Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sudah sampai semalam, satu paper bag penuh dia saje. Buntang mata aku melihatkan captionnya SALE, beli 10pcs harga sekeping jatuh RM 15. Aku memang berkehendakkan Cloth-Diapers [CD] brand QQ Baby yang warna plain sahaja kerana mostly yang sebelum-sebelum ni printed.

Orang mengantuk disorong kusyen pun boleh lelap. Apatah lagi bila kak Izan tanya harga CD-CD yang pernah aku beli. Dia membantu aku mencari harga runtuh CD, yang ekonomi untuk yang mementingkan RM-RM-RM macam aku. Pling FRUGALICOUS MALL tempatnya. Gila aku tengok harga CD yang tengah megasale sekarang. Pemiliknya punya blog juga, Lampin Kain Moden | Cloth Diaper | Murah Berkualiti. Yezza, makcik suka-makcik suka. Inilah urusniaga paling pantas aku buat. Hahahaaa.
Semalam juga aku cuba slow-talk dengan kak Ana [baby-sitter] untuk bekalkan anak-anak aku CD di rumahnya. Abi sudah dua kali hantar Auni berCD. Kak Ana tidak kisah, boleh aja. Dia cuma risau jika Auni dan Adli kencing tembus sebab dia sudah berpengalaman menguruskan baby berCD sebelum ini, asyik tembus sahaja.
Kesan daripada pemakaian yang betul, aku pun sudah buat ujikaji di rumah, koleksi pun sudah ada banyak makanya aku baru suaranya keinginan aku. Dia pun kagum sebab CD yang warna-warni, dan Auni juga Adli pakai tidak tembus kencing.
Aku memang gemarkan QQ Baby brand, berikutan anak-anak aku sudah besar dan bersaiz besar. Hiii, memang aku tidak ubah setting butangnya. Begitu keluar daripada plastik, begitu jugalah aku pakaikan dorang selepas pre-wash. Pre-wash pun dua kali je, sebab dah more exciting nak guna. Gelojoh.

Suka sangat pemandangan ini.
Tidak sempat snap wajah teruja Auni yang melihat CD warna-warni ini tersidai di ampai. Hew-hew-hew. I like. Terima kasih kawan-kawan blogger yang terus menyokong aku. Aku sudah letih asyik aku sahaja yang kena tukar plastik sampah berpampers yang bermacam aroma daripada beranak satu sehingga beranak dua. Jadi, jalan selamat tukar CD, bilas sesikit, tunggu CD banyak then campak dalam mesin. Inilah kelebihan CD yang ekonomi. Wiii...
Jom-jom-jom, kita beralih kepada CD. Terima kasih abi tolong bayor. Pasni tak yah beli Drypers dah. Hurey.
Nota hijau: Kalau aku buat entry tentang perkembangan aku memakai Premium Beautiful, ada orang hendak baca ke tidak ye. Sebab aku takut orang kata, mak budak ni suka interframe je. Tapi PB memang bagus dengan badan makcik ni.















