Saturday, 17 October 2026

Ulangtahun Arrizqi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pepagi 15hb emak dah memekak, kejut solat Subuh dan suruh study kononnya, examkan hari ni. Semuanya berjalan lancar sehingga pulang sekolah.
"so how? Sejarah" emak bertanya sambil masih tenang berbalas wA dengan teman.
"senang je, kan saya dah kata baca bab 1 je. Semua yang saya baca keluar cuma yang belakang tu KBAT, saya fikir agak-agak je la" emak hanya gelak. Tengah hari tadi tanya soalan yang sama pada Adli. 
"senang je, saya jawab ikut logik akal" emak sudah terdiam, hendak bebel kebetulan ada Nazir anak kakMidah, ikut tumpang balik. Tersipu malu puanCEO tu bila aku nyanyi lagu pibeday waktu dia hantar Nazir tadi. Ulangtahun kelahirannya sama dengan Arrizqi.
"so kita g SC la Syad, belanja Ersyad hari ni. Esok malam abi ajak makan kat luar celebrate your birthday" kereta keluar dari tempat letak kereta menuju Pasaraya SC.

Happy 14th Birthday, Ersyad! At Pasaraya SC.

Pasaraya SC, milih barang dapur sekali sudah alang-alang, Arrizqi tolak troli mengekor emak ke sana ke sini, mana yang perlu ditimbang Arrizqi yang buat. Betul-betul anak lelaki material dia ni, banding dengan abang kakak yang biasanya akan hilang tinggalkan emak jaga troli. Petang itu juga dapat berita Jumaat sekolah tutup. Huye~ namun tetap rasa rimas juga sebabnya sedang minggu peperiksaan, sekolah pula on dan off. 

As yang dijanjikan, tA balik keesokkan hari dan malam tu kita keluar dinner special sikit, A&J Burger Grill & Western. Semoga kali ini tidak ada menu yang delay.

Senyum selagi ada gigi. 




A&J Burger Grill & Western.
Jln. Dataran Villa Putra 1,
Tmn. Villa Putra,
47000 Sg. Buloh.

Balik dinner, prepare untuk event Journal Jam esoknya. I is tak syabar.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

No comments: