Friday, 30 November 2012

Aduhaiii huru hara.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rasanya, macam dah pernah je buat tajuk canni, takpe la malas hendak korek bubuh sahaja untuk menggambarkan situasi pada masa tersebut. Semalam, episod pertama keluar bersama keluarga terchenta gittu. Adoi!!! macam nak pengsan emak dibuatnya. Abi dalam perjalanan balik rumah daripada Seremban, dua hari aku handle rumah sesorang, malam tadi memang struggle sikit pasal setiap jam pun bangun.

Baru je hendak lelap ada sahaja yang bangun buat permintaan, memang menangisla di situ. Tapi bila pagi, hanya ditemani Adli macam biasa elok pula situasinya, aman dan under control. Mandikan Adli mandikan Arrizqi, kata abi hendak pergi beli barang dapur. Huyeee!!!

Elok abi sampai, Arrizqi sedang menyusu. Aku mandi dan bersiap, mandikan Auni dan pumping sekejap. Setel makan tengah hari nasi ayam ditapau oleh abi, siapkan beg susu Auni dan Adli, manala tahukan dorang ni suka minta tiba-tiba. Setel semua, baru siapkan Arrizqi. Tukar pampers, tukar baju dan time for shopping.

Jalan-jalan day 44 :)

Alhamdulillah, senang bila Arrizqi hanya tidur dalam stroller...akan tetapi yang seorang ini waduhaiii memang mengukur habis Tesco yang besar itu. Mula-mula sangat elok duduk dalam troli dengan kakak, apabila troli makin penuh, dia minta turun. Nah! dia berlari, dia menegur orang, dia berjalan. Superb Adli, tidak terkejar sampai kena minta bantuan Auni. Aku memang tidak kisah sangat diorang berlari sebab abi ada untuk pantau, part aku risau bila abi bercakap ditelefon sedangkan anak bertempiaran, memang nak nangis je rasa.

Sibuk nak Krismas-krismas katanya.

Hero on that day.

Aku sanggup tangan kanan tolak troli penuh barang, tangan kiri tarik stroller Arrizqi, abi... biar dia uruskan Auni dan Adli. Bila keadaan agak sempit, masukkan Adli dalam troli. Gigih dia manjat kotak sabun nak turun. Memang tidak sempat aku nak snap gambar dia time tu. Muka gangster je. Orang hendak suruh dia berehat sekejap..

 Cool lagi dalam troli.

 Ok, tak cool dah... letih mak pak ngejar.

Ponuh...

Meskipun troli penuh, banyak juga barang yang aku tertinggal untuk beli sebab senarai penuh betul-betul tertinggal di rumah, entah celah mana aku letak. Mujur yang tertinggal tu boleh dimaafkan sebab tidakla penting sangat, hanya untuk memuaskan nafsu shopping saja.

Sebelum Maghrib sudah sampai di rumah semula, dan abi sambung tidur balik semula. Sah! mesti dia tidak tidur semalaman ni. Hendak nangis juga, sudah setel mandikan tiga beradik ni, masing-masing sudah ketiduran cuma Arrizqi sahaja yang asyik menjerit-jerit. Aku hendak saja bawa ke dapur letak atas para. Tapi, risiko lebih besar sedangkan ada abi. Kejut sahajalah abi, suruh dia tengok Arrizqi dan aku perang dengan dapur.

Huh! lepas ni keluar shopping beli makan siap-siap. Penat bukan kepalang. 

1st time pakai tudung cenggini, hahaaa. Redah je la, pipi kembang. 

Nasib baik muat sarung jeans lama size 27, nervouse jugak masa nak kancing tu. Hihiii, longgar wei, longgar... anggap je seluar tu dah kembang sangat :p Arrizqi tengah poss nak tidur.

Nota hijau: Lagi-lagi orang tidak percaya aku punya tiga orang anak. Dorang ingat aku tolak stroller tanpa orang, sebab Auni dengan Adli sudah naik troli. Hihiii...Sian Arrizqi.

7 comments:

Gieyana said...

sian uols...cfm penat tu x usah ckp..sy yg srg ni pon dh rs penat sgt nk kejar...

eima said...

hmmm sbb jarak yg rapat kan ... adli tak sempat nk cerdik sebagai abg lagi ...
tak pe la semua rezeki Allah ... ko kena kuat je la

nad said...

Sgt mencabar!

dilazfamily said...

wah syokk dah kuar shopping erk.Tak sabar nak shopping gak

Jue said...

huhuhuhu mencabar betul...
akak yang dua ni pun kadang2 nak pengsan...
si kakak time adik menagis lah dia mintak mcm2....sabar jelah

eija_sweetmama said...

Tiba2 tgk pic & dgr citer Adli ni rasa mcm dia dah besar sgt pulak sbb sblm2 ni cha selalu citer pasal puri n CD dia je, x perasan dia dh pandai berlari bagai..(ke eija yg ketinggalan x perasan..)

Penat nye Cha, Dapat bayangkan..eija dua org hero ni pun x terlayan..

ch@ said...

Gieyana:
hihii sbb tu mak pak nya maintain. dok main kejar2 anak beranak.

Eima:
betul tu Eima, aku rasa lost and low bila stres. mikir sebab rapat2. dah rezki, harung sajalah.

kakNad:
thriller, kita seram sbnrnya bila bdk berdua tu suka lari2 bebas camtu, takut org aim.

Dila:
sila-sila.

kakJue:
yeah... itu sgt btl. bila yg besar buat pangai, mak pak pun stres sampai lupa yg besar tu pun blm btl2 besar lagi.

Eija:
asyik dok sebut letih, penat mmg letih penatla jwb nya, so redah je la. Allah tahu yg terbaik.
kita pun rasa mcm tu, rasa baru je buat puri, tiba2 Adli dah jadi abang. isk...