Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo!
Pepagi buta sudah menunggu di SMK Auni ni, buka tingkap nyamuk kelaparan menyerbu masuk, berbintat-bintat tangan dan muka dibuatnya, lebih parah aku memakai baju dan seluar hitam. Haih! Bertepuk tampar aku dan Auni membunuh nyamuk. Hendak masuk sekolah, kaunter masih belum buka. Awal pula kami tiba sebaik Adli dan Arrizqi, aku turunkan di SK sebelumnya. Elok sahaja Syafikah dan mamanya sampai, mereka mengajak kami berdua masuk ke dalam sekolah.
Kali kedua aku masuk ke halaman sekolah si Auni ni, sebelum ini sempena hari sukan sekolah, kali ini hadir untuk Hari Kad Laporan Prestasi 2022. Entah apalah yang hendak di auta dengan guru kelas nanti, hahaaa. Galau juga hati memikir purata markah Auni kali pertama di sekolah menengah. Sempat selfie seketul dua sambil beriringan dengan kak Ani- mama Syafikah. Aku baru bercadang hendak melawat sekeliling sekolah dengan Auni kononnya menghabiskan masa.
Selesai berbincang, mengambil keputusan, aku membawa Auni dan Syafiqah bersarapan merangkap makan tengah hari. Memandu perlahan mencari kedai makan yang belum pernah aku jejaki. Kedai makan pesara tentera ala-ala vintage sikit suasananya. Selepas mengunci kereta berhadapan pintu masuk kedai, kami disambut pemilik kedai sendiri, sangat mesra dan sedikit bergurau. Ceria hariku pada hari ini hendaknya, mudah-mudahan. Membuat pesanan dan menunggu. Roti bakar gaya cafe, oh! sungguh rasa have-have, hihiii!
Selesai bersarapan, terus sahaja pulang ke rumah dengan hati senang. Dua orang masuk cyber cafe, aku sambung layan Netflix- Little Woman. Khayal menghabiskan masa aku terlupa untuk membaca Al Kahfi, stop Netflix naik bilik tunaikan Sunat Dhuha dahulu baru Al-Kahfi. Sedang ralit membaca, terdengar sayup-sayup bunyi alarm handphone di bawah, alamak itu reminder ambil Adli dan Arrizqi. Bergegas bersiap, berdesup, tahu-tahu sahaja sampaidi hadapan sekolah. Auni mengirim susu fullcream sekotak, mujurlah dihadapan sekolah ini segala gerai dan kedai ada. Mudah.
Aku turun kereta, membeli sepuluh keping apam balik crispy kesukaan Adli dan pergi membeli susu. Adli dan Arrizqi balik awal daripada biasa. Balik rumah, Khaida pula sampai. Alangkah terkejutnya melihat keadaan Khaida, dia tidak sihat. Hari ini kami akan keluar makan bersama dan dia akan menemankan aku berjumpa kakak Ziela yang juga sudah lama tidak berjumpa.
Selesai aku bersolat Zohor dan menghabiskan bacaan Al-Kahfi yang ku tinggal pagi tadi, aku dan Khaida keluar. Ke bank dahulu dan barulah makan. Sambil makan bercerita, sambil memandu bercerita. Allahuakhbar, Khaida, aku mendoakan kamu kembali sihat dan ceria seperti sebelum ini.
"Ya Allah swt, permudahkan setiap urusan Khaida Mokhtaruddin, lapangkanlah hatinya, ringankanlah langkahnya dalam membuat kebaikan. Dia sahabat aku paling istimewa dalam hidupku. Kembalikanlah Khaidaku yang sebelum ini, jadikan dia lebih baik untuk mengajar aku, Amiiin Ya Robbal Alamiiin.
Kami menghabiskan makanan dan Khaida mengajak aku membeli ayam golek sebelum ke rumah kakak. Kami sampai di rumah kakak hampir ke waktu Asar, kakak menyambut kami dengan ramah dan senyuman gembiranya. Aku memberi separuh ayam golek yang dibeli tadi. Aku mendengar sahaja cerita Khaida dan kakak, sesekali menyampuk. Rezeki datang rumah kakak, dapat macam-macam petua. Dia bukan sahaja sahabat, kakak malah terkadang aku berasakan dia semacam emak-emak, penuh dengan petua, penuh dengan nasihat. Pengalamannya banyak untuk di ambil pengajaran dan pembelajaran. Terima kasih kakak. Nanti lapang-lapang, kami datang lagi. Love you.
Aku terus memandu pulang ke rumah, tuan asben sudah balik, Syafikah juga sudah balik apabila aku bertembung dengan kak Ani sewaktu singgah di kedai Acheh tadi, daktiga sudah hilang keluar bermain. Sekian hariku satu hari. Alhamdulillah!
2 comments:
kita mak2 ni, melayan anak ja la kan3
tapi itulah yang membahagiakan
arysha _fayyadh: moment yg bakal diingat sampai bila2.
Post a Comment