mereka pergi dalam bulan berkat. Semoga roh-roh arwah dicucuri rahmat hendaknya.

Ramadhan kali ini, aku tidak bergalak sangat menyediakan persiapan untuk raya. Yang penting anak-anak, mereka berdua sahaja aku lebihkan. Abi pun tidak mengisahkan sangat untuk bershopping sakan raya macam tahun lepas.

Mungkin sebab anak sudah dua, hendak bersesak di shopping mall bukan kegemarannya. Aku pun tidak kisah janji, boleh sedondon di pagi raya itu sudah mencukupi untuk potret keluarga pada tahun ini. Beraya di mana pun aku tidak kisah. Ikutkan tahun ini giliran abi. Tunggu sahajalah.

Rumah? lagilah aku tidak hirau. Aduhaiii, sabar je la. Paling-paling, tukar langsir je rasanya. Itu pun kalau rajin datang, jika tidak guna sahajalah langsir yang ada, tidak larat hendak berkemas dengan budak berdua tu. Aku lebih rela duduk melayan anak sambil layan mata. Ngehehehe. Kuih raya? hahaaa. Lagila, ke laut dalam, beli je senang. Kat pasaraya pun banyak biskut yang sedap-sedap. 

Pokoknya, Ramadhan kali ini... adalah biasa-biasa sahaja. Iftar pun tiada, ada tapi... hrmmmm malas hendak ulas. Rasanya, Adli Auni sahajalah yang gembira menyambut Hari Raya tahun ini ;)

Tuesday, 17 July 2012

Masa gembira emak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ingat perancangan tidak menjadi, rupanya cikZila sudi juga menemankan aku pergi bershopping. Syurga, terima kasih kepada abi sebab beri pelepasan dan sudi menjaga anak-anak di rumah. Siap dengan duit belanja untuk shopping raya.

So far, kena manfaatkan masa berlibur dengan sepuas-puasnya. Jam 2.30 petang Ahad dengan tidak sempat makan tengah hari aku tegar meninggalkan anak-anak bersama dengan abi. Hati gundah juga, tapi aku memang percayakan abi dalam hal menguruskan anak-anak, dia lebih pakar. Tunggu cikZila di lobi dan singgah di rumah pnNas, ours business partner. 

Perut kosong, dijamu mihoon sup sepinggan besar, langkah kanan betulla nampaknya. Sedap kemain menjilat sudu. Tidak ingat akan alergik ayam lagi time tu, bedal kasi habis. Selesai urusan, beredar dengan perut kenyang hati senang mencari arah untuk ke Sogo. Wahahaha, Sogo member card, kata abi. Tapi, kad Sogo pun tidak ada, cemana tu kan? Rupanya, kad Sogo cikZila pun tamat tempoh, ah sudah.

Aku yang memang buta jalan ni, ditanya arah oleh cikZila apalagi sesat barat entah ke mana, endingnya decided ke Sunway Pyramid terus, dia hendak tukar baju yang dibelinya semalam. Alang-alang, boleh tukar AEON Card aku di AEON Sunway Pyramid. Boleh shopping. Berhempas pulas dijalanan, sambil bercerita tentang perjalanan dan strategi business, bercerita tentang hati, bercerita tentang kehidupan, bercerita tentang kenangan-kenangan, bercerita tentang masa depan, terasa lapang hati lapang dada bila berkongsi dan akhirnya, tiba di destinasi.

Kira cekap juga kitorang ni kan, walaupun selalu meraban entah ke mana-mana. Waaaaaaahhhh!!! lamanya tidak ngedate gaya orang bujang. Hahaha, kitorang shoping di AEON sahaja, sebab tahu bila keluar daripada AEON makanya belanja akan menjadi lebih besar. 

 Hasil.

 I got two kids. Believe it.

Naik turun AEON, cari baju raya aku dan anak-anak aku, itu sahaja tujuan sebenarnya. Keh-keh-keh. Pastu, berjimba cuci mata. Posing-posing dengan kiri kanan beg plastik. Habis terbang RM-RM-RM yang abi beri, paling banyak mostly for anak-anak. Haih! dah jauh berjalan pun ingat yang di rumah lagi.

 Suka buat kerja tanpa diduga.

Bila keluar daripada AEON, jalan pun dah macam orang gila. Aku memanglah dah seperti beruk dapat bunga, keluar berlibur seorang tanpa anak-anak. CikZila pun dah terikut gaya aku, hahaha sampaikan di POPULAR kitorang buka kasut untuk mencari fail dan kertas warna. Kaki sakit pakai kasut. Lega.

Tengah bulan bershopping, memang kerja gila. Bila semua yang dalam kepala sudah dapat, kitorang boleh pergi melepak mamak pula. Ngeeee. Restoran Darussalam. Nah, lagi terasa macam bujangan, zaman memuda dahulu cuma kurang seorang, kakAzi sebelum terus balik ke rumah.

 Kawan selamanya.

Sebaik sahaja aku buka pintu, melompat kemain Auni menyambut kepulangan emaknya sebelum Adli yang baru hendak bangun dari baringnya menuju pintu. Alahaiiii, macam mana hendak tinggal lama-lama, kalau emak yang berpergian pun asyik terpandang wajah anak-anak di mana-mana. Payah.

Terima kasih juga kepada abi, sudi mengemas dan membersih rumah sewaktu ketiadaan aku. 

Nota hijau: Peluang datang hanya sekali, sayang jika tidak direbut. Terima kasih abi, terima kasih cikZila. Alhamdulillah tahun ini dapat sediakan baju raya sendiri :)

Wednesday, 2 May 2012

Terapi hati lagi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hendak menunggu abi bawa lambat sangat, sibuk dengan BERSIH. Makanya, aku berkira-kira untuk pergi sendiri-sendiri sahaja. Terima kasih mamaLieyna aka mamaArif dan Hakeem bertanyakan khabar aku dan keluarga. Tambahan pula, si Mazerah ni hendak sangat ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC tu. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.

Walaupun pada permulaannya aku agak down, kerana mesin ATM tidak berfungsi sepatutnya. Namun, berkat berdoa dan Maz yang menyokong kuat, dia menyuruh aku mencuba untuk sekali lagi. Syukur, aku dapat semua yang aku hajati.

Tengah hari 30 April, kawan-kawan opis pun bagaikan suam-suam kuku sahaja. Berikutan semuanya menyambung cuti sehingga 1 Mei. Aku dengan Maz mencabutkan diri untuk ke pesta Buku: Dunia Tanpa Sempadan ini. Tersenyum sepanjang redahan kedai ke kedai.

Bagi mereka-mereka yang mempunyai pertalian dengan ulat buku, pesta sebegini adalah terapi terbaik untuk minda, diri dan hati. Mujur juga sudah ambil sarapan yang agak berat dan lewat. Jadi, makan tengah hari boleh dianjakkan sedikit.

Hasil redahan pada hari nan tersebut ialah, trilogi lengkap Tombiruo Ramlee Awang Murshid, dan novel-novel lain yang selalu aku intai di internet. Habis RM115 di Karangkraf sahaja. Campur yang lain-lain, aku hanya spend RM200 untuk semua yang di bawah ini ;)

Novel aku, buku Auni dan hadiah untuk yang tersayang.

Setelah kaki menggigil akibat perut yang berkeroncong, kepala pun dah naik pusing dengan suasana lampu persekitaran, kami balik. Balik opis semula sebab kereta aku ada di sana. Sempat singgah makan di uptown dan shopping baju Auni Adli di Anakku. Wakakaka. Terbang RM aku lagi, anak punya fasal.

Semua Maz yang pilih, aku memang gagal untuk memilih baju anak-anak.

Nota hijau: Alhamdulillah hajat untuk bulan Mei sudah pun tercapai :D ok, duduk diam-diam RM sudah menipis :p Terima kasih abi atas segala sokongan. I love u, tiba-tiba.

Friday, 6 April 2012

Terapi hati.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Oyeah! esok cuti, sudah hantar permohonan kepada abi untuk jalan-jalan. Hahahaaa. Mahu keluar pun kena buat permohonan, payah betul. Abi macam tahu-tahu sahaja aku selalu ada agenda setiap hujung minggu. Dia sudah boleh baca.

Padanla muka, siapa soh busy sangat kan. Ngeee. Ok, masuk kepada terapi hati selain daripada jalan-jalan hujung minggu. Sekarang ni, aku jarang bershopping baju di luar, sejak anak dua semuanya hanya di hujung jari. Baik baju aku, baju Auni, baju Adli, tudung, shawl, novel. Hahahahaaa. Agaknya kalau boleh beli barang dapur secara online, akulah orang pertama yang order.

Jadi, aku pun beli shawl tone sebanyak 4 helai. Beli 4 dapat 5 sebab owner kedai buat penghantaran lewat. Aku tidak kisah sangat pun, tapi memang puas hatilah dapat warna yang masih belum ada untuk buat koleksi. Aku ada banyak shawl plain, so sekarang ni tambah lagi shawl tone. Hihiii. 

Jom cuci mata di fizza~SHAWL. Sedang ada SALE sekarang ni.

Next, aku memang tidak boleh nampak Popular, MPH atau kedai-kedai buku yang besar atau kedai yang ada jual majalah, novel dan sebagainya memang wajib masuk. Hahahaa, harus ada beli walaupun tidak besar. Makanya, untuk mengelak lebih banyak wang lebur dengan membeli item-item aneh, aku beli juga secara online.


Huhahahahaaa, nah amekau. Tiga buah novel tulisan Norhayati Berahim yang menjadi idaman. Ada lagi tiga buah novel aku mintakan owner tu booking. Best-best, ownernya dikenali dengan Kak Aya, sangat sporting dan penghantaran bagus. Hihiii.

Jom tempah novel pilihan hati di Jendela Hidup, harga boleh runding.

Ok, sudah cukup buat hati aku gembira hari ini. Ekekeke, abi pun akan balik daripada Penang hari ini. Yeaaaa!

Nota hijau: Mood gembira. Hahahaaaaa. Gambar shawl tak ada. Hewhewhew.

Wednesday, 4 April 2012

Cerita je.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru sudah menyiapkan sebahagian kerja, huaaa. Pengsan. Banyak benar bila ianya datang sekaligus. Pula tu mahukan tandatangan dan persetujuan bos. Alamak aiii, lemah lutut part nak berjumpa dengannya yang bagaikan biskut. Sekejap ada, sekejap tidak ada. Busy. Mujur juga dia tidak ke luar negara, jikalau tidak. Haruuu.

Report bulanan ada lagi setengah belum buat, ades. Bila masuk waktu petang, mood pun mulalah. Mata pun, mulalah. Apatah lagi para-para peniaga Shopping Online ni bagaikan bijak benar memuat naik item-item terbaru. Gatal je tangan, gedik je hati, nafsu pun "beli syasya, beli". Ergh!

Ini kaluuu bergaji 6 angka pun belum tentu cukup.

Dalam pada bergelumang kerja, Haliza sibuk mengemas meja. Dia sudah meletak jawatan, bermakna aku sahaja yang masih setia di sini. Aduhhh! semua kerja tergalas di bahu makcik seorang, huaaaa. 

Kepala otak teringat pula permintaan Auni pagi tadi, mahukan nasi goreng. Wah! nasi pun tak masak tang mana nak menggorengnya pula. Apakah cukup untuk nasi goreng dalam masa 15 minit tu? Ini bukan rancangan Masterchef. Mujur jugalah dia nampak satu kotak besar Cococrunch atas periuk nasi. Abi baru beli semalam. Lega, tapi hati aku tetap teringat.

Jadi, malam nanti goreng nasi aja. Auni ni, suka buat orang serba salah. Tapi, dia sangat cantik hari ini. Heheee. Adli pun sempat aku mandikan awal-awal pagi. Setel uruskan Adli, sementara bersiap aku tinggalkan dengan abi. Memang anak abi, tinggal tidak sampai 15 minit dia boleh lena. Haih!

_
Pengarang jantung, hati, limpa, buah pinggang, semuanyalah.

Control makcik-control.

Hari ini, makcik memakai baju paling mahal dalam Wardrobe hijaucantik. Baju berharga RM 250. Hahahaaa, mencipta hatrik sendiri apabila membeli kain pasang dengan harga itu. Huahuahua. Over ke? eh, baju mahal harusla kan. Kali pertama memakainya. Kali pertama juga, mengenakan shawl ini sebab ianya baru sampai semalam. Masih berbau kedai. Murah je RM 9. Kuikuikui.

Nota hijau: Entry merapu hari Rabu.

Friday, 30 March 2012

Teman menangis setia saya.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hi, aku sendiri tidak tahu firasat apakah yang dia guna pakai. Aku tidak tahu aura apakah yang dia guna  sehinggakan, setiap kali teman opis aku ada agenda tersendiri, pada masa yang sama dia menyerah diri untuk keluar bersama dengan aku.

Serius, seringkali berlaku. Pada hari semalam, kami bertemu. Makan di kedai pertama nampak dek mata sebab masing-masing tidak tahu untuk menjamu tekak di restoran mana satu. One Utama Shopping Centre memang susah untuk buat pilihan.

Bila malas berjalan, redah sahaja Kluang Station. Kedai makan pertama mengikut langkah kaki. Sambil menunggu pesanan, macam biasa kami bertukar cerita. Gelak ketawa macam biasa. Haruslah kisah gembira dan terkini. Gelak-gelak.

Apabila makanan terhidang, punggung bagaikan berat untuk meninggalkan kerusi Kluang Station, akhirnya tiba giliran aku bercerita. Aku, bila aku menangis, usahlah ditanya mengapa, itu akan membuat air mata ni terus tak berhenti untuk turun. Tunggu dulu, kerana aku sendiri akan buka cerita selepas aku reda dari menangis. 

Auni rindu abi. Teman yang buat aku menangis.

Aku sangat tersentuh hati saat bercerita tentang Auni. Setiap derap kaki orang lalu, disangkanya abi, setiap lelaki yang berselisih dia telek daripada atas sampai bawah, "abi je [abi kerja]" katanya, bila baring guna bantal dan selimut abi "ni abi nyer". Argh! Auni rindukan abi. Menaip ni pun aku menangis. Haih!

Ye, aku menangis dihadapan dia, berhelai tisu, sakit kepala cover air mata, tumpah juga. Akhirnya, kami sama-sama menangis. That's it. Terimbau kenangan, aku dengan dia menangis bersama ketika menonton satu drama televisyen, tengah malam menjengah mata masih melekat di peti televisyen.

"argghhh! sedih cerita ni" aku memang suka cover air mata. Hati kering la konon. KONON!

"awak nangis ke wak?" dia bertanya menjengah muka aku dalam gelap.

"sedih dow" aku lagi sambil kesat air mata dengan lengan baju. Kantoi.

"saya pun nangis wak" sama-sama mengesat air mata. Adoiii, touching.

Banyak kali aku cerita tentang dia dalam bloghijau ini. Perkenalan dimulakan oleh aku di perhentian bas membawa aku mengenali hampir kesemua tentang kesukaan dirinya, kelukaan hatinya, kekecewaan dirinya, kejayaan dirinya, kepayahan perjalanan hidupnya, persekitarannya, everything about her. 

Macam itu juga dia, all about me. She knows. Dalam kocek dia. Kisah cinta aku, kisah hidup aku. Bila aku dengan dia bercerita, kami tidak lupa untuk selitkan kak Azi. Argh! kak Azi is the same. Makcik tu pendiam, memerhati, hati kering, orang menangis muka dia selamba. Kena clash guna sms pun dia boleh senyum.


Gambar fail: FB

 Gambar fail: FB kak Azi.

Rahsia hati, memang tidak siapa tahu. Tiada teropong khas untuk mengetahuinya. Melainkan sama-sama duduk sebumbung, makan sepinggan dan tidur bertilamkan toto yang sama. Hati seorang perempuan, semuanya sama walaupun berbeza fizikal, personaliti dan identiti.

She is my bestfren ever, Norazilah binti Razak atau cik Zila atau Puteri Amna Balqis dan Hazirah Hasan aka kak Azi. Terima kasih menjadi sahabat air mata dan ketawa saya. Dulu, kini dan selamanya. Saya berharap kawan-kawan saya sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT, insyaALLAH. Kak Azi, kita rindu awak. 

Nota hijau: Teman ketawa senang dicari, teman menangis sama-sama aku baru jumpa seorang ini. Blues hari Jumaat. Abi balik hari ini setelah tiga hari di Johor Bahru. Sedih bila orang mengata tentang tugas abi. Pasrah! 

Thursday, 15 March 2012

Spontaneous Thursday.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bukan susah mahu gembira, perlulah menggembirakan orang lain dahulu. Melihat orang tersenyum gembira, dah pasti hati kita suka juga. Bila sama-sama suka, hidup pun jadi ceria. Bila ceria, kan sentiasa muda. Apa ada pada umur, itu hanyalah angka semata untuk mengingatkan kita tidak selamanya muda. 

Jika anda hendak gembira, gembira sahajalah. Hahaaa.


Macam tak menjadi je quote makcik tu, lantaklah. Yes, mereka ialah anak-anak saya. Saya suka hendak menyebut "anak-anak" walaupun baru dua orang. Hihiii.

Nota hijau:
Syasya gedik. Muahahaaa.

Tuesday, 13 March 2012

Bila tiada abi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Syurga. Lain yang dirancang, lain yang dibelinya. Hahaaa. Itulah kisah aku bila langkah panjang. Tambah-tambah bila keluar dengan orang yang memang boleh di ajak merapu meraban.


Gambar fail: Tag by Zila at FB.

Merujuk kepada gambar di atas. Hahaaa, masing-masing lupa keluarga, lupa suami, lupa abi. Senyuman mengandungi sejuta kepuasan. Walaupun hakikatnya kaki aku macam nak patah dan melecet dek mendukung Aie yang lena dalam dakapan. 

Masa ni, paling banyak bershopping dengan senyuman sampai ke telinga ialah... tu yang baju ungu dukung anak tepi sekali. Muahahaa, walhal tujuan asalnya mahu cari warmer Bean for Adli. Sudahnya warmer tidak dapat tetapi berpasang-pasang baju Auni dan Adli dibeli.

Jusco One Utama, menaiki kereta Zila dipandu oleh adik aku. Satu-satunya hero yang boleh diharap masa tu, wanita kaki shopping dan Auni. Hero kecik yang asyik mengharap dakapan emak ialah Adli. Ahahaha. Lantaklah janji puas berjalan.

Auni pun gembira sepanjang hari, hilang moodynya bila dapat berjalan lama macam tu. Kalau dengan abi sendiri dia buat perangai, jadi keluar dengan tok mama, paksu dan aunty Zila, dia agak menjaga dirinya. Dia tahu, dia tidak boleh berada jauh dengan salah seorang daripada kami berempat.

Banyak insiden lucu dibuat dek Auni ni, tengok gambar tu pun dah boleh agakkan. Paling aku tidak boleh lupa, dia buat konsert dalam F.O.S. Mentanglah tempat tu agak lapang, aku tengah menunduk-nunduk memilih stokin, Zila mendukung Adli, tiba-tiba terdengar ada budak menyanyi.

Oh! itu anak perempuan aku. OMG, cepat-cepat aku cuit dia, suruh cari paksu. Sebab, dia jalan dengan adik aku pada asalnya. Dalam hati aku gelak kemain, kepala aku tergeleng-geleng dengan perangainya. Itu belum dia dok jerit umi-umi-umi. Habis harapan makcik nak ngaku bujang sekejap.

Tengah jalan-jalan mencari tempat untuk memulangkan kereta tolak tu, masing-masing tengah layan perut, layan mata tiba-tiba macam ada sesuatu jatuh. Auni, dia boleh melompat keluar daripada kereta tolak tu. Ya Allah budak ni la kannn. Memang dia tak nangis, tapi kitorang ni terkejut macam ke hapa. Dia tetaplah dengan muka comel tu.

Aku sangat proud dengan Auni dan Adli masa ni, dorang sangat ok. Hihiii. Meragam sikit-sikit tu biasalah. Terima kasih Zila sebab sudi temankan kitorang berjalan-jalan. Balik tu, dia melepak lagi di rumah aku sehingga abi balik kerja.

Walaupun ahli keluarga ni tidak cukup, tapi hati aku sangat gembira. Puas hati dapat bawa anak-anak jauh daripada rumah sekejap. Ada satu ketika, Auni dan Adli hanya mahukan aku sahaja. Pengsan kejap. Masa ni, Adli kena mengalah.

Nota hijau: Jalan-jalan One Utama hari Sabtu. Hahaaa. Sekiannn. Kalau dengan abi ni, memang harapanlah nak sampai.

Tuesday, 28 February 2012

Sesat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jangan ditanya tentang selok belok jalan raya atau pun tempat di Kuala Lumpur ini kepada aku, memang sesat barat la jawabnya. Aku hanya lulus untuk pergi dan balik kerja sahaja. Itu pun seringkali aku berdoa supaya tidak ada sebarang halangan ketika melalui jalan tersebut hari-hari.

Rugi betulkan? Okla, aku hanya tahu jalan untuk pergi ke One Utama, jika melalui opis aku. Ikut jalan belakang gitu tapi yang jadi malangnya, bila dah sampai One Utama, aku akan sesat barat di dalam sana meskipun peta terbentang depan mata.

Aku memang failed. Aku hanya suka mengekor orang yang lebih tahu selok belok di dalam One Utama tu. Begitu juga di Mid Valley, The Mines Shopping Center, Jusco Aeon yang besar-besar tu sah, memang sesat. Itu belum masuk Alamandala, Sogola, apatah lagi tempat yang sangat jarang aku pergi.

Pernah sekali dahulu, mahu berdating dengan abi. Abi daripada rumahnya, aku daripada rumah sewa sendiri di Puchong bertemu di Mid Valley. Bas daripada Kinrara terus berhenti di Mid Valley, pandai-pandaila berdikari sebaik sahaja turun daripada bas, kerana bas itu bagaikan berhenti nun betul-betul terpaksa menyeberangi 2 batang jalan besar. Nasib mungkin, boleh pula aku bertemu kawan satu asrama dahulu dengan tidak disangka-sangka.

"pergi kat wayang, tunggu kat mcD" aku tau tempatnya. Aku tau panggung wayang tu di tingkat atas memang ada mcD, ada tempat boling sekali. Jadi, insan bernama aku ni pun masuk Mid Valley. Lost. Totally lost bila kaki berada dalam Mid Valley tu. Entah berapa kali aku melefon abi masa tu, siap guna public phone kerana kredit habis. Akhirnya, aku tunggu sahaja di restoran bernama DOME. Tunggu di depan je, bukan dalamnya. Tunggu sehingga abi datang. Manja betulkan? Hahaaa.

Itu kisah masa bujang-bujang dulu, bila dah beranak dua ni lagiii la aku jadi weng-weng. Dapat pergi One Utama tu pun sudah cukup heaven. Abi memang susah hendak ke One Utama ni, jangankan One Utama kedai Satu Malaysia tu pun dia buat-buat tidak tahu sahaja. Hihiii.

Bila aku dengan kawan baik aku, siapa lagi kalau bukan Zila, kitorang ni kategori kaki jalan juga, normally selalu ukur Sungei Wang, Sogo, Jalan TAR dan banyak kali juga la kena perli dengan abi dek tabiat gemar berjalan cuci segala tu. Jadi, sementelah Zila rajin benar nak pick-up aku di opis dan ke One Utama, misi dia mahu makan di foodcourt Jusco.

Punyala mengukur daripada hujung ke hujung, daripada atas turun ke bawah bangunan One Utama, kaki sudah lenguh perut sudah lapar, natang yang bernama foodcourt Jusco masih juga tidak kelihatan. Akibat daripada kegagalan mencari foodcourt, mata pun tersinggah di restoran kegemaran aku dan budak opis, Dave's Deli. Sini sahajala santapan tengah hari di hujung-hujung bulan ini.

Bila perut kenyang, satu hal lagi mahu cari tempat letak kereta. Zila sendiri boleh lupa di mana keretanya berada. Jalan mudah, kitorang cari tempat parking dengan menggunakan huruf di tiang-tiang parking. Eiii! kitorang memang macam ni bila berdua. Sekurang-kurangnya, aku tahu dia juga tahu walaupun kegemaran berjalan itu ada, tapiii kitorang memang suka main aci redah sahaja.

Muka lapar.

Beloved fren, Zila bersama Footlong nya. Menu kegemaran aku.

We was here. Noted.

Bila sesat, kitoang akan buat keputusan singkat dan terjah je mana-mana kedai yang ada di depan mata. Lepas tu, kitorang suka kenangkan semula atau bercerita dengan kak Azi akan kesesatan kitorang bila berjalan tanpa dirinya. Heheee.

Nota hijau: Apa yang nyata, perangai aku bila dengan Zila memang macam dahulu-dahulu juga. Siapa sangka muka emak Oni dan Aie ni di cop sebagai pelajar lagi. Muahahaaa. Nanti kita buat perangai gila-gila macam ni lagi ek? hehe. Bila sesat, kita redah je macam biasa.

Tuesday, 10 January 2012

Still need to study.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat lepas, balik kerja terus naik rumah dahulu, bila dah simpan semua kelengkapan terutama susu perahan aku turun semula untuk ambil anak-anak. Then, sebaik sahaja pintu rumah aku buka, SURPRISE!!! 

"ummi, ummi, abiii tu ummi" suara anak dara dah macam tarzan. Hanya pakai pampers sahaja.
"aner adik? ummi aner adik? [mana adik? umi mana adik?]" Oni bertanyakan adiknya. Oh! dia fikir aku pulang bersama Aie. Aku mengeluh, tengok rumah, tengok Oni dan keluar semula. Macam nak menangis. Letih bertambah letih.

Selepas sahaja ambil Aie balik rumah, barula aku menilik Oni daripada atas sampai bawah. Dua kaki, dua tangan, perut berconteng dengan pen. Huaaaaaaa, siapa nak tolong mandikan dak Oni ni. Very the fenat ok.

Melihatkan aku yang dah angkat bakul baju kotor, siap cuci pinggan, sedang melayan Aie barula abi bangun daripada sofa mengajak Oni mandi. Ya, sepanjang hari itu dua beranak tak mandi. Abi tak hantar Oni ke pengasuh. Aku berjaya menahan kemarahan dan abi tau aku sedang marah sebab aku tak tegur dia masa aku balik. Kan? Kita ni, bila ada di rumah pulun buat kerja sampai rumah bersih.

Sabtu pagi, abi pergi kerja. Aku pun masak ringkas-ringkas sebelum dapat pesanan SMS abi mengajak keluar beli barang dapur. Hrmmm, tiba masa sekeluarga nak keluar bersama lagi. Adoiiila. Aku bersiap lambat-lambat dan tunggu sehingga abi balik. Tak larat aku, keluarnya sekejap je tapi nak menyiapkan anak-anak, kelengkapan dorang makan masa yang lama.

Macam biasa, The Mines Shopping Centre, dan macam biasa juga beli barang untuk Oni, untuk Aie. Aku? malas betul nak shopping bila dengan anak-anak kecil ni. Letih mengejar Oni sahaja. Beli barang yang mana nampak je, ambil-ambil-ambil, abi bayar. Aku dah mendukung si Oni yang ketiduran.

Oni kental.

Tahu pula tak mahu bahu abi, nak omaknya juga. Pasrah je le. Aie pun dah merengek-rengek tak puas tidur. Abi yang tolak sambil tolak troli barang-barang. Haih! bila dah dalam kereta barula terasa lega bernafas. Aku rasa, lebih baik duduk rumah sahaja daripada keluar berjalan.

Mok coro.

Apa tidaknya, Aie merengek dah tentula nak breast, Oni merengek nak aku juga, cemana tu? Emak ni dah la 'tough' sangat-sangat. Huuu! Tapiii shopping kali ini agak berjaya jugala daripada kali yang lepas. Huru-hara. 

Lepas ni kalau pergi berjalan macam ni, aku nak pakai baby carrier tu je, senang nak tepuk-tepuk Aie bila dia menangis. Memang nak bawa keluar tempoh hari, tapiii apa nak buat sudah keputusan banyak urat, terlupa. Apapun dah berjaya menggembirakan ini budak, kira ok la tu kan.

Anak bapak.

Mujur aku beli kasut tu dengan mama masa dalam pantang hari tu, konon nak buat pakai raya, huh! minah ni, tengok adik pakai stokin dan kasut dia pun nak juga. Cait.
Nota hijau: Kali ni, aku sama dengan Oni, abi sama dengan Aie. Wiii...

Wednesday, 14 December 2011

Pelbagai beg serbaguna.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alkisah bermula apabila, terpaksa mengangkut pelbagai jenis beg yang berisi segala kelengkapan, beg pumping, beg baju anak-anak, beg bekal dan juga beg kerja. Itu belum termasuk kelengkapan untuk pulang ke kampung, bagasi, beg susu, beg mainan dan beg bekalan ole-ole.

Sebagaimana maklum segala jenis beg ini disiapkan rapi oleh insan bernama emak atau isteri. Sekiranya berlaku sebarang kekurangan maka emak atau isteri ini jugalah dipersalahkan dengan muncung yang panjang.

Dek kerana aku bekerja, rumah pula tinggi melangit dan perlu menghantar si teruna dan dara [jika abi operasi] makanya banyakla yang perlu diangkut. Pertama kali, dengan langkah kurang bijak, aku kerah bawa semua sekali, Aie aku sandang depan, beg baju teruna dan dara beg sandang belakang, beg pumping dan beg kerja sandang tepi then tolak stroller berisi si Oni.

Struggle dan memang tiada segaris senyuman pun terukir kerana dah lambat dan terasa macam kena dera. Ini perlukan perubahan. Sadis, kalau begini hari-hari. Memang aku tak gemuk la jawabnya.

 Beg kerja: ada yang lebih besar lagi. Lama tak beli beg baru :p

 Beg kerja sekarang, ala-ala pencil case sekolah menengah + diari.

Daripada beg kerja besar, aku berusaha mengecilkan sekecil-kecilnya. Sehingga boleh tumpang beg baju si teruna dan dara. Ada juga cadangan supaya meninggalkan persiapan baju stok untuk seminggu. Aku nak buat, tapiii aku macam tak sampai hati nak biar baju mereka tinggal di rumah pengasuh.

Lagipun aku lemah part mengira stok baju, even aku hendak balik kampung sekalipun aku meminta abi mengira berapa helai yang patut bawa. Memang, daripada aku bujang sampai sekarang masih lagi meminta bantuan orang mengirakannya. Pada aku, kalau boleh satu almari nak diangkut.

Ok dah merepek, kantoi kelemahan. Oleh kerana beg kerja yang berisi bukan-bukan menjadi sekecil-kecil beg, maka aku dapat pengurangan di situ. Sekarang, aku hanya sandang tepi beg pumping berisi ais-pack, di mana pumpingnya aku tinggal di opis. Salah satu taktik untuk bagi Aie direct breastfeeding. Muahahahaha.

Kalau kena hantar teruna dan dara, aku sumbat semua dalam beg baju dorang. Ngeee. Ringankan? Aku jadi lega bila ada abi, abi hantar Oni. Aku hanya hantar Aie dan galas beg belakang naik tangga dua tingkat (rumah pengasuh hampir dengan tangga).

Beg baju teruna dara ke pengasuh atau beg susu dara ketika bersiar-siar.

Bila keluar berjalan, beg galas ni jadi beg susu Oni. Beg baju dan drypers harus comel lebih sedikit. Dan beg aku hanya tumpang beg dorang. Dulu terbalik, Oni tumpang beg aku. Dah berdua, baju spare pun bertambah, drypers bertambah, jadi harus emak mengalah sebab yang kena bawa pun emak juga.

Beg yang menjadi kegemaran emak teruna dara ketika berjalan.

Disebabkan emak agak suka melawa, maka emak belila beg lawa. Hehehe! beli menggunakan hujung jari je. Kedai favourite aku sila lihat sidebar eh ;)

Sekian sahaja al-kisah tentang saiz beg yang pelbagai, boleh diguna pakai apa sahaja. Hihiii. Beg bekal warna hijau, alaaa tupperware tuuu. Beg pumping atau cooler bag berisi ice-pack, Autumn brand punya yang kecil. Google je :p 

Tuesday, 22 November 2011

Huru-hara, haru-biru.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hiii. 

Potong la Aie ni, baru nak menaip dia bunyi-bunyi pula. Ok, sambung dia dah tidur balik semula. Kena taip laju-laju, kejap lagi lepas mandikan dua orang ni, berperang dengan dapur pula. Ambil kesempatan sarapan kenyang-kenyang.

Ok, shoot cerita semalam. Cewah, lepas je makan tengah hari di rumah bergerak keluar satu keluarga. Aku siapkan Aie, abi siapkan Oni. Bila nak berangkat aku juga yang kena siapkan kedua-duanya sekali. 

Sekarang ni, nak keluar kena double, drypers dan baju spare kena bawa dua pasang, sepasang Oni, sepasang Aie. Mujur ada rompers, jadi tak la berat nak bawa banyak helai. Tuala kecil, napkin dan susu Oni. Aie minum susu cap gantung, jadiii jimat kat situ.

Bertolak ke Mid Valley, baru je nak selesakan kedudukan, dah pun sampai ke destinasi. Hahaaa. 10minit je daripada rumah. Aie tidur, letak dalam stroller ditolak oleh abi. Aku pimpin Oni. Cewah, macam keluarga bahagia gitu. 

Bahagia yang dikecapi sekejap aja, bila masuk kedai jual barang bayi, tiba-tiba telinga aku ni dengar jeritan si Aie, ah! sudah. Tumpuan dah tak fokus. Nak beli apa pun dah jadi lupa. Keluar daripada kedai, pujuk Aie sekejap, tidur balik semula. Dodoi-dodoi aja, candu dia tertinggal dalam kereta. Habis aku.

Terus masuk ke Jusco, Oni macam biasa mulut, 'waaah! antek'. Bila kelibat aku dengan abi dia hilang, dia jerit kuat-kuat sampai semua orang pun pandang, manggil 'Abiii, Umiii' seronok betul dia dah pandai sebut. Terang lagi nyata bunyinya.

Abi bawa Oni bermain, aku bawa Aie pergi pilih baju. Dalam hati berdoa je, janganla Aie bangun. Bangun tak apa, menangis tu yang aku tak pandai nak control. Aie nangis kuat ooo. Pilih baju Aie laju-laju, rambang biji mata. Tak habis pusing dia melalak. Aiyaaa. Pujuk sekejap dan call abi. Huhuuu.

Bila dah bayar, tengok-tengok Oni dalam stroller, abi dukung Aie. Lorrr, terbalik sudah. Drypers Aie penuh. Mamat sorang ni memang, dia tak selesa bila drypers penuh lagi-lagi bila yak. Ini kali kedua aku pergi washroom tempat tukar drypers. Suasana riuh dengan sekeluarga berbangsa cina sedang beroperasi dalam tu jadi sunyi tiba-tiba bila aku masuk. Tumpuan beralih ke arah aku, semua mata memandang. Apa yang peliknya.

Dengan pantas aku buat kerja tukarkan drypers Aie. Aie diam je, bila aku keluar suasana kembali bising. Hahaaa, pelik sangat ke tengok aku tukar drypers anak? ke sebab kagum dengan muka aku macam budak sekolah cekap menukar drypers baby? hahaaa, lantak demela kan.

Setel, terus ke Carefore, Oni dah mula buat hal. Tak mau berjalan, dia sememangnya belum tidur siang, maka macam-macamla perangainya sampai abi naik marah. Aie pun dah tak selesa, mabuk agaknya kena share stroller dengan kakak Oni. Sempit.

Mujur aku dah sediakan senarai panjang, tinggal ambil-ambil-ambil masuk dalam troli. Huh! drypers dua orang ni je, dah penuh troli. Oni buat perangai, dia tak nak pakai kasut dan jalan. Huh! kitorang rasa nak tinggal je dia kat situ. Tapi, aku selaku emak cepat je sensitif bila anak dikasari. Dan, bila abi tolak troli, aku dukung Oni sambil tolak stroller Aie. Huaaa, dengan 'kembar' yang dah mula nak penuh adalah amat sakit ketika bergesel.

Bila masuk kereta, cepat-cepat aku breastfeed Aie, Alhamdulillah. Selamat sudah dan banyak pengajaran yang aku dapat bila keluar dengan anak-anak yang masih memerlukan perhatian banyak. Rasa insaf pun ada, lebih selesa duduk rumah je. Ngeee.

Kesimpulannya, akan datang bila nak shopping macam ni, kena pastikan Oni cukup tidur, Aie cukup kenyang. Kena pastikan baju yang dorang pakai, selesa dan bawa baju lelebih. Terpenting sekali, harus beringat keselesaan dan kelengkapan juga aksesori cukup lengkap bila keluar. Kalau tak memang huru hara, tak fokus nak pilih barang.

Dorang tak kasi can umi abi pegang tangan. Ades!