Istimewa Aidilfitri.

Thursday, 18 July 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Masih ada kawan, muahaha. Buat entry ringkas je la, untuk dijadikan kenangan dan diulang baca ketika kebosanan. Sebenarnyakan, aku tidak sabar hendak beraya. Dua hari lalu, hari aku yang sangat gembira kerana, ada kawan yang masih mengingati diriku yang jauh terasing kini.

Istimewa Aidilfiitri, pemberian daripada cikMot atau kakIzan. Rakan mesra Instagram, Facebook dan Blogspot, aku suka sangat tengok dia gigih mengumpul fridge magnet (fm), sebagaimana dia gembira melihat fm-fm nya. Kali pertama aku mendapat kad raya bentuk badge magnet. Ye, sesuaila dengan hobinya berserta dengan duit raya untuk askar aku yang bertiga itu. Terima kasih cikMot.

cikMot ada dua bunga, satu kumbang.

Then, sebelah petang sedikit lagi abi pula wakil diriku menerima parcel pos laju, pemberian daripada kakYanti atau seorang guru, seorang yang menjadi sumber inspirasi aku. Baru pulang daripada menunaikan umrah. Terima kasih kakYanti. 

kakYanti ada tiga bunga dan dua kumbang.

Syukur alhamdulillah, aku masih diingati teman-teman, masih disayangi kawan-kawan (eh, ye ke?) korang sayang aku kan? ihiks. Meh, siapa lagi hendak bagi hadiah padaku, aku suka.

16 pasang kaki:

eima said...

wahhhh ... tahniah2 .... siap dpt duit raya tu ....

syawalsimpsons said...

alhamdulillah rezeki tu....

Nad MamaZN said...

Cha baik, tu sbb ramai yg sayang :)

Jue a.k.a Ibu 2F said...

seronok....
akak pun dapat jugak hadiah dari cha...

jaja_NorLiza said...

akak menanti hasiah dar cha...muahahaha...tetibe.... :)

mama lieyna said...

Best...ini la kelebihan ramai kawan :-)

Awal dh dpt duit raya ye... best tu :-)

Zura@Iwan said...

kak pon dpt FM dr cikmot...
best2..hehe

Masya said...

rezeki anak² kan... cha pun selalu cerita pasal anak²...

Fiza Rahman said...

Awal2 lagi saya dah dpt FM raya cikmot. Dpt FM & kad raya dari kak yanti juga ☺☺

Salam perkenalan >_<.

Sweetmama said...

mestilah sayang ♥

seronok dpt hadiah daripada kawan2, k. eija pun srnok dapat hadiah drpd cha,
terima kasih cha diatas kad hari lahir & kad raya, x pernah lupa cha kirimkan w/pun k.eija sendiri x pernah pun bg kad dkt cha..

Yanti Isa said...

terima kasih juga atas kad dan fm yang comel drpd cha.

♥cikmOt♥ said...

Hahaha.tersedak mak.adiah biasa2 ja nak.mak sayam anak2 semua.hahaha

fazilzura said...

wahhh santik nyeeee

Fizah said...

tak kreatip...tak dpt bg adiah2 comey...kirim do'a aci dak? ngeee..-ikhlas ni-

sal ya said...

kad raya dah sampai tp tak smpt nak buat entry. tgh mood M la katakan.

ch@ said...

Fazilzura, CikMot, SisYana, KakZura, KakIeyna, Eima, Sue:
Rezki anak2. Rezki Arrizqi.

KakNad:
Kadang...nakal jg kita ni.

KakFizah, KakJue:
Sampai dah ye.
Salam perkenalan kakFizah.

KakJaja:
Emailla address nsahida@gmail.com

KakEija:
Takpe, kakEija kan slalu ingat kita bila g bercuti. Ada je ole2. Thanks tau.

KakYanti:
Sama2.

Fizah:
Takpe, doa tu pun lbh drpd cukup.

KakSal:
Takpe kak. Just inform je dh sampai.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in