Showing posts with label Tutor. Show all posts
Showing posts with label Tutor. Show all posts

Wednesday, 27 October 2010

Kotak komen yang mesra.

Salam satu Malaysia, mimpi malam tadi nak mulakan setiap post baru ;)

Ok, semalam kotak komen aku telah mendapat komen, haha. Sebelum ni [-suziey-] pun dah beritahu bahawa penggunaan kotak komen cara pop-up window lebih mesra pengguna.

Alaa orang degil, aku suka je nak baca entry terus baca komen, malas nak tekan butang komen (sekali kelik pun pemalas).

Rupanya menggunakan pop-up window, orang lebih mudah untuk tinggal komen. Terima kasih sisLin. Katanya, tak payah view dua kali, pcnya 'hang'. Haha.

Jadi, dengan rela hatinya aku pun menukar guna pop-up window. Langkah-langkah untuk menggunakan tingkap pop-up.

Dashboard > Settings > Comments > Lihat sebelah kiri tu ye > Comment Form Placement > Tanda pada Pop-up window > Save

PakLan pernah mencadangkan agar aku tidak menggunakan verification word, kerana lebih mudah untuk orang tinggal komen, tak perlu ada banyak pintu nak masuk. Hehe.

Akhir-akhir ni juga, banyak blog yang mengadakan contest and giveaway terlupa untuk memesrakan kotak komen mereka dengan adanya verification word ini.

Aku adalah manusia pemalas nak menaip verification word ni, hiii... ampun-ampun. Kadang-kadang, aku dah baca entry blog tersebut, sampai butang komen dah taip banyak², post ada pulak lagi kena taip huruf² ni. Lantas aku caw aje. Aku tak rajin wei.

Langkah-langkah untuk mentiadakan verification word ini adalah seperti berikut:

Dashboard > Settings > Comments > Scroll ke bawah > Show word verification for comments > Tandakan NO > Save

Senangkan? Semuanya terpulang kepada individu itu sendiri, orang menegur kita kena terima secara terbuka, untuk kebaikan kita juga kan?


~)@ Aku dah mula terpikat dengan penggunaan Comment Love, sebab komen balas terletak di bawah komen itu sendiri. Nanti aku godeklah.